Wednesday, November 18, 2020

Tujuh tahun

 Bismillah.


Puas sudah 

Aku jelajah hutan

Tertimbus dek tanah

Dimakan serigala

Mati lalu hidup semula


Pernah juga

Aku terbang ke langit

Dengan sayap yang sempurna

Beberapa kali tersentak dek kilat guruh


Setiap hari aku cuba untuk memakai

Topeng sabar dan syukur

Pedang doa dan ikhlas

Ternyata aku tetaplah aku

Khadam-Mu yang kerdil


Selama tujuh tahun

Aku ke sana ke mari

Hidup dan mati

Sehingga tidak kenal diri sendiri


Tiada sebaik-baik tempat kupulang

Selain pulang kepangkuan-Mu.


18.11.2020

Atas meja klinik. 


No comments: