Monday, December 31, 2012

Seribu palitan amarah tuhan di tahun baru




tahun baru adalah hari yang harus disyukuri
juga adalah tahun peringatan buat manusia
yang sesungguhnya usia dunia semakin bertambah
semakin tua renta dan lumpuh sendi-sendi buana

tetapi aku hairan
mengapa manusia tidak bersyukur sebaliknya bersuka-ria
berpesta, countdown menunggu sehingga jarum jam menuju 12
kemudian menjerit berteriak seperti orang gila dan histeria
bercumbuan, berpelukan - inilah dunia up-to-date kita, bukan?
berbondong-bondong mereka memasuki ke kamar-kamar hotel
benar-benar mereka ibaratkan dunia ini berupa syurga
yang di dalamnya cuma beribu palitan amarah tuhan

teriakan bunga api yang semakin merosakkan gegendang telinga dunia
benar, dunia ini sudah semakin terkilan, sakit benar dia rasakan
langsung tiada waktu rehatnya, ada saja si jalang manusia ini melakukan kerosakan
usianya meningkat, betapa semakin dekat ajalnya
tetapi manusia bersorakan, seakan-akan gembira bertemu kiamat
sedang diri-sendiri terjerat, ditipu oleh syaitan laknat

ya,
ianya adalah manusia yang mempertuhankan dunia
dunia yang dipertuhankan manusia

kalian bersorakan seolah-olah kalian tidak akan dihisab
kalian sebenarnya sudah dirasuk dengan sekular barat
yang semakin menyusup halus di daerah pemikiran kalian
mengira countdown, menyemarakkan hotel-hotel
dengan hubungan haram kalian
dan betapa anehnya andai kalian mengaku diri sebenarnya adalah muslim

aneh!
sungguh aneh kalian!

-adalah berupa suara kemarahan terpendam yang tidak akan didengari-


Wednesday, December 26, 2012

La Tahzan #5


jika manusia tinggalkan kita, kita tak hilang apa-apa. tapi jika Allah yang tinggalkan kita, kita hilang segala-gala.
jika manusia bencikan kita, kita tak rugi apa-apa, tapi jika Allah yang bencikan kita, kita rugi segala-gala.
jika manusia tak pedulikan kita, tak ada apa-apa yang kurang pada kita. tapi jika Allah yang dah mula tak pedulikan kita, apa lagi yang kita ada?

berharap pada manusia, pasti akan mengecewakan.
berharap pada-Nya, pasti tak kan kecewa.

berharaplah kepada Allah sahaja.
luahkanlah pada-Nya saja. 
Allah dengar rintihanmu, Allah dengar dukacitamu.
luah pada-Nya mungkin tak kau nampak jawapan pada saat itu,
tapi seketika, jawapannya ada.
yaitu; ketenangan.

ujian yang hebat hanya untuk orang hebat.
bersabarlah.
hanya sedikit saja lagi.
berusahalah.
jangan putus asa.
jadikan Allah sebagai fokus utamamu, matlamatmu, motivasimu, semangatmu.
kerana Dialah jawapan bagi tiap-tiap permasalahan.

hamba abdi yang sakit rindu pada-Nya,
-wardatulshaukah-
teratak kauthar, medan.


Monday, December 24, 2012

Mata Kecilku - Afdlin Shauki



MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyum terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

Aku terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku dengan seniku,
dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, kebijaksanaanMu, pengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

notakaki: speechless. air mata berjuraian.

Friday, December 21, 2012

2:216

Pada satu hari, saat berbulatan gembira, sang murabbi bertanya kepada mutarabbinya lewat usrah online;

"Cuba berikan 1 ayat dari al-Quran yang menggambarkan perasaan kamu saat ini."

Aku mengepilkan 1 ayat yang selalu menggambarkan perasaanku iaitu;



Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al-Baqarah:216)

"Kenapa saya memilih ayat ini, adalah kerana ayat inilah yang selalu menggambarkan perasaan saya. Ayat ini juga yang selalu menjadi motivasi kepada saya. Sebab saya seorang yang kalau tak suka terhadap sesuatu, tak ada sesiapa boleh halang saya untuk menjadikan saya suka kepada sesuatu itu. Dan kalau saya suka terhadap sesuatu, tak ada sesiapa boleh mempengaruhi saya untuk menjadikan saya tak suka pada sesuatu itu. Saya tak mudah terpengaruh terhadap orang lain. Saya orangnya berprinsip. Kalau tak suka, memang saya tak suka. Kalau saya suka, saya peduli apa orang kata apa. Tapi hanya ayat ini yang dapat meruntuhkan prinsip saya. Barangkali perkara baik yang saya tak suka itu sangat baik untuk saya, barangkali perkara buruk yang menjadi kebiasaan saya itu sangat buruk untuk saya. Atau juga perkara yang saya tak pasti ianya memang terbaik atau tidak, dan menjadi rahsia Allah, yang sering membuatkan saya buntu. Lalu, saya cuba berkorban untuk mengikut kesukaan Tuhan. Ayat ini selalu positifkan saya di waktu saya menjadi negatif."

Allah maha tahu, sedangkan kamu tidak mengetahui. Allah knows best.

-wardatulshaukah-
department of pulmonology,
hosp. haji adam malik, medan.

Sunday, December 16, 2012

Karat-karat jahiliyyah.


Sahabat, jika orang ramai sekarang ini tak pernah malu untuk menyebarkan jahiliyyah mereka, kenapa kita perlu malu untuk menyebarkan amar ma'ruf dan nahi mungkar? Kita ikut usrah, daurah dan pelbagai aktiviti agama. Tapi, kita masih selalu merasa kosong, masih selalu retak di jalan ini, masih ragu apa perlunya dakwah? Apa perlunya dakwah dan tarbiyah terhadap diri sendiri dan orang lain? 

Kita masih ragu dan tak yakin, kita masih terumbang-ambing, kerana masih terlalu banyak karat-karat jahiliyyah di dalam diri. Jahiliyyah itulah yang selalu menghambat kita untuk tetap terus istiqamah di jalan dakwah ini. Jahiliyyah itulah yang selalu membuatkan kita ragu-ragu, dan memilih untuk hidup menjaga diri sendiri lebih bagus dari menyibukkan diri dengan urusan ummah.

Terlalu cintakan pada dunia, sehingga tak melihat lagi akhirat melalui gerbang dunia ini. Hati masih terlalu dekat dengan dunia sehingga timbul pelbagai kerisauan dan ketakutan terhadap apa yang terjadi dengan kerja-kerja dunia kita. Kita terlalu takut dan risau, sehingga mengatasi tawakal kepada-Nya. Terlalu risau sehingga kita terus memilih berada dalam jahiliyyah.

Jahiliyyah itulah yang selalu membuatkan kita tersungkur di tengah jalan ini, sahabat. Buanglah karat-karat jahiliyyah itu dengan menyibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah. Pun kalau ada jeda di hari lapang, sibukkan dengan kerja-kerja yang tak membuatmu melakukan hal yang tak berfaedah. Isi waktumu dengan perkara bermanfaat. Itulah yang boleh merawat hati kita.

Daie itu tak pernah merasa senang bila waktu 'weekend' nya kosong. Kerana kekosongan itu amat mengerikan bagi dirinya. Terasa ngeri jika kekosongan itu diisi dengan hal yang membuatkan dia terlupa dengan jalan dakwahnya, dengan statusnya sebagai murabbi. Alangkah ngerinya rehat bagi seorang daie. Kerana rehat bagi seorang daie itu adalah kelalaian.

Dan kerana daie itu berbeza dari manusia lain. Jika manusia lain yang tak memegang amanah dakwah untuk agamanya merasa senang dengan waktu yang kosong - yang hanya mahu diisi dengan kelalaian, maka berbeza dari sang daie. Kerana daie itu hanya mengisi waktunya dengan hal-hal yang bermanfaat. Pun semua orang mahukan waktu untuk beristirahat, istirahat seorang daie itu hanyalah ibadah untuk bekerja semata kerana-Nya.

Ayuhlah kita bangkit. Bangkit untuk sedarkan ummah yang masih sakit. Kita sudah tak punya masa untuk duduk sambil goyang kaki, memikirkan masalah diri sendiri. Ayuh mula memikirkan masalah ummah. Jalan dakwah ini tak ada masa untuk main-main lagi. Cukuplah kamu banyak bermain-main sewaktu berada di dalam kehidupan jahiliyyah. Sekarang, Allah pilih kita untuk memegang amanah dakwah ini, maka seriuslah. Seriuslah menerima seruan dakwah ini sepertimana seriusnya para sahabat sewaktu menerimanya suatu ketika dahulu.

Bangkitlah, sahabatku!

notakaki: ikhlas dan istiqamah itu susah. tapi Allah tak pernah suruh kita lakukan sesuatu yang kita tak mampu. kan?

Tuesday, December 11, 2012

Sang Bulan


Memang dah lama, saya seorang yang terlalu obses terhadap bulan. bulan itu tak cantik kalau kita tengok dekat-dekat. banyak lubang-lubang. tapi yang menjadikan dia indah adalah cahayanya. sedangkan cahayanya itu juga dia pinjam dari matahari. tapi, alangkah mulianya bulan, walau cahaya itu dipinjam dari sang matahari, dia gunakan untuk menyinari semua penduduk muka bumi. dia tidak kedekut, dia tidak simpan cahaya itu sendiri-sendiri. sehinggalah dia kehabisan cahaya yang dipinjamnya, kita tak melihatnya di dada langit. sungguh pun begitu, dia tak pernah hilang. tetap ada di langit. menunggu-nunggu cahaya dari si matahari, bukan untuk dirinya, tapi untuk disinari kepada orang lain.

cahaya sinarannya itu berbeza dari sinaran yang dilontarkan oleh matahari. sinaran cahayanya mendamaikan, mententeramkan, menghangatkan. sedangkan sinaran cahaya matahari begitu menyengat, terik, sehingga memicingkan mata yang melihatnya. padahal cahaya itu berasal dari matahari. dan alangkah comelnya sang bulan, mungkin kerana dia sedar bahwa ramai yang lelah dan berkeringat kerana sengatan cahaya matahari di waktu siang itu, lalu dia mengambil posisi sebagai cahaya yang mendamaikan di waktu malam. dan mereka berkongsi cahaya yang sama, cuma waktu yang berbeza. :)

namun, kamu tak pernah tahu, pada saat bulan berbagi cahayanya di sisi yang kita dapat lihat, dia punya sisi yang gelap yang tidak diperlihatkan olehnya. sungguh tabahnya sang bulan, kerana dalam sisi gelap yang dia ada, dia tetap pamerkan keindahan cahaya seadanya terhadap orang lain. sehingga kita tak pernah melihat pada sisi gelapnya.

saya tersangat mahu jadi seperti sang bulan, si penebar cahaya tegar. kerana itu saya obses padanya. dan obses saya terhadap bulan bukan biasa-biasa. tapi luar biasa. maha suci Allah yang menciptakan bulan yang sungguh memberi manfaat kepada setiap makhluk.

-ws, kauthar-

Sunday, December 9, 2012

Nasionalisme


Nasionalisme itu adalah satu kefahaman dan semangat yang timbul atas dasar rasa cinta pada sesebuah negara. Nasionalisme tak sama dengan rasisme. Nasionalisme ini akan timbul bila kita mengkaji sejarah tentang negara kita suatu masa dahulu; bagaimana negara kita pernah dijajah, pernah ditindas, bagaimana kita mengetahui tentang pahlawan-pahlawan negara kita yang sanggup mati berjuang untuk pertahankan negara kita, bangsa dan kedaulatan negara kita suatu masa dahulu.

Oleh kerana kita belajar dari sejarah, kita tahu bahwa ada tangan-tangan yang terluka, ada tubuh-tubuh yang berdarah berjuang untuk negara kita, dan menjadikan negara kita maju seperti sekarang ini. Dan bila semangat ini timbul dalam diri kita, kita juga akan menghargai negara-negara lain atas dasar nasionalisme kita yang tinggi. Kerana kita cintakan Malaysia, sebegitu juga cinta kita kepada Indonesia, sebegitu juga cinta kita kepada Syria, kepada Palestine, kepada India, China, Burma, dan negara-negara lain.



Bukanlah namanya nasionalisme, bila ada pertandingan bola di antara Malaysia dan Indonesia; kita mengibarkan bendera kita (Malaysia) dengan penuh bangga tetapi kita memaki dan mencaci negara Indonesia. Bukanlah namanya nasionalisme bila kita saling merendah-rendahkan negara lain. Apalagi jika kita tidak mahu ambil tahu apa yang terjadi di negara lain yang melibatkan nyawa saudara seaqidah kita. Bukan itu namanya nasionalisme!



Rasulullah saw adalah seorang nasionalisme. Tapi nasionalisme yang diajarkan oleh baginda kepada kita adalah nasionalisme kepada negara kita, yaitu: Islam. Bila kita Muslim, bermakna negara kita adalah Islam. Bapa kita adalah Islam. Jika kita yakin bapa kita adalah Islam, maka semua Muslim adalah saudara kita. Islam itu tak dapat dipisahkan dengan negara. Islam itu tak dapat dipisahkan dengan persaudaraan.

Sebagai analoginya;

1. Bila saya seorang Malaysia datang ke Indonesia, perkara pertama yang saya fikirkan adalah "agak-agak berapa ramai lah pelajar Malaysia di sana ya?". Bila pertama sekali melangkah ke Indonesia, dan bertemu dengan pelajar Malaysia juga (kerana mudah dilihat dari pemakaian dan wajahnya, apalagi bila mendengar bahasanya), saya pun bertanya dengan penuh girang; "Malaysian?" sambil mata bersinar-sinar. Dalam hati rasa seperti "wah ada Malaysian kat sini." terasa seperti ada saudara senegara. Terasa seperti tak bersendirian.

Dibandingkan dengan

2. Apabila saya sampai di Indonesia, dan saya melihat ramai Muslim (melihat dari pemakaiannya). Dengan hati yang berbunga-bunga, kemudian saya bertanya kepadanya dengan penuh girang "Muslim?" sambil mata bersinar-sinar. Dalam hati berkata "Allah, saudaraku. Inilah saudara seaqidah ku. Terasa seperti tak bersendiri di negara orang."

Antara 2 analogi ini, yang ke-2 itulah apa yang Rasulullah saw ajarkan kepada kita tentang nasionalisme. Sedangkan yang pertama itulah asshobiyah.

Kerana kita Muslim, sensitiviti kita terhadap sesama saudara Muslim kita juga tentunya ada. Untuk menjadi seorang nasionalisme terhadap Islam lah kita perlu berbalik semula kepada sejarah Islam. Oleh kerana kita belajar dari sejarah, kita tahu bahwa ada tangan-tangan yang terluka, ada tubuh-tubuh yang berdarah berjuang untuk agama kita, dan menjadikan agama kita seperti sekarang ini. Kita ada sejarah kegemilangan dan kejatuhannya. Sedarlah betapa sejarah kegemilangan Islam itu pernah terjadi suatu masa dahulu. Dan sedarlah, sejarah kejatuhan Islam itu telah wujud sampailah kepada kita sekarang ini yang berada di dalamnya.

Dan bila semangat 'nasionaslime Islam' ini timbul dalam diri kita, kita juga akan menghargai saudara-saudara kita yang lain biar dari negara mana pun mereka, biar warna kulit kita yang berbeza, biar berbeza adat dan cara hidup kita, tetapi Islam itu yang menyatukan kita. Aqidah itu mempersaudarakan kita.

Tidak malukah kita, apabila salah seorang dari anggota Bridged Al-Qasam pernah meluahkan kata-kata cintanya pada kita semua;

"Ketahuilah saudaraku, kami rakyat Palestina tidak akan menghentikan perjuangan ini, sampai kalian semua bisa hadir dan mendirikan sholat dengan tenang disini (Masjidil Aqsa)."

*menitis air mata*

Sungguh, mereka mengerti maksud nasionalisme.


Memetik dari page Afdlin Shauki;

"Untuk pengetahuan semua bukan mudah nak menjadi mujahideen seperti di briged al Qassam tetapi, antara syarat minimum, sembahyang subuh berjemaah selama 6 bulan tak tinggal, wajib mempraktikkan semua yg fardhu, wajib mempraktikkan semua yg sunnah dan pada ketika itu baru boleh di pertimbangkan untuk menjadi salah seorang pejuang islam yg terpilih. Itu pun ramai yg kena reject. Subhanallah."

Mereka adalah saudara kita. Bukan orang lain.

*credit Afdlin Shauki facebook page*

Alhamdulillah, Afdlin Shauki pun semakin mengerti tentang nasionalisme. Tidak malukah kita? Ah, saya bangga dengan dia dan beberapa orang artis yang turut ke Gaza juga. Sekurang-kurangnya sensitiviti mereka terhadap ummah itu wujud, dan mereka adalah sukarelawan yang peka terhadap isu Gaza. Subhanallah.

Apakah kita peka? Apakah kita peduli? Jika peduli, ayuhlah perbaiki diri. Tegakkan Islam dalam diri, nescaya Islam juga akan tertegak di muka bumi.

Atau mungkin, kita harus merasa keluarga darah daging kita sendiri yang berada di sana, barulah kita akan sedar tentang sensitiviti persaudaraan aqidah, barulah kita tahu maksud boikot barang-barang yang membantu ekonomi Israel, barulah kita rasa sakit yang sama sepertimana yang mereka rasa.

Inilah nasionalisme sebenar. Buang as-shobiyah dalam diri. Tapi, tanam nasionalisme Islam dalam diri.

Wardatul Shaukah,
10:20 pm, medan.

notakaki: puas hati sebab hari ni dapat menulis tentang palestine dan hasilkan beberapa puisi untuk palestine. nantikan puisi-puisi palestine dari penulis luar negara (grup karyawan luar negara) bakal diterbitkan bulan januari tahun depan. insyaallah.

Jeda


(buat mereka yang sedang menikmati hidup ini)

orang mengatakan hidup ini celaka
aku mahu mengatakan bahawa
kau adalah istimewa
aku tidak menyuruh kau untuk bersyukur
tetapi aku menyuruhmu untuk menerima
hidup ini banyak pelajarannya.

aku mahu ketepikan kesemuanya;
syukur, ikhlas, hikmah, pahala, nikmat
yang sering aku bicarakan
tentang hidup.

kerna paling penting
hidup adalah peluang untuk
kau belajar mengerti
tentang sesuatu.
sesuatu itu terlalu subjektif.
(entah mengapa aku suka menjadikan 'sesuatu' itu untuk diekspresikan dalam timbunan aksara yang tak mungkin kau jumpa, kerna ia terlalu kecil untuk dicari tapi terlalu padat andai dijumpa)

aku senyum - bukan kerna aku sedang berjenaka
tetapi senyum itu adalah suatu sikap
sebagai seorang manusia
yang sedang menikmati hidupnya.

masa silam;
bukanlah suatu untuk dikenang
bukan juga untuk dilupa
tetapi untuk diterima.

di daerah diri kita ini
yang sebenarnya paling kuat adalah usia
bukanlah tubuh dan otot yang kerananya kita kuat
tubuh akan menjadi bongkok
otot akan menjadi lemah
tapi usia semakin bertumbuh dengan gagahnya
(menyatakan bahawa usia lebih kuat dari kita)
tapi bukan bermaksud bahwa kita telah terkalahkan.

dendam adalah kesakitan
yang akan berubah menjadi bengkak
semakin bernanah dan busuk baunya
dan aku akan lebih hairan, mengapa kau tak mahu
merawatinya sehingga parah
dan menjadikan kau binasa?

aku mahu bertanya padamu
apa kau mahukan bahagia?

jawapanku:
berbaik sangka pada semua,
sesuatu, dan apa saja
yang menurutmu adalah relevan.

kau akan bahagia.

notakaki: catatan ini aku tulis pada 12/3/2009. dulu aku suka menconteng. aku suka menulis. tapi sekarang sepertinya selalu tak sempat. kerana waktuku sekarang lebih banyak di hospital. terlalu banyak yang aku ingin kejar. terlalu banyak impian yang ingin aku gapai. terlalu banyak tanggungjawab sedang tenaga dan waktuku tak sampai. (hari ini menyemak kembali tulisan-tulisanku.)

Saturday, December 8, 2012

Makan hati..

(lepas baca status dari seorang akhwat ni kat fb, saya terus nak copy+paste. memang benar apa yang dikatakan olehnya. kadangkala perempuan ni terlalu aneh, dan rumit. terlalu ikutkan perasaan. dan perangai-perangai perempuan ini tidak lari dari dalam diri saya juga. tapi bila terlalu ikutkan sangat perasaan dalam dakwah dan tarbiyyah ni, kadangkala ia boleh membunuh diri kita sendiri. semoga kita semua saling berlapang dada dalam gerak kerja dakwah ini.)

Saya percaya Allah menghantar virus hati supaya kita recover from it and become a better person. Allah tak jahat. Sebab Dia Maha Baik lah maka Dia bagi kite sakit lalu Dia jugaklah yang ubat. Kita makan hati, kita fikir2 dan justify lalu Allah mudahkan hati kita reda sendiri. Kendian, kita akan lebih tenang dan rasional andai situasi sama hadir semula. What a nice thing.

Tetapi, being one of the sons of adam, syaithon yang dah lama putus asa nak sesatkan kita dengan perkara besar, akan cepat2 lah ambil kesempatan bila tercetusnya sakit hati dan makan hati. Makan hati sebenarnya perkara yg sangat kecil. Small matter je, lapangkanlah dada tu nnt selesai.

Tapi yg selalu berlaku, especially kat perempuan, tidak semudah itu. Makan hati ni sangat seni, hingga kadang tak terpamer walau pada riak wajah. Padahal wajah kita umpama air di kolah, jika hati tersentuh pasti riak wajah berubah. Namun, yang hairannya bg perempuan, sometimes berbulan2 malah kadang bertahun2 kemudian, barulah kita reveal kpd org berkenaan bahawa kita makan hati dengan dia. Dan kita jadikan sebab makan hati tu lah akhirnya kita tak terima dia atau cara dia, apatah lagi dakwahnya.

Kalau perasan, kes-kes makan hati ni selalu jadi, especially dengan org yg penting untuk kita. Kita tak makan hati dengan pakcik hantar pizza yg dtg sebulan sekali. Kita takkan makan hati dengan pegawai imigresen kat epot walopon dia telah kerek persoal kita mcm kita teroris. Tapi kita selalu makan hati dengan orang yang penting, yang mana Allah kirim cahaya-Nya melalui orang ini. Yang mana melalui dia kita memahami agama Allah ini. Haa, orang macam ini memang selalu kita makan hati bersamanya.

Sebenarnya ada masa kita tak sedar, orang tu actually dihantar Allah khas untuk kita. Kita tak perasan, Allah cipta al qalam lalu telah tulis nama dia untuk hadir bawa kiriman cahaya Allah untuk kita dan akhirat kita. Akan tetapi... Lebih crucial peranan seseorang itu kpd kita dan akhirat kita, lebih riang lah si syaithonirrojim nih main2kan cerita makan hati ulam jiwa antara kita dan org yang Allah hantar nih. Of course lah syaithon ni memang nak kita saling berantakan dan lagi bagus jika kita lupa terus yg kita pernah disayangi Allah melalui hadirnya si dia yang membawakan cahaya Allah buat menerangi akhirat kita. Kan syaithon tak suka kita saling kenal, saling sayang lalu saling mengajak untuk lebih beriman. Rite? 

So, para wanita, rentikanlah kes-kes makan hati ni.. Jangan bagi syaithon menang. Dia nak buat kita saling rapuh, saling jauh, saling tikam-menikam, saling mengumpat dan merendahkan, lalu kita akan jadi saling benci dan saling menyalahkan. Bila kita dah tahap saling benci dan menyalahkan, so, tiba masa nnt syaithon cakap, "eh, sori kak, ana berlepas diri dari kejahatan yg akak buat, ana pon tak buat, ukhuwah kami sesama jundi syaithon pon kukuh dan utuh, kami saling membantu menguatkan agar tercapai misi kami, tak mcm akak dan akhawat, syok ana tgk korg eh?"

Nasehat saya,
Kalau si dia sibuk, kitalah yang mendekatinya.
Kalau si dia lupa, ingatkanlah dia.
Kalau si dia jauh, hampirilah dia,
Kalau si dia nampak tak sayang, kasihinya dua kali ganda.
InsyaAllah sayang itu akan kembali. InsyaAllah.

 by Sufism Devonshirerose


Friday, December 7, 2012

Promo ISK Medan


tahniah kepada anak-anak usrah saya yang buat ini.
doakan kami yang ada di medan ya.
boleh je, kalau nak amik video ni untuk promo daurah ISK (ini sejarah kita).
:)