Saturday, July 21, 2012

Assalamualaikum, Ramadan.

Rindu padamu,
sentiasa memekar dalam hati
kusambut cintamu, ramadan
genggam tanganku,
bawa aku lebih dekat pada-Nya
pimpin aku agar lebih ikhlas bersamamu
dalam sahurku,
puasaku,
berbukaku,
tarawihku,
tadarusku,
ajari aku untuk berpuasa bukan hanya dari makan dan minum,
tapi dari nafsu yang jahat,
dari kata-kata yang tak bermanfaat,
dari niat yang tak berkat.

semoga ramadan kali ini lebih bermakna.

assalamualaikum, ramadan.

wardatulshaukah,
1 ramadan, jakarta.
(mukhayyam)

ps: nenek saya telah meninggal dunia semalam. genap setahun setelah pemergian datuk saya tahun lalu, pada 1 ramadan, tahun ini 1 ramadan juga nenek saya telah pergi. doakan nenek saya tergolong di kalangan para solihin. al-fatihah.

3 comments:

Ariff said...

al-Fatihah di atas pemergian nenek. Berbahagialah mereka yang dijemput menemui al-Khaliq di bulan yang mulia. Semoga roh arwah ditempatkan di dalam kebun-kebun syurga, amiinnn

nurnuha said...

al-fatihah.semoga rohnya ditempatkan kalangan orang2 dirahmati Allah selalu. SElamat beramal dan beribadah dan salam RAmadhan AL-Mubarak! :D

iRsYAd said...

Al-Fatihah...