Wednesday, March 21, 2012

Berfikir



Sewaktu kita melihat, mendengar dan bercakap, bahagian otak yang kita gunakan sangat minimal. Tetapi sewaktu berfikir, betapa banyak daripada bahagian otak kita yang sedang bekerja. Jangan sangka orang yang hebat berkata-kata itu lebih bijak. Jangan sangka orang yang menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas itu orangnya bijak. Jangan sangka orang yang selalu mendengar itu juga lebih bijak. Jika kata-kata, penglihatan dan pendengaran mereka hanyalah sia-sia, kerana tak mahu berfikir.

Seperti robot, yang hanya tahu menghafal teori tanpa mahu berfikir. Jangan sampai sewaktu bertemu dengan pesakit yang meninggal dunia di depan mata, tidak mengambil pelajaran dan tak merasa apa-apa. Jangan sampai hebat mendiagnosis penyakit dan membedah manusia, tapi tidak terlihat keajaiban dan keagungan Tuhan dari ciptaan-Nya. Jangan sampai tidak merasa apa-apa tanpa berfikir di sebalik kekuasaan Tuhan.

Kerana itu juga terdapat banyak ayat-ayat Tuhan yang menyuruh kita berfikir;

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al- Baqarah:164)

Dan kehidupan di dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-An'aam:32)

Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutup malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ra'd:3)

Dan sungguh, Kami telah mempergilirkan (hujan) itu di antara mereka agar mereka mengambil pengajaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mahu (bersyukur) melainkan berlaku kufur. (Al-Furqaan:50)

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka berfikir. (Al-Hasyr:21)

Pastikan dalam setiap tindakan kamu, berfikirlah terlebih dahulu. Allah bagi akal untuk fikir. Dan itu juga yang membezakan kita dari haiwan.

Selamat berfikir sahabatku.

abdi yang mengemis cinta-Nya,
-wardatulshaukah-
teratak kauthar.

Monday, March 19, 2012

Wajah yang mengingatkan kepada-Nya.

Bismillah.

Dulu, ada wajah yang apabila saya melihat kepada mereka, saya teringat akan Allah, saya menjadi insaf. Menjadikan saya melihat kepada diri saya betapa saya beribu kali ganda jauh tidak baik berbanding mereka.

Mereka orangnya yang jarang bersuara. Tapi bila bersuara, terkedu saya. Mereka adalah orang yang berkata bila perlu. Mereka jarang berkata yang sia-sia.

Walaupun saya tidak mengenali mereka secara mendalam, jauh di sudut hati saya, mereka ini baik. Terlalu baik. Wajahnya sangat tenang.
Dulu, mereka adalah kekuatan saya. Mereka tidak pernah tahu betapa saya sangat mengagumi mereka dan menjadikan mereka adalah inspirasi saya.

Percaya tidak, dulu saya berubah menjadi baik salah satu faktornya adalah kerana personaliti mereka. Mereka tak pernah ajak saya pun supaya jadi baik dan mereka tidak pernah berdakwah kepada saya. Tetapi mereka secara tak sengaja telah ber'dakwah bil-akhlaq' kepada saya.

Saya terpesona dengan personaliti mereka, cara mereka. Jatuh cinta. Dalam keadaan diri yang masih jahil, dari hati saya yang terdalam, hati batu saya bagai lumat, cair dengan dakwah tidak sengaja mereka itu. Hati saya berkata, saya mahu jadi seperti mereka. Tetapi saya tak layak.

Sudah lama saya mahu jumpa orang-orang seperti ini. Tapi, mereka jauh dari saya sekarang. Kalau dulu, biarlah tak bersapa. Asalkan dapat melihat kamu dari jauh sudah memadai bagi saya. Sekurang-kurangnya impian saya mahu jadi baik tu ada.

Saya rindu. Saya rindu sangat melihat wajah-wajah mereka ini. Dalam erti kata lain, saya rindu melihat orang-orang soleh. Saya rindu dengan wajah mereka, diri mereka.

Kerana itu, saya selalu menentang pada orang-orang yang berdakwah dengan menggunakan kata-kata kesat, kata kasar yang boleh menghiris hati orang lain, menyindir, memerli dan merendah-rendahkan. Lalu mengatakan dengan niat untuk berdakwah tetapi dengan cara yang salah, tanpa kasih sayang dan berlemah lembut.

Salah satu sebabnya juga, sekeras-keras hati itu, mereka tetap menyukai kelembutan, teguran yang bermaksud menyayangi dan 'caring', bukan melontarkan kata-kata 'pedas' yang hanya melukai hati mereka.

Juga, adalah kerana sekeras-keras dan sedegil-degil saya dulu untuk berubah ke arah kebaikan, akhirnya saya telah terpesona dengan akhlak si pendakwah, kerana itu yang menciptakan revolusi dalam diri saya.

Rasulullah berdakwah bukan dengan menakluki orang, tetapi dengan menakluki hati.

Sekarang, saya benar-benar rindu pada mereka. Biarlah cuma saya dan tuhan saja yang tahu siapa mereka. :)

Abdi yang rindu pada-Nya,
-wardatulshaukah-

Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone