Monday, August 15, 2011

Nota Kecil Ramadan (1)

Salam Ramadhan.

Apa kabar iman dan amal? Ini adalah status-status saya di facebook sepanjang bulan Ramadan. Oleh kerana sudah lama tak mengisi sesuatu di teratak saya ini, jadi saya copy+paste saja ke sini ya. Kasihan blog saya. Dah macam berhantu dah. Banyak cengkerik :)

Ramadan #1: "Barangsiapa yang memberi buka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun." (Riwayat At-Tirmidzi)

Ramadan #2: Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara benar dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. (2:185)

Ramadan #3: Bersederhanalah dalam bersahur dan berbuka. Jangan membazir dan menuruti hawa nafsu sewaktu membeli di bazaar ramadan. Membazir amalan syaitan.

Ramadan #4: Orang yang berpuasa tak semestinya solat. Orang yang solat semestinya akan berpuasa. Di bulan puasa, jagalah amalan solat dan perbaikilah. Barangkali amalan di bulan ini mampu diteruskan selepas Ramadan nanti jika benar-benar beramal dengan ikhlas. Apalah gunanya berpuasa tetapi tak solat.

Ramadan #5: Bersungguh-sungguh beribadat di bulan Ramadan bukan kerna kita berada di bulan ini yang akhirnya setelah bulan ini, ibadat tidak diteruskan lagi. Jangan menjadi Hamba Ramadan, tapi tetaplah menjadi Hamba Allah.

Ramadan #6: Adakah hari di mana sepoi angin padang membelai begitu nikmat? Adakah hari di mana awan-awan yang memayungi terasa surga mendekat ke bumi? Ramadhan.. Malam-malam yang ditingkahi syahdu kalam Ilahi. Berdiri tegak hingga kaki bengkak, tekun menyimak menahan kantuk yang menyesak. -salim a.fillah

Ramadan #7: Bulan puasa adalah bulan mujahadah. Menahan nafsu. Menahan diri. Tidak hanya menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja. Dikasari, dimarah, diuji, dicaci, diumpat, yang haus, yang lapar, yang lemah, yang dibujuk tapi kita tetap bertahan. Dan kita juga menahan diri dari melakukan hal yang sama.

Ramadan #8: Salah satu untuk membantu untuk istiqamah bertadarus di luar bulan Ramadan adalah membaca dan memahami maknanya. Jika juzuk Quran yang hanya dikejar dalam tadarus, jadilah ia hanya sekadar bacaan di bulan Ramadan sahaja dan tidak diteruskan di bulan lain. Bacalah Quran dengan tajwid yang betul, tartil dan tadabbur, bukan hanya mengejar lembar demi lembar sahaja :)

Ramadan #9: Dua detik yg boleh membantu menilai upaya istiqamah selepas Ramadan: Sikap semasa berbuka dan semasa berhari raya. Puasa bukan 'empangan' -Abu Saif

Ramadan #10: Di bulan puasa ini, banyak sunnah yang kita ikuti, contohnya mempercepatkan waktu berbuka. Kalau tak, makruh katanya. Tapi, kalau solat tak di awal waktu, tak apa pula. Betapa peliknya kita ni kan.

1 Berbicara:

@isHaH@but@lib said...

Nice sharing. Thanks :)

Ramadhan Kareem.