berdebat itu bikin ketagih
aku sudah lama merasakan ini
kau akan terus ketagih
sampai ketagih itu hilang
setelah kau puas menyuarakan ia,
menembak pada sasarannya dengan peluru lidah,
dan sehingga kau rasa kemenangan di pihak hujah.
benar.
aku selalu merasakan itu.
sewaktu aku mula berkobar-kobar dalam dakwah,
sewaktu aku mula memanggil diriku sebagai dai'e,
sewaktu aku merasakan aku sudah cukup memahami sesuatu,
astaghfirullah.
ah, malunya.
dan aku semakin sedar hikmah sebuah hadis,
yang baginda nukilkan untuk kita;
"Di janjikan sebuah rumah di tengah-tengah syurga untuk sesiapa yg menahan dirinya dari berdebat walaupun dia berada di pihak yang benar." (Riwayat Abu Daud)
ya, pantas kan.
menahan diri dari debat;
samalah seperti bersabar untuk mengatakan hal-hal yang menggoda untuk disuarakan,
samalah seperti menahan diri dari marah,
samalah seperti menahan diri dari menyuarakan emosi yang menghantui.
bukankah bertahan dari melakukan ini terlalu azab?
dan, pantas kan Rasulullah mengajarkan sunnah ini pada kita?
lalu dijanji sebuah rumah di syurga?
lalu dari hujah ini,
besar kemungkinan kita akan dihantui sepertimana yang diungkapkan;
"Jika seseorang ujub dengan pendapat dan amalnya maka hal itu akan menghalanginya dari mengambil manfaatnya, di samping menghalanginya dari meminta pendapat dan bertanya sehingga ia bersikap otoriter dengan diri dan pendapatnya sendiri; tidak mau bertanya kepada orang yang lebih tahu dari dirinya. Kadang2 ia ujub dengan pendapat yang keliru yang terlintas dalam benaknya lalu ia membanggakan sebagai lintasan pikirannya dan tidak pernah membanggakan pikiran orang lain, sehingga ia mempertahankannya dan tidak mau mendengar nasihat siapapun, bahkan memandang orang lain dengan pandangan meremeh-remehkan dan menyalahkan." (Tazkiyatun Nafs, Sa'id Hawwa, m/s 219)
akhirnya dari perdebatan ini,
aku menemui diriku terlalu bodoh di sisi Tuhan,
jahilnya hamba ini,
kerana ilmu bahkan tak sampai setitis air di lautan-Nya,
lalu berbangga akan hujah sendiri,
entah betul atau tidak,
entah bahkan hujah itu yang menghumban aku ke dalam neraka.
astaghfirullah.
dan aku belajar untuk cuba diam.
kerana kita pasti yakin,
setiap yang kita ungkapkan dalam debat,
pasti akan menyakitkan hati saudara kita.
bukankah menjaga perhubungan itu lebih baik dari menyakiti saudaramu?
semoga kita tak terus-menerus menjadi orang jahil,
yang kata Imam Syafi'e,
apabila berdebat dengannya, pasti beliau akan kalah,
kerana kejahilan orang yang tak mahu mengalah.
semoga ketagihan ini terus dilenyapkan,
dengan cinta.
selamat mengembara lailatul qadar, sahabatku..
0 Berbicara:
Post a Comment