Allahu akbar. Lamanya saya tidak menulis. Selalu saja mahu menulis sesuatu, tetapi saya hairan. Tangan saya tidak juga tergerak mahu menulis. Sekarang saya sudah mula kekok untuk menulis -_-'
Alhamdulillah. Semester 6 sudah berakhir, dan saya juga sudah berada di tanah air saya, Sabah. Terlalu banyak yang terjadi di semester 6. Saya sangat kusut di semester ini. Salah satu penyebabnya adalah dengan kerja tesis. Buat pertama kali dalam hidup saya membuat tesis yang saya tak faham apa-apa. Jujur saya katakan, saya terlalu menghadapi tekanan yang amat sangat gara-gara mengerjakannya. Dengan doktor pembimbing saya yang strict. Tidaklah terlalu, tetapi agak cerewet :) Tapi, baguslah. Kalau tidak cerewet, mungkin saya tidak dapat belajar banyak.
Dengan printer saya di usia akhir semester tiba-tiba rosak. Saya mengalami kesukaran untuk meng-edit proposal saya kerana proposal saya entah berapa kali saya edit. Kerana sentiasa diperbaiki setelah di edit. Doktor saya banyak tidak berkenan dengan kerja saya. Dan itu juga salah satu membuatkan saya stres, kecewa dengan diri sendiri. Apabila saya print hasil kerja saya, kemudian disemak oleh doktor saya, semua yang tidak berkenan padanya harus di edit semula dan beliau menconteng di atas kertas itu juga. Maknanya saya harus edit dengan hasil yang diinginkannya. Begitulah dalam jangka waktu yang lama. Bertemu dengannya bukan mudah kerana beliau terlalu sibuk. Sewaktu printer saya rosak, terpaksa saya membawa laptop ke hulu ke hilir. Sampaikan saya sudah tidak mahu print awal-awal, dan biarkan saya edit di hadapannya pada laptop sahaja. Hehe.
Selepas exam presentation proposal tempoh hari, saya terpaksa akur untuk menukar judul tesis saya dan mengubah isi kandungan proposal kerana banyak yang perlu diperbaiki. Entahlah. Kadang-kadang saya rasa saya mengerjakan tesis ini hanya untuk memuaskan hati orang dan bukan diri saya sendiri. Hm.. Wah. Waktu itu musim final exam hampir bermula. Saya mengaku saya sangat sibuk dengan tesis sehinggakan study saya entah apa-apa. Saya tak prepare sangat untuk final exam. Tapi, alhamdulillah. Result saya meningkat semester ini. Syukur.
Semester ini saya sedar ramai yang fed up dengan saya. Saya akui saya susah untuk bekerja dengan orang yang tidak sekepala dengan saya. Nama pun tak sekepala kan, apa lagi kalau bekerja dengan orang perfectionist. Memang beza sangat dengan saya. Saya tak suka bekerja dengan orang yang cepat moody, cepat stres, cepat marah. Yang sentiasa mahukan hasil yang perfect. Entahlah, saya tahu saya banyak kelemahan. Saya tahu kerja saya tidak perfect. Saya tau semua itu. Tapi, saya rasa itu sahaja kemampuan saya. Dan kadang-kadang agak kecewa bila orang expect kita buat hasil yang perfect dengan paksaan. Dan paling penting, saya tidak suka dibanding-bandingkan.
Masing-masing orang punya kemampuan tersendiri. Namun, saya tidak kesali semua ini. Semester ini lebih banyak mematangkan saya, mengajar saya bahawa saya tidak sama dengan orang lain, mengenali sikap orang, belajar memahami tindakan orang, dan paling penting adalah semua ini membuka peluang pada saya untuk menjadi orang yang cuba banyak bersabar. Semester ini lebih banyak menjatuhkan air mata saya. Dan saya paling ingat waktu proposal saya ditolak dan disuruh edit semula, saya hanya tersenyum tawar sambil mengangguk di hadapan doktor saya, kemudian sewaktu mahu balik saya duduk di scooter. Pakai helmet. Menangis. Haha. Nasib baik tak ada orang nampak.
Dan semester ini juga banyak motivasi diri saya. Banyak hal yang berlaku. Allah... hati ini, terlalu banyak rahsia. Banyak yang disembunyikan. Namun, saya terlalu malu untuk meluahkan satu persatu. Biarlah hanya Allah saja yang mengetahuinya. Hm.. kadang-kadang saya hairan bagaimana orang boleh meluahkan kisah peribadinya di facebook, blog dan di alam maya secara umum.
Semester 6 yang terlalu banyak kenangannya. Insyaallah tinggal 1 semester lagi untuk menyelesaikan pembelajaran teori saya, juga menyelesaikan tugas tesis saya. Sekejap saja masa berlalu.
Saya minta maaf pada mereka-mereka yang merasa disakiti oleh saya, yang fed up dengan saya, yang terasa dan terhiris dengan sikap saya, terutamanya kata-kata saya yang selalu menyebabkan orang salah faham. Ampunkan saya. Saya hanya manusia biasa. Saya tak mampu puaskan hati semua. Semoga dengan mengenali saya, kamu pernah merasa saya bermanfaat walaupun sedikit dan bukan hanya mengenali saya sebagai orang yang kamu benci semata. Saya tak kisah jika saya dibenci, tapi saya sangat ambil berat jika sikap dan kata-kata saya menyakitkan orang dalam diam. Sungguh, saya manusia biasa. Saya tak pernah membenci sesiapa. Maafkan saya.
Saya cuma berharap jangan matikan prasangka baik dalam diri kita terhadap sesiapa. Berbaik sangkalah. Berbaik sangkalah......
Oh ya, ini ada sedikit foto sewaktu saya mengikuti program sirkumsisi (sunat). Ini kali kedua saya menyunat budak-budak :)

kami :)
colleagues.

Tempat ni agak di tengah kota, jadi budak-budak itu pun agak orang kota jugalah. Berbeza dengan sewaktu pertama kali yang kami lakukan di area pedalaman. Belum masuk bilik lagi dah menangis sambil membaca al-fatihah kuat-kuat. Waktu ni bila kami tanya "takut tak nak kena sunat jap lagi?". Mereka jawab "tak takuttt..." Wah. Berani-berani dorang ni :) Sekali tengok petangnya, ada budak kembar dua orang tak mahu kena sunat sampai menangis-nangis peluk pokok nak balik. Ahaha..
Dan semester 6 pun telah tamat. Cuti 2 bulan sampai raya. Alhamdulillah. Selamat bercuti.
Cuti adalah ujian untuk istiqamah tetapi terlalu mudah untuk futur.
Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang lalai itu. Cepat manfaatkan cuti. Rancang dari sekarang! Insya Allah...
Seeru 'ala barakatillah..
p/s: saya sekarang sedang menghadam Dalam Dekapan Ukhuwah - Salim A. Fillah. insyaAllah saya akan kongsikan setelah selesai pembacaannya. buku yang sangat menarik untuk dikongsi.




2 Berbicara:
Salam alayk'..
Nampaknya, ranjau perjalanan yang penuh dengan onak. Xpela, kuatkan semangat dan itu semua mematangkan diri utk lebih ke hadapan.
Nangis atas scooter?? lol ;). Apapun, kena ingat. Innallaha ma'aki. Semoga dipermudahkan oleh ALlah..
salam....
xpa la selagi bersabar insyaAllah Allah tambah lagi nikmat. ingat lah, ada rahsia Allah yang hebat di sebalik kesedihan, kelukaan, dan kesakitan hati.. banyak ingat Allah..insyaAllah Allah ndak lupa kita...
Apa pun tahniah walaupun jarang update tp ada juga la... berbanding i ni setahun adalah 2 3 kali... huahua.rasa cerita pun mcm ndak bermanfaat...huhu...
setiap rahsia hati, biar lah Allah yang tahu berbanding manusia di facebook, blog etc... setiap kesakitan luah dalam doa insyaAllah Allah sangat2 dekat..
Post a Comment