Friday, July 29, 2011

Dakwah persatukan hati-hati berserakan

Dakwah bukan hanya terjadi bilamana seseorang yang lebih berilmu berdakwah pada sahabatnya yang kurang berilmu. Bukan juga bilamana seorang murobbi berdakwah pada mutarabbinya. Bukan juga bilamana seorang pemimpin berdakwah pada orang di bawahnya. Bukan juga bilamana seorang ayah atau ibu berdakwah pada anaknya. Atau bukan juga seorang berkopiah berdakwah pada seorang yang berseluar pendek, bahkan seorang bertudung labuh berdakwah pada seorang freehair.

Dakwah bukan hanya meliputi itu semata tetapi juga sebaliknya. Mengapa seorang mutarabbi tidak pernah mengingatkan murobbinya? Mengapa orang yang berada di bawah tidak pernah mengingatkan pemimpinnya? Mengapa sahabat yang kurang berilmu tidak pernah mengingatkan sahabatnya yang lebih berilmu dan aktif dalam gerak kerja dakwah serta tiap-tiap minggu hadir ke usrah?

Bilamana mereka-mereka ini juga sedang melakukan khilaf?

Kerana adanya 'expectation' dalam diri mereka bahawa kalian yang berada 'di atas' itu telah terpelihara. Atau sekurang-kurangnya mereka berpendapat waktu futur kalian tidak akan melalui fasa yang sangat panjang, kerana dengan pentarbiyahan kalian yang sudah bertahun-tahun. Kerana dengan sikap dan komitmen kalian dalam dakwah dan tarbiyah meyakinkan sehingga boleh menjadi seorang murobbi. Masakan seseorang itu dijadikan murobbi kalau bukan setelah timbulnya tsiqah yang tinggi di kalangan sahabat lain?

Namun, jawapan pada persoalan "mengapa mutarabbi tidak pernah mengingatkan murobbinya?" adalah kerana seorang murobbi, pemimpin, atau para daie itu tidak pernah mengatakan "Ingatkanlah saya bila saya terlupa" atau "Tegurlah saya bila saya salah"

Dan paling teruk lagi adalah expectation murobbi terhadap mutarabbinya yang mungkin telah menerima tarbiyah bertahun menjangkakan "faham-faham sendiri" atau "sendiri mau ingat" pada mutarabbinya adalah tanda bahwa dakwah di antara murobbi-mutarabbi bahkan sesama sahabat juga semakin berada di fasa yang fatal.

Hal yang sering dilupakan dalam dakwah adalah tiada dakwah antara sesama murobbi (murobbi-murobbi), atau juga dari seorang mutarabbi kepada murobbinya (mutarabbi-murobbi). Mutarabbi hanya bergantung seluruh pada murobbinya sehingga pabila murobbi melewati fasa futur, mungkinkah mutarabbinya bisa bangkit kalau yang sebaliknya terjadi malah mutarabbi lebih jauh lebih futur? Kerana keterbiasaan sang murobbi yang hanya berdakwah pada mutarabbinya dan tidak pernah menggalakkan mutarabbinya akan berdakwah padanya.

Atau seperti kita sibuk berdakwah pada orang bukan Islam sedangkan masih banyak orang Islam yang hanya pada nama. Atau kita sibuk berdakwah pada orang yang tak dikenali sedangkan yang dikenali masih ramai tidak didekati. Atau juga kita sibuk berdakwah pada mereka yang masih belum mendapatkan tarbiyah, namun kita terlupa ada beberapa sahabat yang terjebak dengan kefuturan dan perlukan dakwah dan nasihat.

Sehingga bila kita atau mana-mana sahabat kita telah menghadapi fasa yang futur, kita merasa malu. Malu untuk meluahkan, biarpun antara sesama murobbi, apa lagi yang berada di bawah. Kerana kita tahu, kalau kita sebagai murobbinya pun semakin lemah, maka apa lagi anak-anaknya? Kerana tiada keterikatan selain hanya bertemu di dalam usrah dan halaqah atau terlibat dalam daurah mahupun jaulah bersama, kita tahu-tahu saja mereka bisa bangkit sendiri, walau tanpa diingatkan.

Kita lupa dan lupa..untuk tetap berdakwah antara kita. Lupa hidupkan ukhwah sesama kita. Kita terlalu mengejari kewujudan sosok khilafah islamiyyah dalam usrah, halaqah, daurah dan sebagainya tetapi di dalam masyarakat terdekat kita, kita masih terlepas pandang akan 'keperluan' sesama kita. Kita lupa untuk saling menguatkan. Kita selalu menjangkakan "sendiri mau ingat!" sesama kita. Kita tidak sedar bahawa dakwah antara kita sebenarnya harus lebih kuat, jitu dan padat untuk turun berdakwah ke lapangan.

Persaudaraan adalah mu'jizat, wadah yang saling berikatan
dengan Allah persatukan hati-hati berserakan
saling bersaudara, saling merendah lagi memahami,
saling mencintai, dan saling berlembut hati.
- Sayyid Qutb-

Maka, sahabat..

Tolong ingatkan aku untuk ingatkan kamu. Kerana aku juga bisa lupa, bahkan selalu.

Wardatul Shaukah,
29 Julai,
kota kinabalu.


Wednesday, July 20, 2011

hanya satu nafas.

hanya satu nafas.

pada setiap nafas
kuhirup satu-persatu
menyatakan hanya satu nafas itu
adalah kasih-Mu,
hanya satu nafas itu
bukan bait-bait yang bisa dikira
dengan kalkulator-Mu
pun aku masih tak betah
mengira dengan matematika cinta
bahkan sampai ke syurga
atau ke neraka
aku berada di hujung nafas yang satu.
hanya satu nafas
adalah cintaku, dan cinta-Mu
keliru berpeleseran
dalam ruang fikirku.
tiada dayaku,
tiada dayaku, rabbi..
selain dari kasih sayang-Mu.
seluruh jiwa ini, ambillah..
belah, hiris, sampai lumat
kalau itu boleh membeli cinta-Mu.

ws,
15:30 pm,
sabah.


Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0. (2)

PM said: Police have done a good job to evacuate the crowd. There is no actual physical contact between them.





This is a journalist of one of the largest newspaper in Norway. See here.

News from Singapore.


Akhbar Mesir.

See also news from CNN, BBC, Al-Jazeera.

Orang yang paling menyedihkan adalah mereka yang hanya mendapatkan informasi media melalui dari TV1, TV3 dan membaca Utusan Malaysia semata. Alangkah sedihnya mereka ini. Tetapi lebih menyedihkan adalah orang yang tidak mengambil kisah langsung tentang apa yang terjadi di dalam negara kita.




Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.

- A. Samad Said, 1973 -

p/s: al-fatihah buat salah seorang yang menjadi korban dalam perhimpunan tersebut.

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0.

Apabila mula BERSIH 2.0 menyatakan hasrat untuk mengadakan demonstrasi aman pada hari ini (9 Julai 2011), ramai pihak berbelah bahagi. Ada yang hardcore dan sangat fanatik menyetujuinya, hingga ke tahap menyamakannya dengan demontrasi yang menggulingkan regim Mubarak di Mesir (walau pun tidak sama tujuan BERSIH 2.0 sebenarnya). Ada pula yang keras menentang, termasuk sebahagian ulama' kita atas alasan demonstrasi atau lebih tepatnya menentang pemerintah itu hukumnya haram. Tidak kurang yang bersikap neutral, seperti UZAR yang menyatakan hukum asal untuk demonstrasi ini harus, tetapi kadar keharusannya akan semakin tipis dan tipis dan tipis tatkala ada banyak provokasi dan isu yang timbul (rujuk ceramah UZAR di Masjid Meru), atau Dr. MAZA yang memberikan nasihat dan panduan yang sewajarnya dipatuhi, baik di pihak demonstran mahu pun di pihak pemerintah dan kepolisian. Moga perbezaan pandangan pada masa ini berjalan dalam suasana sihat dan matang.

Namun, begitu Yang Di Pertuan Agong memperkenankan BERSIH 2.0 untuk berlangsung dengan beberapa syarat seperti ianya dijalankan di stadium misalnya, dan ini dipersetujui pula oleh pihak BERSIH, maka sewajarnya kita semua dapat mencapai titik temu biar pun asalnya kita berbeza pandangan.

Malangnya, tindakan pihak polis dan kerajaan yang memilih untuk "tidak taat" pada titah dan kebenaran Duli Tuanku, menzahirkan apa yang sebelum ini tidak jelas. Jika sebelum ini, mungkin kurang kukuh atau hujah kurang jelas untuk menyatakan pihak polislah yang mebuat provokasi dan dalang di sebalik munculnya suasana tidak aman menjelang 9 Julai, namun kini semakin jelaslah betapa pihak kerajaan dan kepolisianlah yang "berdemonstrasi" mengengkari titah perkenan Duli Tuanku.

Setiap orang ada definisi maksud "pemerintah" yang seharusnya ditaati mereka. Jemaah Islam akan menganggap pemimpin mereka sebagai pemimpin yang padanya terletak hak ketaatan. Begitu juga dengan parti, NGO dan sebagainya. Namun, semua kita harus bersetuju pada siapakah pemimpin sebenar negara kita. Dan dalam konteks Malaysia, rasanya semua kita sepakat bahawa pemimpin itu adalah YDP Agong Malaysia.

Maka, sebarang keengkaran atau "demontrasi" di jalanan, seperti melakukan road block dan sebagainya, itulah yang seharusnya dikategorikan sebagai "menentang pemerintah" secara jelas dan nyata. Maka golongan yang sebelum ini mengharamkan BERSIH lantaran hujah ianya gerakan menentang pemerintah yang dilarang oleh baginda Nabi SAW, maka kini mereka sewajarnya bersuara dan menyelar polis dan pihak kerajaan kerana secara terang-terang telah "menentang pemerintah" Malaysia iaitu YDP Agong kita.

Benar kata Dr. MAZA (dalam facebooknya):

.dari diam diri kita mula simpati..dari memerhati kita mula membenci..kita bukan bodoh sehingga tidak boleh menilai..layan rakyat bagaikan melayan penjenayah..ramai 'atas pagar' mula timbul keyakinan bahawa BN patut berundur dari kerusi kuasa kerana sudah hilang budi dan cara sebagai pemerintah yang terhormat..

Berlaku ADILlah, baik kepada teman mahupun lawan. Baik kepada yang kita sayangi, mahu pun kita benci. Bersikap RAHMAHlah kepada rakyat, seperti mana ALLAH telah bersikap RAHMAH kepada kita.

Indahnya puisi ustaz Saiful Islam.com:

Tidakkah engkau membacanya?
Massa di Medan Tahrir siapa penggeraknya?
Bukan Ketua Google, bukan Ketua Ikhwan, bukan Ketua Pembangkang.
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sekian lama kauragut kebebasannya)


Hendak disabitkan Ikhwan, banyak sisi yang tidak kena.
Hendak disabitkan Google, rakyat massa masih luar talian.
Hendak disabitkan pembangkang, rakyat dan tentera saling berpelukan.
Kerana yang menggerakkannya bukan tokoh, bukan parti dan bukan kepentingan
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sejak sekian lama kaucabul pancainderanya)

Ini bukan era mobilisasi berpaksikan tokoh
Ini bukan era mengikut telunjuk parti
Ini bukan era manusia bangkit dibiayai Soros dan Amerika
Ini era manusia bangkit kerana mereka manusia
Hanya naluri seorang insan, setiap insan,
Yang menuntut hak kelahirannya bernama insan merdeka
(Yang sejak sekian lama kaucabul pemikirannya)

Jika tidak kaurasa dirimu sebahagian mereka
Antara iblis dan haiwan, pilih sahaja kelompokmu yang mana

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
(http://saifulislam.com/?p=10142)


-penulis, Ir. Faridul Farhan Abd Wahab senantiasa mendoakan saudara-saudaranya di sana, mahupun para demonstran, mahu pun kepolisian-


Tuesday, July 5, 2011

Diari Semester 6

Bismillah.

Allahu akbar. Lamanya saya tidak menulis. Selalu saja mahu menulis sesuatu, tetapi saya hairan. Tangan saya tidak juga tergerak mahu menulis. Sekarang saya sudah mula kekok untuk menulis -_-'

Alhamdulillah. Semester 6 sudah berakhir, dan saya juga sudah berada di tanah air saya, Sabah. Terlalu banyak yang terjadi di semester 6. Saya sangat kusut di semester ini. Salah satu penyebabnya adalah dengan kerja tesis. Buat pertama kali dalam hidup saya membuat tesis yang saya tak faham apa-apa. Jujur saya katakan, saya terlalu menghadapi tekanan yang amat sangat gara-gara mengerjakannya. Dengan doktor pembimbing saya yang strict. Tidaklah terlalu, tetapi agak cerewet :) Tapi, baguslah. Kalau tidak cerewet, mungkin saya tidak dapat belajar banyak.

Dengan printer saya di usia akhir semester tiba-tiba rosak. Saya mengalami kesukaran untuk meng-edit proposal saya kerana proposal saya entah berapa kali saya edit. Kerana sentiasa diperbaiki setelah di edit. Doktor saya banyak tidak berkenan dengan kerja saya. Dan itu juga salah satu membuatkan saya stres, kecewa dengan diri sendiri. Apabila saya print hasil kerja saya, kemudian disemak oleh doktor saya, semua yang tidak berkenan padanya harus di edit semula dan beliau menconteng di atas kertas itu juga. Maknanya saya harus edit dengan hasil yang diinginkannya. Begitulah dalam jangka waktu yang lama. Bertemu dengannya bukan mudah kerana beliau terlalu sibuk. Sewaktu printer saya rosak, terpaksa saya membawa laptop ke hulu ke hilir. Sampaikan saya sudah tidak mahu print awal-awal, dan biarkan saya edit di hadapannya pada laptop sahaja. Hehe.

Selepas exam presentation proposal tempoh hari, saya terpaksa akur untuk menukar judul tesis saya dan mengubah isi kandungan proposal kerana banyak yang perlu diperbaiki. Entahlah. Kadang-kadang saya rasa saya mengerjakan tesis ini hanya untuk memuaskan hati orang dan bukan diri saya sendiri. Hm.. Wah. Waktu itu musim final exam hampir bermula. Saya mengaku saya sangat sibuk dengan tesis sehinggakan study saya entah apa-apa. Saya tak prepare sangat untuk final exam. Tapi, alhamdulillah. Result saya meningkat semester ini. Syukur.

Semester ini saya sedar ramai yang fed up dengan saya. Saya akui saya susah untuk bekerja dengan orang yang tidak sekepala dengan saya. Nama pun tak sekepala kan, apa lagi kalau bekerja dengan orang perfectionist. Memang beza sangat dengan saya. Saya tak suka bekerja dengan orang yang cepat moody, cepat stres, cepat marah. Yang sentiasa mahukan hasil yang perfect. Entahlah, saya tahu saya banyak kelemahan. Saya tahu kerja saya tidak perfect. Saya tau semua itu. Tapi, saya rasa itu sahaja kemampuan saya. Dan kadang-kadang agak kecewa bila orang expect kita buat hasil yang perfect dengan paksaan. Dan paling penting, saya tidak suka dibanding-bandingkan.

Masing-masing orang punya kemampuan tersendiri. Namun, saya tidak kesali semua ini. Semester ini lebih banyak mematangkan saya, mengajar saya bahawa saya tidak sama dengan orang lain, mengenali sikap orang, belajar memahami tindakan orang, dan paling penting adalah semua ini membuka peluang pada saya untuk menjadi orang yang cuba banyak bersabar. Semester ini lebih banyak menjatuhkan air mata saya. Dan saya paling ingat waktu proposal saya ditolak dan disuruh edit semula, saya hanya tersenyum tawar sambil mengangguk di hadapan doktor saya, kemudian sewaktu mahu balik saya duduk di scooter. Pakai helmet. Menangis. Haha. Nasib baik tak ada orang nampak.

Dan semester ini juga banyak motivasi diri saya. Banyak hal yang berlaku. Allah... hati ini, terlalu banyak rahsia. Banyak yang disembunyikan. Namun, saya terlalu malu untuk meluahkan satu persatu. Biarlah hanya Allah saja yang mengetahuinya. Hm.. kadang-kadang saya hairan bagaimana orang boleh meluahkan kisah peribadinya di facebook, blog dan di alam maya secara umum.

Semester 6 yang terlalu banyak kenangannya. Insyaallah tinggal 1 semester lagi untuk menyelesaikan pembelajaran teori saya, juga menyelesaikan tugas tesis saya. Sekejap saja masa berlalu.

Saya minta maaf pada mereka-mereka yang merasa disakiti oleh saya, yang fed up dengan saya, yang terasa dan terhiris dengan sikap saya, terutamanya kata-kata saya yang selalu menyebabkan orang salah faham. Ampunkan saya. Saya hanya manusia biasa. Saya tak mampu puaskan hati semua. Semoga dengan mengenali saya, kamu pernah merasa saya bermanfaat walaupun sedikit dan bukan hanya mengenali saya sebagai orang yang kamu benci semata. Saya tak kisah jika saya dibenci, tapi saya sangat ambil berat jika sikap dan kata-kata saya menyakitkan orang dalam diam. Sungguh, saya manusia biasa. Saya tak pernah membenci sesiapa. Maafkan saya.

Saya cuma berharap jangan matikan prasangka baik dalam diri kita terhadap sesiapa. Berbaik sangkalah. Berbaik sangkalah......

Oh ya, ini ada sedikit foto sewaktu saya mengikuti program sirkumsisi (sunat). Ini kali kedua saya menyunat budak-budak :)


kami :)

arjuna-arjuna yang bakal disunat.


colleagues.


cool budak ni kan.


salah seorang budak yang saya sunat ni sangat takut sampai berpeluh kaki dia -_-'



Tempat ni agak di tengah kota, jadi budak-budak itu pun agak orang kota jugalah. Berbeza dengan sewaktu pertama kali yang kami lakukan di area pedalaman. Belum masuk bilik lagi dah menangis sambil membaca al-fatihah kuat-kuat. Waktu ni bila kami tanya "takut tak nak kena sunat jap lagi?". Mereka jawab "tak takuttt..." Wah. Berani-berani dorang ni :) Sekali tengok petangnya, ada budak kembar dua orang tak mahu kena sunat sampai menangis-nangis peluk pokok nak balik. Ahaha..

Dan semester 6 pun telah tamat. Cuti 2 bulan sampai raya. Alhamdulillah. Selamat bercuti.

Cuti adalah ujian untuk istiqamah tetapi terlalu mudah untuk futur.

Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang lalai itu. Cepat manfaatkan cuti. Rancang dari sekarang! Insya Allah...

Seeru 'ala barakatillah..

p/s: saya sekarang sedang menghadam Dalam Dekapan Ukhuwah - Salim A. Fillah. insyaAllah saya akan kongsikan setelah selesai pembacaannya. buku yang sangat menarik untuk dikongsi.