Monday, April 25, 2011

Rindu

Aku rindu suasana itu
aku rindu pada fokus kita yang satu
aku rindu pada solat jemaah kita
aku rindu pada zikir kita
aku rindu mathurat kita
aku rindu tazkirah kita
aku rindu usrah kita
aku rindu tasmi' kita
aku rindu daurah kita
aku rindu qiyam kita
aku rindu tarbiyyah kita
aku rindu kehati-hatian kita terhadap dosa
aku rindu kasih sayang antara kita
aku rindu pada saff itu
aku rindu menyebut-nyebut kasih sayang-Nya
aku rindu untuk menangis bersama

aku terlalu rindukan segala-galanya yang telah mencetuskan kecintaanku pada-Nya, suatu ketika dulu.

aku rindu, terlalu rindu. rindu.....

aku ingin bersama kalian. aku rindukan kalian. rindukan teguran kalian. rindukan kasih sayang kalian kerana-Nya.

kerana aku di sini seperti berada di dunia asing. aku sudah letih di kelilingi keramaian yang sedang berkejar-kejaran untuk dunia. aku letih di tempat ini. aku mahu lari dari sini..


tapi, tak boleh. perjuangan tak mengenal tempat. astaghfirullah, alangkah sukarnya mujahadah.

notakaki: memang perit menjadi orang yang sentiasa memulakan, sedang diri juga tak tentu imannya. sering lari-lari.. astaghfirullah.... doakan aku agar semakin kuat.

Wednesday, April 20, 2011

Kill them with kindness.

Pernah dulu, ketika seseorang ditanya tentang penderitaan yang dialaminya. Kesakitan yang diberikan orang lain kepadanya, yaitu dari manusia-manusia yang suka menyakiti.

Dia ditanya dengan soalan ini;

"Bagaimana kau sekarang? Masih mampu bersabarkah?"

Dia lalu senyum. Terpamer ketenangan di wajahnya.

"Dia sering kalah bila menyakitiku. Aku sering menang", katanya dengan wajah puas, masih senyum lagi.

Semua orang terbeliak mata. Menang? Bagaimana boleh menang? Bertalu-talu soalan ditanyakan padanya. Seriuskah? Bukankah dia sering disakiti tapi tak melawan? Bukankah dia sering membisu?

Lalu dia menjawab;

"Aku menang kerana diam."

Ada yang ketawa. Ya, tak ada yang diam. Semuanya ketawa terbahak-bahak.

Semua. Tak ada yang tinggal. Termasuk aku.

Barangkali pada saat itu hati aku yang belum matang itu sedang berbicara seperti ini, "bodoh gila bila disakiti tapi diam lalu kata menang. haha. mungkin dia sedang melawak."

Aku terus tertawa. Berkali-kali senyum sambil menggeleng kepala.

***

Sekarang, di waktu usia yang hampir mencecah ke-23 tahun ini, buat pertama kali aku membenarkan kata-katanya. Yang pada saat beliau mengatakan dirinya menang tatkala disakiti namun hanya diam, lalu ditertawa. Dan sekarang, aku ingin katakan;

"Kau benar. Kau telah lama menang!"

Tapi, aku tahu aku tak mampu untuk suarakannya. Cuma mampu tersenyum saja. Betapa kau adalah manusia yang hebat. Dan mengesankan aku setelah bertahun-tahun lamanya.

:)

One way to kill someone is by kindness.

Yes, just kill them with kindness.

Ps: aku pernah terfikir, jika adanya sesuatu benda yang orang lain tak mampu lakukan sebaliknya hanya segelintir saja yang bisa melakukannya, maka dia adalah orang yang hebat dan istimewa. salah satunya seperti dalam entri ini. berapa ramai yang mampu berkelakuan seperti ini? :)

Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Sunday, April 10, 2011

Dakwah itu bukan ikut-ikutan.

Bismillah.

Setujukah jika aku mengatakan hidup di dalam kelompok jemaah sebenarnya berada di zon yang selesa? Maksudku adalah tinggal di kelompok jemaah yang teratur mutaba'ah amalnya, yang jika lemah sedikit saja, maka segeralah ia ditarik oleh sahabat-sahabat sekitarnya, kerana tidak dibenarkan untuk futur walau sedikit. Setiap hari akan solat jemaah bersama, dibangunkan untuk qiyam, baca ma'thurat, ditegur salah silap. Pokoknya, mahu buat perkara lagho saja sudah tidak punya waktu.

Indah kan?

Salah, ditegurkan.
Lemah, dikuatkan.
Futur, dibangunkan.

Percayalah, itu juga adalah kemahuanku. Sungguh, itulah kehidupan yang ingin aku kecapi di dunia ini.

Tetapi, sejenak aku berfikir bahawa kehidupan seperti itu memang berada di zon yang selesa. Kerana mungkin waktu kau sarat dengan kelemahan, ketakberdayaan, sungguh, pasti ada sahabat yang akan stand by menguatkan.


Bagaimana jika bersendiri? Bagaimana jika hidupmu telah terpenuhi dengan kehidupan itu, namun sekiranya kamu tiba-tiba berada di kesunyian, di mana tiada orang mengenali erti tarbiyyah itu kecuali dirimu? Bisakah kau menjadi dirimu sepertimana dirimu di dalam kelompok jemaah yang menguatkan itu?

Dan di saat itulah, kita mampu menghisab diri kita ini bagaimana. Adakah dakwah kita selama ini sebenarnya hanyalah ikut-ikutan sahaja atau memang kita yang menjadikan ia sebagai sebuah jalan keluar dari kejahilan.

Adakah kita ini sebenarnya terlalu manja, terlalu bergantung pada ukhwah sebuah jemaah, bergantung pada murobbi semata, bergantung pada sahabat-sahabat tanpa mahu berdiri di kaki sendiri. Lalu, semata-mata itulah membuatkan kita kuat. Yang akhirnya, bila kita dicampak ke mana-mana, tanpa adanya terbiyyah, maka kita terus jatuh. Terus futur dan futur lagi, lumpuh. Lalu tak bisa bangun sendiri. Kerana selama ini sudah terbiasa dibangunkan. Sudah terbiasa dimanjakan.

Lalu, apakah nilainya sebuah dakwah dan tarbiyyah itu sekiranya mengharapkan sebuah jemaah yang menguatkan kita semata tanpa kitalah sebenarnya yang perlu menjadi kuat demi sebuah jemaah.

Bukanlah aku menidakkan kewujudan sebuah jemaah itu. Tidak, bahkan ianya keperluan berada di dalamnya. Cuma dakwah itu bukan sekadar ikut-ikutan. Bukanlah kerana berada di dalam sebuah jemaah itu tujuannya supaya kamu bertambah kuat. Tetapi berusahalah; kerana kamu ada, malah jemaah itu bertambah kuat.

Dan memang, aku lebih mengagumi mereka yang tetap kuat meski bersendiri, dibandingkan mereka yang hanya kuat di dalam keramaian.

Semoga terus dan terus berdakwah, tanpa putus asa.

Wallahu a'lam.

dengan-Mu aku hidup,
ws, kamar sepi.

Nota 1: memanglah kita ada fasa lemah dan tak berdaya dalam jalan ini, tetapi siapa lagi yang menguatkan kita kalau bukan kita sendiri? kalau bukan dengan meminta pertolongan dari-Nya?fazakkir, innama anta muzakkir. lasta 'alaihim bimushoitir.

Nota 2: dan untuk ke sekian kali, tulisan ini ditujukan untuk diriku sendiri. oh..

Thursday, April 7, 2011

Kerana hidup ini bukan milik kita,

Ada beberapa perkara yang membuatkan daku berfikir panjang. Perkara yang kita dipinjamkan di dunia ini dan perkara yang selalu kita lalui.

Dalam apa saja hal yang hasilnya menyebabkan kita bersedih atau kecewa, renungilah dan berfikirlah. Barangkali tujuan kita melakukan perkara itu bukanlah kerana mahukan keredhaan-Nya berada di tempat yang teratas. Kan?

Jika apa saja kita lakukan kerana-Nya, dan bahkan Dialah asbab paling utama dan paling teratas kita mengerjakan sesuatu itu, apa saja hasilnya; baik, buruk, sederhana; ada semacam perasaan tenang di hati kita. Ada sebutir redha pada-Nya. Kita sudah tidak kesalkan penat lelah kerja kita, yang kita nikmati adalah proses pekerjaan itu, bukanlah hasilnya.

Sungguh pun aku adalah orangnya yang tidak percayakan takdir sebelum adanya usaha, namun jika telah berusaha bersungguh-sungguh, hasil yang kau dapatkan itu tak kiralah apa yang dijangka ataupun tidak, tolonglah berpuas hati. Bersyukurlah. Pada kau mungkin tak adil. Tapi, ganjaran yang kau lakukan sepanjang proses itu telah dihitung begitu terperinci di sisi Tuhan. Percayalah pada-Nya, kerja kau tak pernah sia-sia, walaupun pekerjaan itu hanya sebesar zarah (apalagi kalau sebesar zarah itu dikerjakan untuk kebaikan). Dan sesudah bekerja bersungguh-sungguh, hasil daripada kerja itulah yang aku imani sebagai sebuah takdir - yang ianya tak mampu dikalahkan dan dinafikan lagi.

(dan kita boleh melihat jika ada di antara teman-teman kita yang kehilangan benda yang disayanginya; ada yang bersedih dan kesal akan nasibnya, ada yang mengeluh, ada yang tenang sahaja, dan ada juga yang memaki menyalahkan sesiapa saja termasuklah benda yang tak bernyawa juga disalahkan)

Mengeluh terhadap sesuatu yang telah terjadi, bukankah ertinya menyalahkan takdir-Nya?
Kesal terhadap sesuatu yang telah terjadi, bukankah ertinya tidak menerima takdir untuk dirinya?
Memaki terhadap sesuatu yang telah terjadi, bukankah ertinya memarahi Tuhan?

Mengapa memarahi Tuhan?

Jadi, jika kamu mencintai sesuatu, janganlah terlalu mencintainya melebihi kamu mencintai Tuhan. Kita mungkin tidak mengakuinya, tapi ianya terbukti dengan cara kita. Ketahuilah, Tuhan itu Maha Cemburu. Tuhan cemburu jika hamba-Nya menduakan Dia. Walau bukan ternyata syirik yang disengajakan, tapi ianya seolah-olah menduakan Dia.

Sesuatu yang kita cintai secara keterlaluan, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

Kerana apa?

Kerana hidup ini adalah milik-Nya, bukan milik kita. Jadi jangan terlalu bongkak di waktu kuat dan jangan terlalu merasa hina di waktu lemah. Jika kita sedang dan sering merasakan seperti ini, berhati-hatilah bahawa kita adalah orang yang tidak beriman kepada takdir.

y

nota 1: jadi, perkenalkan lagu ini; Opick - Tafakkur. lagu yang saya sangat suka. dengarlah.

nota 2: segala perkataan 'kau', 'kamu', 'kalian' di dalam blog ini sebenarnya ditujukan buat diri penulis yang paling utamanya. pergh. boleh pulak update blog waktu-waktu genting macam ni; dengan tutorial belum siap, dengan jadual esok dari pagi sampai petang. gila. haha