Sunday, March 27, 2011

Optimisme

Aku mula mengenali kata 'optimis' bukan dari mana-mana kamus yang dimaksudkan sebagai; yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi atau yakin sesuatu kebarangkalian itu berakhir dengan baik, indah, bahagia, atau yakin terhadap blabla..

Aku mula mengenali kata ini saat mendengar kata-kata Umar al-Khattab berkaitan optimis beliau terhadap Tuhan;

"Jika neraka itu diciptakan hanya seorang sahaja penghuninya, maka aku takut akulah orangnya. Jika syurga itu diciptakan hanya seorang sahaja penghuninya, maka aku harap akulah orangnya."

Dan saat inilah konsep optimis pada Tuhan berupa "khauf" (takut) dan "raja'" (harap) yang dilakar oleh Umar al-Khattab lalu diseru oleh Rasulullah pada kita semua.

Cuma, aku tak pernah tahu jika ianya berbeza cara kita optimis pada Tuhan, manusia mahupun takdir.

Dan juga aku tak pernah mendefinisikan optimis itu sebagai sebuah keyakinan yang bernokhtah tanpa sebuah pengharapan yang tiada nokhtahnya.

Dan, maaf kalau 'optimis' yang dihidangkan oleh Umar al-Khattab untuk aku merasainya walau sehingga sekarang ini, telah aku aplikasikan terhadap semua perkara. Sehingga menyebabkan kamu, kamu dan kamu merasa jengkel.

Wassalam.

Manusia yang degil,
ws,
(mabit, sei martebing, insomnia)

Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Saturday, March 26, 2011

Persepsi

Tahu tidak, dalam otak kita ada satu daerah yang berkuasa ke atas diri kita?

Iaitu -- Pusat Persepsi.

Berfikir itu kerja otak. Berfikir itu baik. Tapi jika berfikir sampai menjadi obses itu agak bahaya sebab ia akan menimbulkan takut, risau dan lama-kelamaan menjadi curiga. takut itu kerja hati. Bila timbul takut terhadap segala kebarangkalian yang tidak diinginkan, ia akan benar terjadi. Kerana persepsi takut itu sudah merubah persepsi di otak. segala persepsi di otak, itulah yang akan bakal terjadi meski mulut sering berkata untuk menenangkan. Di mulut, kita katakan; "aku pasti boleh" tapi otak kita berkata sebaliknya. Yang terjadi itu adalah persepsi di otak bukanlah ungkapan yang keluar dari bibir kita. percayalah. Jika kau takut kehilangan, pasti kehilangan itulah yang akan terjadi. Kalau kau takut kemiskinan, pasti kemiskinan itulah yang akan terjadi. Don't be afraid of anything!! Tuhan sudah katakan; takutlah hanya kepada-Ku saja. Kuat sekali hal-hal yang membuatkan kita takut itu akan menarik diri dari kita.


Ini adalah kata-kata lecturer yang saya hormati (hypnotologist) yang sempat saya tulis sewaktu tutorial. Setiap kata-katanya jujur, sangat menghantui diri saya sehingga sekarang ini.

Setuju tidak jika saya katakan semua perkara yang berada di fikiran kita yang mana ianya belum terjadi sebenarnya adalah persepsi kita sahaja? Hanyalah khayalan semata? Yang kebarangkalian itu tiada apa pun yang mampu mengubahnya meski dengan takdir sekalipun melainkan persepsi otak kita sendiri?

Percayalah, kita terlalu banyak bermain dengan persepsi. Tapi bermainlah dengan persepsi positif. Kerana persepsi itu adalah kekuasaan, tapi kita mampu mengawalnya.

Salah satu cara untuk membuat persepsi kita sentiasa positif, sebagai contoh; kita yang student ni selalu tampal dekat dinding depan meja kita dengan kata-kata semangat seperti; "Jangan malas.", "Jangan futur" "Jangan lemah"

Kata-kata semangat kan? :)

Tetapi dengan persepsi positif, semua itu harus digantikan dengan "Rajinlah", "Bangkitlah", "Kuatlah".

Itu lebih sempurna kan? Tak ada langsung kata-kata negatif yang kita lihat. Cubalah, mungkin kamu akan dapati ia berkesan ke atas diri kamu dalam usaha untuk menjadi lebih optimis dalam kehidupan dan masa depan.


Footnote: I think I'm so into neurologic and psychiatric. I don't know why. Psychiatric adalah satu-satunya bidang kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia di dunia ini. And that would be so awesome besides full of experiences. But one thing, to be a psychiatric, you must be a crazy person first before you can see them each person and handle them. And I don't know that I could deal with it. Lol. And this monday just gotta have a tough new block and some pack schedules; Emergency Medicine. HERE I COME!

Sunday, March 20, 2011

Nikmat


Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.

~Ayahanda Samad Said

Monday, March 14, 2011

Seorang Dai'e Itu.... Istimewa.

Kerana dai'e itu...

1. Selalu cuba menahan diri dari perlakuan emosi. Jika teman-teman disekitarnya dirundung kesedihan dan dihujani emosi, maka dia cuba menahan diri dari larut bersama dalam kesedihan dan kefuturan, kerana dia tidak mahu dirinya itu akan memburukkan lagi keadaan yang ada. Yang diingininya adalah menjadi cahaya tuk menerangi, bukan malah memadam cahaya yang ada untuk menggelapi.

2. Akan cuba untuk menelan segala caci maki terhadap dirinya. Walau memang terasa pedih, seakan menghiris daging hatinya sedikit demi sedikit, tetap dipujuk hatinya sendiri agar tidak merasa sakit, kerana sakit di dunia ini cuma sementara dibandingkan dengan kegembiraan di syurga yang tak akan kalah bandingnya, lalu tak usah menjadi sakit kerana manusia.

3. Selalu berusaha untuk menjadi terbaik di kalangan yang terbaik, walau terkadang merasakan dirinya lebih ngeri. Walau kadang usahanya itu diperlekehkan orang lain, sehingga membuatkan dirinya berkali-kali merasa 'down' namun diusahakan juga untuk mengikhlaskan dakwahnya hanya kerana Allah semata, lalu tak usah menjadi 'down' kerana manusia.

4. Yang kadang terpaksa menebalkan wajah untuk menegur saudara-saudaranya sama ada dikenali atau tidak, kerana yang penting adalah yang namanya saudara seaqidah, wajib baginya menyapa dan menghadiahkan senyuman kerana itu hak seorang muslim dengan muslim lainnya. Walau kadang disambut dengan wajah yang aneh, yang dengan kehadirannya itu ternyata hanya menimbulkan perasaan janggal, namun dicuba juga untuk menguntumkan senyuman yang termanis dan seikhlas mungkin.

5. Selalu menangisi kelemahan diri, selalu menyesali perbuatan dirinya, dan selalu dibimbangi dengan penolakan ajakannya. Kerana barangkali uslub dakwahnya tidak kena atau tidak sesuai terhadap segelintir manusia. Lalu, dirinya sentiasa berfikir strategi lain untuk menarik minat orang terhadap dakwahnya, hingga kadang mati akal. Tapi, dia tetap tidak mahu berputus asa.

6. Selalu merasakan ingin menjerit sepuasnya bila dakwah itu dianggap hanya lakonannya semata, hanya mahu tunjuk baik dan merasa lebih bersih dari orang lain, ingin saja dikatakannya bahwa bukan itu tujuan dakwahnya melainkan tujuannya berdakwah kerana Tuhan semata dan cuma ingin mencipta cinta kasih sesama orang yang didakwahnya, tapi kadang orang lain tak memahami bahasa dai'e lalu dituduh 'perasan baik' dan 'macam bagus'.

7. Kalau boleh hanya mahu menjadi sebagai pemberi yang memberi sebanyak-banyaknya. Tak mahu menerima biar sedikit. Kerana memberi itu lebih indah, lebih baik, lebih cantik dari watak menerima.

8. Selalu berusaha menjadi seorang yang ceria, gembira seolah-olah tiada masalah. Masalah peribadinya hanya antara Tuhan dan dirinya saja. Dalam keadaan dirinya lemah, hanya Allah yang tahu. Hatinya menangis, Allah saja yang tahu. Dia tak akan meluahkan masalah itu di hadapan orang lain, kecuali pada Rabbnya. Allah is enough.

9. Yang kadang merasakan lebih baik saja dirinya tidak dikurniakan hati dan perasaan, lalu tak perlu merasa sakit, merasa terhiris bila dakwahnya disambut dengan perkataan dan perbuatan yang justeru sangat menyakitkan. Tapi, tatkala diceritakan kisah Rasulullah saat berhijrah ke Thaif yang malah lebih besar tentangan dakwahnya, dirinya merasa malu. Malu pada Rasulullah yang berjuang berseorang tanpa kenal erti perit dan jemu. Ya Rasulullah, maafkan kami, kami malu padamu.

10. Akan selalu dikatakan 'macam bagus', hipokrit, judgemental, extremist dan macam-macam lagi. Walau apa pun yang dikatakan kepadanya, telanlah sahaja, kerana yakinlah, Allah lebih tahu hati kita kan....? Bersabarlah....

“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terdapat kecuali pada orang Mukmin. Jika ia mendapat kegembiraan, maka ia bersyukur, dan itu merupakan kebaikan baginya. Dan jika mendapat kesusahan, maka ia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya."
( HR. Muslim )

Bukankah sudah kukatakan seorang dai'e itu sangat istimewa? Walau proses ini sangat pahit, yakinlah bahawa syurga itu sangat manis.

~yang terus berusaha menjadi dai'e sampai mati, insyaAllah,
-wardatulshaukah, kamar sepi, 13 mac, 21:30pm-

(dan dakwah ini banyak mengajarkan kepada saya erti cinta. alhamdulillah. entah kenapa saat menulis entri ini, berkali-kali air mata saya jatuh. ish. apsal lah emosi sangat akhir-akhir ni. haih...)


** Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang ingin menyebarluaskan artikel ini atau mana-mana artikel saya, silakan untuk disebarluaskan tanpa keizinan dari saya, tapi saya mohon kemuliaan kalian untuk tidak dicuri artikel ini dan dijadikan untuk kepentingan sendiri. Mohon saudara saudari baik hati, sekurang-kurangnya hormatilah penulis asal dengan menyertakan alamat web ini sebagai rujukan. Terima kasih dan salam hormat. Jzk

Sunday, March 13, 2011

Dunia Ini Sudah Gila

(Nota: Kalau kamu jenis yang tidak pernah ambil kisah tentang negara dan politik, tidak usah buang masa baca ini)

Bismillah.

Saya kalau boleh, tidak suka bersuara dalam keadaan emosi. Tapi, semakin dipendam, semakin sakit pula. Semakin sakit, semakin derita menahan. Tak mampu untuk diam lebih panjang. Tapi, keburukan bersuara dalam keadaan emosi sangat memburukkan. Takut mengeluarkan kata-kata yang akan membuatkan saya menyesal setelah meluahkan. Sungguh, sudah sering saya seperti itu. Tapi, manusia memang tetaplah seorang manusia. Pasti akan kalah dengan emosi.

(pembukaan panjang sebegini yang sengaja saya lakukan; kadangkala merepek yang boleh menimbulkan keredahan lebih baik dari mengeluarkan kemarahan yang boleh menimbulkan penyesalan)

*tarik nafas panjang-panjang*


Saya tidak tahu apa motif gambar sebegini. Sungguh biadap. Itu sahaja yang mampu saya katakan. Nak kata lawak, macam lawak bodoh yang tak lawak langsung. Sakit jiwa agaknya.

Maaf, saya emosi sekarang ini.

Akhir-akhir ini, entah sudah berbulan lamanya, saya sering dijangkiti virus emosi setiap kali membaca akhbar-akhbar tempatan. Sungguh, saya kecewa. Saya kecewa dengan sistem politik Malaysia. Memikirkan sistem kepolitikan di Malaysia, bisa membuatkan seseorang mengalami kemurungan dan depresi yang berat. Sungguh. Bagi orang yang benar-benar mengambil berat hal kenegaraan.

Ini dia jawapan dari pernyataan saya di atas;

"At least negara kita ni aman banding negara-negara lain.."

"Buat hal sendiri sudah."

"I tak mainlah politik ni. Not my taste."

"Politik itu kotor"

"Kalau tak mahu depresi, jangan baca berita. Habis cerita"

Dan, sebenarnya inilah kebangangan pemikiran-pemikiran orang yang jumud. Maaf kerana pernyataan saya semakin keras.

Kerana saya peduli. Kerana saya adalah seorang marhaen minoriti yang mengambil berat akan hal negara tapi hanya mampu memerhati dari kejauhan sedang tak punya kuasa untuk mengubahnya.

Dan kerana politik itu adalah cabangnya Islam. Jika kamu menafikan politik, maka kamu menafikan kenegaraan. Jika kamu menafikan kenegaraan, maka kamu menafikan Islam. Ingatlah bahawa Islam itu takkan tertegak berdiri tanpa tegaknya sebuah negara. Ingatlah bahawa negara itu takkan tegak berdiri tanpa tegaknya politik yang dilandaskan Quran dan Sunnah.

Dan ingatlah tanpa Quran dan Sunnah, semuanya akan hancur. Lebur. Musnah.

Kamu yang masih memikirkan politik itu berupa partisan semata seperti parti BN atau parti PAS, lebih baik kamu diam saja. Jangan bicara apa-apa kerana ianya sangat menjengkelkan.

Kalau kamu rasa tsunami itu tidak lebih dari sebuah gurauan yang melibatkan ultraman, superman atau bahkan batman, takziah saya ucapkan.

Sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia terguncang?

Atau sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang di langit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku.

- Al-Mulk: 16-17

Dan aku hanya mampu menulis, sedang Allah Maha Melihat.

Nota 1: Saya orangnya tidak suka perlihatkan emosi saya, tetapi dalam bab-bab politik, saya minta maaf. Saya akan jadi seorang yang terlampau emosi. Sungguhpun saya lebih banyak diam tentang ini. Waktu-waktu inilah membuatkan kerinduan saya kepada Rasulullah semakin menebal yang tak mampu saya ungkapkan. Allah.....

Nota 2: Bangga kan jadi warga Malaysia? Masuk CNN doh! --> Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters

Nota 3:
Baca ini juga: Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri

Thursday, March 10, 2011

Jual Beli

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.

-At-Taubah: 111

Orang-orang mukmin itu sebenarnya sedang dalam proses jual beli dengan Tuhan. Mereka dibeli oleh Tuhan.

Manusia dibeli? Kita dibeli? Apa yang kita ada untuk diperjualkan pada Tuhan? Kita ada apa sebenarnya?

Manusia yang tidak punya apa-apa, hatta harta kita di dunia sekarang ini pun milik Tuhan. Semua milik kita pun sebenarnya hanyalah pinjaman Tuhan, kan?

Rumah, kereta, motosikal, baju-baju yang cantik, handphone, laptop, buku, kasut, makanan, bla bla.. <-- semua ini pinjaman Tuhan, kan? Semua ini kita dapat dengan kemurahan-Nya, dengan keizinan-Nya, dengan kasih sayang-Nya.

Pokoknya, segala-gala yang ada dalam diri kita sebagai seorang abdi ini secara total adalah milik Tuhan, baik segala saraf di tubuh kita yang bekerja, hati, akal semuanya milik Tuhan. Kita kan sebenarnya ibarat robot saja? Kita tak tahu setelah kita tidur nanti, kita masih hidup atau tidak.

Jadi, dari mana pula bahan modal kita untuk dijual kepada Tuhan kalau segala-galanya pun adalah milik-Nya?

Ada dua yang Tuhan ingin belikan dari kita;

Jiwa dan Harta.

Secara cash dibayar dengan SYURGA.

Penjual: Kita
Pembeli: Tuhan
Barang yang dijual: Jiwa dan Harta
Bayaran: SYURGA

Subhanallah. Betapa bukankah inilah jual beli yang paling menakjubkan sekali?

Jual beli dengan Allah adalah jual beli sebaik-baiknya.

Subhanallah. Betapa pemurahnya Dia dan tak pernah berkira. Sedang manusia, terlalu berkira. Dengan Tuhan juga berkira.


Mereka itu adalah orang-orang yang bertobat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang beriman.

-At-Taubah:112

Inilah dia orang-orang yang dibeli oleh Allah. Maka bersiap sedialah kalau benar ingin dibeli oleh-Nya. Apakah kita tidak ingin dibeli oleh-Nya?

Kerdilnya kita. Hinanya kita. Tiada daya kita, melainkan kekuatan dari-Nya.


"Kitalah penyala cahaya, bukan pengeluh gelap. Kita bawakan teladan sebelum mengenalkan. Maka, saat semua di sekitar terasa gelap & sesak, curigalah bahwa kita ini yang dikirim Allah sebagai cahaya tuk mereka. Berkilaulah!"

~ Salim A. Fillah

~abdi yang mengemis cinta-Nya,
wardatulshaukah,
teratak mawar sepi,
21:13pm.