Sunday, February 27, 2011

Nota Kecil #1

Bismillah.

Nota 1:

Proposal thesis tajuk saya masih dalam merencanakan judul, apakah judul thesis saya diterima atau tidak. Thesis saya yang berjudul "Hubungan antara solat tahajud dan tingkat stres" telah ditolak. Hm. Kecewa kot. Lecturer pembimbing saya kata, dah ok sebab saya refer pada buku "Terapi Solat Tahajud" dan akan mencari jurnal-jurnal untuk menjayakan proposal saya. Tetapi, orang-orang atasan mengatakan bahawa judul itu berkaitan dengan agama, dan sebarang judul yang berkenaan dengan agama, bangsa, ras dan sebagainya tidak dibenarkan. Kerana takut, hasilnya adalah negatif, dan kita merosakkan nama agama tersebut. Tsk. Walau bagaimanapun, saya masih belum berbincang dengan pihak atasan berkenaan dengan judul saya, kerana barangkali mereka salah faham. Insya Allah akan berbincang lagi, tapi dalam masa yang sama, sedang berfikir beberapa tajuk lain untuk proposal saya. Semoga dipermudahkan.

Nota 2:

Di sini, banyak sangat kecurian barang. Di surau waktu solat pun, kalau ditinggal barang, beg, pun boleh dirompak juga. Dahsyat betul manusia ni. Dia tak pernah terfikir untuk menghormati tempat, waktu untuk mencuri. Selagi ada peluang di depan mata, tak kisahlah di mana pun, main rembat saja. Waktu saya ke pengajian tafsir di Masjid berdekatan, waktu petang, kerana habit para mahasiswa yang membawa motosikal dan parking di depan masjid. Helmet seperti biasalah, digantung pada tempat duduk motosikal tersebut. Hari itu, salah seorang akhwat telah berjaya dicuri helmetnya, dengan memotong tali helmet yang digantung pada motosikalnya. Astaghfirullah. Manusia itu memang tidak berperikemanusiaan.

Nota 3:

Sajak yang saya tulis bertajuk "Aku ingin ikhlas mencintai-Mu" telah dideklamasikan oleh seorang akhwat yang saya sayangi meski tidak pernah bertatap mata dengannya. Tapi, malangnya beliau tidak merakam deklamasi sajak tersebut untuk dibuat video. Saya dengan berbesar hati, sesiapa saja pembaca saya yang ingin deklamasikan sajak-sajak saya di sini, insya Allah, kalau boleh, rakamlah video anda yang mendeklamasikan sajak tersebut, kerana saya juga ingin mendengar puisi saya dideklamasikan dengan suara, jiwa dan tutur yang mungkin berbeda dengan penyampaian dari hati saya. Jangan segan-segan untuk kirimkan video pada saya, insya Allah saya akan post kan video itu di dalam entri blog kecil saya ini. Sungguh, saya sangat hargainya. Subhanallah. :)

Nota 4:

Terima kasih kepada followers yang tidak sempat, tidak pernah ditegur, juga tidak dikenali (rasanya ini ucapan pertama kali ditujukan buat followers saya). Terima kasih kepada sesiapa yang membaca blog saya. Kalianlah yang memeriahkan blog saya ini walaupun sebenarnya tidak meriah pun, dan sangat kering lagi lusuh. Jauh di sudut hati, saya menyayangi kalian kerana kalian adalah saudara saya. Semoga Allah sentiasa pimpin kita ke jalan yang lurus.


Hanya ingin meng 'kopi+pasta' (copy&paste) kata-kata seorang sahabat saya dari status facebooknya;

"Persaudaraan hati tak perlu menampakkan muka, cukup tahu kau dan aku berjuang di jalan yang sama."

Jaga diri, jaga iman, jaga amal.

-ditulis dalam kerinduan pada-Nya,
wardatulshaukah,
kamar sepi, medan.


No comments: