Friday, October 29, 2010

Nota kecil Gastrointestinal System


Nota 1: Kamu tahu mengapa perut kamu buncit, walaupun cuba untuk diet berkali-kali tetapi tetap gagal untuk kurus? Cuba periksa bagaimana cara kamu makan. Cara mencernakan makanan dengan baik adalah dengan mengunyah makanan sehingga betul-betul lumat di dalam mulut sebelum ditelan. Jadi, perut mudah menerima hasil lumatan dari mulut dan mudah dicerna sehingga ke usus. Kalau guna cara sebegini, makan banyak-banyak pun perut tetap tak akan buncit.

Nota 2: Sebaiknya, sebelum makan minum air kosong sedikit terlebih dahulu dan jangan minum sewaktu makan kerana ini boleh mengganggu proses pencernaan makanan di dalam perut. Dan ini tips berkesan supaya perut tidak kembung atau buncit. Yang paling baik, selepas makan tunggu beberapa minit atau beberapa jam, barulah minum air kosong. (memang air kosong adalah paling baik)

Mungkin ini adalah tips yang berkesan supaya perut tidak buncit. Cubalah! :)

Nota 3: Jangan melewatkan makan sampai jauh malam sedang di siang tak langsung menjamah makanan, kerana dinding perut akan terus-menerus menghasilkan acid. Apabila kita lambat makan, acidity dalam perut kita akan meningkat dan ini akan menyebabkan terjadinya Peptic ulcer (atau dalam kata orang awam iaitu = Gastric). Sebab itu perlu minum air kosong walaupun makan agak lambat supaya membantu meneutralkan acid dan mengelakkan terjadinya Peptic ulcer.

Sebab itu waktu kita berpuasa hanya dari waktu imsak ke maghrib, dan sunnah dipercepatkan berbuka puasa. Kerana apa? Untuk mengelakkan perut kita mengalami peningkatan acidity yang menyebabkan ulcer :)

Nota 4: Tahukah kamu salah satu terjadinya Peptic ulcer juga adalah disebabkan terlalu kerap memakan ubat killer-pain? Pening kepala sikit, makan ubat. Sakit perut sikit, makan panadol. Itu acetaminophen (panadol) - bila terlalu kerap dimakan, akan menyebabkan Peptic ulcer! Komplikasinya boleh terjadi perdarahan pada perut dan boleh menyebabkan DEATH.

Nota 5: Percaya atau tidak, salah satu faktor terjadinya constipation (sembelit), hemorrhoid (buasir) atau bahkan Gastric Cancer dan Colorectal Cancer adalah disebabkan kurangnya makan sayur dan buah-buahan? Jadi, seimbangkanlah makan daging, ayam dan sayur-sayuran. Jangan berat sebelah ok. Untuk ibu-ibu, jadikan anak-anak anda penggemar sayur dan buah-buahan lebih dari ayam dan daging, seperti saya. Haha.

(Dalam adik beradik dari kecil lagi saya digelar 'Raja Buah' sebab terlalu gemar makan semua jenis buah-buahan. haha. eh. lari topik pulak)

Nota 6: Kalau frekuensi anda membuang air besar tidak normal (normalnya adalah 1x sehari). Kalau dalam seminggu cuma 3-4 kali atau kurang dari itu, atau buang air besar susah dan rasa sakit, apalagi jika tinja anda sudah ada lendir / darah, cepat-cepatlah dibawa ke hospital untuk diperiksa. Jangan pandang remeh. Kerana simptom itu adalah gejala awal seseorang menderita Colorectal Cancer.

Tapi malangnya kebanyakan orang awam memandang remeh, contohnya apabila terjadi pada orang tua yang sudah semakin parah baru dihantar ke hospital, baru menyesal kerana telah didiagnosa menderita Colorectal Cancer pada stadium terakhir! - yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Hm...

Nota 7: Tahukah kamu stress juga akan banyak mempengaruhi sistem pencernaan kita? Jika seseorang stress dan risau terlalu banyak, ia akan mempengaruhi sistem pencernaan kita sehingga menghasilkan gejala diarhhea, sakit perut, mual, muntah atau constipation. Dan gejala ini dinamakan Irritable Bowel Syndrome (IBS). Salah satu yang membezakan symdrome ini dengan penyakit lain adalah gejala akan hilang setelah buang air besar. Biasanya penderita IBS ni lebih banyak terjadi pada perempuan. Sebab perempuan emosinya tinggi dan mudah mengalami stress. Dan juga disebabkan oleh faktor hormon dan syndrome ini boleh mengganggu period haid wanita.

Jadi, jangan stress-stress sangat ya! Plus, jaga kesihatan.

Walaupun sebenarnya saya agak stress sebab besok exam paper ini (Gastrointestinal System) tapi saya taklah sampai terjadi IBS. Heh.

Doakan saya. Man jadda wa jada. *siapa yang berusaha pasti berjaya*

Berusahalah teeny! :) *ok, sambung study*

-ws, 29 oktober, medan-

Sunday, October 10, 2010

Saya mahu jadi seperti burung.

(Ianya berbunyi seperti tidak bersyukur dijadikan seorang manusia sebaik-baik kejadian. Sebenarnya, ini bukanlah ekspresi untuk mengatakan saya tidak bersyukur dijadikan seorang manusia dan bukan burung, tetapi saya hanya mahu terbang!)

Bismillah.

Sudah lama rupanya tidak membasahkan pena. Walaupun setiap hari teratak ini semakin sunyi, tetapi setiap hari saya tetap menerima kunjungan berkali-kali ke teratak ini. Saya sendiri tidak tahu apa menariknya blog saya ini. Tetapi, terima kasih andai kamu membaca.

Saya sekarang sudah berada di tahun ketiga di dunia perubatan. Sekejap saja kan? Saya masih berfikir kehidupan yang telah saya jalani, walaupun seperti mimpi namun ianya telah banyak berlalu. Hampir 22 tahun kehidupan saya bakal menjadi sisa-sisa.

Ada satu pernyataan yang mengatakan bahawa perempuan selalu memikirkan perkara yang remeh manakala lelaki selalu memikirkan perkara yang lebih penting. Saya setuju sebenarnya dengan pernyataan itu. Malah, saya rasakan bahawa saya seperti itu juga. Entahlah. Kadang-kadang saya lebih banyak berfikir perkara-perkara remeh. Tetapi, bukanlah maksudnya tak fikir perkara penting. Cuma lebih menjadikan perkara remeh itu menjadi complicated as it shouldn't.

Kebelakangan ini, saya sering memikirkan masa depan saya. Selalu mengukirnya sehingga saya hampir menjadi obses. Saya hanya melakar tapi tidak ingin mempercepatkan kerana saya mahu biarlah masa depan saya terukir sendirinya bila sampai masanya nanti. Kadang-kadang saya sering bertanya pada diri saya; "Betulkah aku bakal jadi doktor?" Saya tidak obses pun dengan bertanya pada diri sendiri soalan seperti itu. Cuma kadang-kadang saya rasa ini bukan tempat saya.

Kadang-kadang juga saya sering memikirkan masa lalu saya. Sehingga saya menjadi rindu dan ingin kembali ke masa lalu, yang pada saat saya belum menjalani kehidupan saya di Medan ini. Tapi, saya tidak harus seperti itu. Seolah-olah saya tidak pernah mensyukuri setiap detik yang Allah telah pinjamkan kepada saya.

Hm.. Terlalu memikirkan masa depan menjadikan saya cemas. Terlalu menyesali masa silam menjadikan saya lemas. Sehingga saya lupa waktu sekarang ini. Saya terlupa betapa waktu saya sekarang ini adalah emas. Dan inilah dia realiti sebenar. Bukan masa silam dan masa depan. Tetapi ialah sekarang.

Saya seorang yang bodoh. Ini bukan pengakuan di kala saya sedang menghadapi rasa 'down'. Tetapi memang saya bukan seorang yang pandai. Saya perlu belajar. Adakalanya kita perlu meletakkan harga diri kita serendah-rendahnya untuk menuntut ilmu. Ya, sebegitu memang perlu. Dan rasa rendah diri itu sebenarnya seperti perahu yang membawa kita berjalan di atas air untuk sampai ke destinasi yang dituju, yang tanpa perahu itu, bagaimanakah kita akan sampai ke tempat yang dituju? Betapa pentingnya sikap rendah diri itu sebenarnya.

Kadang-kadang saya letih dengan pelbagai ragam manusia, ragam sekeliling dan ragam dunia. Saya seperti ingin lari. Lari dari semua ini. Sekali lagi, ini bukan pernyataan di kala saya sedang berputus asa. Tetapi, memang saya mahu menjadi seperti burung yang terbang bebas di udara, di langit. Bebas berlari ke sana ke mari tanpa pedulikan apa pun terjadi. Tapi hakikatnya saya hanya seorang manusia yang tak punya sayap dan tak pandai terbang. tsk.

Maka, saya harus mendepani semua ini walaupun saya sudah letih. *Oh, come on. Belum sampai 30-40 tahun sudah letihkah?* Biarlah letih pun, kerana saya ada banyak waktu untuk recharge semula diri saya. Setiap kali selepas recharge, saya akan kembali bertenaga seperti singa. Heh. Sebenarnya, saya sering berkata "aku kuat... aku kuat.." terhadap diri sendiri untuk mententeramkan hati. Walaupun saya sebenarnya lemah. Memang, manusia itu sangat lemah.

Apakah kamu sering berdebar setiap kali memikirkan hari-hari esok? Jika ya, maka kita sama. Kamu sama seperti saya yang sering memikirkan hari esok. Hm, harus diubah sikap sebegini. Saya mahu memikirkan hari ini saja. Kerana ingin mengurangkan kontraksi jantung saya yang semakin hari semakin kuat, kerana ingin mengurangkan nafas saya terburu-buru. Saya mahu menjalani hidup ini dengan tenang-tenang saja.

Betapa benar, 'ala bizikrillahi tathmainnal qulub... hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. Betapa indahnya manusia yang mempunyai hati yang tenteram. Kerana wajahnya terpancar nur Allah, hatinya penuh dengan Allah di setiap sudut. Hanya saja dengan mengingati-Nya, mudah-mudahan terus kuat. Kalaulah kita jauh dari Tuhan, sudah lama berputus asa, kan?

Allahu akbar. Semoga Allah mengirimkan ke dalam hati-hati kita berupa ketenangan. Sakinah yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang terpilih. Semoga di segenap hati ini, hanya Allah yang kita sematkan.

Semoga semakin khusyuk, semakin sabar, semakin tenang, dan semakin serius menjadi abdi-Nya.

Dan, ada satu kata-kata yang baru saya terjumpa hari ini, dan terus saya genggamnya;

"It's not that I'm so smart , it's just that I stay with problems longer ." - Albert Einstein

Insya Allah, saya tak akan putus asa sampai saya hilang nyawa.

:)