Wednesday, July 28, 2010

Fasa-fasa kedewasaan: Jalani, hayati, nikmati.

Gambar diambil di sini.

Sewaktu berada di zaman anak-anak dahulu, saya pernah mempunyai perasaan agar umur saya dapat berjalan dengan pantas, dan di waktu umur saya sekarang, saya mula merasakan bahawa betapa indahnya zaman keanak-anakan seperti dahulu.

Ingatan saya kembali mengimbau saat bermulanya zaman persekolahan untuk memasuki Darjah 1. Saat itulah bermulanya kita mengenal ilmu. Kita diajar segala macam huruf yang belum pernah kita pelajari. Darjah 1 itulah waktu kita mula belajar segala-galanya. Lalu, kita akan menerima apa sahaja yang diajari oleh guru. Waktu itu sebenarnya adalah waktu di mana perasaan ’curious’ kita lebih hebat dari segala macam umur yang tercipta dalam hidup kita ini.

Kita bertanya pada guru apa sahaja soalan walaupun tidak masuk akal tanpa jemu dijawab oleh guru. Guru-guru kita tak pernah merasa kita bodoh. Kerana mereka tahu, kita bersekolah untuk belajar dan sudah menyedari betapa sebelum kita melangkah masuk ke alam Darjah 1, ilmu kita adalah kosong. Apa sahaja yang diajar oleh guru, kita terima seadanya. Kadang-kala jawapan-jawapan itulah yang mengajar kita untuk meniti ke alam kedewasaan. Malah, saya pasti ada di antara kita yang masih ingat kata-kata guru mereka sampai sekarang biarpun sudah lama meninggalkan Darjah 1 dalam hidup mereka.

Berbeza dengan kehidupan sekarang. Saya bukan anak-anak lagi. Waktu ini, setiap orang ada kebebasan dalam bersuara dan berfikir. Kalau dulu, setiap apa yang guru ajari, kita hanya terima bulat-bulat dan menjadikan inspirasi kepada kita, malah sekarang hak kita sama dengan semua peringkat umur. Hak berfikir dan hak bersuara.

Kalau dulu kita lebih banyak menerima, sekarang kita lebih banyak memberi. Dan watak ’memberi’ itu adalah watak utama yang akan menemani sepanjang hidup kita bermula dari zaman kedewasaan yang kita alami sekarang. Maka, dalam memberi, adalah berpandukan diri kita, apakah kita lebih senang dengan memberi madu ataupun lebih angkuh dengan memberi racun.

Sama ada memberi madu mahupun racun, ia tetap dalam istilah ‘memberi’. Andai kita benar-benar ingin menikmati dunia ini dengan lebih indah, sudah tentu kita takkan pernah mahu menikmati racun sebaliknya madu. Dan andai kita ingin diri kita diperlakukan dengan sebaiknya, maka kita berhak melakukan kepada orang lain dengan sebaik-baiknya sepertimana diri kita ingin diperlakukan.

Hidup sangat singkat. Kalau semalam saya merasakan saya 15 tahun, sekarang saya sudah berumur 21 tahun. Maka, esok pasti saya sudah meloncat kepada umur 26 tahun dan seterusnya.

Makna dalam hidup ini tidak terus untuk ‘menikmati’. Kerana kalau kita lebih dahulu kenal erti ‘menikmati’, mungkin pada usia saya 21 tahun ini akan saya loncatkan kepada 26 tahun kerana saya benar-benar ingin menikmati perkara yang saya mahu nikmati saja. Tetapi, kita telah pelajari banyak tentang kehidupan ini dengan ‘menjalani’nya. Di mana saya harus melalui pada usia 22 tahun, 23 tahun dan seterusnya untuk sampai ke 26 tahun. Saya harus ‘menjalani’ tanpa merasai soal mahu atau tidak, mampu atau tidak. Orang-orang tua selalu berkata, “Buat saja dulu. Nanti tahulah macam mana rasanya..”

Sewaktu berada dalam fasa ‘menjalani’ juga tidak terus untuk ‘menikmati’ sebelum mengenal erti ‘menghayati’. Maka, untuk menikmati sesuatu itu dengan sepenuh-penuh indah adalah sangat jauh. Kerana proses sebelum bertemunya nikmat adalah harus menjalani, kemudian menghayati. Dan akhirnya adalah menikmati.

Jauh sememangnya jauh. Tapi percayalah ianya mengambil masa yang singkat walaupun sekarang masih belum terlihat kelibatnya. Hal yang membuatkan untuk kita lebih menghargai setiap detik yang sedang kita nikmati sekarang adalah dengan menghargai fasa ‘menjalani’ dan ‘menghayati’ kerana sesungguhnya fasa itu lebih indah dan sangat nikmat berbanding fasa ‘menikmati’ yang menunjukkan bahawa fasa-fasa itu semua telah berakhir. Yang tinggal hanya untuk dikenang.

Maka, satu hal yang ingin saya putuskan: Saya semakin mahu menghargai setiap detik fasa-fasa ‘menjalani’ dan ‘menghayati’ dalam hidup saya yang singkat ini biarpun terpaksa berhadapan dengan suka dan duka. Sebelum semuanya menjadi sisa-sisa yang layak untuk dikenangi dan dirindui, kerana ianya adalah fasa ’menikmati’ – fasa terakhir.

Konklusinya, janganlah gopoh berjumpa dengan kejayaan andai belum menjalani sesuatu itu disertai dengan penghayatan dan kesabaran.

Innallaha ma'as sobirin.

Sabar.

Wednesday, July 21, 2010

Jika dakwah adalah kecintaan, maka ikhlaskan kami merasakannya. (3)



SANG PENAKLUK HATI

Kesaksian seorang sahabat, Anas bin Malik tentang seorang Muhammad;


"Sepuluh tahun aku tinggal di rumah Rasulullah, dan selama itu aku belum pernah mendengar kata-kata kasar dan pertengkaran."

Memang. Memang ada di kalangan para dai'e terutamanya kaum muslimin yang tidak mengendahkan sikap 'kelemahlembutan' dalam berbicara, menegur dan bertugas. Sikap ego yang mengatasi peribadi yang menganggap bahwa sifat lemah lembut hanya perlu ada pada jiwa wanita ataupun muslimah, maka lelaki harus melakukan cara lelaki, katanya.

Muhammad Sang Habibullah - yang ditawarkan banyak kekuasaan tak kira dari malaikat, bahkan orang-orang kafir yang mencuba untuk mengaburkan matanya dengan kuasa dan harta yang mewah. Namun, dia tetap menolak. Demi dakwah. Beliau yang begitu lembut dan romantis terhadap isteri-isterinya, namun seperti singa apabila berkhutbah di hadapan orang-orang Muslim. Berjenaka dengan sahabatnya, lembut, halus dan jelas tutur bicaranya.

Beliau pemimpin negara, namun jika mengingami solat atau memimpin perjalanan yang jauh, sempat lagi diutarakan pada sahabatnya, "Di mana si Fulan? Mengapa aku tidak melihatnya?" Adalah beliau, pemimpin yang paling peduli akan semua sahabat-sahabatnya.

"Demi Allah, aku pernah menjadi utusan untuk menemui para raja, Caesar dan Kisra. Demi Allah, tidak pernah kulihat seorang raja yang diagung-agungkan sahabat-sahabatnya, seperti yang dilakukan sahabat-sahabat Muhammad terhadapnya.."
Begitulah kata Urwah ibn Mas'ud As-Tsaqofy.


Bentuk keagungannya memang berbeda. Berbeda dari para sekalian raja, perdana menteri, ketua segala ketua yang punya harta mewah, dan kedudukan yang tinggi di sisi rakyat. Tapi, beliau memilih untuk turun dekat bersama rakyatnya. Dekat pada hati mereka. Sehingga cara 'humbleness' ini membuatkan Umar, sahabatnya menangis apakala melihat kekasih yang dicintai ini tidur beralas tikar berbekas rotan, sehingga menempel bentuk pada tubuhnya, seraya berkata;

"Sungguh ya Rasulullah, Kisra dan Caesar bertelekan di atas bantal dan permaidani suteranya, pelayan pun hilir mudik menyediakan keperluannya, sementara kedudukanmu di sisi Allah jauh lebih mulia.."

Lalu, beliau pun mengukir senyuman manis yang pernah disaksikan seluruh dunia, dan berkata dengan penuh tulus;

"Apakah engkau tidak redha mereka mendapat dunia sedang kita menyimpan akhirat wahai Ibnul Khattab?"

Beliau adalah penguasa yang kekuasaannya hebat, tak kalah oleh Caesar dan Kisra, cuma yang membedakan dirinya dengan penguasa-penguasa lain adalah kerendahan diri dan perbezaan kemewahan yang tak mungkin dikecapi dan dinikmati oleh sesiapapun penguasa sehingga hari ini.

Tetapi, beliau tetap berkuasa di seluruh wilayah, rakyat bahkan tentera. Kerana yang beliau taklukkan adalah hati. Untuk diseru bersama mengesakan Tuhan yang Satu.

Maka, pendakwah itu bukanlah seseorang yang memiliki segala-galanya. Tetapi adalah seorang pendakwah, ialah si penakluk hati.

Penakluk hati yang bersifat kepedulian. Peduli pada teman-temannya. Peduli pada mutarabbinya, tetangganya, sekelilingnya. Inilah dia ruh dakwah, yang perlu disuburkan. Maka, atas dasar ini, Khadijah Radiallahu anhu telah memberi jaminan pada suaminya;

"Tidak, sekali-kali Allah tidak akan meninggalkanmu. Kerana engkau senantiasa menyantuni yang fakir dan lemah, memberi makan mereka yang kelaparan, memberi pakaian mereka yang telanjang, menyambung silaturrahim, dan memuliakan tetamu."

Subhanallah. Sungguh, kami merinduimu ya Rasulullah...


TUGAS DAKWAH INI ADALAH TUGAS SEMUA

Inilah tugas kita.

Dakwah itu bukan hanya pergerakan sebuah jemaah semata-mata. Dakwah itu bukan bererti bahawa kamu harus pegang jawatan dalam mana-mana jemaah mahu pun persatuan. Dakwah itu bukan hanya dilakukan oleh ustaz dan ustazah. Bukan hanya tugas orang-orang bertudung labuh dan berkopiah. Bukan juga bendera-bendera kecil berkibar yang akan mengenalkan manusia pada dakwah. Bukan pula slogan dan teriakan dari atas mimbar yang melangit.

Tetapi setiap saat kita sarungkan pakaian dakwah ini dalam diri. Gerak langkah dan desiran jiwa yang kaya akan zikrullah, itulah yang akan mengetuk pintu hati. Kita semua adalah para pendakwah. Kamu mengajak sahabat untuk belajar bersama, kamu sebenarnya sedang berdakwah. Kamu menyampaikan ilmu, mengajar teman-teman apa yang kamu ketahui, percayalah kamu sedang berdakwah.

Maha Suci Allah, betapa luasnya konsep dakwah itu. Bahkan kamu menyampaikan sesuatu yang bermanfaat di dalam blog, kamu berdakwah. Kamu mengucapkan "Bismillah.." sebelum makan dan minum sehingga teman-teman di sisi mendengar, kamu sedang berdakwah.

Maka, buanglah persepsi begatif tentang dakwah yang menapak di benak kita selama ini. Marilah memikul amanah Tuhan.

Sekiranya dalam hati kita ini, ada menapak perasaan ingin menyampaikan kebenaran, perasaan ingin menegur kesilapan, itulah dia hidayah yang Allah telah tampalkan dalam diri kita. Maka, gapailah terus hidayah ini. Jangan dilengah-lengah. Berdakwahlah semampunya.


MUSIBAH ADALAH SAHABAT DAKWAH

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah: 286)

Andai kita berfikir tentang dakwah, maka adalah musibah itu sahabat dakwah yang sentiasa menemani. Berfikir kita tentang dakwah;

Maka musibah adalah luka, yang hanya dakwah yang mampu menyembuhkannya.
Maka musibah adalah teka-teki, yang hanya dakwah yang mampu mengurainya.
Maka musibah adalah hidangan, yang hanya dakwah perangkat makannya.


Tega tak tega, sebutlah musibah adalah peluang dakwah.

Maka, sekiranya kamu mengambil jalan untuk berundur dari jalan ini, ketahuilah bahawa ianya tidak merugikan Allah sedikit pun. Ketahuilah kerajaan Allah tak pernah jatuh dan kekuasaan-Nya tak pernah berkurang biar pun sedikit. Allah tak pernah perlukan kita. Tetapi kitalah yang perlukan Allah.

Allah tak pernah perlukan kita sebagai memegang watak da'ie dalam pentas dakwah ini. Sekiranya kita berpaling, akan ada golongan yang Allah ciptakan lebih baik. Lebih sempurna.

Sedang kita? Kitalah yang rugi. Kita tak pernah diperlukan. Tetapi kitalah yang memerlukan.

Maka dengan itu, wahai para dai’e, teruskan dakwah kalian. Janganlah tunggu diri menjadi sempurna sedangkan ianya mustahil. Janganlah menunggu hidayah tetapi carilah ia. Sesudah jumpa, pautlah. Janganlah lepaskan sama sekali.

Teruskan dakwah kalian, teruskan imej keislaman kalian. Tidak perlu malu untuk berdakwah. Imej dan penampilan itu juga berbentuk dakwah. Tidak salah memakai jubah dan tudung labuh bagi perempuan, tidak salah memakai jubah dan kopiah bagi lelaki ke mana pun. Bukan hanya di masjid atau di surau saja. Bukankah itu lambang kita sebagai seorang muslim? Bukankah kita harus berbangga dengan agama kita? Kalau kita perlu berbangga dengan menjadi seorang Muslim, mengapa tidak kita banggakan untuk 'memakai Islam' itu dalam diri, sebaliknya berasa malu?

Istiqamahlah menjaga diri dan amal. Saya berani kata, walau kamu tidak berdakwah dengan lisan, tudung labuh kamu, kopiah kamu, jubah kamu, mampu berdakwah kepada orang lain. Kerana saya salah seorang yang pernah dijentik suatu ketika dulu tanpa dijentik bertalu-talu dengan lisan. Hanya terpana pada imej pendakwah. Maka, jangan berputus asa dalam dakwah kalian, jangan hanya bergantung semata-mata pada Allah untuk memberikan hidayah kepada mereka andai kita tidak punya usaha sedikitpun.

Ya Allah, sungguh telah aku sampaikan. Maka, saksikanlah!

Rabb, Pintaku jika dakwah adalah pilihan,
Maka biar hati ini memilihnya.
Jika dakwah adalah kecintaan,
Maka ikhlaskan kami merasakannya.
Jika dakwah adalah nada dalam hidup,
Maka izinkan kami memainkan iramanya.
Jika dakwah adalah badai kesulitan,
Maka kuatkan kami untuk bisa bertahan.

Wardatul Shaukah
Bumi Sabah,
21 Julai 2010.


Notakaki: Andai kuberitakan kesemuanya perihal tentang dakwah, maka sehingga aku mati, tak pernah perihal dakwah akan pernah habis. Sungguh.

Sumber:
[1] Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim, Salim A. Fillah.
[2] Jika dakwah adalah kecintaan, maka ikhlaskan kami merasakannya (1)
[3] Jika dakwah adalah kecintaan, maka ikhlaskan kami merasakannya (2)

Monday, July 12, 2010

Asking God For A Sign





One night I decided to really trying get this spiritual mood happening and I'm sure probably some of you had heard this story before, so I apologize

I lit the candle, I had the window open

I had the curtain strung, and I was trying to get that really spiritual feeling

It was a nice summer night in Melbourne, summer that can get you heaven

And I was sitting there and I thinking "this is it.." you know, this is the night..

I have been.. you know.. investigating all the spiritual proofs,

all the scientific proofs about the fact the mountain of the piths.,

about, you know, how the embryo develop inside the woman,

all this amazing proofs, but I still needed that little push.

It was like I was at the edge of the cliff, I was ready to jump, I just need the push

So I was sitting there, sitting quite, I was reading Quran, I stopped,

I said, Allah.. this is my moment, this is the time I'm about to jump into Islam,

all I need is a sign, just a little sign, nothing huge, maybe a bolter brightly,

You know.. maybe.. the house could fall down.. or something you know..

something just small, small for you man, you created this, come on.

So I sat there, I was waiting for the candle to start lighting up to form mating high like in the movie.

Then I say, "ok.. GO!"

And Subhanallah nothing, absolutely nothing happens,

I was really disappointed to be honest,

so I sat there and I sad, Allah.. this is your chance, I'm here. I'm no going no where.

I'll give you another chance, okay maybe you busy, you know..

daytime over the other side of the world, all of the stuff going on..

maybe this time I could just leave kaabah flooring, you know, something small..?

the canlde.. Lets forget that, I do where could find that, so I don't care, just anything.

So I say "ok, GO!"

And Subhanallah nothing absolutely happens,

and I mean I couldn't even said urr.. that was it, that creep that was sat on the wall, that was it.

Absolutely nothing happens, I was really disappointed, I was gasses.

I was sitting there, thinking "this is it..", you know, this was my last chance, Islam..

and I really, I haven't found it.

I put back the Quran, and turn back to where I was reading.

Subhanallah, the very next verse, on the next page;

“For those of you who ask for signs, have we not shown you enough already, look around you, look at the stars, look at the sun, look at water, these are the signs for people of knowledge.”

Wednesday, July 7, 2010

Memori indah ke Labuan yang sempat aku lakarkan.

Bismillah.

Minggu yang lalu adalah daurah singkatku ke Labuan bersama seorang sahabat yang hampir dua tahun tidak kujumpa, dia adalah Herfiana. Dan daurah ini juga adalah pertama kali kakiku melangkah ke Labuan setelah dua tahun yang lalu tidak menginjakkan kaki ke sana.


Tak pernah kusangka, kunjungan setelah sekian lama kunanti ini menemukan aku dengan seorang ibu angkat Herfiana yang penyayang, yang pada awalnya pertemuan kami, beliau sudah menganggapku sebagai anaknya sendiri. Maka, dengan rasminya aku sudah punya ibu angkat baru di Labuan.

Di entri yang lalu, telah kutuliskan sedikit tentang perjalananku bakal tiba ke Labuan seperti ini;

Besok, insya Allah saya akan ke Labuan. Saya ingin berubat. Mengubati rasa kosong yang semakin lama bertapak di daerah kalbu saya. Saya mahu menghalaunya dengan ketenangan yang saya rindui suatu ketika dahulu. Mudah-mudahan Allah permudahkan hajat saya. Saya benar-benar mahu diubati kalbu saya. Agar tak bertambah parah luka ini bermukim sedalamnya.


Maka, daurah selama 3 hari 2 malam itu begitu bermakna untukku. Apatah lagi, dapat bertemu dengan sahabat yang kukagumi itu yang sudah lama aku mengidam untuk bertemu dua mata dengannya. Syukur alhamdulillah, Allah pertemukan kita dalam waktu yang singkat selama 2 tahun tak bertemu ini, sahabatku.

Memang tujuanku untuk ke Labuan adalah untuk berubat. Melepaskan rinduku pada keadaan yang selama ini aku rindui. Aku bertemu dengan Surau Al-Irfaan, tapak tempat mengajarku segala-galanya. Tapak tempat aku belajar mengenal Allah, dakwah, usrah, ukhwah dan segala keindahan yang sebelum itu tak pernah langsung menyentuh hidupku.


Surau Al-Irfaan, tapak kisah cintaku bermula.

Hari pertama setelah menaiki feri, yang tanpa dirancang, juga on the spot membeli tiket feri Kota Kinabalu ke Labuan itu, maka yang aku niatkan adalah aku ingin bertemu dengan Rabbku. Mungkin kalian berasa janggal, mengapa aku perlu bertemu dengan Rabbku di Labuan? Bukankah Rabb itu sentiasa ada dekat dengan kita? Jawabku; Labuan adalah tempat yang pernah kujalani erti cinta. Kolej Matrikulasi Labuan. Kisah cintaku menapak di sana. Maka, salahkah jika aku ingin bertemu dengan kekasih hati yang selama ini kurindu?

Aku bertemu dengan Tuhan di sana. Aku merasai kedamaian dan ketenangan adalah di sana. Maka, apakah ianya janggal mengimbau kisah cinta yang indah dengan melawati tempat cinta bermula? Seperti kisah cinta Mumtaz dan Shah Jehan, maka Taj Mahal menjadi saksi kisah cinta mereka. Sebegitulah denganku.

Ah. Kamu tidak mengerti. Barangkali aku seperti merepek. Tetapi, saat ini hatiku diruntun emosional yang tinggi. Aku ingin menangis. Kerana aku merindui tempat itu. Keesokan harinya, aku bersama Herfiana melawati matrikulasi kami dahulu, dan bertemu dengan beberapa orang pensyarah.

Sir Megat - pensyarah juga sebagai mentorku suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, Sir Megat sudah ada 3 orang cahaya mata yang menurutku, terlampau comel, cergas dan nakal. Sampai tasku diruah oleh cahaya matanya yang comel itu dan mereka mendapati ada keropok di dalamnya yang sudahpun kujamah, tinggal setengah dari isinya. Sir Megat berkata; "Minta lah izin dengan kakak tu nak tengok beg dia, ish.." Hehe. Mereka menyebut 'kakak' dengan memanggil 'tata'. Haha. How cuteee. :)

Encik Othman - yang juga famous dan senang kami memanggilnya dengan gelaran 'Ayah Man'. Dia juga terkenal dengan chef memasaknya kerana sangat pandai memasak makanan-makanan yang sedap. Ayah Man juga yang menghantar kami berdua pulang ke rumah ibu angkat kami pada malam itu.

Sir Megat dan isterinya, Kak Nor. Juga Ayah Man dan Umi (isterinya), terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana melayan kami. Memasakkan makanan untuk kami. Berbual dan menganggap kami tak kurang seperti anak sendiri, jika dilihat dari layanan mereka terhadap kami. Terima kasih. Agak kecewa tak dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah lain. Tapi, cukuplah bertemu dengan Sir Megat dan Ayah Man mampu mengubati rindu kami pada pensyarah-pensyarah di KML.

Petang hari kedua itu (Sabtu), kami sempat bersapa, bertemu, memberikan sedikit perisian dan berpelukan dengan adik-adik yang bakal mengikuti jejak langkah seniornya dalam dakwah dan tarbiyah. Adik-adik yang menjadi tulang belakang Al-Irfaan, yang bakal menjadi pemimpin Islam suatu hari nanti, insya Allah.

Sempat bertemu dengan mereka seramai 15 orang sebelum tibanya solat maghrib. Perisian pertama dimulai dengan sahabatku, Herfiana - yang menekankan tentang akademik yang harus dikuasai oleh mereka yang aktif menjadi ajk surau, tentang dakwah, ukhwah sesama sahabat. (apa lagi ye epi? akak lupa sikit. hehe)

Kemudian, tibalah waktuku untuk berbicara, memberi sedikit perisian dengan harapan, semoga adik-adikku ini akan bertambah bersemangat dalam menjalani kehidupan mereka sepanjang berada di matrikulasi nanti.

Aku mulakan dengan menceritakan serba sedikit tentang diriku, dan kisah serta pengalaman sewaktu menjadi pelajar KML seperti mereka dulu. Seorang adik bertanya padaku, bagaimana mengurus masa? Terutamanya antara akademik dan dakwah? Maka, aku katakan matrikulasi ini adalah tempat yang paling hebat untuk dinikmati. Dan sebagai seorang dai'e, yang aktif dalam kerja dakwahnya, maka kitalah yang menguruskan masa kita sendiri. Kitalah yang bekerja lebih. Kerja kuat melebihi pelajar-pelajar yang tidak bertugas sebagai dai'e.

"Pertama, kakak minta adik-adik untuk perbaharui niat. Tujuan adik-adik datang kemari. Apa yang kamu niatkan, itulah yang kamu dapatkan. Kalau niat kamu datang ke mari kerana orang tua yang paksa, maka itulah yang kamu dapatkan. Kalau niat kamu datang ke mari kerana mahu dapat 4 flat, menjadi pelajar cemerlang, maka itulah yang kamu dapatkan. Tapi, kalau niat kamu ke mari kerana mencari redha Allah, maka insya Allah itulah yang kamu dapatkan, tidak kira apa pun yang berlaku terhadap kamu, berjaya mendapat 4 flat kah, gagalkah, namun redha Allah mengatasi segalanya."

Aku mulakan perisian untuk menghidupkan sedikit jiwa mereka. Kerana aku faham benar, jiwa mereka masih terlalu muda selama masih 2 bulan berada di Labuan, maka jiwa itu mudah rapuh dan jujur. Serta ikhlas mahu menerima nasihat dan kekuatan. Aku banyak menekankan tentang kepentingan pengurusan masa, berdisiplin terhadap diri sendiri, dan sentiasa istiqamah berada di jalan-Nya.

"Kakak tahu adik-adik yang datang matrik semuanya pandai-pandai. Kakak sangat yakin untuk itu. Result SPM yang membuktikan kepandaian kalian. Jadi, kakak minta janganlah sekali-kali ada perasaan riak mahupun merasa rendah diri dengan keputusan SPM. Di sini, SPM itu tipu belaka. Sekarang kamu semua adalah bermula dari kosong. Hindarilah dengan segera perasaan-perasaan itu. Kerana semua itu tidak membawa apa-apa langsung. Semuanya akan berlaku tanpa disangka-sangka di matrik ini. Kalau mahu dapat 4 flat, please work hard. Prinsip akak dalam belajar cuma satu; I don't believe in talent, I believe in hard work! So, please. Please work hard. Kerja keras. Untuk Allah, untuk Islam. Please. Akak mahu lihat kamu berjaya nanti.."

Entah mengapa, aku melihat beberapa orang adik-adikku ada yang tertunduk berjuraian air mata kerana menangis. Sudahku bilang, hati mereka kala ini terlalu rapuh. Mungkin juga akibat homesick, kerana masih baru untuk berjauhan dengan keluarga, dan terus menerima amanah sebagai seorang dai'e pula. Aku faham tentang itu kerana aku pernah merasainya.

"Seorang dai'e itu perlu optimis. Jangan berburuk sangka. Melihat orang lain yang masih jahil, janganlah berburuk sangka. Kita tak pernah tahu tentang nasib kita. Mungkin sekarang kita bertudung labuh, nampak alim, tetapi di universiti nanti, tak mustahil tudung labuh kita ini sudah dicampak entah ke mana. Bersahabatlah dengan tahajud di tengah malam. Dampinglah Al-Quran dan maknanya. Dekatilah ma'thurat setiap hari, di waktu pagi dan petang. Istiqamahlah! Jaga diri, jaga masa, jaga study, jaga iman, jaga segala-galanya. Jangan tinggalkan dakwah ini. Biar apapun yang terjadi."

Sempat aku nukilkan akan 2 ayat cinta Tuhan yang paling kugemari, yaitu pada lembaran Al-Baqarah ayat 186;

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

(al-Baqarah 2:186).


Kuulangi ayat ini serta kutekankan maknanya.

"Ayat ini Allah mengatakan bahawa Dia mengabulkan doa-doa orang yang berdoa apabila ia berdoa, tetapi kita renung di akhir ayat itu, Allah menegaskan; maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Maka, inilah dia jawapan mengapa jika kita seringkali berdoa, dan doa kita tak dikabulkan. Kerana itu, istiqamahlah. Dan berdoalah, kerana Allah sentiasa mendengar, dan Allah sangat dekat."

Ayat kedua yang juga menjadi perangsang dalam kerja dakwahku selama ini, kuberikan pada mereka, pada lembaran surah Muhammad, ayat ke-7 itu;

"Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu."

(Muhammad:7)


Setelah majlis itu ditutupi dengan doa rabitah, surah al-asr dan tasbih kifarah, kami bersalaman dan berpelukan. Pelukan yang erat. Lama. Dalam pelukan itu, aku berbisik kepada mereka yang hampir sama saja aku bisikkan pada semua di antara mereka;

"Kalau rasa lemah, yakinlah Allah ada bersama kita. Kamu kuat. Orang Islam kuat. Sangat kuat. Akak percaya kamu boleh. Allah dah janji kemenangan hanya untuk orang Islam, kan? Kita akan menang. Belajar rajin-rajin. Akak mahu lihat kamu berjaya nanti. Jangan tinggalkan dakwah."

Tangisan mereka menjadi-jadi dalam pelukanku. Semoga dengan pujukan itu, bisa meningkatkan semangat mereka. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka. Amin ya Rabb.

Dalam tazkirah itu, aku ada mengatakan; "Kalau diberi pilihan, kakak lebih mahu jadi pelajar matrik macam dulu. Bukan kerana mahu dapat 4 flat, bukan mahu kejar apa-apa, tetapi susana itu. Suasana matrikulasi sangat indah. Akak mahu merasainya lagi."

Doa kakak kepada kalian, semoga istiqamah berada di jalan-Nya. Semoga kita akan berjumpa di mana-mana dan kita tetap bersaudara.

Salam kerinduan dari kakak,
12.35 am, Kota Kinabalu,
Sabah.

(Nota ini dicatat dalam separa sedar. Penat dan harus berehat waktu ini. Besok ke hospital, hari kedua terakhir attachment. Siapa yang ada keluarga, saudara atau rakan yang ingin bersalin pada tarikh sehari dua ini di Hospital Likas, boleh berjumpa dengan saya di labour room. hehe)

Thursday, July 1, 2010

Makhluk Tuhan Berbau Syurga

Ini anak buah pertama saya. Amirah Athirah. Comel kan?!! (tiba-tiba)

Bismillah.

Sudah 12 hari berada di Sabah setelah baru saja pulang dari Medan seminggu yang lepas. Baru hari ini punya peluang untuk menulis. Isnin pada minggu yang lalu, bermula
Elective Posting (attachment) di Hospital Likas, Sabah. Bagian O&G (Obstetric & Gynegology). Tak sangka, cuti ini kehidupan saya agak sibuk juga.

Seminggu yang lalu, saya sangat setia berada di dalam labour room (bilik persalinan). Manakala sehari dua lepas, saya telah pun melihat Cesarean Delivery secara live. Inilah pertama kali dalam hidup saya melihat orang bersalin di depan mata. Selama ini hanya melihat di dalam buku saja, rentetan pembelajaran yang telah saya lalui pada semester 3 yang lalu. Sekarang, nah! Depan mata. Saya bertemu banyak tetamu baru yang datangnya dari syurga. Mereka - bayi-bayi yang baru dilahirkan. Baunya tanpa dosa. Bersih dan suci mententeramkan kalbu. :)

Saya sebenarnya semakin kehilangan idea untuk menulis. Disertai dengan malas barangkali. Saya sering ingin menulis, sungguh. Tapi bila mahu mula menulis saja, saya sudah tidak tahu mahu tulis apa. Baiklah, ini yang bakal saya tulis - pengalaman sepanjang saya berada di hospital.

Setiap rutin harian sepanjang melakukan Elective Posting, pada jam 8 pagi akan adanya meeting yang disebut sebagai Morning Prayers khasnya untuk department O&G. Pada waktu itu adalah pembentangan semua doktor (specialist, Medical Officer, dan Houseman Officer) <-- ini adalah pangkat doktor yang wujud di hospital. Ada beberapa orang MO dan HO akan bentangkan cases yang mereka dapat di hadapan para specialist. Menarik jugalah. Sedikit-sebanyak boleh belajar banyak perkara. At least, bila jadi HO nanti, taklah juga terkejut kan. Sesudah Morning Prayers, saya akan ke labour room, wad, klinik, melihat pemeriksaan vagina, uterus dan banyak lagi. Seperti itulah yang saya lakukan dalam proses belajar di hospital ini.

Saya kadangkala merasa terkilan melihat doktor-doktor lelaki yang memasukkan tangan mereka ke dalam vagina perempuan orang yang mengandung untuk pemeriksaan vagina. Sudah tidak adakah doktor perempuan? Ada, memang ada. Tetapi pemeriksaan sebegini memerlukan pemandangan profesional di dalam bidang perubatan.

Ya, itu dia - profesional. Doktor perempuan dan lelaki harus profesional. Kenyataan yang kadang tidak cocok pabila berlanggaran dengan hukum Islam. Apa lagi di Sabah ini majoritinya adalah doktor-doktor India dan Cina. Maka, di sinilah saya merasakan Islam semakin hanyut. Bukan tidak ada doktor Islam. Ada, agak banyak juga. Tetapi, seolah-olah tidak ada bezanya lagi. Kerana semuanya telah bersama dalam satu ketetapan, yaitu sikap profesional.

Apakah kamu menyangka doktor-doktor Cina dan India itu mengetahui tentang hukum Islam? Perubatan fiqh? Apa yang dibolehkan segala itu ini sekiranya pesakit wanita yang dirawat dan diperiksan oleh doktor lelaki, doktor perempuan bukan Islam untuk sebegitu sebegini? Tidak. Mereka tidak mengetahuinya.

Pesakit juga seakan-akan rela apabila vaginanya dimasuki tangan doktor yang bukan muhrimnya. Hanya kerana akur. Mungkin juga takut. Takut untuk pertahankan apakah itu adalah benar haknya atau tidak. Jawab saya:
Kamu ada hak! Sekiranya dalam keadaan mengandung yang hampir sarat ingin bersalin, dan kamu melihat doktor yang bakal memeriksa itu adalah lelaki, maka pertahankan hak kamu. Kamu boleh memilih doktor perempuan yang ada di situ. Jangan malu untuk berbicara dengan doktor. Tidak kiralah kamu siapa. Orang kayakah, orang miskinkah, selagi kamu memelihara keimanan dalam diri kamu, katakan sahaja yang benar. Mengerti?

Maaf. Sedikit emosional. Saya hanya menahan diri sewaktu melihat perkara ini berlaku. Atas nama seorang pelajar, dan masih belajar lagi sekarang ini, ilmu juga kering kontang, maka saya tidak ada hak sama sekali untuk bersuara. Apa yang saya rasakan sehingga sekarang ini adalah saya merasa kosong.

Ya, KOSONG. Betapa perasaan ini sedang menghimpit saya erat. Saya bertanya, di manakah pelajar-pelajar Islam lepasan jurusan perubatan? Saya melihat beberapa ketul orang Islam. Itupun, hampir semuanya adalah berasal dari Melayu Semenanjung. Saya tertanya-tanya, di manakah orang-orang Sabah yang beragama Islam? Sudah tidak adakah?

Jelas, negeri Sabah ini begitu ketandusan dengan dakwah dan penyebaran Islam. Manakala penduduknya ramai. Dan saya merasa sedih untuk itu. Saya tidak nampak. Tidak nampak sama sekali. Ataukah saya masih kabur? Sungguhpun mengenali banyak doktor di hospital ini, hakikatnya saya merasakan sedang bersendiri. Walaupun sebenarnya saya belum menjadi doktor lagi. Hanyalah pelajar perubatan yang berada di tahun kedua yang melakukan
Elective Posting. (tapi pesakit dan jururawat di sini panggil saya doktor juga. mahu buat macam mana kan.)

Dan, memang. Memang dari dulu lagi saya menyedari bahawa kebanyakan doktor Melayu Islam paling kurang disenangi berbanding doktor-doktor berbangsa lain. (kebanyakan) Hm. Saya tak faham lah kenapa. Tapi, jujur. Saya melihat depan mata sekarang. Dan mata saya menjadi saksi. Doktor Melayu lebih berat mulut jika saya (yang masih belajar ini) bertanya apa-apa yang ingin saya tanyakan (yelah, nama pun pelajar). Sungguh. Bertanya sepatah, sepatah juga dijawabnya. Kadang, wajah saya tak dipandang langsung pun. Berbeza jika saya berbicara dengan doktor India dan Cina (tidak semua), kadang saya bertanya sepatah, wah satu perenggan jawapannya. Semangat pun bertambah.

Tapi, tidak semua lah. Ada juga doktor Melayu yang baik. Saya senang. Ada juga macam merendah-rendahkan pelajar. Tak kurang juga doktor Cina dan India sebegitu. Mentang-mentanglah pelajar kan. Nak rendah-rendahkan pula. Saya kalau orang yang suka merendahkan orang lain, saya akan hilang hormat pada dia, mungkin totally akan hilang hormat terus. Tidak kiralah dia specialist kah, perdana menteri kah. Buat orang lain selalu 'down'. Bukankah mereka juga dulu belajar? Dan ianya sangat kurang kemanusiaan bila kita terus melupakan zaman kebodohan sewaktu kita belajar suatu ketika dulu, lalu berlagak.

Respect people the way you want to be respected.

That's it. Walau bagaimanapun, sebenarnya gembira lah juga sepanjang berada di hospital. Sebab banyak sangat yang saya telah pelajari. Banyak. Yang paling saya suka adalah apabila manusia baru yang datang dari syurga selamat dilahirkan. Argh. Betapa tenangnya perasaan di kala itu. Sungguh, tenang sekali menatap wajah makhluk-makhluk Tuhan yang berbau syurga tanpa sebarang dosa itu. Seolah-olah setiap anak yang dilahirkan itu adalah anak saya. Betapa gembiranya seperti melahirkan anak sendiri. Padahal anak orang. Ahaha.

Bagi kamu yang sedang membaca ini, jika kamu seorang yang sedang berbelah bagi mahu ambil jurusan perubatan atau tidak, saya katakan:
Ambil jurusan ini. Be a medical student! Be a doctor! For Allah. For the sake of Islam. Kamu sangat diperlukan. Kita sangat kekurangan doktor-doktor Islam. Percayalah, yang sedang merasai seperti saya sekarang ini, saya yakin doktor-doktor yang mengerti tentang ini, yang sedang berada di hospital sekarang ini, akan merasa hal yang sama dengan saya; kosong.

Bukanlah doktor Islam yang biasa. Islam hanya pada nama, IC, imej. Tidak, kerana ianya sungguh sudah ramai. Tetapi Islam secara kaffah. Saya merayu. Jadilah doktor. Kalau tidak dapat di universiti tempatan, usahalah untuk mendapatkannya di luar negara, jika mampu. Banyak agency yang menguruskan persiapan pelajar yang ingin menyambungkan pelajaran di luar negara terutamanya jurusan perubatan. Tidakkah kamu kasihan melihat nasib-nasib orang Islam?

Ah. Ilmu perubatan sudah sebati dengan jiwa Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Lalu, mengapakah orang bukan Islam yang lebih master akan hal ini? Ilmu perubatan kini adalah seperti ilmu profesional yang seakan-akan ke arah pemikiran liberal. Sedang ianya adalah ilmu fardhu kifayah. Betapa tidakkah kita merasa bersalah pada Ibnu Sina - si bapa perubatan?

Ubat kimiawi tanpa ubat spiritual seperti makan tanpa merasai nikmat.


Besok, insya Allah saya akan ke Labuan. Saya ingin berubat. Mengubati rasa kosong yang semakin lama bertapak di daerah kalbu saya. Saya mahu menghalaunya dengan ketenangan yang saya rindui suatu ketika dahulu. Mudah-mudahan Allah permudahkan hajat saya. Saya benar-benar mahu diubati kalbu saya. Agar tak bertambah parah luka ini bermukim sedalamnya.

Aku ingin merasai cinta-Mu, Tuhan.. Aku ingin bertemu dengan-Mu, sungguh..

Wardatul Shaukah
Kota Kinabalu.


Notakaki: Saya mohon maaf pada teman-teman yang mengirim buku, tapi saya tak sempat beli. Maaf ya....