Thursday, June 17, 2010

Review Semester IV

Bismillah.

Pagi yang hening. Kepul-kepul awan-gemawan menghiasi langit pagi. Tenang sekali. Lama tidak membasahkan pena. Tinta semakin kering. Pun andai dibasahkan, tetap tidak setanding dengan berlautan tinta Ar-Rahman yang tak pernah kering. Subhanallah.

Segala puji bagi Allah. Semester 4 semakin berada di pengakhiran. Maka, berakhirlah perjalanan tahun 2 di bidang perubatan ini. Semester ini sebenarnya nikmat. Sebab semester ini terlalu sibuk berbanding semester-semester yang lalu. Sampai saya tidak menyedari hakikat bahawa semesti ini bakal berakhir minggu ini. Sungguh, alangkah sekejapnya waktu itu berlalu.

Apabila menghadapi peperiksaan seperti peperiksaan sebelumnya dengan penuh slumber dan seperti tidak ada apa-apa berlaku, maka yang selalu saya kendong adalah tawakal. Semenjak dua tahun berada di sini, saya sudah tidak peduli segala yang akan saya hadapi termasuklah hasil atas usaha saya selama ini.

Dulu, saya seorang yang terlalu merisaukan diri sendiri. Risau sekali terutamanya apabila setiap kali setelah exam, nama-nama dan keputusan masing-masing telah tertampal di papan kenyataan. Kalau sekarang, sudah tidak ada perasaan sekiranya ada nama yang termasuk di dalam senarai remedial (repeat paper). Sekarang sudah tidak kisah dan sekiranya nama saya termasuk di dalam senarai remedial, saya akan menyambutnya dengan senyuman dan sedikit ketawa. Haha. Mungkin kerana ianya perkara yang normal. (Normalkah?)

Berbeza sewaktu di matrikulasi, jantung seperti ingin tercabut apabila mengetahui nama dan keputusan exam telah tertampal di papan kenyataan. Dan saat itu, pelbagai ragam yang terlihat. Ada yang menangis kerana terlalu gembira ataupun terlalu sedih, ada yang gembira, bersorak. Alangkah nikmatnya perasaan ketika itu. Berbeza dengan sepanjang saya menjadi pelajar perubatan. Nilai untuk mendapat gred A sangat jauh untuk digapai. Bahkan nilai gred B itu saya kira adalah untuk orang yang agak pandai dan wajar diucapkan 'Tahniah.." :D Nilai C kira oklah, cukup makan. Walaupun bagi saya nilai C, D dan E itu tidak ada bezanya. Tapi kalau kamu dapat nilai C, kamu masih bisa hidup. Namun jika kamu dapat nilai D dan E, kamu akan berjalan menuju kehancuran. Ahah.

Mujurlah di sini, peluang untuk kami mengambil remedial sangat luas dan terbuka. Kami bebas mengambil ujian ulangan bagi subjek yang pernah mendapat nilai rendah pada semester yang lalu-lalu - untuk meningkatkan prestasi. Mujur.. mujur.. Melihat keputusan saya yang berderet mendapat nilai B dan C (paling banyak C. haha), mengajar saya tentang sebuah usaha saya yang selama ini mungkin masih tidak semaksimal mungkin.

Tapi saya belajar sesuatu. Saya tidak menyesal. Saya tidak bersedih mahupun gembira. Kerana layakkah kesedihan dan kegembiraan itu mengatasi sebuah kesyukuran? Andai hidup ini yang sentiasa kita ingin untuk ditemani dengan sebuah kegembiraan, maka kamu akan melalui lebih banyak kesedihan. Namun jika semua ini ditenggelami dengan kesyukuran, maka kamu akan merasai semua ini adalah kenikmatan.

Lalu, bersyukurlah. Apa saja nilai yang diberi oleh-Nya setiap selepas menjalani ujian, bersyukur adalah yang utama. Jika terlalu bersedih, kita akan cenderung untuk lebih berputus asa. Jika terlalu gembira, kita akan cenderung untuk lebih bongkak dan sombong. Maka, apa pun jua keputusan kita di akhir semester, bersyukurlah. Kerana puncak suatu kenikmatan itu adalah dari sebuah kesyukuran.

Dan, kita pun akan belajar untuk menerima sesuatu dengan senyuman. Kerana kita adalah orang-orang Muslim -yang mengerti makna sebuah kesyukuran.

Dan, kalimat-kalimat zikir pun terlafaz dari bibir dengan hati penuh redha. Pahala pun tercatat. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan? :)


***

Pada minggu yang lalu, saya telah mencipta pengalaman untuk menyunat anak kecil yang berumur sekitar 11-12 tahun yang bertempat di Brastagi. Well, it was great. Pengalaman yang sangat berharga. Pertama kali terlibat dalam pembedahan dengan tangan saya sendiri. Kasihan anak-anak itu. Ada yang menangis, ada yang menjerit ketakutan. Ada yang membaca Surah Al-Fatihah berulang-ulang kali sambil menangis-nangis. Kasihan mereka.

Ada yang belum disunat lagi sudah menangis. Ada juga yang baru dikeluarkan jarum sudah menangis. Hehe. Ada juga yang trauma. Menjerit-jerit ketakutan. Baru disentuh sudah menjerit menendang. Melihat teman-teman saya yang mendapat pesakit seperti ini, sungguh kadang menguji kesabaran. Nampaknya untuk menyunat anak-anak kecil seumur ini, tidak boleh dilihatkan bahan-bahan alat bedah kerana ianya sangat men'trigger'kan ketakutan mereka. Makanya, seorang harus handle pesakit sambil memujuk-mujuk beliau. Ini baru anak kecil. Bagaimana pula keadaan di dalam hospital nanti. Bertemu dengan pesakit yang pelbagai ragam dengan pelbagai penyakit.

Sebenarnya, sehingga sekarang pengalaman itu masih terngiang-ngiang di minda saya. Saya terkenangkan keadaan di mana saat melakukan pemberian anestesi. Anestesi tu adalah cairan yang diberikan menggunakan jarum tusukan yang selalu digunakan dalam pembedahan agar tidak merasa sakit dan pesakit tak merasa apa-apa sewaktu dibedah. Saya agak terketar apabila menusuk jarum ke kulit dan menekan cairan anestesi, kerana ianya sakit, apatah lagi pesakit sudah menangis-nangis dan menjerit. Haih. Kaget sih. Saya terbayangkan keadaan dulu-dulu, di kampung-kampung yang dilakukan secara tradisional, tanpa pemberian anestesi. Subhanallah. Tapi yang seronok dalam pembedahan apabila melakukan penjahitan. Saya semakin confident melakukan penjahitan. It's something like '
keren kali!', kata orang Medan.

Saya rasa menjadi doktor bedah itu sangat cool. Seorang surgeon harus memiliki jiwa yang tenang, memiliki kesabaran yang tinggi, seorang yang 'heartless' saat pembedahan, memiliki stamina yang kuat, dan yang boleh tahan tidur meski dalam keadaan mengantuk. Saya tak dapat bayangkan orang yang apabila mengantuk kepala terangguk-angguk pada saat pembedahan. Mahu matikah?

Saya pinjam kata-kata seorang teman saya;
"To be a surgeon you must have a lion's heart, an eagle's eye and a lady's hand"

Dan teman saya kata,
"Kita kena tackle patient."

That's it. Kita merawat pesakit, bukan merawat penyakit. Seperti kata Dr. Patch Adam dalam filem itu;
"If you treat a disease, you win, or you lose. But if you treat a patient, I'll guarantee you'll win, no matter what the outcome."

Jadi, untuk semua sahabat perjuangan seperubatan, kita adalah perawat pesakit, bukanlah perawat penyakit. Patient yang harus ditackle. Bukanlah kepala department, bukanlah para spesialis yang ditackle. Kerana keadaan pesakit sebagaimana doktor yang merawatnya. Bukan sebagaimana kaya dan pangkatnya. Manakala, penyakit hanya boleh dirawat dan disembuhkan dari Sang Maha Penyembuh, bukanlah dari kuasa kita.





Kira-kira 4 orang yang handle 1 tempat. Sekitar 3 orang yang berjaya disunat oleh kumpulan kami. Penat berdiri. Huhu.

Teman-teman seperjuangan.

Nota 1: Sabtu ini saya akan pulang ke Malaysia. Insya Allah. Gembiranya tak terkata. Hoyeah!

Nota 2: Cuti ini, saya bakal sibuk dengan attachment selama 3 minggu di hospital. Harap-harap cuti nanti boleh baca buku dengan lebih banyak dan sempat menulis lebih banyak. Doakan saya please.

Nota 3: Saya baru beli novel 'Bumi Cinta' - Kang Abik semalam, apabila ada orang mengatakan bahwa buku itu sangat menarik.

Thursday, June 3, 2010

Manifestasi Cinta




Manifestasi Cinta

Seorang bertanya
bagaimana Tuhan mencinta?
aku bilang;
apa yang belum kurang padamu sekarang,
sebegitulah tanda Dia mencinta
lalu bertanya lagi dia,
andai Tuhan cinta
mengapa sakit pasti ada?
mengulum aku senyum,
berkata aku padanya mengelum,
kawan,
sebagaimana hanya pada waktu sakit nafasmu menderu
dengan pantas benakmu berpaut pada-Nya buru-buru
sebegitulah tanda bagaimana sayangnya Dia penuh seluruh
tapi kawan,
adilkah jika kau mengatakan Tuhan tak cinta,
sedang kau sering membelakangi-Nya?

Kartini Kassim
20 April 2010,
Medan, Indonesia.


*tersiar di Majalah Tunas Cipta, Edisi Jun 2010.