Tuesday, September 29, 2009

Titik.

Akhir-akhir ini teratak rumah saya agak tegang. Saya tahu pembaca-pembaca blog ini menghadapi tekanan saat berkunjung ke teratak ini. Dan saya tahu banyak di kalangan sahabat-sahabat saya yang hanya berkunjung tanpa bersuara dan malas untuk mengikut campur.

Kamu ingat saya suka? Saya tidak suka dengan situasi yang tegang. Dan sungguh, situasi itu akan menjadi lebih tegang kalau disertai dengan sikap yang saling salah-menyalahkan, hina-menghinakan, dan menyembur fitnah antara satu dengan yang lain. Sikap-sikap sebegini takkan pernah menjumpai titik kedamaian dengan cara yang lebih matang dan dewasa melalui olahan cara pemikiran intelektual serta optimis dalam segala hal.

Tulisan-tulisan saya di sini banyak kepada pencernaan dari jiwa saya. Mungkin ada yang mengatakan saya merepek dan sebagainya. Saya akui saya banyak merepek tanpa mengaitkan Al-Quran dan Sunnah. Tapi, saya begitu menghormati ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah kerana di dalamnya terdapat hukum-hukum Islam yang masih banyak perlu dipelajari. Maka, ada masa saya merepek yang bukan-bukan dan dalam saya menulis artikel melibatkan soal-soal hukum agama yang saya sendiri masih pelajari, saya akui tulisan saya lebih serius ke arah itu.

Artikel-artikel yang saya tulis di sini bukan mahu menunjukkan bahawa ilmu agama saya tinggi, bukan mahu berbangga-bangga bahawa saya adalah seorang yang hebat. Dan bukan kerana mahu mengumpul 'follower' yang melimpah ruah. Tetapi saya menulis setelah mengenali makna 'sharing'. Saya kongsikan apa yang saya rasa, apa yang telah saya pelajari. Kamu dan saya adalah sama. Saya bukan siapa-siapa. Tapi, kita perlukan banyak waktu untuk saling ingat-mengingatkan. Sungguh, tulisan-tulisan saya di sini sebenarnya adalah separuh dari jiwa saya yang tidak saya luahkan di mana-mana. Kerana itu, saya perlukan menulis. Dan menulis adalah keperluan untuk saya.

Saya tidak marah andai saya dikritik. Walaupun kritikan itu benar memang pahit untuk ditelan. Saya akui semua orang akan merasakan yang sama. Sudah tentu ada yang berasa kecewa, marah, sedih sekiranya tulisan-tulisan mereka dikritik. Tetapi, ia memerlukan persediaan. Dan prinsip saya dalam menulis adalah 'prepare for the worst'. Bersedia menerima kritikan kerana saya tahu satu orang yang suka pada tulisan kita, sepuluh orang yang akan membencinya. Maka, saya sudah bersedia untuk berlapang dada atas semua komen yang membina dan menyakitkan.

Tapi, ah! Apalah sangat sebuah kritikan itu kalau benar ia berasal dari teori akal saya semata. Dibandingkan andai ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah yang ditolak mentah-mentah. Dan untuk kesekian kalinya, saya merasa terkilan untuk itu.

Apa-apa pun, saya yakin pembaca-pembaca tulisan saya semuanya bersikap profesional dan matang dalam segala hal. Tidak melemparkan sebarang kata-kata provokasi yang hanya mencacatkan suasana serta saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Persilakan untuk bertukar-tukar pandangan kerana saya suka idea-idea yang datang daripada kalian semua. Tapi, berinteraksilah sewajarnya. Kalau mahu diri kamu dihormati, maka hormatilah orang lain sepertimana kamu ingin dihormati.

Dan segala kritikan yang saya terima kali ini bukanlah bermaksud penulisan saya akan sampai pada titik nokhtah melainkan inilah permulaan perjuangan saya untuk lebih tegar menulis :)

Sekian, salam hormat.

~WS, Medan.
(15 minit menulis entry ini. Berjaya! Ok, pergi belajar. 7 Oktober exam.)

Thursday, September 24, 2009

Jawapan kepada pertanyaan saudara/i 'Hairan' tentang rambut dan aurat

Ini adalah jawapan-jawapan saya daripada pertanyaan-pertanyaan saudara/i yang menamakan dirinya sebagai 'Hairan' lanjutan dari artikel saya Rambut Wanita Bukan Aurat?

Pertanyaan saudara/i adalah tulisan-tulisan yang saya warnakan dengan warna ungu, dan selainnya adalah jawapan saya. Saya terpaksa menjawab pertanyaan saudara/i dengan menyediakan 1 entry ini kerana memerlukan jawapan dan penerangan yang panjang. So, saya harap anda membaca semua jawapan-jawapan saya

Buat saudara/i Hairan yang dihormati,


Saya cadangkan sekiranya anda ingin melontarkan buah fikiran dan idea berkenaan dengan hukum agama, haruslah persiapkan diri dengan ilmu yang mencukupi dan tidak bertanya soalan yang bukan-bukan.


Baiklah, saya cuba untuk menjawab kesemua soalan anda. Saya cadangkan anda untuk memberikan point seperti 1) 2) 3) untuk memudahkan saya memahami soalan anda, dan memudahkan juga untuk saya menjawab.



Anda terlalu obsess dengan tudung sebagai bukti keislaman anda.

Anda nampaknya pura2 tidak faham pasal seluar jean yang ditimbulkan oleh Zaim.

Anda tidak menjawab soalan saya


Saya tidak perlu obses dengan tudung yang mengisyaratkan seseorang wanita itu seorang Islam tetapi itu adalah kewajipan yang dituntut dalam Islam. Samalah juga seperti saya terpaksa menghadirkan diri ke kuliah setiap hari, mahu tak mahu saya tetap datang. Kalau tidak, nanti saya tak dapat hadir exam. Di sini, jelas saya mengatakan kehadiran ke kuliah itu adalah satu kewajipan yang dituntut oleh fakulti. Saya tidak perlu obses. Dah memang namanya pelajar, datang sajalah ke kuliah. Kalau tak datang, rugi tak dapat apa. Markah dalam exam kosong. Macam tu juga dengan aurat. Dah satu kewajipan. Buat sajalah. Kalau tak buat, berdosa. Agree?


Dan untuk artikel ini saja saya tulis tentang aurat wanita mengenai tudung dan artikel ini sebagai bantahan saya terhadap orang yang mengatakan bahawa rambut wanita itu bukan aurat. Kalau anda mahu saya tulis artikel tentang aurat tubuh wanita seperti memakai seluar, perempuan menyerupai lelaki dan sebagainya. Insya Allah saya akan menulis setelah mempersiapkan bahan-bahan bacaan.


Berkenaan dengan perempuan yang memakai seluar jeans bagi perempuan dan anda sepertinya sudah menyetujui dengan komentar sahabat saya, Zaiem. Saya rasa saya sudah pun menjawab pertanyaan anda, rujuk sekali lagi apa yang saya katakan tentang aurat tubuh badan (termasuk dalam memakai seluar bagi perempuan)


Lihat komentar saya sebelum ni;


"Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk surga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian."


Ya, dari hadis ini juga menunjukkan menutup aurat seluruhnya memang satu tuntutan yang berat. Kalaulah saya beriya-iya menekankan tentang isu tudung, seluruh badan seperti memakai seluar jeans apatah lagi :) Kerana dalam artikel ini, saya sebut menutup rambut adalah aurat, maka ia mewakili seluruh tubuh wanita, malah kalaupun tak perlu saya jelaskan, semua orang tahu bahawa 'memakai baju tetapi telanjang' adalah berdosa. Cuma dari sikap individual itu sendiri sama ada mahu kerjakan ataupun tidak.


Ini adalah komentar saya. Saya sudah pun menjawab pertanyaan anda, seperti yang saya bold kan dalam tulisan yang berwarna hijau. Mungkin anda perlukan pencerahan dengan secerah-cerahnya. Baiklah.


Daripada hadis Muslim yang saya sebutkan di atas, ianya berbunyi "wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok.” Ini menjelaskan tentang aurat pada bahagian tubuh (selain rambut). Kalau rambut yang berada di kepala ini adalah satu kewajipan yang dituntut oleh Islam untuk menutupinya, apatah lagi memakai baju nipis, berseluar jeans yang ketat seolah-olah tidak memakai baju. Nah, itulah yang dimaksudkan dalam hadis tersebut berkenaan dengan memakai baju yang tipis, berseluar jeans yang ketat kerana walaupun mereka menutupi seluruh tubuh, ianya tetap memperlihatkan aurat yang boleh dibayangi, kerana itu dalam hadis tersebut mengatakan "wanita-wanita berpakaian namun telanjang."


Saya harap anda jelas.


Jika perempuan yang tidak bertudung mengikut saudari

"perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya"


Saya ingin memperbetulkan statement saudara "jika bertudung mengikut saudari". Itu bukanlah mengikut saya dan teori dari akal saya sendiri melainkan itu adalah diperjelaskan melalui Al-Quran dan hadis. Dan saya adalah sebagai penyampai melalui artikel ini. Siapalah saya ini saudara, yang memandai-mandai mencipta hukum-hukum agama.



Apakah pula hukuman kepada perempuan Melayu yang memakai seluar.



Saya rasa soalan ini sudah pun dijawab oleh sahabat saya, saudara Zaiem. Bukankah anda menyetujui kata-kata Zaiem? Jadi mengapa mengulangi soalan yang sama? Atau buat-buat tak baca? Baiklah, saya copy balik apa yang saudara Zaiem katakan;


Salam..ttg aurat wanita, kalo kita rujuk di dalam kitab Husnul Ibanah (Garis panduan berpakaian seorang muslimah), antaranya ialah pakaian mestilah tebal, labuh, tidak tipis, menutupi seluruh badan, tidak ketat dan bermacam2 lagi.. Cuma nak kongsi sikit apakah hukum perempuan yang memakai seluar panjang. Hukum asal adalah haram, tp ia menjadi harus jika baju yg dipakai bersama seluar itu panjangnya sehingga ke lutut seperti kebiasaannya pakaian seorang muslimah. Penjagaan aurat menjadi keutamaan.
- Saudara Zaiem

Jadi saya rasa saudara Zaiem sudah pun menjawab pertanyaan saudara berkenaan hukum perempuan memakai seluar. Terima kasih Zaiem :)



Saya cadangkan perempuan yang memakai seluar di sula dengan kayu panas hingga mendidih pehanya.

Apa macam cukup menakutkan tak?

Saya sebenarnya geli hati dengan pertanyaan saudara/i yang ini. Saya tak sangka dalam mencipta hukum-hukum agama ni saudara main cadang-cadangan pula. Contohnya, hari ini saya mengajak kawan saya untuk melakukan maksiat, lalu saya berkata kepada dia, "Lepas kita buat maksiat ni, confirm kita masuk neraka. Nanti dalam neraka, kau nak kena sula dengan kayu panas ke atau kau nak otak kau dibakar?" :D

Hukum tetap hukum saudara. Dosa tetap dosa. Haq tetap haq. Batil tetap batil. Jangan kita suka-suka menjadikan haq itu ke dalam batil. Dan batil itu ke dalam haq. Dan hukum-hukum Allah ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan orang lain bahawa Islam itu kejam dan menakutkan.
Tetapi untuk membenarkan apa yang benar dan menyalahkan apa yang salah. Kalau Tuhan suruh kita buat perintah dia, kita tak buat, takkan kita senang-senang masuk syurga kan? Buat baik dapat pahala. Buat jahat dapat dosa. Itulah namanya adil. Bukan kejam dan bukan untuk menakut-nakutkan. Tetapi untuk menyedarkan bahawa kita harus ikut arahan 'BOSS' kita. Jangan buat sesuka hati. Get it?


Jika saudari faham pakai seluar jean itu haram diharap saudari buat artikel mengenainya yang lebih besar sebab perempuan yang memakai seluar itu satu dosa besar mengikut budaya arab.

Anda sepatutnya beriya-iya menyuruh perempuan membuka seluar mereka dan menakutkan mereka tentang azab neraka kerana memakai seluar itu satu dosa besar.


Saya tak faham apa maksud saudara "menyuruh perempuan membuka seluar mereka"? Tidak menyuruh perempuan memakai apa-apa atau menyuruh mereka memakai kain???


Sudah tentu apa yang dinyatakan dalam Quran lebih berkaitan masyarakat Arab dan juga pada persekitaran waktu itu. Jika anda percaya kepada kuasa Tuhan, tentu anda setuju Tuhan menjadikan kita berbangsa yang berlainan supaya kita lebih mengenali.


Saya setuju dengan kata-kata saudara yang ini. Tuhan menjadikan kita berbangsa yang berlainan untuk kita lebih mengenali, bukan saling membeza-bezakan antara melayu dan arab, islam dan melayu. Dan paling penting dengan wujudnya bangsa-bangsa yang berbeza bukanlah agar hukum Al-Quran itu diubah mengikut bangsa masing-masing. Cuba renungkan balik, di dalam Al-Quran menyebut pelbagai bangsa selain Arab. Ada diceritakan bangsa Yahudi, Nasrani, kaum nabi Nuh, kaum nabi Soleh, bani Israel, yang mana bangsa kita ini sebenarnya berasal dari golongan-golongan itu juga. Bukannya Melayu lahir tiba-tiba. Cuma, kita ini terlalu jauh dari bangsa-bangsa itu. Tetapi, baik Islam, Yahudi dan Nasrani atau semua bangsa yang diceritakan dalam Al-Quran semuanya bertuhankan satu,
iaitu Allah. Dan hukum tetap takkan berubah walau zaman moden mana sekalipun kita hidup. Nanti di padang Mahsyar, tak kena tanya zaman kamu zaman apa, kamu orang apa, Melayu atau Arab. Tapi, yang ditanya adalah Tuhan kamu siapa? Nabi yang membawa berita kepada kamu siapa? Dan saat itu, Tuhan kita tetap Allah, nabi kita tetap Muhammad. Kitab kita tetap Al-Quran. Hukum takkan pernah berubah.


Jika Tuhan mahu dunia ini homogeneous tentu dia membuat semua orang satu bangsa saja. Jadi jika kita berlainan bangsa maka tentu kita berlainan budaya dan cara hidup.


Sama seperti jawapan saya di atas. Berlainan bangsa untuk mengenali budaya tanpa menyentuh hukum agama. Harap jelas.


Begitu juga anda tidak menjawap mengenai bagaimana hal mengenai sukan yang menjadi cara hidup antarabangsa masyarkat di dunia sekarang selain orang ARab. Setiap hari kita melihat aurat lelaki Manchester United, Chelsea bermain bola tapi perempuan Melayu sibuk menutup rambut. Kita melihat aurat Nichol bermain squash, Sharapova tenis dan seterusnya. Butakan mata kita?


Sukan tidak pernah dilarang dalam Islam. Tetapi ada batas. Maka, sudah tentulah batas-batas yang ditekankan adalah batas aurat. Kita bukan membutakan mata dengan itu, tetapi bak kata anda, zaman kita sekarang ini sudah terlalu moden. Lainlah kalau saya perdana menteri. Kalau saya hanya rakyat biasa dan tiada hak/kuasa untuk melarang perkara sebegitu terjadi, kita semua sedia maklum. Apa-apa pun, sukan untuk perempuan tidak dilarang tetapi batas tetap dijaga. So, kalau perempuan Islam mahu bersukan, sendiri-sendiri dalam bilik pun menyihatkan tubuh badan apa. Yang penting keluar peluh. Orait :)


Lagipun arahan itu boleh dikatakan ditujukan kepada Nabi dan keluarga dia sahaja. Dan hijab yang disebutkan adalah sehelai kain yang menutup seluruh pakaian perempuan bukan tudung 4 segi! Atau tudung mawi yang dipakai perempuan Melayu.


Hm. Boleh pula anda mengatakan "arahan itu boleh dikatakan kepada Nabi dan keluarga dia sahaja.” Berbicara tentang soal agama jangan berfikir ikut logik akal anda semata-mata. Apakah kamu tidak pernah membaca makna Al-Quran? Berapa banyak kali Allah menegaskan dalam hampir setiap ayat, “ya-ayyuhannas” (Wahai manusia), “ya-ayyuhal-lazi-na-amanu” (Wahai orang-orang beriman). Takkan saya kena ajar anda kata ganti nama ’saya, dia, mereka’ pula.


"Wahai orang-orang beriman..."


"Wahai manusia...."


Bukankah itu ditujukan buat seluruh manusia? Apa anda ini bukan manusia? Kalau bukan manusia, jadi apa?


Anda sebetulnya tidak faham mengenai seluar yang dibangkitkan oleh Zaimme. Ia bukan soal aurat!
Ia soal perempuan menyerupai lelaki muahahaha. Get it?

Tadi beriya-iya tekan soal aurat, perempuan pakai seluar berdosa besar (walaupun tak berikan dapat dari sumber mana), ni kata bukan soal aurat pula. Ok, sudah dijawab di atas. Kalau perempuan ingin menyerupai lelaki, maka sangat jelas ia adalah haram.


Jika orang Melayu mahu maju bersama Islam, orang Melayu perlu mentafsir mengikut kesesuaian keadaan dan budaya Melayu. Jika tidak kita akan menjadi bangsa picisan Arab yang memakai tudung tiga segi yang tidak dituntut oleh quran dan tidak dipraktikan oleh orang Arab.


Saudara ni sebenarnya mahu majukan Melayu atau majukan Islam? Kalau mahu majukan Islam, boleh tak buang dulu perkataan ‘Melayu’ tu? Dan perkataan ‘Arab’? Orang Melayu perlu mentafsir mengikut kesesuaian keadaan dan budaya Melayu? Saya rasa Melayu harus menyesuaikan diri seiring dengan Islam. Bukannya Islam yang harus menyesuaikan diri dengan cara hidup orang Melayu. Mana satu dulu wujud? Islam atau Melayu? Sekali lagi saya katakan pada saudara, untuk berbicara harus punya ilmu. Jangan hanya mengikuti teori akal yang kosong. Kalau tak ada ilmu, jangan banyak mempersoalkan sesuatu di luar pengetahuan kita. Barangkali lebih baik diam.Lebih-lebih soal hukum agama. Ingatlah, setiap perkataan kita akan dipertanggungjawabkan kelak.


Contohnya adalah takbir raya orang MElayu yang mendayu-dayu yang berlainan dengan kekerasan takbir orang Arab.

I don't know why this point included in your arguments. zz


Sebagai orang Melayu kita mempunyai peluang untuk mentafsir Islam dalam bentuk yang lebih lembut sesuai dengan jiwa lembut Melayu dan budaya kita yang lebih halus dari bangsa Arab.

Islam itu sudah terlalu lembut dan sesuai dengan jiwa lembut seluruh manusia. Bukan Melayu saja. Jadi, tak perlu diubah-ubah pula. Mahu lebih lembut macam mana lagi? Kalau ibubapa terlebih manjakan anak-anak pun, itu salah satu punca anak-anak akan menjadi derhaka. Tak guna juga.


Begitu juga kebebasan anda sebagai seorang perempuan di MEdan adalah kerana pemikiran lelaki Melayu yang tidak cemburu dan memberi pilihan kepada anda untuk berjalan tanpa mahram.

Mengikut Islam Arab, adalah haram dan berdosa untuk saudari berseorangan di Medan.


Itu bukan mengikuti Islam Arab, tetapi mengikut Islam. Dalam hukum safar bagi seorang wanita. Hai, nak masuk bab ni bertambah panjang pula. Sebab dalam hukum musafir ni banyak yang perlu diketengahkan, banyak perbezaan pendapat dari ulama-ulama. Kesimpulannya, itu bukan budaya Arab. Dalam Islam ada hukum safar bagi seorang perempuan. So, jelaslah itu bukan budaya Arab. Kecualilah ada tambahan dalam budaya-budaya Arab lainnya yang tidak terdapat dalam Islam. Jelaslah anda masih banyak tidak tahu hukum-hukum Islam. Semuanya main-main agak je eh?


Sebenarnya, kita orang Melayu mesti faham, budaya orang Arab memang cukup sempurna. Perempuan adalah hak lelaki. Perempuan disekat kebebasan mereka. Perempuan boleh digilir2kan oleh lelaki untuk seks sehingga 4 orang isteri pada suatu masa. Perempuan tidak dibenarkan keluar rumah atau memandu kereta.

Perempuan dikahwin kan oleh bapa atau wali yang mempunyai hak penuh atas mereka.

Perempuan Arab tidak dibenarkan mengundi. Perempuan Arab tidak dibenarkan bekerja. Ini semua berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi dan sahabatnya.


Walaupun saya tak tahu budaya sebenar Arab bagaimana, so what? Biarlah budaya mereka sebegitu. Kita tetap Islam. Tak salah berbudaya Melayu tetapi Islam tetap Islam, saudara. Melayu tak ada kaitan dengan pembangunan keimanan dalam hidup dan diri kita. Sepertinya anda yang mengagung-agungkan zaman moden dan menjadikan Melayu sebagai alasan untuk menjauhi agama.
Dan saya rasa saudara ini sangat keliru dengan Islam dan Arab. Islam itu agama. Arab itu bangsa. Nah, budaya itu adalah prinsip sesuatu bangsa. Manakala, agama berprinsip berdasarkan hukum. Selagi orang-orang Arab mengamalkan budaya mereka menepati syarak (tidak lari dari Islam) maka apa salah kita pula mengikuti mereka kalau benar tudung itu berasal dari mereka? Kalau benar pun tudung itu berasal dari mereka, so what? At least mereka ada ikhtiar mencipta tudung semata-mata ingin menepati citarasa Islam. Kita ikut contoh yang baik berpandukan Al-Quran.

Walaupun tudung tak dinyatakan dalam Al-Quran, samalah juga berus gigi, sabun, shampoo tak ada dalam Al-Quran. Tapi, anda pakai kan benda-benda tu untuk mandi? Kenapa anda pakai sedangkan tak ada dalam Al-Quran??

Dan orang Arab yang mencipta tudung untuk menutup aurat, bukankah itu satu contoh yang baik? Apa salah mengikuti mereka? Budaya-budaya lain yang tak menepati syarak tolaklah ke tepi. Yang penting, matlamat adalah untuk islam.

Seperti kata-kata bro Rausyanfikir yang sempat saya cedok ke dalam mangkuk otak; "Hidup kita sekarang dah hampir semuanya ke arah sekularisme, jadi janganlah kita nak 'sekuler' kan diri kita pula.. :)


Jadi adakah anda masih mengagung agungkan interpretasi Arab mengenai Islam?
Sistem kekeluargaan Arab ini di panggil patriachism. Bila lelaki Melayu membenarkan girlfriend dia free hair ini bukan sebab dia dayus. Ini sebab dia seronok mempunyai girl friend yang cantik dan hot..muahaha


Saya tidak perlu mengagung-agungkan budaya Arab. Tetapi mengagungkan Islam yang syumul. Berpandukan Al-Quran dan hadis. Kalaupun saya (manusia yang hina ini) tidak mengagung-agungkan Islam, Islam tetap agung dari dulu sampai sekarang. Dan Islam akan tetap agung sampai hari kiamat.

Dan saya suka untuk copy kata-kata teman saya yang turut memberikan komentar (3rdmarch):

“pendapat sy sebagai lelaki..
sejahat2,segatal2 mana pon lelaki dia still nak wanita y bagus utk jd isteri mereka..

iA..y tutup litup ni la y menjadi pilihan..”- Saudara 3rdmarch


See? Ini adalah kata-kata dari seorang lelaki juga.

Terserahlah dengan anda sama ada suka perempuan yang freehair sebab dia cantik atau hot. Masing-masing ada citarasa berbeza. Orang lain takkan ambil kisah. Dan paling penting, tutup aurat bukan sebab lelaki suka atau tak, tapi sebab nak jalankan perintah Tuhan.

Orang yang diam tapi berilmu lebih baik dari orang yang hanya banyak berkata-kata tetapi kosong.

Semua dah terjawab? Kalau ada soalan tambahan pula lepas ni, fikir-fikir dulu sebelum tanya. Dan nak kata haram atau halal harus berikan sumber yang sahih. Saya bukan seorang yang bodoh sombong yang tidak mahu menerima pendapat orang lain sekiranya orang tersebut mempunyai sumber dan dalil berdasarkan Al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang mahsyur. Tetapi, kalau hanya tahu berkata haram dan halal berdasarkan teori otak yang kosong, saya minta maaf sebab saya masih banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan berbanding membuang masa dengan melayan soalan-soalan seperti ini.

Saya memohon ampun kepada Allah atas kelemahan dan kesilapan tulisan-tulisan saya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya dan dosa-dosa kamu. Saya mohon maaf atas kekasaran atau kekerasan dalam pada saya berbahasa. Saya hanya seorang manusia yang masih banyak lemahnya.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah.

Wallahu ’alam bis sowab.

Salam hormat.

-Wardatul Shaukah-
~Islam Is The Way Of Life~

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri 1430H


Terimalah kad raya saya yang naif ini (-_-")

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Semakin umur meningkat,

semakin waktu terus berlalu,
pengalaman banyak mengajar saya.
Hidup sebagai seorang pelajar,
hidup sebagai seorang anak yang merantau jauh,
hidup sebagai seorang abdi kepada Allah.
Dan syawal ini adalah syawal ke-20
sepanjang hidup yang telah Allah berikan untuk saya.

Tahun ini adalah tahun kedua saya tidak beraya bersama keluarga.
Saya mohon maaf dan ampun kepada keluarga saya.
Tahun lalu saya membuatkan ibu saya menangis,
kerana anaknya yang seorang ini tidak pulang.
Tahun ini harap lebih tabah.
Harus lebih tabah lagi
dari pengalaman yang banyak mengajar.

Saya mohon maaf atas segala khilaf saya,
sahabat-sahabat dulu dan sekarang,
yang pernah terguris dengan sikap saya,
yang selalu membaca tulisan-tulisan saya,
yang membaca ini.
Benar-benar mohon maaf,
dengan sebenar-benar maaf.
Saya hanya seorang manusia
yang tak lepas dari melakukan kesalahan.

Jadi, maafkanlah saya.

Salam Syawal 1430H


Tulus ikhlas yang terdalam dari saya,



Wardatul Shaukah @ Kartini Kassim
Pelajar Tahun Kedua
Fakulti Perubatan
Universitas Sumatera Utara
Medan, Indonesia.
(1 Syawal 1430H)

Saturday, September 19, 2009

Ole-Ole Aidilfitri

Genre : Khutbah
Tajuk : Kembali kepada Fitrah Ketaqwaan.
Oleh : Siddiq Osman


Khutbah Pertama


الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر, الله أكبر , الله أكبر . وللهِ الحَمْدُ .

أَشهَدُ أَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه , لَه الْمُلْكُ وَلَه الحَمْدُ وَهُوَ

عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا محمدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِ ين, وَعَلَى آَلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِ ين لهَمُ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ

. فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ ,
وَلا تَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Wahai muslimin dan muslimat,


Saya berpesan kepada diri saya dan kita semua agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan dan janganlah kita mati melainkan dalam keadaan muslim.


Sidang Aidil Fitri sekalian,


Marilah bersama-sama kita mengucapkan Takbir, Tahmid dan Tasbih dalam mensyukuri dan mengagungkan Allah dengan penuh penghayatan. Di atas nikmat Allah yang banyak dalam kehidupan kita sehari-hari, ditambah pula dengan nikmat yang terulung dan paling berharga iaitu Iman, Islam dan amal-amal soleh.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ


Setelah sebulan kita memburu Taqwa dalam ibadah Ramadhan kita dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah maka tibalah hari ini. Hari Kesyukuran dan Kebesaran Umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman. Hari yang diperintahkan ke atas kita bergembira dan membesarkan Allah seperti Firman Allah:


وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan / mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah 185)

Jika Ramadhan merupakan perlumbaan ketaqwaan maka kini Syawal membawa perintah kesyukuran. Inilah nilai-nilai yang perlu kita rebutkan dalam kehidupan. Nilai sebenar yang Allah lihat dalam kehidupan penuh ujian ini. Pangkat-pangkat yang Allah dan makhluk langit pandang dan jawatan-jawatan yang mendapat ganjaran di Hari Akhirat kelak. Pangkat Mukmin, Pangkat Muttaqiin dan Pangkat Syakiriin merupakan darjat kebesaran yang ada nilai di sisi Allah.


Firman Allah:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


Wahai Manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan pula kamu berbagai bangsa dan puak supaya kamu saling berkenalan, sesungguhnya yang paling mulia di sisi kamu adalah yang paling bertaqwa sesungguhnya Allah maha Mengetahui dan Dalam PengetahuanNya.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ


Hari ini adalah hari di mana kita kembali kepada fitrah kita. Kembali kepada kesucian, tetapi perlu kita fahami bahawa bukanlah kesucian ini memenuhi setiap jiwa. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasainya.


Mari kita renung sabda Rasulullah yang berbunyi:


رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ


Maksudnya : Betapa ramai orang-orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang-orang yang bangun ibadah di malam hari namun tidak mendapat apa-apa dari qiyamnya kecuali hanyalah berjaga malam sahaja. (Riwayat Ibu Majah)


Maka Hari ini Saya menyeru diri saya dan sidang jemaah sekalian agar kita memuhasabahkan diri kita sebagaimana yang diriwayatkan mengenai salafussoleh bahawa mereka menanti Ramadhan enam bulan sebelum bulan itu tiba dan bermuhasabah sepanjang enam bulan setelah ia berlalu. Adakah amalan kita mencapai piawaian Ramadhan. Piawai keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah.


Dua piawai inilah yang menjadi prasyarat pengampunan dosa yang telah Rasul sebutkan dalam hadits yang sangat masyhur;


Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan Iman dan mengharapkan ganjaran maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu.


Inilah standar Ramadhan yang bakal melahirkan ketaqwaan. Bukanlah Ramadhan yang dihiasi dengan tidur dan hiburan pada siang hari dan makan serta minum di malam hari. Yang mana Ramadhan bertukar dari bulan bersusah dan bertungkus lumus kepada bulan berehat-rehat dan berpesta. Dengan pembaziran seperti mercun makanan yang melampau-lampau dan juga di sudahi dengan pakaian mewah yang berlebih-lebihan di hari raya. Bahkan pakaian yang ditempah dan dibeli mendedahkan pula aurat. Baik bagi yang dewasa mahupun remaja.


Cukuplah Aidil Fitri yang sudah-sudah menjadi medan keduniaan kita ubahlah mulai hari ini menjadikan Aidil Fitri Medan kehambaan dengan rasa syukur bersama pakaian yang baru cantik tetapi sederhana dan menepati kehendak Syarak.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ


Sidang Jemaah sekalian mari kita renung dalam diri kita,


Apakah wujud Taqwa yang dicitakan oleh amal ramadhan pada diri kita? Bagi menjawab persoalan ini mari kita renung kata-kata Imam Ali Ra dalam menyatakan makna Taqwa, menurutnya:


Taqwa itu takut kepada Allah, Beramal dengan al Quran, cukup dengan sedikit dan bersedia untuk kematian.


Apakah sifat-sifat ini ada pada diri kita? Dalam kita bertakbir di bibir adakah tercetus takut kita kepada Allah Yang Maha Besar di dalam hati. Dalam melaungkan kalimah Tahmid apakah bersinar rasa berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah di dalam kalbu kita? Atau kalimah ini hanyalah lagu lagu zikir yang kita dendangkan tanpa ruh dan penghayatan? Islam bukanlah agama jasad sahaja, bukan pula akal sahaja, bukan hanya penyerahan hati sahaja. Tetapi Islam menuntut penyerahan penuh dan menyeluruh. seperti firman Allah:


Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah Syaitan...


Adakah cukup sekadar kita solat dan puasa tanpa memahami tuntutan kedua ibadah itu? sudah pastilah tidak. Sebab inilah yang mengakibatkan solat kita tidak mencegah kita dari kemungkaran. Puasa kita tidak mendinding kita dari maksiat dan sedekah kita tidak memadam kejahatan kita. Mari kita renung Firman Allah dalam surah al Mukminun:



قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ

إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ


(Surah Mukminun ayat 1-11)


Marilah kita semua berhenti menjadi Muslim Part time dan kembali kepada Fitrah menjadi Muslim Full Time. Kita mestilah Islam dalam segenap aspek kehidupan. Dari segi individu, berkeluarga, bermasyarakat, dalam ekonomi, pentadbiran, pendidikan, ketenteraan, hiburan, kemanusiaan dan segala macam aktiviti kehidupan.


Sememangnya fitrah kita adalah taqwa. Tetapi tempelan duniawi yang menipu daya telah memesongkan kita dari fitrah. Kita telah mengikat janji dengan Allah sejak alam Ruh lagi. Jika kita tidak bersetuju dengan tawaran ketaqwaan di alam Ruh maka tidak ada kita di dunia ini.


Inilah yang disifatkan Nabi saw dalam sabda baginda:


Setiap yang lahir itu lahir dalam keadaan fitrah maka ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau majusi.


Marilah kita kembali kepada fitrah kita secara sedikit demi sedikit dengan usaha yang sempurna merangkumi semua aspek hidup. Ini menuntut kita kepada mendambakan tarbiyah yang tersusun dan berpanjangan. Tarbiyah yang bersifat rabbani. Tarbiyah yang bersumberkan wahyu iaitu al Quran dan Sunnah. Kita mendidik diri dan persekitaran kita dengan nilai-nilai Islam yang telah membawa ketamadunan manusiawi yang hakiki.


Muslimin- muslimat sekalian.


Islam tidak memandang enteng mengenai institusi kekeluargaan kerana di sanalah madrasah pertama ketaqwaan manusia. Institusi yang menyemai sikap dan tingkah laku. Ini boleh kita lihat bagaimana Allah memilih keturunan Rasulullah saw. Walaupun dari kalangan Arab yang jahil tetapi keluarga Nabi kita adalah dari bangsawan yang terpelihara. Islam sangat menekankan pendidikan anak-anak baik dari segi pendidikan jasad, pendidikan minda , pendidikan peribadi dan juga sensitiviti ataupun kita sebut sebagai pendidikan hati dan perasaan.


Allah berfirman :


Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari Api Neraka adapun bahan bakarnya adalah dari kalangan manusia, jin dan batu.


Maka di hari yang mulia ini saya dengan penuh kasih sayang menyeru marilah sama-sama kita berganding bahu menjaga keluarga besar Malaysia di sini saling bantu membantu dalam menyelamatkan diri kita semua dari azab Allah. Kita memelihara amal kita dan saudara kita, kita menutup aurat kita juga saudara kita, kita membina kebahagiaan masyarakat Islam dengan menyampaikan pesanan pesanan yang baik di kalangan kita. Kita mesti menjadi agen kepada promosi ke Syurga Allah. Tidak cukup kita sahaja menuju ke Syurga sedangkan di sekeliling kita kita lupakan. Marilah kita hayati firman Allah:



وَالْعَصْرِ


إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ


إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ


(Surah al Asr Ayat 1-3)


Maka seharusnya kita mengambil Faham bahawa Islam adalah agama dan cara hidup tidak pernah dipisahkan oleh mana-mana nas sekalipun. Islam itu dilihat dan ditampilkan dalam kehidupan sehari-hari. Bukan sekadar dalam bualan dan bebelan semata. Tetapi Islam adalah cara hidup yang praktis dan efektif. Islamlah satu satunya agenda kemasyarakatan dan sistem sosial yang menjamin pembangunan modal Insan yang berkualiti kerana setiap orang Islam diberi tanggungjawab menjaga anggota masyarakat ke arah membentukkan suasana yang harmoni.


Sabda Rasul yang bermaksud:


Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal mengenai pimpinannya.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ


Muslimin muslimat yang diberkati Allah,


Di pagi yang mulia ini dituntut kita berkasih sayang bersalaman dan berpelukan sesama saudara kita kerana Rasulullah bersabda mafhumnya:


Barangsiapa berjabat tangan di hari raya kerana Allah maka diampunkan dosa-dosanya dan barang siapa berpelukan di hari ini kerana Allah maka gugurlah dosanya sebagaimana gugurnya daun kering dari pohon.


Sudah menjadi galakan di dalam Islam supaya umat Islam sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah di setiap hari kebesaran. Marilah kita mengembalikan ruh kita hari ini kepada fitrah ketaqwaan. Mari sama-sama kita jadikan Aidil Fitri kali ini Aidil Fitri yang mempamerkan ubudiyah Ramadhan. Kita bersederhana dalam hidangan, elakkan pembaziran.. Kita bersederhana dalam pakaian, dengan menjaga Islam kita. Kerana antara ciri mukmin itu adalah mereka yang berbeza pakaian mereka dengan agama lain. Kita diwajibkan menutup aurat seperti wajibnya solat. Kita hendaklah faham bahawa mendedahkan aurat itu bukanlah urusan kecil. Ia adalah penentangan perintah Allah. Kita melanggarnya beerti kita ingkar dengan suruhan Allah. Marilah kita ubah diri kita, keluarga kita dan jiran tetangga kita.


Tiadalah ertinya amal kita yang bertungkus lumus dalam Ramadhan sekiranya menjelmanya Syawal kita jatuh dalam kemaksiatan. Mulai hari ini marilah kita berazam menjadi Mukmin yang soleh dan muslih. Yang sentiasa menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita didik hati kita agar sentiasa tunduk hanya pada Allah agar Allah menerima kita dan memandang kita di Akhirat sebagai hambaNya dan membenarkan kita melihat Wajah Allah yang maha Agung. Mudah mudahan kita mengambil pengertian dari firman Allah:


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ50

آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ 51

كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ52

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ53


بَارَكَ الله لِى وَلَكُمْ فِى القُرْآنِ العَظِيمِ , ونَفَعَنِى وَأِيَّاكُمْ بِاْلأيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ , وتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَه إِنَّه هُوَ السَمِيعُ العَلِيمُ . اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِ ر الله العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ ولِسَائِرِ المسُلِمِيْنَ
والمسُلِمَاتِ إنَّه هو الغَفُورُ الرَحِيمُ .


Khutbah Kedua


الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمد.

أَشْهَدأَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْعَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَه وَنَصَرَه وَوَالاَه . أَمَّا بَعْدُ ,



التَّقْوَى فَيَا عِبَادَ اللهِ , أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ . وَتَزوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ


Ramadhan Sudah berlalu. Sekiranya kita beribadah kerana Ramadhan maka hari ini bukan lagi Ramadhan. Tetapi seandainya kita beribadah kerana Allah dan kepada Allah maka Allah maha kekal dan takkan pergi atau hilang.


Marilah kita semua bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan sehingga akhir hayat kita. Kita jitukan tekad pada hari ini dalam mengorak langkah ke arah menjadi hamba yang lebih taat. Semoga dengan niat dan doa kita Allah mudahkan kita dalam urusan mentaatinya. Sedarlah kita bahawa tiada daya upaya kita mentaati Allah tanpa inayah dan hidayah dariNya. Allah berfirman:


ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا


Itulah dari ayat-ayat Allah barangsiapa yang diberi hidayah maka dia akan mendapat hidayah dan barangsiapa yang disesatkan maka dia tidak akan mendapat pelindung ataupun penunjuk.


(Surah al Kahfi:17)


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ


Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,


Marilah kita menjadi golongan yang berkasih sayang kerana Allah kerana firman Allah:


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


Sesungguhnya tiadalah orang yang beriman itu melainkan mereka bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu mudah mudahan kamu beroleh rahmat.


Dalam ayat dibacakan tadi jelas Allah menyifatkan persaudaraan itu adalah ciri orang beriman dan usaha menyatukan sesama kita adalah antara sebab turunnya Rahmat Allah. Maka di hari ini marilah kita bermanis muka dan melupakan segala kesalahan saudara kita mudah mudahan Allah menempatkan kita di antara mereka yang dirahmati di akhirat nanti.


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ , كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيمَ .

وَبَارِ ك عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ , كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آَلِ إِبرَاهِيمَ فِى العَالَمِيْنَ إِنكَّ

حمِيدٌ مَجِيدٌ . اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِ لمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ

وَالأَمْوَاتِ . رَبنَّا اغْفِرْ لَنَا ذُنوُبنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحمْهُمْ كَمَا رَبوَّنَا صِغَارًا. رَبنَّا اغْفِرْلَنَا

وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُ وْنَا بِالإِيْمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلا لِلَّذِيْنَ آَمَنُوْا رَبنَّا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ .

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ , وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ , وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ

وَالظَّالِمِيْنَ . اَللَّهُمَّ إِناَّ نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنعُوْذ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى

نُحُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شمَلَهُمْ وَفَرِّقْ جمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا

مِنْ كِلاَبِكَ .


اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ , وَفِى غَزَّةِ , وَفِى العِرَاقِ , وَفِى

كَشْمِيْر , وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ . اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ , وَاجمَعْ كَلِمَتَهُمْ , وَثبَّتْ

أَقْدَامَهُمْ , وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ .

اَللَّهُمَّ آَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا, وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا, أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَه اَ. اَللَّهُمَّ أَرِنَا

, وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَه . اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَاننَا, وَأَئِمَّتَنَا ا وَارْزُق نَا اتِّبَاعَهقلحَقَّ حَ

وَوُلاَة أُمُوْرِنَا, وَاجْعَلْ وِلاَيتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ .

رَبنَّا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لمَ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ . رَبنَّا هَبْ لَنَا مِنْ

أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّة أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.

رَبنَّا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

. وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ . وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ

الْعَالَمِيْنَ .


اَلله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , وَلِلَّهِ الحَمْدُ

[WS]: 29 Ramadhan - Langit menangis teresak-esak. Ucap selamat jalan buat Ramadhan yang sedang melambaikan tangannya. Dan aku, termakan oleh esakan langit. Selamat jalan Ramadhan. Sampai jumpa lagi..

Sunday, September 13, 2009

Mahu Menang Atau Kalah? (10 Malam Terakhir)

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ini sudah hari ke 23 dalam bulan Ramadhan. Bermakna sudah 2 malam berlalunya kemungkinan malam al-Qadar. Maka, siapa yang beramal pada malam-malam itu bertuntunglah. Masih ada 3 malam lagi kemungkinan malam al-Qadar iaitu malam 25, 27 dan 29. (Diriwayatkan oleh Muslim)

Mungkin ada orang mengatakan;

"Alah, kalau waktu bulan Ramadhan baru buat banyak amal, sedangkan bulan-bulan lain tak banyak amal, tak guna juga.."

Saya teringat akan kata-kata ustazah saya dulu, dia kata kalau kita ingin mengetahui sikap sebenar seseorang itu, maka lihatlah sikapnya di dalam bulan Ramadhan.

Mengapa? Kerana dalam bulan inilah kita sendiri akan mengetahui sejauh mana usaha kita berperang dengan nafsu, yang mana saat ini tangan-tangan syaitan digari. Sekiranya dalam bulan Ramadhan ini lebih banyak amal ibadahnya, maka dia menang melawan nafsunya.

Sekiranya perangainya itu tetap sama, malah tidak ada bedanya dengan bulan-bulan yang lain, jelaslah bahawa hati nuraninya tidak pernah berperang dengan nafsunya sendiri. Sama ada syaitan ada atau tidak, dia sentiasa tunduk pada hawa nafsu yang tanpa kita ketahui, nafsu itu sebenarnya lebih dahsyat daripada syaitan sekiranya kita tak terkendalikan.

Bahkan Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)

Di sini, jelas Rasulullah juga beramal dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya di 10 malam terakhir.

Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang datang kepadanya Ramadhan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya."

Marilah kita fokus pada 10 malam terakhir ini. Tinggal 7 hari saja lagi. Ramadhan hampir meninggalkan kita. Tinggal saja pada 1 syawal nanti, kita perhitung diri kita sendiri, apakah kita tergolong dalam orang-orang yang menang atau orang-orang yang kalah setelah menjalani Ramadhan kali ini.

Mari terus-terusan meneroka malam al-Qadar. Semoga usaha kita diredhai Allah dan semoga Allah pertemukan kita pada sang malam yang lebih baik dari seribu bulan. Amin..

Dua malam ganjil sudah berlalu.
Masih ada tiga malam berbaki.
Ah! Belum berakhir lagi tapi sudah rindu.
Bakal merinduinya lagi,
tak sanggup lepaskannya berlalu pergi.
Takut tak jumpa lagi nanti.
Moga dipertemukan.
.

Wardatul Shaukah
Dhuha 23 Ramadhan
Medan.


Nota: Syawal kali ini adalah kali kedua saya tidak balik Malaysia. Harap maklum. Alah, tak apa. Semoga semua ini punya hikmah. Jangan sedih. Jangan.. Waaaaa..

Friday, September 11, 2009

Ceritera Ramadhan & Konflik Yang Mendukacitakan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan kita untuk bersama menjalani bulan Ramadhan ini atas kasih sayang-Nya. Kita sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Bermakna sudah 20 hari kita menjalaninya di bulan ini. Sungguh, begitu cepat waktu berlalu. Aku rupanya tidak menyedari bahawa sudah 9 hari aku tidak memangkah jadual Ramadhan yang telah aku perbuat sendiri. Hitung punya hitung, sudah 9 hari yang lalu terakhir aku memangkah jadual itu. 9 hari.... begitu lama. Tapi dirasakan terlalu sebentar cuma. Masya Allah.

Entah kenapa, aku merasakan Ramadhan kali ini, diriku terlalu letih. Lesu. Lelah. Bukan tidak pernah merasa seperti itu di bulan-bulan sebelumnya. Tapi, bulan ini terasa yang amat. Semakin kemahuan dalam maksimalkan amal ibadah itu kuat, semakin merasa lesu. Sungguh!

Alhamdulillah, masih juga berkesempatan menulis sesuatu di sini. Tiba-tiba aku teringatkan Surau Al-Irfaan di Matrikulasi Labuan. Hebatnya waktu Ramadhan di sana. Argh. Aku sangat rindu. Terlalu rindu. Rindu sama teman-teman :)

Di tempat tinggalku sekarang, kira-kira dalam pukul 3 pagi waktu Medan, segala jasad bangun untuk mengerjakan ibadah sahur. Pertama kali aku merasa terkedu adalah sewaktu orang-orang di sekitar rumah ini membangunkan kami untuk bersahur.

"Ibu-ibu.. bapa-bapa.. bangun! Sahur..!!" Jelas kedengaran sewaktu aku sedang bersahur.

Kedengaran seperti suara di masjid berhampiran dengan menggunakan mikrofon, rupanya mereka menaiki kenderaan lalu mengejutkan orang yang sedang tidur dengan menggunakan hailer (Betul ke? Ni Taqirah yang kata). Orang-orang Medan ini, pagi-pagi buta lagi sudah buat aku tersenyum. Geli hatiku ada masyarakat yang membangunkan orang sahur seperti itu.

Aku berfikir, aku begitu terharu adanya sikap kepedulian masyarakat Medan terhadap masyarakat-masyarakat lainnya. Hanya sahur saja, mereka sanggup menaiki kenderaan mengelilingi setiap perumahan bagi membangunkan orang yang sedang tidur untuk bersahur. Sepanjang bersahur, aku asyik tersenyum saja. Bagus betul mereka ni, fikirku. Kadang-kadang aku rasa comel pula. Haha =D

MENIKMATI UKHWAH BERSAMA TEMAN INDONESIA

Segala puji bagi Allah, yang dengan izinnya aku berpeluang menikmati iftar jami'e bersama teman-teman Indonesia, di rumah mereka. Beberapa minit sebelum berbuka, kami dihidangkan dengan satu acara perisian dan luahan hati. Bagiku, acara itu sudah cukup untuk mengenyangkan aku tika sarat berpuasa.

Entah mengapa, atas keizinan Allah, hujan turun begitu hebat, lalu lampupun mati tak sedarkan diri. Majlis sederhana itu hanya bertemankan dengan sebatang lilin di dalam secangkir mangkuk. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Ar-Rahman yang dibaca oleh diriku sendiri. Maka, setiap yang membaca serta mentadabbur surah Ar-Rahman pasti bergetar. Kerana ayat-ayat Tuhan dalam surah itu sungguh sedang membaca diri kita sendiri. Akhirnya, aku sudahi pembacaanku itu sesuai dengan ayat-Nya; "Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"

Kami hanya ditemani ini dalam acara ilmu. Menunggu waktu iftar..

Sahabatku yang bernama Nova, merangkap pengerusi majlis sewaktu itu memperingatkan kami akan nikmat Tuhan, dan mengapa aku disuruh membacakan ayat-ayat Ar-Rahman, kerana segala nikmat Tuhan itu langsung tidak dapat disangkal, bahkan tak dapat didustakan sehingga kita berlaku ingkar akan nikmat-Nya yang tiada batas.

Dia mengatakan bahawa orang lain saat itu mungkin sedang berada di rumah mewah, di atas meja mewah, dengan hidangan makanan mewah untuk menunggu iftar, sedang kami hanya duduk di atas permaidani lusuh, dengan tiada lampu dan ruang yang agak sempit, tapi yang berbeda adalah kerana ukhwah yang dibajai. Dan itulah penyebabnya indah biar dalam keadaan yang naif. Kata-kata Nova itu diiringi dengan suaranya syahdu, hampir teresak-esak. Ada beberapa orang juga tak semena-mena mengalirkan air mata, termakan oleh esakan Nova. Berkali-kali Nova mengulangi ayat itu; Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Selang beberapa minit, acara itu diterus dengan luahan hati. Pertamanya adalah dari temanku bernama Widya, dia menceritakan perasaannya sewaktu impresi pertamanya berada di fakultas kedokteran, USU. Kemudian, Nova berkata;

"Kita sudah mendengar ngomongan dari orang Indonesia. Nggak enak ya kalau yang ngomong cuma orang Indonesia saja. Kami mahu dengar dari orang Malaysia juga. Gimana perasaannya sewaktu pertama kali datang ke Indonesia sampai sekarang.." Kata Nova sambil menepuk-nepuk bahuku, semua yang ada di situ melirik sambil tersenyum-senyum ke arahku.

"Ayoh Tini.. Ceritakan pengalamanmu di sini.." kata mereka konon memberikan semangat untuk aku berbicara. Mentang-mentanglah cuma aku seorang saja orang Malaysia pada waktu itu. Hampeh...

Dengan menghembus kalimat basmalah dan salam, aku memulakan bicara;

"Alhamdulillah, Allah izinkan Tini untuk merantau di negara ini, yang sememangnya negara ini adalah negara yang utama yang ingin Tini jejaki. Kerna sewaktu di Malaysia lagi, Tini sudah membayangkan bahwa Indonesia adalah negara yang paling banyak komunitas Islamnya. Sebelum ke sini, Tini mengharapkan sesuatu, yang mana pada mulanya harapan itu hampir berkubur setelah menjejakkan kaki ke sini.."

Aku mengambil nafas. Mereka sepertinya khusyuk mendengarkanku. Sempat aku menjeling kelibat mata mereka. Mereka menatapi mataku, lantas aku meneruskan perbicaraanku dengan memandang ke bawah.. (membina ayat Indonesia yang sesuai memudahkan mereka faham sebenarnya)

"Pada mulanya Tini sampai ke Medan, Tini nggak jumpa kayak kalian. Nggak ada yang Tini jumpa biar satupun ciri-ciri muslimat yang Tini bayangkan dan harapkan. Waktu itu, Tini seperti pingin mau nangis. Tapi, akhirnya ternyata Tini menjumpai kalian. Tini bersyukur kerana Allah mengabulkan doa Tini untuk mempertemukan dengan sahabat-sahabat yang komitmen bekerja untuk Islam seperti kalian, yang mengerti Islam seperti kalian. Waktu itu, Tini yakin yang Tini tidak bersendiri.."

Ada leretan senyum yang terukir di bibir mereka. Aku meneruskan lagi perbicaraanku dengan penuh semangat.

"Memang Tini sebenarnya pingin tahu banyak tentang Indonesia, kerna bagi Tini kita ini sudah serumpun. Malaysia dengan Indonesia nggak ada bedanya. Bahkan, Tini itu dari awal lagi sudah terpikat dengan bahasa Indonesia yang menurut Tini, begitu sopan. Orang-orangnya juga baik kok. Tini bangga dapat teman seperti kalian yang menurut Tini, hebat kali deh.. "

Mereka tergelak dan membuat muka seperti perasan hebat. Hehe..

"Kadang merasa cemburu, semangat kerjasama dakwah antara muslimin dan muslimat di sini begitu kuat. Kalian bisa komitmen penuh kesungguhan tanpa mengira waktu. Kadang Tini tidak sempat untuk mengejar prestasi kalian. Bahkan sudah setahun lebih tinggal di Medan, Allah berikan peluang untuk Tini belajar banyak tentang kehidupan. Tini belajar untuk menyesuaikan diri di sini. Nah, tidak kira berada di Malaysia mahupun di Indonesia, ternyata kedua-duanya adalah bumi Tuhan. Tini datang dari jauh, harapannya adalah bukan hanya semata-mata untuk mengejar profesion doktor, tetapi semata-mata ingin meraih redha Allah. Insya Allah..."

"Subhanallah.. Allahu akbar..." Kedengaran tahmid dan takbir dari bibir mereka.

"Justeru, Tini harapkan agar kita tetap teguh berada di jalan dakwah ini. Walaupun sudah banyak berlakunya konflik antara Malaysia-Indonesia sekarang ini, harapan Tini agar ianya tidak menjejaskan ukhwah antara kita. Tidak akan ada diskriminasi antara kita. Kerna kita berada atas jalan yang sama, misi yang sama. Agar misi kita akan tercapai. Janganlah gara-gara konflik antara dua buah negara ini menjadikan kalian bersikap dingin terhadap Tini dan teman-teman Malaysia lainnya. Sungguh, kalau kami dipersalahkan, ternyata kami tidak tahu apa-apa.."

Bicaraku itu disetujui oleh mereka. Mereka tampaknya lebih nyaman dan bahagia mendengarnya. Aiseh.. Boleh tahan panjang juga bicaraku, sebab itu seandainya aku disuruh berbicara, mungkin susah untuk berhenti. Berkali-kali menelan enzim amilase. Hehe..

Akhirnya aku menutup perbicaraanku dengan berkata; "Semoga kita tetap teguh dan bersatu berada di atas jalan dakwah ini. Serahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah semata, semoga Allah permudahkan perjalanan dakwah kita. Amin..."

Seketika, seorang sahabatku yang bernama Uchti berbicara, dan perbicaraannya itu sungguh menghantuiku sehingga sekarang ini.

Kata Uchti; "Jemaah itu adalah ibarat sebuah kapal. Lalu, penghuni-penghuni di dalamnya adalah orang-orang yang berada di dalam sebuah jemaah. Tujuan kapal itu berlayar adalah agar sampai ke arah destinasi yang ingin ditujui. Dan untuk sampai ke destinasi itu, maka semua yang berada di dalam kapal itu harus mengayuh agar kapal itu bisa belayar untuk sampai ke destinasinya. Kalau cuma seorang saja yang mengayuh, ternyata kapal takkan pernah bisa berjalan.."

Akhirnya, acara itu diakhiri oleh Nova, merangkap pengerusi majlis dengan menyampaikan puisinya dengan penuh puitis dengan bersahaja. Diiringi dengan suaranya yang hampir esak. Ah! Nova sememangnya seorang puitis! :)

Sungguh aku terkedu, akan ukhwah yang terbina, biarpun dengan berlainan bangsa, nasionalitas, bahkan memang tidak ada hubungan darahnya antara aku dengan mereka. Tetapi, ukhwah ini tercetus atas kesatuan aqidah yang kami anuti, kesatuan Tuhan yang kami sembah, kesatuan Muhammad yang kami imani, lantas atas nama dakwah yang telah kami jalani (walaupun masih berada dalam fase pertengahan).


KONFLIK YANG MENDUKACITAKAN DAKU

Maka, konflik yang berlaku diantara Malaysia-Indonesia sejak akhir-akhir ini begitu menyedihkan aku. Kami menghormati teman-teman Indonesia di sini. Mereka juga menghormati kami. Bahkan kami duduk semeja, berkongsi makanan dan minuman tanpa segan, berkongsi ilmu tanpa batas. Aku akui, teman-teman Indonesiaku di sini selalu memberikanku semangat. Terutama dalam perjalanan akademik dan dakwah.

Pintaku, hentikan perbalahan antara dua negara ini. Kita adalah serumpun. Kita mirip. Aku sahaja dikatakan tidak tumpah seperti orang Indonesia sekiranya tidak memakai baju kurung. Hanya saja baju kurung yang kusalut ke tubuh setiap hari memperlihatkan aku adalah orang Malaysia. Itu adalah kata-kata dari teman Indonesiaku sendiri. Mahasiswa Malaysia mahupun mahasiswa Indonesia di sini juga sukar untuk dibedakan. Nah, bukankah kita ini mirip? Mengapa perlu berbalah?

Andai dua buah negara yang majoritinya adalah muslim ini bersatu, sudah tentu akan menjadi singa yang bakal menggoncangkan musuh-musuh di luar sana. Tetapi, dengan adanya perbalahan seperti ini, kita dilihat terlalu dungu lagi tak berakal oleh mereka di luar sana. Lantas mereka hanya tertawa sambil bertepuk tangan melihat kebodohan kita. Dan aku lebih merasa ngeri sekiranya mereka mengatakan; "Lebih baik kalian campakkan saja Al-Quran itu ke dalam tong sampah.."

Allah... Sungguh mendukacitakan..

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam Al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)

Selamat meneroka malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Semoga dipertemukan dengan Sang malam al-Qadar.
Perbanyakkan membaca al-Quran dan solat di tengah malam.

Agar Ramadhan kali ini lebih bererti...

Tuesday, September 1, 2009

Kita Adalah Singa Yang Masih Belum Mengaum

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pada Lab Patologi Klinik yang lalu, saya berpeluang untuk menyaksikan sperma secara live. Itulah pertama kali dalam hidup saya melihat sperma yang terlalu kecil itu sedang berenang-renang melalui mikroskop. Sungguh tak disangka, malah sungguh ajaib sekali, daripada sperma itu tadi kita telah menjadi manusia seperti sekarang. Manusia yang sempurna dari bentuk fizikal dan mentalnya. Indah dan sebaik-baik ciptaan. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Subhanallah.

Kita ini sebenarnya hina kan? Dari setetes air mani hina yang dipancutkan dari organ reproduktif seorang lelaki disebabkan atas rangsangan untuk melakukan persetubuhan dengan sang isteri, lantas air mani yang mengandungi sperma itu tadi memasuki organ reproduktif wanita dan akhirnya, bercantumlah sperma ini dengan ovum. Berlakunya proses persenyawaan di antara sperma dan ovum, yang akhirnya tumbuh secara peringkat demi peringkat, lalu akhirnya menjadi diri kita yang sekarang. Kita hanyalah berasal dari setetes air mani yang hina. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Tapi, Allah memberikan predikat kepada kita bahawa sehina-hina kita ini, namun kita adalah sebaik-baik ciptaan, sebaik-baik kejadian. Malah, kita ummat Muhammad dikatakan sebagai sebaik-baik ummat! Bagaimana tidak, kita adalah umat yang dianugerahkan Al-Quran (kitab yang membenarkan kitab-kitab terdahulu. Rujuk Surah Yunus:37) malah kita juga adalah umat yang menjadi saksi pada umat-umat terdahulu. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Tetapi, kita menjadikan diri kita di belakang. Kita tak pernah mahu maju. Yang tadinya adalah sperma lantas diberikan predikat menjadi sebaik-baik kejadian, bermakna kita sebenarnya punya kuasa. Kuasa untuk menegakkan syariat Allah. Kuasa untuk menegakkan hukum Allah. Kuasa untuk menegakkan ayat-ayat Allah (Al-Quran). Tapi, kita ini bukan sahaja lemah malahan tidak punya keinginan untuk berubah.

Tujuan kita dihidupkan adalah untuk menjalankan amanah yang telah Allah berikan. Bersaksilah bahwa setiap kali di awal permulaan solat selesai takbiratul ihram, kita selalu berjanji untuk menjalankan amanah itu (Doa iftitah). Bermakna, sekiranya kita solat 5 waktu sehari, maka kita telah berjanji 5 kali dalam sehari. Tetapi, di manakah janji-janji itu?

Untuk menegakkan syariat, hukum berdasarkan ayat-ayat Allah (Al-Quran) bukanlah suatu yang mudah. Malah, kalau hanya menegakkan bersendirian, sudah tentu mustahil untuk dilaksana. Kita sekali-kali takkan pernah bisa bergerak dan berjalan sendiri. Lantas bagaimanakah? Dengan
team work. Ya! Team work! Bersatu-padu. Seperti kata Wonder Pet yang comel, "Apa yang penting?" "Kerjasama.."

Menyeru kebajikan, menghentikan kebiadaban. Dan kerana inilah dengan tak semena-mena kita dijadikan sebaik-baik ummat, sebaik-baik kejadian. Hanya kerana menyeru manusia kepada kebaikan, mencegah daripada kemungkaran. Saling bekerjasama, maka yang tadinya hanya berasal dari sperma yang hina, kita akhirnya menjadi singa yang sungguh digerun andai mengaum!

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.."
(
Al-Maidah: 2)

Saya akan tinggalkan kalian dengan sedikit petikan yang saya gemari dari novel "Ketika Cinta Bertasbih":

"Di mana-mana kita lebih banyak menemukan orang bermental lemah, hidup apa adanya dan tidak terarah. Orang-orang yang tidak tahu potensi terbaik yang diberikan oleh Allah kepadanya. Orang-orang yang rela ditindas dan dijajah oleh kesengsaraan dan kehinaan. Padahal sebenarnya jika mau, pasti bisa hidup merdeka, jaya, berwibawa dan sejahtera.

Tak terhitung berapa jumlah masyarakat Islam ini yang bermental kambing. Meskipun sebenarnya mereka adalah singa! Bangsa ini adalah bangsa besar! Ummat ini adalah ummat yang besar!

Bangsa ini sebenarnya adalah singa dewasa yang sebenarnya memiliki kekuatan yang dahsyat. Bukan bangsa sekawanan kambing. Sekali rasa berdaya itu muncul dalam jiwa anak bangsa ini, maka ia akan menunjukkan pada dunia bahwa ia adalah singa yang tidak boleh diremehkan sedikitpun.

Bangsa ini adalah sebenarnya adalah Sriwijaya yang perkasa menguasai nusantara. Juga sebenarnya adalah Majapahit yang digjaya dan adikuasa. Lebih dari itu bangsa ini, sebenarnya dan ini tidak mungkin disangkal, adalah ummat Islam terbesar di dunia.

Dua ratus juta ummat Islam di Indonesia, maknanya adalah dua ratus juta singa. Penguasa belantara dunia. Itulah yang sebenarnya. Sayangnya, dua ratus juta yang sebenarnya adalah singa justru bermental kambing dan berperilaku selayaknya kambing. Bukan layaknya singa. Lebih memperihatinkan lagi, ada yang sudah menyadari dirinya sesungguhnya singa tapi memilih untuk tetap menjadi kambing. Karena telah terbiasa menjadi kambing maka ia malu menjadi singa! Malu untuk maju dan berprestasi!

Yang lebih memperihatinkan lagi, mereka yang memilih tetap menjadi kambing itu menginginkan yang lain tetap menjadi kambing. Mereka ingin tetap jadi kambing sebab merasa tidak mampu jadi singa dan merasa nyaman jadi kambing. Yang menyedihkan, mereka tidak ingin orang lain jadi singa. Bahkan meeka ingin orang lain jadi kambing yang lebih bodoh!

Marilah kita hayati diri kita sebagai seekor singa. Allah telah memberi predikat kepada kita sebagai ummat terbaik di muka bumi ini. Marilah kita bermental menjadi ummat terbaik. Jangan bermental ummat yang terbelakang.."

Allah berfirman;

"Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, karena kalian menyuruh berbuat yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah!"
(Ali-Imran:110)

[Kang Azzam, Ketika Cinta Bertasbih]

Kita adalah singa yang masih belum mengaum! Apakah belum tiba masanya kita mengaum untuk menggegarkan dunia ini? Ayuh saudaraku! Kita bangkit!

Wardatul Shaukah
11 Ramadhan, Medan.

Nota 1: Doakan saya supaya diberikan kelapangan untuk meng'update' blog Wardatul Shaukah ni sekurang-kurangnya seminggu sekali, paling tidakpun 2 minggu sekali, kerana saya merasakan bahawa diamnya saya dari meng'update' blog, maka diamlah juga saya dari berdakwah..

Nota 2: Selamat menyambut hari kemerdekaan buat tanahair Malaysia tercinta. Tapi, masih juga tak merdeka kalau pemikiran orang Malaysia masih dijajah. Hm.. Apa-apapun, dirgahayu tanahairku.. Rindu...