Wednesday, April 1, 2009

Qasidah Burdah, Hyperthyroid, Hidup-Mati

Salam ukhwah dan kasih sayang buat sahabat-sahabat perjuangan. Wah, aneh ya tajuk posting pada kali ini? Memang aneh.

Pertama sekali, di waktu masa yang dirasakan sangat sempit dan sesak untuk bernafas, lagi pula dirasakan oksigen kian sedikit untuk dihirup, izinkan saya untuk menyajikan sebuah hidangan yang sangat indah dan bisa memberikan ketenangan untuk para tatapan blog ini. Sebuah Qasidah Burdah yang ditulis oleh Sheikh Imam Al Bushiri (696H). Saya menerimanya dari email. Terima kasih buat yang pengirim. Saya sangat terharu dan menghargai.


JANGAN MENGIKUT HAWA NAFSU

Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi

Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi


Aku masih curiga terhadap nasihat uban yang putih di kepalaku.

Padahal kedatangan uban itu sepatutnya sudah tidak perlu dicurigai.

Sesungguhnya nafsu Ammarah yang bertapak di lubuk hatiku masih belum mahu menerima nasihat,
kerana jahilnya dari peranan peringatan yang dibawa oleh uban dan hari tua.


Kelihatannya, diriku masih belum membuat apa-apa persiapan (amal soleh) untuk meraikan tetamu (uban)
yang telah lama bertapak di kepalaku dan nampaknya tetamu itu sudah tidak mahu beredar dari situ.


Seandainya aku tahu bahawa aku belum dapat menghormati tetamu tadi (uban),

sudah tentu uban itu akan kututupi dengan warna inai.


Siapakah kiranya yang dapat menolongku untuk mengawal keganasan nafsu,
sepertimana kuda yang garang itu dapat dikawal dengan tali di hidungnya.

Maka janganlah engkau sekali-kali mengharapkan nafsuitu dapat dikalahkan dengan memperturutkan kehendaknya,

bagaikan makanan tidak akan dapat memuaskan nafsu makan,

bahkan ia akan ketagihan bila diberi makan.


Nafsu itu tak ubahnya seperti anak kecil yang masih menyusu.

Kalau dibiarkan ia akan terus menyusu sampai tua,
tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti.

Maka kendalikanlah hawa nafsumu dan jangan diberikan kesempatan kepadanya untuk menguasai engkau,
kerana jika ia berkuasa, sudah pasti ia akan membutakan dan menulikanmu.


Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia telah berlegar dalam ruang ketaatan,

kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan tujuan ketaatan.


Maka jangan engkau lengah dari mengawasinya.
Berapa banyak ia telah menipu orang.


Ia menyajikan makanan yang kelihatannya segar,
padahal di dalamnya ada racun yang membunuh.


Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang lemak-lemak (sedap-sedap).


Oleh itu curigalah kamu dari tipu helahnya, samada melalui lapar atau kenyang, kerana barangkalilapar itu lebih jahat dari kenyang.


Biarlah air matamu kering kerana menangisi dosa,
kerana sudah sekian lama ia kenyang dengan maksiat.

Dan tetaplah engkau menjaga penyesalannya (taubatnya).


Lawanlah nafsu dan syaitan, dan jangan kau turuti keduanya.
Seandainya keduanya menasihati mu, maka jangan engkau hiraukan.

Jangan engkau ikuti keduanya, samada sebagai musuh atau sebagai hakim,
kerana engkau tahu bagaimana helah musuh dan permainan hakim.


Aku mintak ampun pada Allah dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul.


Dosaku terlalu berat kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tetapi aku tidak melaksanakannya.


Dan aku menyuruh engkau supaya istiqamah tetapi aku sendiri belum tetap pendirian.


Duhai malangnya nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang atau puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja.


Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi
Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi



Buat pengirim lirik Qasidah ini, tiada apa lagi yang mampu saya katakan selain, terima kasih. Jazakallahu khair.

Sahabat-sahabat yang menjengah di blog ini, izinkan saya menjawab di dalam posting kali ini. Takut jika tidak berkesempatan untuk menjawab dan menziarah di blog kalian.

conscripted soldier: "jika kamu diberikan amanah, maka tunaikanlah amanah yang diberikan itu walaupun kamu sibuk.."

Saya: Kata-kata ini yang saya perlukan sebagai semangat dan bekalan dalam erti kata menjadi pelajar, perantau, pendakwah dan pejuang. Terima kasih.

ZuL: salam...sama2 teruskan apa yg sudah dimulakan...mOga segala usaha mendapat redhaNya...alllahumma ameen

Saya: Moga-moga segala usaha, ganjarannya manis. Allahumma ameen..

senorita_2012: Salam.. thanks lawat blog akak. Minta izin follow yer.. hari tu terburu-buru lupa nak tinggal msg, sebab blog wardatulshaukah ni amat menarik. Thanks..

Saya: Sangat-sangat menghargai. Saya cuma harap ianya ada manfaat. Terima kasih. Salam ukhwah.

kerongsanghijau: salam ziarah dari jauh...teruskan usaha sahabat..

Saya: Salam ziarah juga. Jemput datang berkunjung lagi. Walau teratak tidak seberapa, namun harapnya agar ia memperoleh manfaat. Biar sedikit cuma.

Buat sahabat-sahabat semua, salam ukhwah saya ucapkan :)

HYPERTHYROIDISM.

Dalam blok Metabolism System yang telah saya hadam pada kali ini, saya belajar juga tentang penyakit Hyperthyroid yang setelah sekian lama saya ingin pelajari. Sewaktu ingin menyelami tentang penyakit ini, jiwa ini dihimpit rasa sebak dan rindu. Lagi pula, sewaktu tutorial yang difokuskan tentang penyakit ini, sudah tentulah segala masalah, gejala, diagnosis, terapi yang lengkap dan harus diketahui bagi oleh semua pelajar perubatan.

Kalenjar thyroid ini terdapat di tenggorokan

1. Hyperthyroidism: Keadaan thyrotoxicosis yang disebabkan oleh hypersecretion hormon thyroid oleh kalenjar thyroid sehingga terdapat hormon-hormon thyroid dalam sirkulasi darah.

2. Symptom:
  • Nervousness
  • Fatigue
  • Weakness
  • Increased perspiration
  • Heat intolerance
  • Tremor (bergetar)
  • Hyperactivity
  • Palpitation (denyutan jantung yang kuat)
  • Increase appetite
  • Mesntrual disturbance

3. Terapi (non-farmakologi)
  • Diet yang diberikan harus tinggi kalori; memberikan kalori 2600-3000 kalori per hari baik dari makan atau supplement
  • Pengambilan protein harus tinggi yaitu 100-125 gram (2.5 gram/kg berat badan) per hari untuk mengatasi pemecahan protein jaringan seperti susu dan telur
  • Olah raga secara teratur
  • Mengurangi rokok, alkohol dan kafien yang dapat meningkatkan kadar metabolisme
Penghidap penyakit hyperthyroid ini lebih selalu merasa panas disekitarnya kerana kadar metabolismenya tinggi, disebabkan hormon thyroid yang dilepaskan dengan begitu banyak di kalenjar thyroid, maka berlakunya proses katabolisme (pemecahan nutrien dalam tubuh).

Mereka ini juga sangat kuat nafsu makannya, oleh kerana berlakunya katabolisme dalam tubuh, jadi segala nutrien yang diserap oleh tubuh malah terpecah, lalu mereka walaupun nafsu makannya kuat, tetapi tidak juga gemuk-gemuk.

----------------------------

Dihantui rindu yang menggamit. Apa khabar agaknya abang saya sekarang? Sudah lama tidak mendengar cerita darinya. Abang saya salah seorang yang mengidap penyakit ini, tetapi dia tidak pernah berhenti dari merokok. Merokok itu membahayakan. Hm..


HIDUP UNTUK MENUJU MATI.

Sangat ngerikah? Hidup untuk menuju mati. Betul kan?

Lahir - kecil - anak - remaja - dewasa - tua - mati.

Itupun kalau sempat dan diberikan peluang untuk merasa zaman tua. Kalau tidak, maka tunggu dan lihatlah setakat mana hidup kita dalam menggapai segala bekalan di dunia ini.

Ngerikah?

Adakah kamu nampak bahawa dunia ini hanyalah senda-gurau dan main-main belaka? (Al-An'am:32)

Namun, janganlah berburuk sangka dengan kehidupan dunia yang diciptakan oleh Tuhan ini dengan memandang hal yang penuh negatif. Dunia diciptakan dengan penuh kelalaian, senda-gurau dan tidak adil. Mengapa? Kerana akhirat adalah lawannya dunia. Akhirat itu sudah dijanjikan kebahagiaan yang tiada penghujungnya.

Mengapa hidup andai tercipta untuk mati? Kerana dunia yang penuh dengan rintangan dan onak duri ini perlu kita hadapi, walau macam mana keadaan sekalipun untuk memperoleh kemenangan yang berupa balasan dari Sang Pencipta.

Andai seorang doktor berjaya merangkul gelaran doktor, masakan cuma enak-enak aja mahu bergelar doktor, kalau tidak melalui segala mehnah dan cabaran dalam pada waktu menjadi pelajar perubatan?

Sudah tentulah dalam setiap apa pun, cabaran itu harus wujud. Kalau tiada, maka amat rugilah kita kerana tidak pernah merasai kepayahan hidup yang begitu menjadikan kita lebih matang dan bersemangat mencipta lakaran setiap diari hidup yang dilalui.

Maka, andai kamu merasakan bait-bait "Hidup untuk menuju mati" itu sangat membebankan dan sia-sia sahaja kamu diciptakan di dunia ini, maka ini dia yang seharusnya;


"Hidup untuk menuju mati yang sempurna.."

Cool, isn't it? :)

Nota 1: Saya ditegur oleh seorang sahabat Indonesia kerana menandatangan kehadiran seorang kawan saya yang tidak hadir kuliah. Kalau kawan kamu menyuruh tandatangan kehadiran dia sewaktu dia tidak datang, kamu mahu tandatangankah?

Nota 2: Jadual exam pada blok kali ini tidak menentu, sekejap 4/4, sekejap 6/4, dan berita terakhir dan muktamad, exam Metabolism System adalah pada 4/4 ini. T_T Just around the corner. Doakan!

12 comments:

pencinta bahasa said...

salam taaruf..
saya sgt ske akn blog ukhti..banyak info yg menarik..izinkn sy utk follow ye..

Wardatul Shaukah said...

pencinta bahasa:
salam taaruf juga. tak perasan kamu follow blog ni. semoga bermanfaat. jazakallah.. :)

Iliana said...

fiuhhh...panjang sekali entri kali ini..

sehingga tak tahu yang mana satu nak dikomen..errr...apa pun, gudluck ya (^_^)V

ibnurashidi said...

Salam...

Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu saya sempat berkunjung ke maqam Sheikh Imam Al Bushiri yang terletak di Iskandariah. Dan saya juga membeli buku kecil memuatkan burdah beliau.

Dinul Falah said...

assalamu'alayki ya ukhti....
apa kabar ?
semoga sentiasa dalam naungan berkah dan rahmatNya...serta dalam ridhoNYA.

Ukhti...tulisan ini sangat berkesan di hati ana...karena begitu banyak dosa yang telah ana perbuat di masa lalu ana....

semoga ana masih sempat untuk menemukan jalan pulang....

mohon doanya ukhti...

keep semangat dalam berdakwah.

^_^

Wardatul Shaukah said...

kak yana:
panjangkah? tak ada lah kak. cuba tengok dengan entry2 yang lepas. sama je. entry yang lepas2 lagi panjang saya rasa. hehe. terima kasih kerana mengomen walaupun tak tahu apa yang nak dikomen :p

Ibnurashidi:
salam ya ustaz. oh iyakah? wah! saya sangat suka qasidah burdah ni. kata-katanya sangat bagus dan indah. sangat-sangat menarik buat saya jatuh hati. tak beli cd nya kah? dengar2 turut dinyanyikan oleh penulis sendiri dan dimuatkan dalam cd. teringin..

Dinul Falah:
wa'alaikumsalam akhi. ana baik-baik saja alhamdulillah. itulah yang diharapkan. tiada yang lebih baik selain bertaubat sesudah berbuat dosa. syukur alhamdulillah kerana kita diberi kesempatan untuk menyedari dosa2 kita sebelum nyawa di hujung jasad. doaku, semoga akhi sentiasa di dalam redha Allah. amin..

kakchik said...

Assalamualaikum srikandi.
Terima kasih kerana berkongsi maksud qasidah burdah tu. KakChik memang suka sangat. Sejak mula-mula dengar boss kakchik YB Husam dok berqasidah dlm ofis dia di thn 2001 dulu sampai ke hari ni kakchik suka.

Wardatul Shaukah said...

kakchik:
wa'alaikumsalam kak. owh, sebenarnya saya baru saja dengar qasidah ni 1 atau 2 kali. itupun yang biasa didengar. teringin nak dengar yang lain2. kerana liriknya sangat bagus. penuh sastera islamik yang indah :)

anak kucing said...

saya setuju dengan hidup ini untuk menuju kematian. kerana ada dlm tafsir ulama yang mengatakan lahirnya manusia di dunia terus umur pendek.

errr... best ar lagu. lapgu aper nie.
p/s ana banyak kwn ambek medic & jd doc, tapi ana takut darah.huhu

Wardatul Shaukah said...

anak kucing:
itulah sememangnya tujuan hidup kita, untuk menuju mati. ini adalah sejenis bentuk qasidah seperti nayid dan syair :)

hehe. ramai kawan saya yang takut darah juga. ada yang mahu jadi doktor, tapi jumpa darah terus pengsan :D terima kasih sudi melawat dan berikan komentar. datang lagi ya :)

nurira ~* said...

Salam taaruf..

saya pun suka jg follow blog ni. byk info menarik dan penulisannya pun baik :)

sy nk minta izin utk copy maksud qasidah burdah ni boleh?

syukran jazilan! ;)

-teruskan menulis ya ukhti. salam juang.

Wardatul Shaukah said...

nurira:
salam taaruf juga buat ukhti. nice to know u sis. syukran atas komentar. semoga Allah meredhai sis :)