Tuesday, April 28, 2009

Perjalanan ke Ta'if

Sewaktu perjalanan ke Ta’if, harapan yang menggunung tersemat dalam hatinya. Harapan agar dia diterima, harapan berakhirnya kegelapan lalu dibuka tirai cahaya yang bertebaran ke pelusuk dunia. Tiadalah harapan itu tersemat dalam hatinya, melainkan atas rasa kasih dan cinta akan umatnya, serta patuh dan taat akan perintah Tuhannya.


Barangkali hijrah ini membawa artinya. Itulah harapan baginda. Untuk Tuhan. Untuk ummat dan untuk agama. Namun, sudah menjadi sunnah bagi orang yang ingin berjuang, ujian tidak henti-henti datang menimpa, ujian tidak serik-serik mendekati pada jiwa yang tabah. Dalam kesamaran pengharapan akan penerimaan orang padanya, maka ternyata para pembencinya bergelojak menentang diri baginda yang tulus. Semua menyerbu tanpa belas kasihan, tanpa memandang risalah yang ingin disampaikan oleh baginda.


Atas dasar benci lagi egois, maka baginda dipukul beramai-ramai. Mereka menggunakan anak-anak, hamba sahaya mereka untuk menyakiti dan melempar beliau dengan batu sehingga terdapat darah suci yang mengalir dari celah-celah anggota badannya. Tidak cukup dengan itu, beliau dihina, dicaci, diherdik sedemikian rupa. Inilah disebalik sebingkis pengharapan pada umatnya, ternyata tidak semua yang diharapkan sesuatu dari Tuhan itu dikabulkan semata, walau beliau adalah kekasih hati Robnya.


Ketulusan itu rupanya membawa kepada pertimbangan akal baginda, kewarasan akalnya dalam bersikap optimis mengatasi sikap pesimis yang menguasai hati. Malah, baginda selalu menang dalam menjiwai watak ketabahan dengan penuh kehambaan dalam meniti liku-liku yang ditonjolkan untuk sekalian umatnya yang lemah.


Sehingga tawaran sang malaikat yang ingin menghancurkan orang-orang yang menyakitinya itu, ditolak dengan lembut. Dalam lirih pedih, beliau mencurahkan apa yang tersimpan dalam hatinya, diungkapkan pada Robnya dengan penuh tawaduk lagi merendah diri;


"Ya Allah! Aku mengaku kepadaMu tentang kelemahanku, kekurangan dayaku dan betapa rendahnya pandangan orang terhadapku. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhanku dan Tuhan manusia-manusia yang bertindas. Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku? Adakah kepada orang yang jauh bersikap kasar terhadapku ataukah kepada kerabat yang Kau kurniakan kuasa kepadanya mengatasiku? Tetapi, kiranya Engkau memurkai aku semuanya itu tidak akan aku hiraukan! Namun harapanku kesejahteraan dariMu lebih ku harapkan untuk diriku. Ku berlindung dengan cahaya wajahMu yang menerangi segala kegelapan yang dapat menyejahterakan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung kepadaMu dari kemurkaan dan kemarahanMu terhadapku. Relalah aku atas segala-galanya hinggalah Engkau relakan aku. Tidak ada daya, tidak ada kekuatan melainkan dengan bersama-Mu."


Demikianlah seorang hamba mengadu pada Tuhannya akan kepiluan hati yang dideritanya bersendirian. Sejauh mana kita menyelami kesabaran hati baginda? Sejauh mana kita menangisi keperitan baginda dalam berdakwah? Sejauh mana kita menyelami kasih cintanya pada kita tatkala di akhir nyawanya, tiada yang ditangisinya melainkan hanya “Ummati.. ummati.. ummati…”


“Ummatku.. Ummatku.. Ummatku…”


~ 28 April, Medan ~


Nota: Final exam sudah tidak lama. Doakan saya ya kawan-kawan..

Monday, April 20, 2009

Dunia


Kebahagiaan,

kalau itu menjadikan aku lupa,

maka carikkan ia dari hatiku.


Kesenangan,

kalau itu menjadikan aku alpa,

maka hancurkan ia dari denyut jantungku.


Kemewahan,

kalau itu menjadikan aku takabbur,

maka kubur ia sehingga kelibat itu hilang dari liang sarafku.


Kenikmatan,

kalau itu mengundang padaku maksiat,

maka datangkan laknat,

untuk menepis murka itu.


Dunia,

kalau itu menjadikan aku pesona,

maka genggam nyawaku sepantas kapas,

agar ia tidak bisa berganjak,

dalam menelusuri cinta itu.


Cinta itu mati,

lantas berikan padanya hidup,

sehingga aku tak berdaya,

menggendong laknat yang sarat.


4 Mac 09,

Dewan Kuliah, USU, Medan.


Nota: Ini adalah sajak contengan yang saya lakarkan hampir sebulan yang lalu di dalam dewan kuliah. Mungkin kerana terlalu mengantuk, saya cuba menggerakkan otak dan minda untuk menulis puisi walaupun sesungguhnya puisi ini buruk :D Ish, ish ish.. Kasihan lecturer di depan tu..

Wednesday, April 15, 2009

10 Keping Nota Kecil

Nota 1: Semalam, sahabatku menyindir aku akan entry "Mari Bicara Tentang Cinta" yang aku post kan sebelum ini. Sewaktu kami berdua ke Kedai Buku Gramedia semalam, dia recommendkan padaku buku-buku tentang perkahwinan sambil tersengih-sengih. Aish. Tujuanku post tajuk itu bukan bermakna aku sudah kepingin mahu kahwin, tapi memikirkan keadaan manusia yang semakin keliru dengan cinta sebenar yang mereka impikan. Aku rasa, persepsi yang satu ini memang sukar diubah dan diyakinkan.*senyum sama Nabilah*


Nota 2: Hari ini, kerja besar yang harus ku pikul telah selesai. Urusan surat izin belajar telah selesai walau kuperbuat berseorangan di waktu tahun pertama ini. Setelah aku merasakan orang yang bertanggungjawab menguruskan semua ini hanya ingin mengambil kesempatan pada kami yang masih bergelar mahasiswa baru, aku tekad ingin mengurusnya sendiri biarpun aku tidak tahu-menahu apa. Tidak dibantu oleh sesiapa tetapi aku yakin Allah yang membantu, serta memudahkan urusanku. Dan oh! Hampir terlupa. Sahabatku Taqirah yang selalu menemaniku ke konsulat dan ke merata tempat. Terima kasih sahabat. Aku sayang kamu.


Nota 3: Tatkala selesai menyudahkan perkara yang kurasakan membebankan, cukup dengan berkata "Alhamdulillah", akan mendatangkan ketenangan dan ketenteraman dengan sekelip mata yang luar biasa walau hanya dengan menghembuskan nafas. Maha Suci Allah yang memberikan perasaan nikmat itu kepada hamba-Nya.


Nota 4: Blok 3 dalam semester 2 ialah blok hematology. Belajar tentang darah. Aku merasakan seperti susah sahaja. Lalu aku mengingatkan pada diriku akan kata-kata seorang junior yang aku kagumi; "Tak ada yang senang dalam dunia ni, kak." Betapa jahilnya aku berbanding juniorku itu. Tini, belajarlah rajin-rajin. Jangan malas-malas. Jangan asyik baca blog dan update blog saja @_@

Baik.


Nota 5: Berdakwah pada diri sendiri adalah lebih utama berbanding berdakwah kepada orang lain. Namun, bukanlah menunggu diri menjadi baik sehingga mencapai tahap kesempurnaan baru hendak berdakwah, kerana manusia tidak akan pernah sempurna. Lalu, dalam pada masa berdakwah pada diri sendiri, dakwahkan juga pada orang lain. Asalkan kamu amalkan apa yang kamu ingin sampaikan. Itu lebih penting. Do what you preach! (Especially for me)


Nota 6: Jangan terlalu berprangka buruk terhadap orang lalu mengatakan perihal orang itu kepada orang lain, kemudian tersebar atas kerana pembawaan dari mulut ke mulut yang berasal dari mulut kamu. Kalau kamu yakin Allah itu Berkuasa dan Maha Mengetahui, jangan judge orang lain tanpa kamu tahu kesahihannya. Allah kan ada? Serahkan saja pada Allah.

"Fitnah lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.." (Al-Baqarah:191)


Nota 7: Aku baru sahaja membaca beberapa buah blog menghiburkan yang membuatkan aku tersengih-sengih sendirian di hapadan laptop. Ternyata, aku merasakan bahwa blogku ini sangat skema dan serius. Tapi, aku tidaklah begitu skema dan serius sebenarnya :)


Nota 8: Kelmarin, Bro Saiful katakan padaku, dia boleh bertahan 4 tahun belajar di Mesir tidak pulang-pulang ke Malaysia, sedangkan aku tidak sampai 1 tahun sudah merasa rindu dengan kampung halaman. Dia sempat berpesan, "Jangan manja sangat". Aku tidak manja ok. Cuma, kadang-kadang biasalah. Waktu merasa sedikit tekanan, tiba-tiba sahaja rindu dengan orang tua. Kadang-kadang, tiba-tiba saja air mata termengalir. Tapi, itu bukan bermakna manja. Perempuan berbeza dengan lelaki T_T


Nota 9: Hari ini, pada tarikh 15 April adalah tarikh keramat abangku yang bernama Mohd Azmi bin Abu Kassim iaitu hari ulang tahun kelahirannya untuk ke 26 tahun. Oh gosh, abang aku sudah semakin tua. Teringat pula dia membuliku sewaktu aku masih kecil. Sekejap betul masa berlalu. Selamat hari jadi buatmu, abang.


Nota 10: KESAL. Aku takut perkataan ini, kerna aku takut aku adalah salah seorang darinya dalam segala apa jua yang aku lakukan. Dan amat celakalah aku andai aku tergolong dalam apa yang diceritakan dalam firman-Nya;

"Dan seandainya engkau (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, mereka berkata; "Seandainya kami dikembalikan (ke dunia) tentu kami tidak akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang beriman." (Al-An'am:27)


Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosa kamu.

Demi jiwaku dalam genggaman-Nya.
2:30 am, 15 April 2009.

Thursday, April 9, 2009

Mari Bicara Tentang Cinta

Sebenarnya, sudah lama ingin menulis tentang artikel ini. Keinginan itu timbul selesai sahaja berlangsungnya Majlis Penutupan Program Festival Nur Islam yang dianjurkan oleh persatuan BADAR, Medan. Program yang dianjurkan pada mulanya menceritakan ceritera "Ayat-ayat Cinta", iaitu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nabil. Kemudian, diteruskan dengan forum yang hangat sekali, tajuknya "Malu Katakan Cinta", di mana lebih menghangatkan adalah panelnya adalah Ustaz Nabil sendiri, berserta isterinya, Ustazah Suzana.


~ Forum 'Malu Katakan Cinta' ~

Saya rasa, untuk majlis ini dewan telah dibanjiri oleh ramai orang lebih daripada program-program lain yang pernah dianjurkan. Mungkin tajuk ceramah dan forum menarik perhatian ramai untuk hadir ke majlis tersebut. Wallahu 'alam.

Forum "Malu Katakan Cinta" yang hangat tersebut terlalu terhad, sehingga sesi soal-jawab terpaksa dibuang atas kesuntukan masa. Sedikit kecewa kerana pada waktu itu, saya ingin melontarkan beberapa soalan kepada sang ahli panel, namun atas kesuntukan waktu yang mana sesi soal-jawab itu tidak dibuka kepada penonton, terpaksa keinginan saya terkubur begitu sahaja.

Saya mungkin faham akan misi yang ingin disampaikan dalam forum tersebut, namun saya risau kalau ianya mengelirukan orang. Misi tersebut masih kurang jelas apa main point yang hendak disampaikan oleh sepasang suami isteri tersebut dalam forum "Malu Katakan Cinta". Apakah cinta sebelum kahwin itu dibenarkan namun harus ada syarat? Atau apa hukum cinta sebelum kahwin itu sendiri. Apakah wajar sekiranya bercinta sebelum kahwin? Kerana dari isi-isi penting dalam forum itu, misi yang ingin disampaikan itu kurang jelas, bagi pendapat saya.

Sepasang suami isteri tersebut menceritakan cinta mereka sebelum kahwin. Sangat menghiburkan, dan saya rasa mereka ingin menyampaikan bagaimana persediaan membentuk cinta ke jinjang pelamin. Lebih daripada menjelaskan tentang hukum cinta sebelum kahwin yang seharusnya dijelaskan terutamanya mereka-mereka yang bergelar mahasiswa.




CINTA SEBELUM KAHWIN?

Sudah banyak saya membaca artikel-artikel tentang cinta, terutamanya yang sudah banyak diulas oleh Ustaz Hasrizal dalam blognya. Kalau selama ini, saya hanya menjadi pembaca setia ceritera-ceritera cinta yang diulas, sekarang izinkan saya untuk bersuara setelah puas menjadi pembaca.

Cinta sekarang semakin sinonim dengan remaja mahupun dewasa. Pendek kata, begitu sinonim dengan golongan belia. Sebut saja tentang cinta, semuanya pasti bersemangat dan menjadi agresif. Kerana, inilah satu-satunya yang banyak dikaitkan dengan hati yang melibatkan hati berlainan jantina.

Cinta adalah suatu yang sangat subjektif. Tidak menjurus pada cinta antara sesama manusia sahaja, malah begitu universal. Namun, salah satu cinta yang tidak dapat disangkal akan keistimewaannya ialah cinta di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Siapa tidak ingin cinta? Semua orang mengimpikan cinta. Kerana cinta adalah fitrah manusia, yang sememangnya lahir dari sejak azali.

Saya bukanlah arif dan bijak soal cinta. Namun, apabila saya dibawa kepada permasalahan cinta yang kian menyengat pada kalangan orang-orang muda sekarang ini, amat menakutkan. Begitu menyeramkan apabila terdapatnya pasangan kekasih bercinta yang masih belum halal, lagaknya seolah-olah sudah halal perhubungan itu.

Seorang perempuan dan seorang lelaki yang sudah berkasih sayang, dirangkul erat oleh kisah cinta mereka yang kononnya tulus, namun itu hanya permainan syaitan yang ingin membawa mereka ke lembah dosa.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)" (Al-Isra`:32)

Dalam ayat ini, Allah tidak mengatakan, "janganlah kamu melakukan zina" tetapi Dia menekankan, "janganlah kamu menghampiri zina". Kata 'menghampiri' itu adalah berbentuk syubhah, maka jauhkanlah diri kita dari perkara-perkara yang syubhah. Dan kita memang tidak sedar segala macam bentuk zina yang telah kita lakukan sepanjang berdua-duaan dengan si dia.

Mungkin lewat perkataan atau ungkapan tidak menunjukkan bukti, namun Allah Maha Mengetahui debaran hati kalian. Hati sekuat mana, pasti akan berdetak atas kuasa cinta. Lebih-lebih lagi, bila naluri ingin disayangi dan dicintai kian melonjak. Perasaan berkasih ingin dibelai sepanjang masa. Waktu itu, kamu mengatakan, "Inilah cintaku yang penuh indah!"

Maka, sungguh hina kerna pada waktu itu syaitan sudah menutupi ruang hati kalian dari menyedari bahwa ia adalah dosa yang bermula dengan menghampiri zina tanpa disedari. Penulis berkata begini kerana sudah pernah dialami oleh diri penulis sendiri. Betapa bahayanya cinta itu andai didekati walau hanya hati yang memainkan peranan. Tidak berjumpa, tidak berbual, tidak bertentang mata, tapi ingatlah, waktu itu hati juga berperanan penting dalam zina!

Kalau saja hati sudah bisa berperanan dalam melakukan zina, apatah lagi yang selalu bertemu? Berhadapan dengan bertentang mata? Bergelak-tawa sambil bergurau-senda?

Astaghfirullahal 'azim.

Ampunkan dosaku ya Allah..



CINTA LAMA-LAMA DULU, KENAL HATI BUDI DULU, BARU KAHWIN!

Ini antara pendapat ramai yang saya dengar. Malah, rakan-rakan saya seringkali membidas kata-kata saya yang menolak atau tidak menggalakkan cinta yang tidak halal dengan mengatakan perkataan ini.

Ada mengatakan pada saya,
"Macam mana nak kahwin kalau tak kenal hati budi?"

"Kau jamin ke bahagia? Tak kenal hati budi, terus jadi suami isteri. Hey, itu pasangan sehidup semati kau, tau tak?"


Sampai begitu sekali mereka mempertahankan diri mereka. Saya ingin membacakan kamu tentang sebuah kisah dari seorang wanita menerusi di blognya (sila baca!) ;

Andai ditanya siapa yang mengatur jodohmu..pasti kan kujwb; Robku.
Aku merasa ianya pilihan yang terbaik untukku..

Ada yang mengorek rahsia dariku,adakah kau memang mengenalinya..ku jwb,tidak..
hanyalah aturan para alim ulama' yg pernah ku berguru dgn mereka..

Bagaimana aku hendak meyakinkan bahawa jodoh yang terbaik itu mencari kita bila kita bermula dgn DOA..
Bagaimana hendak aku meyakinkan rakan2ku bahawa kita tidak perlu mencari jodoh dgn cara yg x sepatutnya..


Aku x menolak wanita itu boleh melamar lelaki spt;Hadrat Khadijah r,aha.,
tetapi aku menolak adanya perhubungan lelaki dan wanita yg bukan mahram itu secara terus..
contoh;wanita memulakan memberi mesej kpd lelaki yg x mahramnya.


Hadhrat Khadijah r.aha sendiri melamar Baginda RasuluLlah sollaLlahu a'laihi wasallam dgn menghantar wakil,bukannya beliau yang dtg secara terus..


Wanita, aku juga sptmu

mungkinterlintas di hati

bagaimana jodoh akan mencari diri

andai tidak dimulai


wanita mungkin mahu memulakan tetapi malu..

tetapi aku berpendapat wanita yang tidak memulakan itu yang lebih tinggi maruahnya..


AlhamduliLah ..segalanya adalah aturan Allah..

Aku kini hamil..ustazah2 ku kata,"Mabruk..berkatlah pernikahan anti".

Segala ku minta dlm doa diberi..siapa sangka dpt suami yg perangai mcm aku juga.
Yang penting 1 hati.Kini dah 1 bln lebih aku berkahwin dan mengenali suamiku.
Kami hanya mula berkenalan di mlm pertama.


AlhamduliLah..syukur dpt suami yg baik juga.Orgnya x susah sgt nak dilayan.Janji mkn sedap ok..favourite mknnnya pun lebih kurg mcm ana juga..
23/4 ni kira genap 2 bln kami kahwin..
Sebelum kahwin dia byk doa nak isterinya mcm nilah mcm tulah..AlhamduliLah dpt aku yg mcm tu..

Ana pula sebelum kahwin ana byk doa nak suami yg dpt bg istiqomah anapunya purdah
AlhamduliLah dia jaga,dpn keluarga dia yg x faham pun dia pergi ckp dgn org tua dia..dan AlhamduliLah umi dia pun sgt baik..bagi baju dia bg duit mcm2lah..
AlhamduliLah,seronok jugaklah kahwin ni..nanti ada masa ana cerita lagi..
AlhamduliLah Inilah nikmat yg aku rasa dr Robku..


Saya kagum membaca kisah wanita ini. Saya yang membaca turut merasa bahagia. Sungguh, sebaik mana rancangan kita, ternyata rancangan Allah adalah yang terbaik sekali. Maka, bila Tuhan katakan jadi, jadilah ia.

Seperti yang diulas oleh Ustaz Hasrizal dalam Cinta Tidak Datang Bergolek, atau seperti pasangan suami isteri, sang Sanggar Cinta dalam forum "Malu Katakan Cinta" yang menekankan juga akan usaha-usaha yang perlu dilakukan dalam mencari calon pasangan hidup, maka saya katakan;

Usaha paling terpenting sekali adalah, usaha untuk menjadi wanita solehah, usaha untuk menjadi lelaki yang soleh, usaha dalam memperbaiki diri, ambil masa yang tersisa ini untuk menuntut ilmu secukupnya. Bukankah itu dinamakan usaha?

Malah, dalam menuntut ilmu, persediaan menghadapi peperiksaan itu adalah usaha sebanyak-banyaknya untuk menjadi yang terbaik.

Jadi, hal utama yang saya ingin sampaikan di sini, kalau ingin wanita solehah, kalau ingin lelaki yang soleh, maka jadilah yang soleh/solehah dulu.Usaha di sini bukan bermaksud harus mengirimkan mesej, mengirimkan bunga, menghantar surat untuk memulai. Melainkan andai sudah benar-benar bersedia, maka lamarlah. Mudah.

Dan untuk kamu yang ingin kahwin awal, fikirkanlah walau ia adalah bertujuan untuk menghidupkan sunnah. Sudah cukupkah ilmu kamu untuk memimpin sang isteri? Sudah cukuplah ilmu yang kamu tuntut untuk menjadi seorang ayah yang bilamana seorang anak kamu bertanya tentang haid, darah istihadah, nifas dan yang berkaitan dengan fiqh?

Takut-takut kalau anak kamu bertanya di saat kamu belum punya pengetahuan tentangnya, maka jadilah kamu sang ayah yang hanya melopong sambil menggaru kepala. Itu baru tentang haid, darah istihadah dan nifas. Bagaimana pula hal-hal lain yang lebih berat?

Maka, untuk menjadikan ia sempurna, usahalah untuk itu. Bukankah itu dinamakan usaha?

Andai di tanya siapa yang mengatur jodohmu, pasti akan ku jawab: Robku.

Wardatul Shaukah,
9 April 09, Medan.

Nota 1: Ingin berjinak-jinak ke dunia politik.


Nota 2: Tolong baca artikel ini, Hina Islam atau Muslim

Monday, April 6, 2009

La Tahzan #2

"La Tahzan"

"Jangan bersedih"

Kamu sedang bersedih? Mari baca ini. Mudah-mudahan sedikit-sebanyak bisa memujuk hati kamu. Tulisan itu tidak bernyawa, namun manusia yang bernyawa bisa terusik dengan membaca tulisan. Tulisan itu maya, tapi ia mampu dijadikan hakikat bila kamu membaca dan menghayatinya, kemudian memberikan kesan di hati kamu. Dengan itu, saya harap dengan tulisan ini mampu memujuk diri kamu yang sedang merasa sedih. Walau sebesar zarah cuma.

Bila ada ahli keluarga dan sahabat saya yang sedang bersedih, saya juga turut merasakan yang sama. Baru sebentar tadi, kakak saya meluahkan rasa kesedihannya. Dan, baru juga sebentar tadi seorang adik yang sudah saya anggap sebagai adik kandung saya juga meluahkan rasa sedih dan kesusahannya melalui comment box saya.

Entry ini adalah untuk kamu yang sedang merasa sedih.


BERSABARLAH.

Jujur, saya juga tidak lepas dari merasa sedih. Kalau kamu merasakan kamu teramat sedih sekarang, percayalah masih ada orang yang lebih menderita kesedihan dan kesusahan dalam hidupnya. Hidup ini bukan diciptakan untuk kita seorang. Sudah namanya manusia, andai kita pernah merasa sedih, maka seluruh manusia juga pasti pernah akan melalui perasaan yang sama.

Jika saya sedang bersedih, seringkali saya teringatkan ibu saya yang jauh di sana. Kalau saya bercerita dengan ibu saya tentang perkara-perkara yang negatif dan menjadikan saya kurang sabar sewaktu hidup di sini, ibu saya cuma membalas dengan satu perkataan sahaja;

"Bersabarlah.."


Itu yang membina kekuatan saya untuk terus hidup di sini. Sekiranya saya mengingati pesan ibu saya ini, saya menjadi tenang. Hakikatnya, begitu banyak cabaran yang terpaksa saya tempuhi, saya akan teringatkan pesan ini, seolah-olah suara ibu saya sedang berbisik di telinga saya dengan berkata, "bersabarlah.." Maka, saya terus tempuhinya dengan senyuman.

Kalau kamu sedang diuji dengan suatu bentuk cabaran yang memang menguji kesabaran kamu, maka sambutlah dengan senyuman dengan penuh kesyukuran. Kamu akan lega.

Ujian itu datangnya dari Allah. Anggaplah yang baik-baik sahaja. Bersangka baiklah pada Allah. Merasa beruntunglah dengan cabaran yang sedang Dia uji pada kamu, kerana dengan ujian itu, tandanya Dia sedang memerhatikan kita, Dia sedang mendengar keluhan kita, Dia sedang menghayati tangisan dan kesedihan kita.

Untuk apa sebenarnya? Supaya kita kembali dan mengingati pada-Nya. Supaya kita belajar bersyukur dan redha atas ketentuannya. Supaya kita sentiasa lebih berhati-hati dan mengambil pengajaran atas segala qada dan qadar yang telah ditakdirkan untuk kita.

"Allah tidak menetapkan qada' bagi seorang hamba, kecuali qada' itu baik bagi dirinya"

Dengan itu, betapa rugi dan hinanya kita andai kita tidak pernah merasa ujian yang khas Allah turunkan buat kita, kerana begitu Dia tidak memerhatikan kita, takut-takut sekiranya Dia tidak memandang kita di dunia ini, apatah lagi memandang kita di akhirat kelak. Na'uzibillah.

Astaghfirullahal 'azim.

Jadi, bersabarlah atas ujian dan dugaan yang telah Allah berikan kepada kita.

"..ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat." (Al-Baqarah:214)

"..sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raf:56)

Bersangka baiklah pada Allah. Jangan sekali-kali kita berprasangka buruk terhadap takdir Allah yang kita tidak pernah ketahui hikmahnya. Kita hanya hamba, yang diaturkan selok belok liku-liku kehidupannya. Berlakulah sesuai hamba dengan penuh kesyukuran, Allah Maha Penyayang. Apa yang sudah dia tetapkan, kita tidak tahu akan kebaikannya. Maka, bila ia terjadi pada kita, tentu ada rahsia yang Dia telah sembunyikan dari kita.

"Aku sesuai prasangka hambaKu terhadap diriKu, maka silakan dia berprasangka terhadap diriKu sesuai dengan kehendaknya." (Hadis Qudsi)

Maka dengan itu, bersyukurlah atas penderitaan yang telah banyak kita hadapi. Menjadikan diri kita seorang yang matang, tabah dan mendekatkan diri kita kepada Rabbul Izzati.

Segala sesuatu telah Aku takdirkan
silakan engkau mencela atau meninggalkan Aku
Takdir akan terus berjalan
Sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan.


KITA PERLU BERKORBAN.

Kadang-kadang, kita tak mampu puaskan hati diri sendiri. Apa lagi puaskan hati orang lain. Dan tentulah orang lain memang susah untuk puaskan hati kita. Jadi, jangan sekali-kali expect bahwa kita akan dijaga, kita akan diterima, dan kita akan disanjung.

Adakalanya, kita perlu juga berkorban dalam perjuangan yang sementara. Barangkali, dengan pengorbanan itu mampu kita banggakan di hadapan Allah kelak. Kerana kita sanggup korbankan kemauhan yang kita inginkan semata-mata ingin menggembirakan perasaan orang lain.

Kalau kita sanggup korbankan diri kita, dan melihat orang disekeliling kita gembira, mungkin kita akan merasa pahit, namun melihat orang-orang yang kita sayang tersenyum bahagia, kita akan dapat merasakan gelombang kebahagiaan yang ditempiaskan oleh mereka yang berbahagia atas pengorbanan kita.

Tidak rugi andai berkorban di dunia yang sementara ini. Patuh pada orang tua terutamanya adalah ganjaran yang paling mahal tak ternilai. Apa salahnya kita berkorban untuk mereka barang sedikit cuma, kerana sudah terlalu banyak yang mereka korbankan untuk kita.

Dunia ini tidak semua indah. Tidak semua manis. Kita perlu menelan sisa-sisa pahit walaupun sedikit ataupun banyak. Kerana andai dunia tiada salah satu darinya, hidup ini tiada maknanya.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan." (Al-Insyirah:5-6)


Perjuangan perlukan perngorbanan
Pengorbanan perlukan ketabahan.

-Wardatul Shaukah-

Jangan bersedih!

Wednesday, April 1, 2009

Qasidah Burdah, Hyperthyroid, Hidup-Mati

Salam ukhwah dan kasih sayang buat sahabat-sahabat perjuangan. Wah, aneh ya tajuk posting pada kali ini? Memang aneh.

Pertama sekali, di waktu masa yang dirasakan sangat sempit dan sesak untuk bernafas, lagi pula dirasakan oksigen kian sedikit untuk dihirup, izinkan saya untuk menyajikan sebuah hidangan yang sangat indah dan bisa memberikan ketenangan untuk para tatapan blog ini. Sebuah Qasidah Burdah yang ditulis oleh Sheikh Imam Al Bushiri (696H). Saya menerimanya dari email. Terima kasih buat yang pengirim. Saya sangat terharu dan menghargai.


JANGAN MENGIKUT HAWA NAFSU

Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi

Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi


Aku masih curiga terhadap nasihat uban yang putih di kepalaku.

Padahal kedatangan uban itu sepatutnya sudah tidak perlu dicurigai.

Sesungguhnya nafsu Ammarah yang bertapak di lubuk hatiku masih belum mahu menerima nasihat,
kerana jahilnya dari peranan peringatan yang dibawa oleh uban dan hari tua.


Kelihatannya, diriku masih belum membuat apa-apa persiapan (amal soleh) untuk meraikan tetamu (uban)
yang telah lama bertapak di kepalaku dan nampaknya tetamu itu sudah tidak mahu beredar dari situ.


Seandainya aku tahu bahawa aku belum dapat menghormati tetamu tadi (uban),

sudah tentu uban itu akan kututupi dengan warna inai.


Siapakah kiranya yang dapat menolongku untuk mengawal keganasan nafsu,
sepertimana kuda yang garang itu dapat dikawal dengan tali di hidungnya.

Maka janganlah engkau sekali-kali mengharapkan nafsuitu dapat dikalahkan dengan memperturutkan kehendaknya,

bagaikan makanan tidak akan dapat memuaskan nafsu makan,

bahkan ia akan ketagihan bila diberi makan.


Nafsu itu tak ubahnya seperti anak kecil yang masih menyusu.

Kalau dibiarkan ia akan terus menyusu sampai tua,
tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti.

Maka kendalikanlah hawa nafsumu dan jangan diberikan kesempatan kepadanya untuk menguasai engkau,
kerana jika ia berkuasa, sudah pasti ia akan membutakan dan menulikanmu.


Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia telah berlegar dalam ruang ketaatan,

kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan tujuan ketaatan.


Maka jangan engkau lengah dari mengawasinya.
Berapa banyak ia telah menipu orang.


Ia menyajikan makanan yang kelihatannya segar,
padahal di dalamnya ada racun yang membunuh.


Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang lemak-lemak (sedap-sedap).


Oleh itu curigalah kamu dari tipu helahnya, samada melalui lapar atau kenyang, kerana barangkalilapar itu lebih jahat dari kenyang.


Biarlah air matamu kering kerana menangisi dosa,
kerana sudah sekian lama ia kenyang dengan maksiat.

Dan tetaplah engkau menjaga penyesalannya (taubatnya).


Lawanlah nafsu dan syaitan, dan jangan kau turuti keduanya.
Seandainya keduanya menasihati mu, maka jangan engkau hiraukan.

Jangan engkau ikuti keduanya, samada sebagai musuh atau sebagai hakim,
kerana engkau tahu bagaimana helah musuh dan permainan hakim.


Aku mintak ampun pada Allah dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul.


Dosaku terlalu berat kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tetapi aku tidak melaksanakannya.


Dan aku menyuruh engkau supaya istiqamah tetapi aku sendiri belum tetap pendirian.


Duhai malangnya nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang atau puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja.


Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi
Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi



Buat pengirim lirik Qasidah ini, tiada apa lagi yang mampu saya katakan selain, terima kasih. Jazakallahu khair.

Sahabat-sahabat yang menjengah di blog ini, izinkan saya menjawab di dalam posting kali ini. Takut jika tidak berkesempatan untuk menjawab dan menziarah di blog kalian.

conscripted soldier: "jika kamu diberikan amanah, maka tunaikanlah amanah yang diberikan itu walaupun kamu sibuk.."

Saya: Kata-kata ini yang saya perlukan sebagai semangat dan bekalan dalam erti kata menjadi pelajar, perantau, pendakwah dan pejuang. Terima kasih.

ZuL: salam...sama2 teruskan apa yg sudah dimulakan...mOga segala usaha mendapat redhaNya...alllahumma ameen

Saya: Moga-moga segala usaha, ganjarannya manis. Allahumma ameen..

senorita_2012: Salam.. thanks lawat blog akak. Minta izin follow yer.. hari tu terburu-buru lupa nak tinggal msg, sebab blog wardatulshaukah ni amat menarik. Thanks..

Saya: Sangat-sangat menghargai. Saya cuma harap ianya ada manfaat. Terima kasih. Salam ukhwah.

kerongsanghijau: salam ziarah dari jauh...teruskan usaha sahabat..

Saya: Salam ziarah juga. Jemput datang berkunjung lagi. Walau teratak tidak seberapa, namun harapnya agar ia memperoleh manfaat. Biar sedikit cuma.

Buat sahabat-sahabat semua, salam ukhwah saya ucapkan :)

HYPERTHYROIDISM.

Dalam blok Metabolism System yang telah saya hadam pada kali ini, saya belajar juga tentang penyakit Hyperthyroid yang setelah sekian lama saya ingin pelajari. Sewaktu ingin menyelami tentang penyakit ini, jiwa ini dihimpit rasa sebak dan rindu. Lagi pula, sewaktu tutorial yang difokuskan tentang penyakit ini, sudah tentulah segala masalah, gejala, diagnosis, terapi yang lengkap dan harus diketahui bagi oleh semua pelajar perubatan.

Kalenjar thyroid ini terdapat di tenggorokan

1. Hyperthyroidism: Keadaan thyrotoxicosis yang disebabkan oleh hypersecretion hormon thyroid oleh kalenjar thyroid sehingga terdapat hormon-hormon thyroid dalam sirkulasi darah.

2. Symptom:
  • Nervousness
  • Fatigue
  • Weakness
  • Increased perspiration
  • Heat intolerance
  • Tremor (bergetar)
  • Hyperactivity
  • Palpitation (denyutan jantung yang kuat)
  • Increase appetite
  • Mesntrual disturbance

3. Terapi (non-farmakologi)
  • Diet yang diberikan harus tinggi kalori; memberikan kalori 2600-3000 kalori per hari baik dari makan atau supplement
  • Pengambilan protein harus tinggi yaitu 100-125 gram (2.5 gram/kg berat badan) per hari untuk mengatasi pemecahan protein jaringan seperti susu dan telur
  • Olah raga secara teratur
  • Mengurangi rokok, alkohol dan kafien yang dapat meningkatkan kadar metabolisme
Penghidap penyakit hyperthyroid ini lebih selalu merasa panas disekitarnya kerana kadar metabolismenya tinggi, disebabkan hormon thyroid yang dilepaskan dengan begitu banyak di kalenjar thyroid, maka berlakunya proses katabolisme (pemecahan nutrien dalam tubuh).

Mereka ini juga sangat kuat nafsu makannya, oleh kerana berlakunya katabolisme dalam tubuh, jadi segala nutrien yang diserap oleh tubuh malah terpecah, lalu mereka walaupun nafsu makannya kuat, tetapi tidak juga gemuk-gemuk.

----------------------------

Dihantui rindu yang menggamit. Apa khabar agaknya abang saya sekarang? Sudah lama tidak mendengar cerita darinya. Abang saya salah seorang yang mengidap penyakit ini, tetapi dia tidak pernah berhenti dari merokok. Merokok itu membahayakan. Hm..


HIDUP UNTUK MENUJU MATI.

Sangat ngerikah? Hidup untuk menuju mati. Betul kan?

Lahir - kecil - anak - remaja - dewasa - tua - mati.

Itupun kalau sempat dan diberikan peluang untuk merasa zaman tua. Kalau tidak, maka tunggu dan lihatlah setakat mana hidup kita dalam menggapai segala bekalan di dunia ini.

Ngerikah?

Adakah kamu nampak bahawa dunia ini hanyalah senda-gurau dan main-main belaka? (Al-An'am:32)

Namun, janganlah berburuk sangka dengan kehidupan dunia yang diciptakan oleh Tuhan ini dengan memandang hal yang penuh negatif. Dunia diciptakan dengan penuh kelalaian, senda-gurau dan tidak adil. Mengapa? Kerana akhirat adalah lawannya dunia. Akhirat itu sudah dijanjikan kebahagiaan yang tiada penghujungnya.

Mengapa hidup andai tercipta untuk mati? Kerana dunia yang penuh dengan rintangan dan onak duri ini perlu kita hadapi, walau macam mana keadaan sekalipun untuk memperoleh kemenangan yang berupa balasan dari Sang Pencipta.

Andai seorang doktor berjaya merangkul gelaran doktor, masakan cuma enak-enak aja mahu bergelar doktor, kalau tidak melalui segala mehnah dan cabaran dalam pada waktu menjadi pelajar perubatan?

Sudah tentulah dalam setiap apa pun, cabaran itu harus wujud. Kalau tiada, maka amat rugilah kita kerana tidak pernah merasai kepayahan hidup yang begitu menjadikan kita lebih matang dan bersemangat mencipta lakaran setiap diari hidup yang dilalui.

Maka, andai kamu merasakan bait-bait "Hidup untuk menuju mati" itu sangat membebankan dan sia-sia sahaja kamu diciptakan di dunia ini, maka ini dia yang seharusnya;


"Hidup untuk menuju mati yang sempurna.."

Cool, isn't it? :)

Nota 1: Saya ditegur oleh seorang sahabat Indonesia kerana menandatangan kehadiran seorang kawan saya yang tidak hadir kuliah. Kalau kawan kamu menyuruh tandatangan kehadiran dia sewaktu dia tidak datang, kamu mahu tandatangankah?

Nota 2: Jadual exam pada blok kali ini tidak menentu, sekejap 4/4, sekejap 6/4, dan berita terakhir dan muktamad, exam Metabolism System adalah pada 4/4 ini. T_T Just around the corner. Doakan!