Monday, January 26, 2009

Adakah Kau Lupa? #1

Saya amat terkesan dengan program daurah yang baru saya ikuti semalam bersama sahabat-sahabat kaum muslimat fakulti saya. Kalau sebelum ini, selain dari aktiviti usrah yang diadakan, minda saya hanya tertumpu dengan subjek-subjek perubatan yang harus saya jalani di sini. Otak saya ligat memikirkan perkara yang perlu dilakukan di sini adalah study, study, dan study. Tetapi, aktiviti daurah semalam sangat memberikan kesan di hati saya tentang Ini Sejarah Kita.

Kalau sebelum ini, saya lah orang yang paling membenci mata pelajaran Sejarah, sekarang saya betul-betul tertarik dengan sejarah lebih-lebih lagi sejarah Islam kita yang teragung suatu ketika dulu. Sungguh! Mata saya seolah-olah baru terbuka dengan sejarah Islam, padahal sejarah ini sudah berabad lamanya meninggalkan kenangan dan saya langsung tidak mengendahkan sejarah ini walaupun kita semua mengaku bahawa Kerajaan Islam adalah kerajaan yang terulung suatu ketika dahulu mengalahkan kerajaan-kerajaan Eropah yang kini telah merebut kegemilangan kita dahulu.

Tentu kamu sudah merasa bosan dengan tulisan berkaitan sejarah ini kan? Kamu baca lah peristiwa ini kesemuanya. Sungguh, kamu tentu tidak bosan dan merasa seronok sehingga kesemua mata kamu akan terbuka dan semangat kamu berkobar-kobar. Kamu akan tahu betapa hebatnya kita suatu ketika dahulu.

ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM.


Kebangkitan dan kejatuhan kerajaan Islam.

Kamu lihat ini. Zaman ketika Nabi Muhammad bersendirian menyampaikan dakwah tanpa berteman. Beliau menyampaikan dakwah secara sembunyi (atas perintah Allah) selama 3 tahun. Kemudian, Allah perintahkan pula secara terang-terangan, dan beliau mengambil masa 13 tahun berdakwah (terang-terangan) namun, hanya seramai 313 orang sahaja yang berjaya memeluk Islam di Mekah pada ketika itu.

Dakwah ini berterusan, atas perjuangan bersama para sahabat, yang memperjuangkan Islam lalu mengorbankan diri asalkan perintah Nabi itu dilaksanakan. Kalau kamu lihat, adakah orang di zaman kita sekarang ini yang tidak gentar akan mati dan berhadapan dengan musuh yang kuat? Kamu lihat graf yang berada di puncak itu. Itulah kita dahulu. Hebatkan?

Saudara,

Kebangkitan Islam itu dulu bermula daripada seorang. Dakwah ini hanya bermula daripada satu orang. Dia rasul kita, Muhammad.

BILA ISLAM DIRAGUT OLEH MONGGOL.

Kalau kamu lihat pada graf di atas, graf yang tertinggi adalah sewaktu zaman kerajaan Abbasiyah, iaitu satu-satunya zaman yang terlalu kuat, sehingga Islam berjaya menakluki dunia 2/3 menembusi wilayah Rom, Parsi, India dan China.

Khalifah terakhir pada zaman kerajaan Abbasiyah ialah al-Mu'tasim, yang pada masa itu juga rakyat-rakyatnya kian alpa dan lalai, semakin merosot akhlaknya. Saya pelik dengan khalifah yang ini, menurut sejarah, beliau bergantung dengan kerajaan Monggol dan ketua bagi bangsa Monggol pada waktu itu ialah Temujin (digelar sebagai Jengis Khan), orang yang cukup tidak berperikemanusiaan. Barangkali, inilah juga sebabnya kalau kita terlalu bergantungkan kepada produk-produk barangan Yahudi, akhirnya menjadikan kaum kita bergelimpangan dengan darah seperti di Palestin sana. Kamu sangka, inilah kata-kata yang diucapkan olehnya apabila dia mendefinisikan kebahagiaan terbesar dalam hidup ini;

“Kebahagiaan terbesar ialah menaklukkan musuh, mengejar mereka sampai tertangkap, kemudian merampas harta milik mereka, menyaksikan kaum kerabat mereka meratap dan menjerit- jerit, menunggangi kuda-kuda mereka, memeluk isteri dan anak-anak gadis mereka serta memperkosa mereka.” -dipetik di sini.

Sangat menakjubkan orang yang tidak berperikemanusiaan seperti ini. Ini bukan lagi fikiran manusia, sebaliknya binatang. Binatang juga tidak sekejam itu. Namun, lihatlah sekarang. Ada juga yang mewarisi akal yang tidak sihat seperti Temujin ini biarpun sudah berlalu berabad lamanya. Seperti itu juga yang dilakukan oleh kumpulan Zionisme hari ini.

Sewaktu itu, Islam diperkosa seluruhnya sehinggakan lumpuh dan tak bermaya. Kerajaan Islam yang teragung dari segi ilmu terutamanya, mereka meragut ilmu-ilmu hasil ilmuan Islam, kemudian mereka memindahkan semua buku-buku itu daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Latin. Lalu, mereka mengaku bahawa ilmu itu adalah mereka lah terdahulu yang menjumpainya. Lawak sungguh mereka ;)

KITA YANG TIDAK MERASA APA-APA.

Ya, itulah kita. Langsung tidak merasa apa-apa. Kerana kita ini berada di zon paling selesa sekarang. Dulu, orang-orang Barat merasa sangat susah untuk menakluki Islam dan mempengaruhi orang-orang Islam. Lihat sahajalah, kalau mereka membayar dengan wang banyak mana sekalipun, orang Islam itu tetap 'tak makan saman'. Sehingga begitu sekali mereka berasa susah dan payah untuk melumpuhkan Islam. Sehinggalah mereka merasakan bahawa, mereka hanya boleh mengalahkan Islam sekiranya mereka dapat menjauhkan orang Islam dengan agamanya. Itulah salah satu protokol mereka. Menciptakan pelbagai keseronokan dan kemewahan yang mengaburi mata dan hati manusia sehingga berlaku hedonisme.

Ya, mereka berjaya melakukannya. Mereka berjaya. Lihatlah betapa jauhnya hidup kita ini dengan Islam hari ini. Lihatlah betapa Palestin sekarang bermandikan darah. Dan lihatlah tempias hedonisme yang terpalit pada masyarakat Islam sekarang. Maka saksikanlah kesemuanya. Lalu, apa yang kita lakukan? Cuma memerhati sajakah? Kamu boleh mengatakan "Yakinlah, bahawa janji Allah itu pasti datang. Islam akan menang!"

Namun, saya ingin bertanya kepada kamu, adakah kamu ingin menjadi orang yang hanya memerhatikan kemenangan Islam ataupun orang yang bekerja untuk kemenangan Islam?

"Ya Allah, jadikanlah dunia ini dalam genggaman kami, jangan jadikan dunia menggenggam hati kami.."
- Doa Umar Al-Khattab-


Srikandi,
Medan, Indonesia.

Saturday, January 24, 2009

Yaumul Khizyi


Hari itu semua menyaksikan
Sosok tubuhku menggeletar
Ku lihat..
Gunung-ganang yang berteriak
Matahari yang menangis
Bulan yang tiada ketentuan
Kelam kabut
Tak tentu arah

Angin taufan mencercaku;
"Engkau si penderhaka!"
Ku lihat langit sedang marah
Di humban segala kilat
Lalu dihunus padaku tombaknya yang gagah
Di hempap kepalaku
Dengan siksaan yang amat dahsyat

Aku merayu kesakitan
Namun rayuanku tidak bererti
Sejenak pokok-pokok yang hidup itu
Datang kepadaku lalu mencaci;
"Engkau si penderhaka!"
Ku ambil sejuta langkah
Namun selangkah sahaja mereka bisa mencarikku

Ku lihat gerbang-gerbang itu langsung ditutup
Sebaik sahaja melihat kelibatku
Mereka mempersendakanku
Aku langsung diheret
Disiksa tanpa belas kasihan
Air mataku jatuh mengatasi laut dan badai
Bak air mata Adam
Sewaktu dihumban ke ciruk dunia..

Langit itu sangat mengecewakan
Bintang itu sangat memedihkan
Matahari itu sangat menyakitkan
Tiada siapa menyebelahiku
Tika penghakiman itu
Sungguh!
Aku tersiksa!
Sungguh!
Aku terkilan!

Aku merayu untuk dikembalikan
Ke dalam mimpi yang dulu
Namun tiada yang menghiraukan
Kerana mustahil aku akan menjumpai
Mimpi dulu untuk kali kedua..

Kalau dari dulu ku tahu ini adalah *yaumul khizyi
Yang harus ku lalui dengan begitu derita
Sungguh!
Akanku patuhi segala perintahMu
Tanpa risau akan penderitaan yang kuhadapi
Ketika bertemu denganMu kelak..


"Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad); "Benarkah (azab yang dijanjikan) itu?", katakanlah, "Ya, demi Tuhanku, sesungguhnya (azab) itu pasti benar dan kamu sekali-kali tidak dapat menghindar." (Yunus:53)

-Mimpi semalam membawa aku menulis ini-

*yaumul khizyi: hari penghinaan

p/s: Selamat hari lahir buat kakak kesayanganku. Semoga Allah sentiasa memberkati dan meredhaimu. Puisi ini kuhadiahkan kepadamu sempena hari lahirmu ;)

Srikandi,
Medan, Indonesia.

Wednesday, January 21, 2009

La Tahzan #1

Kita ini manusia. Tidak lari dari kesilapan. Juga tak lari dari kesedihan. Sedih itu lumrah manusia. Rasulullah SAW juga pernah bersedih. Malah, dibandingkan dengan kesedihan kita, Rasulullah SAW lebih banyak dilandai kesedihan, tetapi seringkali dipujuk dengan ayat-ayat indah dalam kitab Allah.

Apa yang anda lakukan sekiranya anda sedang dalam kesedihan? Saya akan menangis. Menangis, menangis dan menangis. Kerana saya tidak dapat buat apa lagi selain itu. Sungguh, saya seorang yang sangat lemah.

Kamu ingin ayat-ayat yang indah seindah-indahnya? Ini dia;

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)

Indah bukan ayat-ayat cinta dariNya? Dia sedang memujuk kita. Kita sedih sebetulnya punya penawar iaitu Al-Quran tetapi kita tidak punya masa untuk menjenguknya kerana kita perlu membuka dan membaca. Kalaulah Al-Quran boleh berbicara....

TERSENYUMLAH!

Illiya Abu Madhi berkata dalam puisinya:

Dia berkata: Langit sedih dan terlihat murung.

Aku berkata: Tersenyumlah! Biarkan kemurungan itu ada di langit!

Dia berkata: Kesamaran telah merasuk!

Aku berkata: Tersenyumlah! Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati.

Dia berkata: Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam hatiku dan menjadi neraka jahannam. Dia khianati janji setelah merenggut aku. Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?

Aku berkata: Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh umurmu dengan kepedihan!

Dia berkata: Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hampir mati kehausan atau seperti singa yang haus darah. Dia meludah darah setiap kali menjulur lidah.

Aku berkata: Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya, kecuali bila kau mahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dalam perasaan takut , engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?

Dia berkata: Musuh sedang berada disekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?

Aku berkata: Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka.

Dia berkata: Musim telah jelas tanda-tandanya tergambar padaku di pakaian dan lukisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku namun tidak ada satu dirham pun di kedua telapak tanganku.

Aku berkata: Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih.

Dia berkata: Malam-malamku berlalu dengan kepahitan.

Aku berkata: Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung. Apakah dia akan melihatmu jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri?
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan. Tersenyumlah..! Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan. Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang.

Dia berkata: Kecerian tidaklah akan membuat keadaan jadi lebih baik. Ia datang di dunia ini dan tetap akan pergi walaupun terpaksa.

Aku berkata: Tersenyumlah! Selagi hayat dikandung badan selama engkau masih hidup sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

"Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebagai sebaik-baik Pelindung." (Ali-Imran:173)

Bila kamu mengenangkan kekuasaan Allah, kamu akan gerun dan selalu takut akan kebesaranNya.

[Srikandi] : Saudaraku di Palestin, janganlah bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita :)

Srikandi,
Medan, Indonesia.

Thursday, January 15, 2009

Ada Apa Dengan Palestin?


Saya sebetulnya tidak ingin menyentuh banyak tentang isu Zionism Israel terhadap Palestin, kerana bagi saya, semua kita mempunyai akal untuk berfikir. Kadang-kala, serasa saya, orang yang telah diberikan akal ini, seperti tidak ada akal, ataupun buat-buat tidak ada akal. Saya rasa pelik dengan masyarakat Islam hari ini.

Namun, setelah banyak membaca blog-blog para blogger yang membangkitkan isu ini, saya terpanggil pula untuk berbicara sekalipun saya tahu, ilmu saya dalam bidang politik ini sangat jahil dan dhaif. Untuk para blogger yang tidak jemu-jemu memberikan posting tentang pemboikotan produk-produk Israel, saya ucapkan TAHNIAH! Terima kasih atas kerjasama anda untuk bersama-sama mengajak saya secara langsung dengan just dropping by into my comment box, mahupun secara tidak langsung dengan melawati blog-blog anda, untuk mengajak orang lain berjihad menumpaskan kekuatan musuh-musuh Allah ini . Syukran jazilan kathiran. Semoga Allah merahmati anda semua.

Namun, ada juga blog-blog yang membuatkan saya terkilan. Kalau tidak pun memberikan satu posting tentang pemboikotan produk Israel tidak mengapa. Tetapi, tidak perlulah menjahilkan diri anda dengan memberikan posting bahawa pemboikotan itu tidak perlu kalau hanya sekadar boikot benda-benda yang remeh seperti makanan, atau peralatan-peralatan harian kerana ianya tidak langsung mendatangkan faedah dan kerugian terhadap kaum Yahudi itu. Saya kira, mereka ini terlalu sempitkan pemikiran mereka yang bagi saya alasan sebegini hanya menunjukkan betapa mereka itu jahil!

'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Sudah pasti anda pernah dengar pepatah ini bukan? Malah kata-kata ini yang diajar kepada kita sewaktu bersekolah di sekolah rendah lagi. Pepatah yang cukup menyedarkan kita bahawa, biarpun dengan nilai 'seorang' itu yang memboikot produk barangan Yahudi, pabila di lipat kali gandakan dengan berjuta-juta orang Islam yang juga memboikot barangan Yahudi ini, lalu apa akan jadi? Semakin ramai yang memboikot padahal pada mulanya hanya seorang, kemudian 10, kemudian 100, kemudian 1000, dan akhirnya berjuta-juta orang Islam yang memboikot barangan Israel Zionism ini untuk terus berleluasa bagi menguatkan peluru dan senjata mereka demi menghancurkan saudara kita di Palestin sana, nescaya sedikit-sebanyak dapat juga melumpuhkan atau meretakkan ekonomi negara mereka. Walau sedikit cuma.

Ah! Saya bukan seorang pelajar yang mengambil bidang ekonomi! Jauh sekali seorang yang graduate lepasan diploma atau ijazah dalam bidang ekonomi. Jadi, perlukah lagi saya mengupas tentang kenaikan/kejatuhan ekonomi sebegini? Anda punya akal bukan?

PALESTINE IS NOT FOR PALESTINE, PALESTINE IS FOR THE SAKE OF ISLAM.

Saya amat terkesan mendengarkan cerita sahabat saya yang mengikuti program daurah di Jakarta bersama teman-teman Malaysia yang lainnya. Dia ceritakan tentang seorang pemilik At-Taqwa Islamic School (kalau tak silap) yang berasal dari Palestin, yang menerangkan bahawa perlunya kita membantu negara Palestin itu, kerana saudara kita di Palestin itu berjihad bukan hanya untuk negara Palestin, tetapi untuk kesemua penduduk Islam di muka bumi ini.

Menurutnya lagi, kita membantu saudara kita di sana bukanlah dengan berhenti belajar semata kemudian melibatkan diri dengan berjihad fisabilillah untuk turun berperang melawan orang Yahudi. Bukan! Bukan begitu. Tetapi cukuplah dengan memanjatkan doa untuk kemenangan orang Islam, menghulurkan bantuan untuk mereka dan memboikot produk Yahudi.

Adakah itu amat payah bagi kita? Saya cukup kesal dengan diri saya yang masih sempat bergelak ketawa sedangkan mereka di sana penuh dengan tangisan. Saya cukup kesal dengan diri saya yang sempat shopping ke merata-rata, sedangkan mereka tidak punya peluang untuk membeli barang-barang baru atau apa pun yang mereka inginkan! Mereka tidak punya waktu untuk beristirehat kerana bimbang kalau-kalau kaum Israel menembak mereka di saat mereka tidak sedar. Tidakkah kamu punya perasaan kasihan terhadap mereka? Apa jenis perasaan kamu ini?

Namun, sekiranya anda sedar tentang ini, janganlah pula menjadi bak 'Si-Fulan-Yang-Cakap-Tak -Serupa-Bikin'! Di blog, sibuk melekatkan logo boikot, disebarkan ke blog-blog yang lain tapi di luar, pergi melepak ke KFC, McDonald bersama kawan-kawan. Anda hanya membodohkan diri anda sendiri sahaja dengan berkelakuan sebegitu yang 'hangat-hangat tahi ayam'. Tahi ayam itu lebih wangi dari anda, saya kira.

KENAPA PALESTIN?

Kerana Masjidil Al-Aqsa berada tepat di dalam Palestin. Kerana Masjidil Al-Aqsa merupakan kiblat yang pertama sebelum dipindahkan ke Masjidil Al-Haram. Kenapa dengan Masjidil Al-Aqsa?

"Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Al-Haram ke Masjidil Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya." (Al-Isra':1)

Ayat ini menyatakan bahawa Palestin adalah negeri yang diberkati Allah. Maka, tidakkah kamu memahaminya?

"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjidil al-Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil al-Aqsa." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

APA ITU JIHAD?

Pabila perkataan jihad ini terbang menyusup di gegendang telinga kita, seringkali kita menganggap jihad ini hanya jihad untuk turun berperang melawan musuh-musuh Allah dengan membawa pedang di tangan, dan mungkin terbayangkan dengan pasukan yang membawa kuda sambil membawa bendera berkalimahkan 'Lailahaillah!'.

Terlalu banyak anasir-anasir yang mengaburi firasat-firasat kita, sedangkan jihad itu bermaksud mengerahkan segenap kekuatan dalam perkara apa sahaja dikatakan jihad, yakni bersungguh-sungguh. Tapi, dalam kekejaman Israel terhadap palestin ini, terang-terang dinyatakan di dalam Al-KitabNya yang berbunyi;
"Hai Nabi, berjihadlah (perangilah) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahanam. Dan itulah tempat kembali seburuk-buruknya." (At-Taubah:72)
Di dalam menafsirkan ayat ini, Ibnu Mas'ud berkata;

"Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang Munafik dengan tangan, dan jika tidak mampu maka harus mengingkari pada wajah. Dan Ibnu Abbas mengatakan: "Allah swt memerintahkna Nabi saw untuk memerangi orang-orang kafir dengan Pedang dan memerangi orang-orang Munafik dengan lisan dan tidak bersikap lembut terhadap mereka." (Tafsir Ibnu Katsir 2/408).

JADI, PERLUKAH BOIKOT?

Jawapannya YA, KITA SEBAGAI UMAT ISLAM PERLU BOIKOT PRODUK ISRAEL! Sebagaimana Syeikh Dr.Yusuf Al-Qardhawi berkata dalam bukunya “Al-Quds Qadhiyatu Kulli Muslim” menyerukan wasiat kepada kita: wajib memboikot dan mengembargo Israel secara terus-menerus dan menyerukan kepada setiap individu dan negara-negara muslim untuk tidak terlibat dalam hubungan kerjasama dengan Israel. Anda boleh rujuk di sini.

Ayuh saudaraku semua! Sampai bila kamu ingin membutakan mata atas perbuatan zionis oleh kaum Israel terhadap saudara kita di sana? Sampai bila kita memekakkan telinga mendengar tangisan dan raungan mereka yang mengharapkan ihsan kita di sini? Bangkitlah!




Palestine is not for Palestine, but Palestine is for the sake of Islam!

Ingatlah! Sedarlah!

[Srikandi] : Bagaimanakah aku boleh bergelak tawa di sini sedangkan mereka di sana penuh dengan tangisan? Mereka hanya menunggu sahaja saat ajal mereka tiba dengan penuh perit :(

Srikandi,
Medan, Indonesia.

Monday, January 12, 2009

Alpa

Sewaktu terbang dari KL ke Medan.


Tika telingaku mendengar
Bunyi makhraj yang begitu tartil
Indah menusuk lubuk
Menembusi kalbu
Ku amati satu persatu
Sembari menangkapi
Kalimat itu
Ia seakan naratif
Yang membawa aku
Meronai kanvas penuh erti
Di balik duri yang penuh sembunyi

Hari esok lekas berlari
Hingga tak sempat ku gapai
Aku membiarkan ia terhumban
Bersama sisa-sisa hitam
Dengan titik-titik longlai
Aku tersingkir dan lolos
Udara yang tega itu
Langsung tidak menerobosku dengan tenang
Malah sinis

Aku tetap meraih
Menuju ruang sentral
Walau berada di bawah tumit
Sempat ku kepilkan
Nota-nota syukur
Butir-butir taqwa
Asalkan redha sempat menyapaku
Itu lebih bererti

Sejenak naratifnya begitu
Ku humban semua arus delta
Mahupun arus theta
Kerana yang berdiri
Hanya arus alpha
Namun,
aku masih juga alpa..

Tuhan, aku lemah...


Srikandi,
Medan, Indonesia.

Sunday, January 11, 2009

Hanya Ingin Berceloteh

SEPANG, 9 Jan (Bernama) -- Kejadian itu menyebabkan 11 jadual penerbangan tempatan dan serantau melibatkan 2,000 penumpang terjejas.Bernama

SEPANG 9 Jan. – Lebih 5,000 penumpang pesawat AirAsia terkandas apabila terminal baru di Balai Berlepas Antarabangsa, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini terbakar pagi ini.Utusan

Kalau anda sudah terbaca/menonton berita itu, ya saya juga termasuk antara orang-orang yang terkandas flight ke Medan. Flight yang sepatutnya jam 12.05 pm, saya sampai ke terminal LCCT pada pukul 11.30 am. Turun sahaja dari bas, saya mundar-mundir dan terus berlari untuk check-in, habis tunggang terbalik beg saya yang beroda itu. Apa taknya, kaunter sebenarnya tutup 45 minit sebelum berlepas. Saya datang setengah jam lagi sebelum terbang! Tidakkah kamu panik? Ya, saya panik waktu itu. Namun, malang sekali kerana sampai sahaja di dalam dengan nafas yang hampir semput disebabkan oleh berlari, saya kemudiannya di halau.

“Keluar sekarang juga!” Jerit polis itu.

“Saya dah lambat. Flight saya jam 12. Saya belum check-in lagi!” Saya membalas.

“Keluar sekarang! Semua flight cancelled!” Dia membalas lagi.

Saya terpaksa keluar, penuh risau. Di luar, barulah saya tahu kenapa ramai sangat orang berkumpul kerana di halau dan tidak dibenarkan masuk. Kerana ada kebakaran di dalam bangunan LCCT itu.


Kamu ingat hanya TV3 atau Astro Awani saja yang bawa kamera?
Aku juga membawanya. Haha


Flight saya akhirnya di tunda pada pukul 7.45 pm. Walaupun sudah tertinggal flight pada tengahari itu, saya tetap bersyukur sebab tiket saya tidak burned. Tapi, saya kembali berasa tersiksa kerana flight saya delay lagi ke pukul 8.20 pm. Argh~ Apa boleh buat, itulah ujian saya pada hari itu. Apa-apa pun, alhamdulillah. Saya selamat juga sampai ke Medan dengan izin-NYA.

DARI KOTA KINABALU KE MEDAN.


Ramai orang tidak tahu flight dari Kota Kinabalu ke Medan tidak ada! Sama ada MAS atau Air Asia, memang tidak ada. Ini juga adalah ujian buat saya kerana menetap di Sabah merupakan orang yang paling jauh untuk belajar di Bumi Medan, Indonesia. Terpaksa naik 2 kali flight. Harus dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, barulah ke Medan pula. Jadi, saya rasa sahabat-sahabat saya harus membaca posting saya kali ini supaya lebih jelas membaca penjelasan saya yang lebih formal. Haha. (Kerana semua orang hairan kenapa tak ada flight direct dari KK ke Medan)

Jawapan: Sebab Medan dan Sabah sangat jauh!

Sewaktu menaiki flight MAS dari KK ke KL pula (sehari sebelum flight ke Medan), itulah pertama kali saya menaiki flight yang tidak ramai orang. Kapal yang kacil sahaja, pesawat sangat sedikit. Di depan, di belakang, dan kanan kosong. Hanya saya sahaja di row itu. Wah! Pertama kali saya merasa bahagia berada di dalam flight. Tidur dengan posisi selesa line clear sahaja! Saya memang excited waktu itu. T_T

RINDUKAN MEREKA.

Ya, saya rasakan cuti sangat sekejap. Malah, memang sekejap. Cuti yang sepatutnya sebulan, tapi dek kerana pendaftaran diadakan di tengah-tengah cuti, kami terpaksa juga pulang awal kerana perlu mendapatkan tandatangan ‘dosen wali’ (mentor/pensyarah).

Malah, saya rasakan rindu kepada keluarga masih belum terubat. Apalah sangat 2 minggu? Tak sampai 2 minggu sebenarnya. Cerita tentang pengalaman saya di Medan belum habis lagi diceritakan kepada 1 keluarga (padahal tiap-tiap hari bercerita sampai penat).

Penyejuk hati Adlina Aida (bongsu)

“Kalau adik besar, adik mau jadi apa?” Soalan yang sering saya tanya kepada dia.

“Jadi doktor lah, macam Kak Teeny.” Kata adik saya membuatkan saya tersenyum.

Tahun ini, dia sudah pun memasuki Darjah 2. Dia juga selalu memanggil saya ‘Mbak’ (kakak dalam bahasa Indonesia), malah kadang-kadang ‘Doktor Mbak’. Oh, dia memang nakal dan sangat manja. Suaranya yang nyaring dan manja itu tidak berubah langsung dari kecil. Oh, saya rindu dia! Sangat rindukan telatahnya.

“Alah, jangan lah bah Kaka Teeny balik Medan. Tiada lah kawan adik.” Kata nya meraih simpati.

Saya hanya gelak kecil sahaja. Jauh di sudut hati, saya memang sedih. Hati saya sebak. Apa taknya, hanya dia seorang sahaja yang masih duduk di bawah ketiak mak. Yang lain dah lah duduk jauh-jauh semuanya. Dan sememangnya, adik bongsu kesayangan saya ini, perangainya sangat lincah bila dengan keluarganya sendiri berbanding dengan kawan-kawan. Tidak terlalu rapat dengan ‘orang luar’. Berbeza dengan saya waktu kecil. Orang dalam atau orang luar, perangai nakal tetap sama. Muka innocent tapi perangai, masya Allah.. +_+

PENDAFTARAN MATA KULIAH.

Keputusan semester 1 yang tidak memuaskan, malah sangat mengecewakan. Ya, saya sedar, saya memang kurang usaha. Tapi, tak apa. Taklah kecewa sangat! Sepatutnya hari ini hari terakhir mendaftar ke semester 2, tapi banyak pula masalah. Ini satu lagi ujian. Innalillah. Tapi, subjek untuk semester kali ni, boleh tahan juga tough nya. Ada 6 paper semuanya, walaupun lebih sedikit berbanding last semester (8 paper), tapi paper kali ni banyak di gabungkan dan tough-tough belaka.

*Control System, Hematology And Immunology System, Metabolisme System*

Pergh, macam dahsyat sahaja. Semoga semester kali ini lebih istiqamah dalam usaha, lebih rajin, lebih kuat, dan lebih tabah!

Semester 2 is coming LILLAHI TA`ALA.

[Srikandi] : Ada seminggu lagi masa sebelum kuliah start. Apalah nak buat kat sini.. Insya Allah, saya dan housemate bercadang ke Danau Toba selasa ini kalau tak ada aral melintang ;)

Srikandi,
Medan, Indonesia.

Monday, January 5, 2009

Down Syndrome



Down Syndrome - kelainan yang berlaku pada kromosom yang terletak pada kromosom 21. Down Syndrome atau dikenali sebagai Trisomy 21. Satu-satunya kromosom ini yang berlainan dari kromosom yang lainnya dek kerana sepasang kromosom ini gagal untuk memisahkan diri sewaktu berlaku pembelahan.


Kelainan pada kromosom 21.

Tentu anda pernah melihat orang-orang ini bukan? Penghidap Down Syndrome ini secara fizikalnya mempunyai badan yang pendek, kepala yang mengecil, hidung yang pesek, mata yang sepet. Sementara itu, lapisan kulit mereka biasanya tampak keriput atau kedut (dermatoglyphics).

Kerana itu penderita Down Syndrome ini mudah dikenali kerana rata-rata wajah mereka hampir sama tak kira berada di peringkat umur mana sekalipun. Abnormaliti pada kromosom ini bisa menyebabkan gangguan atau bahkan kerosakan pada sistem organ yang lain.

DOWN SYNDROME DAN KROMOSOM.

Andai Kromosom itu merupakan struktur makromolekul besar yang memuatkan DNA yang membawa informasi genetik dalam sel, maka Manusia (kromosom) itu yang memuatkan sejumlah besar derajat keimanan (DNA) dalam tubuh manusia lalu berfungsi sebagai mengajak manusia menelusuri hidayah melalui dakwah (informasi genetik) di dalam sekalian manusia.

Maka dengan yang demikian, sudah semestinya yang namanya DNA itu pasti berfungsi sebaik-baiknya dalam replication, kemudian di transkripsi atau disalinkan kepada bentuk RNA sesudah itu pula di translasi kepada bentuk polipeptida lalu terhasillah protein yang diinginkan oleh si sang DNA supaya informasi yang disampaikan oleh DNA itu serupa dengan apa yang diterimanya. Lalu, lahirlah genetik-genetik yang sama seperti genetik yang asalnya sebagai mewarisi genetik si sang DNA pada awalnya itu.

Subhanallah!

Namun, tidak semua proses yang berlaku itu perfect semuanya. Bahkan, akibat tersalah step dalam salah satu proses itu tadi, akhirnya protein yang dihasilkan akan berlainan. Lalu, terjadilah Down Syndrome bilamana kelainan itu terjadi pada kromosom 21 seperti yang saya sebutkan di atas.

KROMOSOM DAN MANUSIA.

Suatu hari, saya berfikir. Tidak banyaklah beza fungsi kromosom itu dengan manusia. Ya, itulah kita. Kromosom, manusia.. yang hina. Jangankan hanya terdapat syndrome pada kromosom 21, malah syndrome manusia lebih banyak yang bermaharajalela.

'Syndrome keimanan' yang telah menapak dalam hati sang manusia telah lama bertapak malah semakin reput dek kerana kejahilan dan keakuran pada hawa nafsu yang pada zaman sekarang ini, kita lebih berasa bangga andai lebih banyak berbuat berbuat maksiat.

Namun, saya berpendapat, punca berlaku syndrome keimanan ini puncanya adalah hati.

"Sesungguhnya setiap sesuatu bermula dengan niat..." (Hadis Mutafaqa'alaih)

Atau yang patut direnungi bersama;

"..Ketahuilah dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, bila mana baik daging ini, akan baiklah tubuh badan itu seluruhnya, dan bilamana rosak daging ini, akan rosaklah tubuh badan seluruhnya. Ketahuilah, daging itu adalah HATI." (Hadith Arbain Imam Nawawi)

SYNDROME KEIMANAN.

Sekiranya bagi anda para penghidap-penghidap Down Syndrome ini hina dan keji, malah ketahuilah, anda lebih hina dan keji daripada mereka. Kerana akibat syndrome mereka ini adalah rancangan Tuhan tetapi 'syndrome keimanan' yang berlaku pada kita ini adalah punca dari kurang kawalan diri atas dorongan hawa nafsu yang tidak boleh menyeimbangkan kita kepada yang makruf dan yang mungkar.

Dinukilkan juga dalam sebuah hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu" (Hadis Riwayat Muslim)

Ya, Dia tidak memandang cacatkah dikau atau sempurnakah dikau tapi dia hanya memandang pada keikhlasan hatimu dan kesempurnaan imanmu.

Maka, renungilah lagi punca-punca 'syndrome keimanan' ini dan jika anda sudah menemui apakah masalah, punca, diagnosa dan cara rawatannya, maka kemudian dengan itu saya katakan kepada anda, tepuklah dada tanyalah iman.

[Srikandi] : Syndrome keimanan yang semakin hari semakin merajai diri yang hina ini..

Srikandi
,
Sabah, Malaysia.

Friday, January 2, 2009

Tuhan, Kasihani Mereka..



Rintihan
Tangisan
Raungan
Dari kejauhan..
Aku kian mendengar
Rayuan mereka yang hebat
Dalam keterpaksaan
Suara nadi yang membingitkan
Sesak.
Darah yang mengalir
Tidak dapat membendung
Air mata berlinangan
Pilu
Punah
Sakit


Oh, Tuhan..
Mereka disakiti
Serak suaranya
Mengharapkan ihsanMu
Tiada yang mereka mampu
Kecuali luluh
Derita.


Tuhan
Jangan biarkan
Mereka begitu
Kerana
Yang derita
Adalah aku..

Dan aku hanya menulis, sebuah cerita duka..
Sedang mereka di sana, mengharap ihsan kita.
Tuhan, aku insan kerdil...



[Srikandi] : Semoga Allah menghancurkan kaum Israel atas kekejaman mereka..

Srikandi,
Sabah, Malaysia.