Tuesday, December 30, 2008

1430


Takwim baru ini
sambut dengan harap
moga ada di sana
cangkir-cangkir jaya..
Tuhan, tiada daya
melainkan ihsanMu..

Aku lemah...

Aku perlu berhijrah
hijrah yang memerlukan..
selautan pengorbanan
dengan setitis ilmu di lautan
Engkau ku harap..



Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

[Srikandi] : Mungkin tahun ini lah masanya untuk aku menebus segala kekurangan dan kelemahanku serta ingin membalas dendam di sebalik kegagalan yang penuh perit yang telah aku lalui dengan kejayaan dan kecemerlangan. Aku tidak sekali-kali akan biarkan diriku terus jatuh dan jatuh sesudah jatuh dan kalah.

Srikandi,
Kota Kinabalu, Sabah

Sunday, December 21, 2008

Enjoy Your Life!

"Enjoy your life!"

Ramai orang mendefenisikan maksud kata-kata ini dengan pelbagai andaian negatif. Setiap kali orang berkata untuk enjoy their life, lantas sahaja kita mentafsirkan ia sebagai sesuatu yang 'tidak enak'. Ataupun pemikiran orang-orang religious adalah lebih ke arah keduniaan.

Namun, saya membawa anda untuk berfikir sebagaimana saya berfikir, untuk seketika. Anda percaya atau tidak, ayat ini membuatkan saya kembali survive bila saya rasa seperti down. Ayat ini membuatkan saya kembali bersemangat, seperti hidup kembali selepas mati!


TUJUAN HIDUP.

"What is the purpose of LIFE?"

"My life?"

"Your life?"

Sesiapa sahaja yang mempunyai akal pasti akan bertanya tentang pertanyaan seperti ini. Kadangkala, orang akan menjawab bahawa tujuan mereka hidup adalah untuk menjadi kaya dengan mengaut duit yang berjuta-juta, berbilion-bilion banyaknya. Namun, saya ingin bertanya, sesudah anda punya kesemuanya itu untuk hidup anda, apa yang anda ingin claim daripada tujuan hidup anda itu?

Kalau di tanya pula kepada orang yang agak tinggi ilmunya, ataupun para doktor-doktor perubatan dengan apakah tujuan mereka untuk hidup? Mungkin mereka akan menjawab sebagai untuk menjaga kesihatan tubuh dan badan, untuk mengelakkan diri kita daripada serangan pelbagai penyakit. Sekiranya begitu, saya rasa tiada apa lagi tujuan anda hidup seterusnya nanti sesudah anda sihat sepenuhnya dan setelah anda hilang dari pelbagai penyakit yang anda tidak ingini itu.

Namun, fikirlah sesiapa sahaja yang menginginkan perihal keduniaan kalau hati tetap mati. Tidak ada 'cahaya' yang menyinari hati, tidak punya fitrah kehidupan dalam beragama. Lalu terjadilah bermacam-macam yang tidak diingini berlaku. Duit berbilion-bilion, semua kesenangan telah dikecapi, tetapi akhirnya bunuh diri. Sebab hati masih kosong. Empty. Tiada tujuan hidup yang sebenar. Sunyi dan sepi yang tiada berpenghujungan.

Adakah itu yang dinamakan enjoy for your life?


KEHIDUPAN YANG MENGUNTUNGKAN.

Adalah sangat bonus bagi kita yang lahir tersedia sebagai Islam. Lahir, lahir saja terus Islam. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah lagi yang ingin kamu dustakan? Sedarlah, itu adalah nikmat.

Kerja kita adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan orang-orang kafir. Lihatlah sahaja, kebanyakan mereka, apa sahaja yang mereka minta, sekejap sahaja Allah akan kabulkan kerana kelak tiada apa yang mereka dapat, semua usaha mereka di dunia hanya sia-sia belaka. Tiada satu pun peluang untuk mereka di akhirat kelak.

Dengan itu, bersabarlah kalau permintaan-permintaan kita itu lambat dikabulkan. Enjoylah dalam meminta dan berdoa pada-NYA. Sampai ke satu tahap anda enjoy dalam beribadah, anda akan menjumpai bahawa tiada apa lagi yang anda kisah sekiranya permintaan anda itu tidak dikabulkan selagi anda istiqamah dalam bertaut dengan kasih sayang-NYA.


BERAGAMA DI KALA DUKA.

Saya sangat terkilan pabila saya membaca tentang satu kenyataan yang dibuat oleh seorang artis di sudut-sudut lampiran sebuah majalah yang berbunyi;

"Saya tak suka hal agama dicampur-adukkan dengan karier dan duniawi."


Demi mengejar karier atau berurusan dengan urusan duniawi, agama diabaikan. Begitukah enjoy yang dimaksudkan? Hanya pabila susah barulah nama Allah disebut-sebut. Hanya pabila ujian menimpa kita, barulah kita 'terhegeh-hegeh' mengajar orang tentang beragama.

Kenapa di waktu berpaut pada karier, kita amat sombong sekali untuk mencampur-adukkan dengan hal agama? Adakah bunyinya jahil? Atau bodoh? Bak kata orang Indonesia, "Aneh ya bunyinya?"

Akur dan sedarlah akan kata-kata NYA yang berbunyi;

"Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya satu bahagianpun di akhirat." [S 42:20]


Jadi, pilihlah mana satu yang anda mahu? Janganlah menggolongkan diri anda sebagai orang yang tidak kenal erti agama di waktu senang dan bila ujian datang melanda, barulah mengaku sebagai insan yang kerdil lagi hina. Barulah memikirkan tentang agama.

Enjoylah dengan kehidupan anda dengan menghayati Islam. Insya Allah, Islam itu bukanlah sesuatu yang melecehkan dan membebankan. Dengan menghayati Islam, saya menjumpai sesuatu yang berupa permata yang selama ini saya tercari-cari. Saya harap anda juga begitu dan lebih baik lagi dari saya.


NIKMATI HIDUP INI SEADANYA.

Wahai sahabatku sekalian, jika ujian dan bala sentiasa datang menimpamu, janganlah bersedih kerana Allah sebenarnya menyayangimu. Tidakkah kau berasa gembira? Bukankah ia adalah berita gembira bagi orang yang beriman? Kerana dirimu lah yang disebut di dalam kitab suci-NYA itu.

“...dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami gilirkan antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)..." (Ali-Imran: 140)

Nikmatilah setiap ujian yang kita lalui. Jangan jadikan ujian yang datang melanda itu sebagai penjatuh segala yang kita ada. Tetapi anggaplah ia sebagai pembakar semangat kita di samping kasih sayang NYA terhadap kita. Sentiasalah berfikir positif dan berbaik sangka kepada Allah.

Nikmatilah juga hidup ini dengan sepenuhnya. Nikmati kerja anda tak kira di waktu anda belajar mahupun bekerja. Enjoy dalam setiap anda lakukan seolah-olah kerja tu adalah yang terakhir yang akan anda lakukan di dunia ini.

If today is the last day on the earth? How would you want to spend it?

Lakukanlah yang terbaik. Be the best among the best! Anda pasti puas. Walaupun manusia ini tidak kenal erti puas, tapi saya amat sarankan supaya anda bertanya kembali diri anda dengan persoalan di atas. Anda pasti akan puas bila melakukan suatu hal yang bagi anda, itu merupakan yang terakhir anda lakukan di dunia ini.

Enjoy your life because life is short :)

Srikandi
29 Zulhijjah 1429H
(27/12/2008)
Sabtu, 01:22 AM
Kota Kinabalu, Sabah
MALAYSIA

Saturday, December 20, 2008

Selamat Pengantin Baru Buat Edry Faisal dan Kamariah

Hari ni merupakan pernikahan buat kedua mempelai yang saya sebutkan di atas. Entah kenapa saya teringin sangat wish perkahwinan mereka dan menulis di dalam blog ni. Bertuah ya mereka? Hehe.

Sebelum majlis pernikahan Bro Faisal dan zaujahnya, saya sempat chat dengannya melalui ym. Apabila saya tanyakan, apakah beliau tetap bersama dengan Kumpulan Demascus, beliau menjawab, "Perkahwinan hanya untuk rehat seketika bukan bermakna berhenti dalam dakwah.." (Eh, betul ke bro? Kalau salah tolong betulkan. Maklumlah, sejak akhir2 nie saya selalu lupa. Entah lah dah berapa banyak ekor semut termakan neh.. Adeh T_T). Tapi, saya memang setuju kata-kata tersebut walaupun saya tak ingat ayat-ayat full beliau.

Jadi, saya dengan sukacitanya mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Abang Faisal dan Kak Kamariah. Semoga perkahwinan kalian dipenuhi berkah dari Ilahi. Doaku, agar kalian berbahagia di dunia dan akhirat. Moga tetap kekal di atas jalan dakwah untuk Islam yang tercinta.

p/s: Selamat pengantin baru buat semua yang menjadi pengantin baru bulan ni. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu semuanya.. Amin... Apa2 pun, hari selasa ni saya balik Malaysia.. Yeah.. Gumbiranyaaaaa :D

Srikandi
22 Zulhijjah 1429H
(20/12/2008)
Sabtu, 22:28 PM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA

Saturday, December 6, 2008

Teguran Pemandu Beca

Semalam merupakan Ujian Blok 3 dalam semester ini, juga hari yang saya dilanda demam. Mulanya mungkin hanya demam biasa, tetapi di dalam dewan peperiksaan pula, saya duduk betul-betul di bawah aircond, peperiksaan pula selama 2 jam setengah. Sejuk bukan main hanya Tuhan yang tahu. Nasib baiklah saya membawa sehelai sapu tangan, air yang keluar dari hidung begitu kerap keluar merupakan ujian bagi saya sewaktu menjawab peperiksaan semalam.

Selesai sahaja ujian untuk soalan objektif dan subjektif semalam, saya terus ke Imigrasi untuk mendapatkan passport saya semula, kerana saya memperpanjangkan visa saya sebelum balik ke Malaysia (hanya orang yang merantau di negara orang sahaja yang faham tentang visa dan imigrasi ni). Balik sahaja dari Imigrasi, saya terus sahaja menghadirkan diri ke perjumpaan mesyuarat BADAR di Masjid Dakwah, USU.

Hampir maghrib, mesyuarat pun selesai. Kemudian, saya pun menaiki beca bersama sahabat saya, Nabilah untuk pulang ke rumah. Selepas sahaja menghantar Nabilah ke rumah, Nabilah ucapkan terima kasih pada Pak Becak tersebut.

Nabilah : Terima kasih, ya pak.

*Pak Becak meneruskan perjalanan untuk menghantar saya ke rumah*

Pak Becak : Orang Malaysia suaranya kecil-kecil. Cakap terima kasih pun, "terima kasih." kemudian terus jalan tanpa pandang muka.

Saya terkejut dengan kata-kata Pak Becak tersebut.

Srikandi : Oh, mungkin suara kawan saya memang kecil, pak.

Pak Becak : Kok kalau suara kecil aja, apa ngga bisa pandang rupaku tanda menghargai aku yang sudah menghantarnya ke rumah?

Srikandi : Bukan begitu pak, kan dia udah bilang terima kasih, mungkin cara kami berterima kasih berbeda dengan cara orang Indonesia ucap terima kasih.

Pak Becak : Itu lah namanya sopan santun. Apa aku bilang salah ya dek? Kita sebagai saudara seagama harusnya menghargai antara satu sama lain. Malah dalam agama kita, kita diminta untuk saling menyayangi. Sayangilah diri saudaramu seperti kau sayangi dirimu sendiri. Apa aku bilang salah dek?

Saya tergumam. Entah tak tahu nak jawab apa.

Pak Becak : Seperti kita menghargai Tuhan kita, dengan bersungguh-sungguh kita memohon doa kepadanya. Mengapa tidak pula dengan menghargai sesama manusia? Aku tidak minta dihargai dek. Tapi cukuplah ucapkan terima kasih dengan senyuman dan pandang rupa, kerana itulah cara yang lebih sopan.

Srikandi : Maaf ya pak. Mungkin orang-orang Malaysia berterima kasih hanya dengan mengucapkan "terima kasih". Sebaliknya orang-orang Indonesia ucapkan terima kasih kayak, "Terima kasih, ya pak.." dengan suara yang penuh sopan dan kuat sehingga bisa didengarin. Tapi, cara orang Malaysia ngomong straight sahaja dan mungkin suaranya memang kecil-kecil, jadi menurut saya, ini cuma perbedaan bahasa dan cara. Tapi budaya itu tetap sama aja, pak.

Pak Becak : Karna itu kalian harus menyesuaikan diri dengan budaya negara di mana kalian berada. Karna itulah kita belajar bahasa, cara dan budaya negara lain. Itu tujuan kalian berada di negara orang. Tapi, kalau dengan cara begitu kalian menghargai orang, sepertinya kalian masih kurang budi bahasa.

Pang! Saya rasa seperti kena penampar. Entah kenapa panas hati saya bila mendengar kata-kata Pak Becak tersebut. Saya tau dia sedang marah, tetapi kemarahan dia tu diluahkan kepada saya seorang. Saya memang tak ada mood waktu tu disebabkan kepala saya yang saya rasakan semakin berat, pening dan saya dapat rasakan yang suhu badan saya semakin meningkat. Tambah pula dia seperti memarahi saya. Saya tak suka dimarah. Serius.

Tapi, bila fikir kembali, banyak yang betul apa yang dia katakan. Mungkin dengan keadaan yang kurang sihat, saya cepat emosional. Budaya orang Malaysia dan Indonesia itu memang banyak bezanya. Malah, sepanjang saya berada di Medan ini sendiri, kadang-kadang saya rasakan yang orang-orang di sini sangat sopan dan penuh dengan budi bahasa.

Saya sebenarnya sangat tertarik bila memasuki restoran, kedai-kedai makan, office bank, kedai apa-apa sahaja yang memerlukan khidmat layanan, service yang mereka berikan sangat baik dan mengagumkan, kadang-kadang buat saya pula yang segan dengan kesopanan mereka.

Mungkin bagi saya, budi bahasa walaupun dengan hanya menaiki becak amat diremehkan oleh kita terutamanya orang-orang Malaysia yang telah tinggal di Medan, tapi bagi mereka, ia sangatlah penting dan amat bermakna dalam kehidupan mereka.

Malah, mereka amat menitikberatkan kesopanan dan budi bahasa di dalam hidup mereka dan sekarang saya takut jika mereka telah 'cop' orang-orang Malaysia sebagai 'tidak ada budi bahasa' hanya kerana tidak mengambil serius dalam kesopanan berkomunikasi dalam pergaulan harian biarpun hanya berkomunikasi dengan pemandu becak, pelayan restoran mahupun penyapu sampah.

Kini, saya akui negara Indonesia memang miskin dari segi ekonomi dan fasiliti berbanding negara Malaysia, tetapi mereka kaya dengan budi bahasa dan kesopanan berkomunikasi berbanding negara Malaysia.

p/s : Teguran yang membuatkan saya lebih mengenal diri sendiri. Hakikat yang terpaksa diakui.

Srikandi
8 Zulhijjah 1429H
(06/12/2008)
Sabtu, 20:45 PM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA

Tuesday, December 2, 2008

Kisah Ini Kisah Cinta

KISAH INI KISAH CINTA

Abu Mundzir Faridul Farhan “Aku memang pencinta agama…”

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak cinta kepada orang-orang yang melampaui batas.”(Surah al-Baqarah [2]:190)

Rabb Yang Maha Kuasa ALLAH Azza Wa Jalla, demikian mahu memberikan “warning” peringatan kepada kaum yang telah melampaui batas, tidak membidas mereka melainkan dengan memperingatkan mereka akan mesej “cinta”. Bahkan hatta kepada kaum zalimun dan lain seumpanya pun, tetap ALLAH memperingatkan akan mesej ini; betapa ALLAH “tidak cinta” pada mereka ini.

Nada yang diperingatkan ALLAH buat mereka ini –iaitu nada “tidak cinta”- berbeza dengan nada ketika ALLAH berbicara kepada kaum Yahudi[1], atau kaum yang sudah dilaknati[2]. Di sana, ALLAH langsung menggunakan istilah “marah” atau “murka”, seperti yang difirmankannya di penghujung al-Fatihah. Tetapi, buat mereka yang sekadar menyimpang ke arah kezaliman, melampaui batas dan yang sewaktu dengannya[3] dengan tetap mempunyai harapan untuk kembali ke pintu pertaubatan, maka ALLAH tak henti-henti melantunkan mesej “cinta”NYA buat mereka, lantaran cintalah pengertian dan dasar hidup segala-galanya.

Lalu, dengan mesej “cinta” ini jualah, baginda Nabi SAW memulai episod risalahnya.

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”(Surah at-Taubah [9]:128-129)

Bahkan mesej cinta ini turut disebarkannya, hingga melimpah ke seluruh pelusuk alam, seperti mana jua mesej “ar-Rahman” atau “Sang Pencinta” kekasih baginda –ALLAh Azza Wa Jall- nukilkan terhadap sekalian alam, lalu terpotret di dalam surah ke-55 di dalam kalam-NYA (surah ar-Rahman).

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat(cinta) bagi semesta alam.”(Surah al-Anbiya’ [21]:107)

Hinggakan Iqbal menyimpulkan episod risalah cinta baginda Nabi SAW ini di dalam puisinya[4]; “Kalau saja aku adalah Muhammad, aku tidak akan pernah turun lagi ke bumi setelah sampai di Sidratul Muntaha.” Begitulah, risalah cinta seorang Nabi telah sudi mengorbankan kenyamanan, ketenangan, kedamaian dan kebahagian berada di sisi Rabbnya di Sidratul Muntaha, untuk menyelesaikan misi cintanya dalam sebuah episod penuh kedukaan, kesakitan, kesulitan, penghinaan, dek kecintaannya terhadap umat yang terlalu mendalam.

Sedemikian itu jugalah Rabbnya mengajarkan buat kita, dan para pelampau batas, betapa demikian jalan pertaubatan mereka pilih, akan mereka dapati betapa Rabb mereka mempunyai sikap Pengampun (Ghafur) dan juga sifat Pencinta (Rahiim). “Kemudian jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang/Pencinta” (Surah al-Baqarah [2]:192)

Lalu, pertanyakanlah kepada diri kita, adakah mesej “cinta” ini turut meresap dalam perjuangan dan kehidupan diri kita? Hingga saja ungkapan sinis Hafez Iftiqar[5] begitu terngiang-ngiang di telinga; Malang, manusia hari ini lebih suka permusuhan daripada perdamaian. Saya kagum dengan kesungguhan manusia bermusuh. Kadang-kadang, bermusuhan itu datang lebih dahulu daripada saling mengenali. Saya pasti, permusuhan bukan rahmat Tuhan di dunia, barangkali, itu azab dunia…”

Apakah hati kita ini, sudah kering-kontang daripada perasaan cinta?

RUJUKAN

[1] Surah al-Fatihah [1]:7

[2] Surah al-Baqarah [2]:159

[3] Rujuk ayat-ayat berikut:- (2:276 kepada para pelaku riba’), (3:32 kepada mereka yang kufr/menolak ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-NYA), (3:57 & 3:140 kepada para pelaku zalim), (4:36 & 16:23 kepada para penyombong dan membanggakan diri), (4:107 & 8:58 kepada para pengkhianat dan pendosa), (5:64 kepada orang-orang yang berbuat kerosakan), (6:141 & 7:31 kepada orang yang berlebih-lebihan), dan banyak lagi.

[4] “Pesona Sang Nabi” oleh M. Anis Matta, Kolom Thumuhat, Majalah “Tarbawi” Edisi 92 Th. 6/Rejab 1425H/2 September 2004M.

[5] Entri “Tentang Keith, Jane, Rudd, Howard, demokrasi, samak dan mamak bendahara (2)”, http://hafeziftiqar.blogspot.com/

Srikandi
4 Zulhijjah 1429H
(02/11/2008)
Selasa, 14.58 PM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA