Sunday, November 30, 2008

Umurku 20 tahun

-= In the name of Allah Most Gracious Most Merciful =-

Hari ini genaplah umurku 20 tahun. Segala puji bagi Allah, tanpa ku sedari nikmat umur yang diberikan olehNya kepadaku begitu sempurna tanpa berlaku cacat cela yang terjadi di dalam setiap masa dan waktu ku. Semakin hari, semakin ku menghitung peristiwa, tak sedarku untuk menghitung umur yang telah diatur olehNya tanpa ada sesuatu yang sukar ku nafikan atas kesempurnaanNya.

Segala puji bagi Allah.

aku kembali terimbau..

*sewaktu aku bermain basikal dengan kawan-kawan*

*sewaktu aku belajar mengaji di rumah jiran sebelah*

*sewaktu aku menangis kerana ibuku tidak membelikan mainan kesukaanku*

*sewaktu aku menangis ketika ayahku lambat menjemputku pulang dari sekolah*

*sewaktu aku dimarahi kerana sikapku yang degil*

*sewaktu ibu dan ayahku menjagaku ketika aku diserang demam campak yang teruk selama seminggu*

Dan kini, aku telah pun berusia 20 tahun. Nikmat kehidupanku kesemuanya datang tanpa ku undang. Ia datang tanpa sesiapapun yang minta. Namun, ia datang atas kasih sayangNya padaku. Ia takkan sekali-kali mengizinkan sesiapa pun untuk mengatur hidupku. Namun, Dia lah yang Maha Bijaksana.

Aku terpaku pada sesuatu.

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran"
(Al-Qamar:49)


Terima kasih Allah. Kerana memanjangkan umurku. Nikmat yang Engkau berikan kepadaku tanpa jemu Kau memberi dan tanpa Kau kira siapa aku di sisiMu.

p/s: syukran buat sahabat yang wish ulang tahun kelahiran ana. syukran juga buat housemate ana yang celebrate birthday ana semalam siap belikan kek coklat untuk ana..


Srikandi

2 Zulhijjah 1429H
(30/11/2008)
Ahad, 18:00 PM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA

Saturday, November 22, 2008

Blackout

-= In the name of Allah Most Gracious Most Merciful =-

Blackout? Ya, inilah masalah utama yang melanda bagi penduduk2 Medan di sini. Malah bagi ana, bukan hanya di sekitar Medan tapi kebanyakan tempat di Indonesia.

Hurm. Boleh kata tiap-tiap hari rumah ana mengalami blackout. Adeh. Selalunya, waktu-waktu yang ana bersemangat nak belajar tu, boleh pulak blackout. Then, bila dah hidup lampu, semangat ana nak belajar terus hilang.

Semalam, blackout lagi. Jam 11 malam. Sampailah keesokan harinya, dan kami serumah terpaksa mengambil keputusan untuk tidur semalam di rumah teman yang lain. Yang mungkin agak kurang mengalami masalah blackout seperti rumah kami. Kalau bukan disebabkan kerja turorial yang ingin dibentang pada keesokan harinya, mungkin ana bersama teman serumah boleh consider untuk bersabar. Tapi, dengan kerja-kerja tutorial yang memerlukan bahan di internet, kami terpaksa mengambil keputusan untuk menumpang di rumah teman yang lain.

Masalah ini yang banyak membuat ana lebih berperanan dalam erti sabar dan sentiasa redha menerima ujian yang bagi ana tidaklah terlalu berat dibandingkan ujian-ujian yang lain. Namun alhamdulillah, masalah ini mungkin boleh di atasi jika berfikir secara rasional sebagai seorang perantau yang harus menerima pelbagai mehnah untuk terus hidup di negara orang.

p/s : Kalau dalam sehari pun tak blackout, maybe ada juga sekali yang akan tertendang elektrik tu dalam 5 minit camtu. Blackout la juga namanya kan? :D

Srikandi
24 Zulkaedah 1429H
(22/11/2008)
Sabtu, 11:32 AM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA

Saturday, November 15, 2008

Di Manakah Kau Sebagai Seorang Pelajar Perubatan?

Hati terasa gundah. Kadang-kadang aku bermonolog sendirian, apakah yang telah aku dapat setelah hampir 1 semester berada di dalam dunia perubatan? Entah mengapa hatiku resah. Tangan yang menyentuh mukaddimah biar selembar cuma, tidak dapat ku mengerti apakah aku betul-betul memahami bidang perubatan?

Aku selalu terfikir, mengapakah masih ada insan yang tidak bersyukur sepertiku di dunia ini? Bukankah nikmat ini telah Dia berikan? Mengapa aku sentiasa meremehkan kurniaan-Nya yang sebenarnya orang lain dambakan tetapi Dia memberikan pula kepadaku? Aku pelajar perubatan! Namun kenapa aku masih gagal untuk memperlihatkan dan mengagungkan "perubatan Allah" dalam jiwaku?

Sungguh, aku sebenarnya seorang pelajar perubatan yang menuntut ilmu tanpa mengendahkan apa tujuan ku menuntut ilmu. Aku sebenarnya seorang pelajar perubatan yang masih kabur akan cita-citaku ingin menjadi seorang doktor yang berjuang untuk agamaNya. Sungguh, aku sebenarnya seorang pelajar perubatan yang hanya menginginkan 'title' doktor di muka bumi tetapi tidak pernah terfikir untuk menjadi 'doktor' di syurgaNya. Apalah gunanya aku meraih 'title' doktor sekiranya dugaan yang ditimpakanNya dalam bentuk fizikal sahaja membuatkan aku menjadi lemah.

Mengapa aku bukan di antara hamba yang dimaksudkan oleh-Nya sepertimana dalam kitab-Nya, dan supaya kamu dapat mencari kurniaan-Nya dan supaya kamu bersyukur (Al-Fathir:12)

Lalu untuk apa sebenarnya aku hidup jika aku berasa megah dengan ilmuku sedangkan ianya adalah milik Al-Khaliq? Untuk apa aku korbankan masa dan tenagaku menelaah ilmu perubatan tetapi tidak pernah ku singkapi kekuasaan-Nya di sebalik ilmu ini? Untuk apa ilmu ini andai aku gagal menyedari dan memperlihatkan kekuasaan 'Allah medicine' andai dibandingkan dengan kedhaifan dan kekerdilan 'human medicine'? Untuk apa ilmu ini kalau hatiku dipenuhi dengan riak dan kesombongan yang menguasai diriku? Andai aku sejahil itu, tiadalah bezanya aku dengan para syaitan yang sentiasa membanggakan dirinya malah di hadapan Tuhan-Nya. Malah bergelak tawa lah para syaitan akan kebodohan ku. betapa bangganya mereka kerana mampu menundukkan aku dan menjadikan aku sebagai hamba mereka. Betapa malunya aku pada Tuhanku..

Maka, celakalah aku andai aku meninggalkan dakwah hanya kerana aku selalu memberikan alasan bahawa aku sibuk dengan hal dunia. Maka hinalah aku andai aku berkeras untuk mengabaikan misi ku yang pada mulanya ingin berjuang hanya untuk agama-Nya. Maka janganlah bersahabat denganku atas kejahilan dan kelalaianku, tetapi bimbinglah aku untuk terus tetap teguh berjuang di atas kalimah "Lailahaaillallah!" tanpa mengabaikan tanggungjawabku sebagai al-faqir yang mengemis kasih-Nya juga sebagai seorang pelajar perubatan islam.

Wahai diri,

Sedarlah. Hidup yang sementara ini, tuntutlah ilmu itu atas nama Allah, iaitu Al-Khaliq atas segala ilmu. Perindahkanlah niat permulaanmu supaya langkah pertamamu itu indah seindah niatmu yang suci tanpa kau hirau menjadi goyah kerana yakinlah bahawa Allah ada bersama dengan orang-orang yang selalu memohon pertolongan dari-Nya.

Lalu..

Di manakah kau sebagai seorang pelajar perubatan?

Srikandi
19 Zulkaedah 1429H
(16/11/2008)
Ahad, 17:30 PM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA

Saturday, November 1, 2008

Capek + Sibuk = Dugaan

-= In the name of Allah Most Gracious Most Merciful =-

Segala puji bagi Allah yang masih menyayangi diri ini. Selawat dan salam buat Muhammad, para sahabat dan ahli keluarganya..

Capek itu maksudnya penat, letih (bahasa Indonesia). Itulah yang melanda ana sejak akhir2 ini. Kesibukan yang meletihkan, ditambah dengan dugaan2 yang lainnya. Sedar tak sedar, sudah 2 bulan lebih ana berada di bumi Medan, Indonesia ini. Terasa sekejap sangat masa berlalu. Terasa begitu janggalnya ana dengan iman dalam diri ini yang sangat 'plane' -_-

Teringatkan jadual kuliah yang pack, dan silibus yang padat bagai nak gila, kepala terasa berat untuk memikirkan. Dalam setahun ada 2 semester. Dalam 1 semester ada 3 blok.

1 tahun = 2 semester

1 semester = 3 blok

1 blok = sebulan

Selesai sahaja 1 blok (lebih kurang dalam sebulan), langsung aja ujian blok. Dalam 1 blok aja, silibus nya bukan main parah untuk di pelajari, difahami dan diingati. Ana sendiri tak tahu bagaimana agaknya untuk mempraktikkan cara belajar dengan berkesan. Datang ke sini sahaja, segala motivasi dan tips2 cara belajar dengan berkesan yang selalu dipraktikkan waktu sekolah menengah dan belajar di matrikulasi dulu langsung tak dipraktikkan sekarang. Bukan tak nak dipraktik, cuma tak dapat, tak sempat dan entah! Sukar untuk menjelaskan. Mungkin itu cuma alasan sahaja? Kot lah.. Teringat pula kata2 "Orang yang gagal adalah orang yang mempunyai banyak alasan.." Adeh.. na'uzubillah..

Ana sudahpun selesai ujian pada blok pertama hari tu. Sekarang dah masuk blok kedua, minggu depan dah exam blok kedua pulak. Tapi terus terang ana katakan, ana rasa terkilan dengan diri sendiri sebab mungkin ana masih belum bersungguh-sungguh untuk struggle. Akhir2 ini ana kurang tidur sebab banyak assignment yang perlu dibuat. Baiklah, biar ana sertakan sekali silibus2 yang ana pelajari dalam 1 sem yang pertama ni. Mungkin berbeza sikit dengan silibus medic kat Malaysia..

Blok Pertama: Biology, Chemistry, Gizi, Physiology, Molecular Genetic
Blok Kedua: Microbiology, Parasitology, Immunology, Pathology
Blok Ketiga: Microbiology, Pharmacology, Phatology Anatomy, Phatology Clinic

Itu belum campur dengan subjek2 wajib: CHOP, CRP, Kebudayaan dan Kewarganegaraan Indonesia. -_- Huhu. Ana selalu terfikir camna agaknya nak ingat nama2 bacteria, virus, dan beberapa lagi mikroorganisme yang ada dalam buku yang tebal tuh, dalam masa sebulan? Selepas sahaja exam kesemua blok, baru lah FINAL EXAM. Di mana, final nanti ketiga-tiga blok mesti dah dikuasai sepenuhnya.

Ana bukanlah mengeluh (entahlah, kira mengeluh ke nie?) -_- sebab inilah bidang yang ingin ana terokai dengan lebih mendalam. Namun, ana amat merindukan sokongan dan dorongan dari keluarga tercinta (alhamdulillah, family selalu contact ana) dan sahabat2 perjuangan. Maklumlah, sejak ana dah duduk jauh nie, nombor handphone pun dah tukar, sahabat2 kat Malaysia sana pun takut nak sms. Sedangkan sms pun berat, apa lagi call ye? :D

Minggu nie merupakan minggu yang tidak ada rehatnya dan jadual setiap hari full, termasuklah aktiviti usrah yang dijalankan. Akhir2 ni ana selalu kurang tidur. Kadang2 tidur pun sekejap2 itupun kalau ada sempat untuk mencuri masa di sebalik kesibukan yang berpanjangan. Namun, ana harapkan hikmah dan keredhaan dari-Nya di sebalik ujian yang diberikan-Nya. Semoga ana tetap berdiri di atas jalan dakwah dan tak akan mengabaikan dakwah sama sekali.

Ana mengharapkan sokongan dari semua sahabat, doakan semoga ana terus thabat dalam mujahadah, dalam peningkatan iman, bertambah keberanian dalam berdakwah selama berada di dunia perubatan ini.

"Hati yang tenang itu adalah hati yang sentiasa bertaut dengan dambaan cinta dari-Nya.."

Srikandi
04 Zulkaedah 1429H
(01/11/2008)
Sabtu, 16:50 PM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA