Monday, September 29, 2008

Salam Syawal

Dengan penuh kerendahan hati,
ana..


Srikandi @ Teeny

ingin mengucapkan..

سلامة هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين
مِنَ الْعَيْدِ وَالْفَاءِذِ
كـلﱡ عامٍ وأَنْتُمْ بِالْخَيْر

Ana ingin memohon maaf dan ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, zahir dan batin atas kesilapan dan tulisan-tulisan yang membuatkan sahabat-sahabat mahupun para bloggers semua tersinggung ataupun berkecil hati. Sesungguhnya ana al faqir yang khilaf, tidak lepas dari melakukan kesilapan..

taqaballallahu minna wa minkum..

SALAM SYAWAL

yang bakal menjelma..
har
i kemenangan umat islam..
takbir!!


Allahu Akbar!!

p/s : maaf tahun nie takde kad raya. insya Allah next raya ada :p


Srikandi

29 Ramadhan 1429H
(29/09/2008)
Isnin, 15:22 PM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA

Saturday, September 20, 2008

Bersyukurlah!

"Kuliah nie tah apa2 lah. Dah lah lantai kuliah tak bertingkat-tingkat. Pastu, makmal pun semuanya hampeh. Tak macam Malaysia, semuanya perfect.." Kata seorang sahabat dari Malaysia.

"Entah. Abang aku yang ambil medic kat USM hafal buku anatomi tuh bukan main tebal. Kita kat sini belajar apa??" Kata salah seorang lagi di antara mereka.

Begitulah keluhan-keluhan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Fakultas Kedokteran, Universitas Sumatera Utara, Medan ini. Banyak sekali complain dan ketidak puashatian terhadap silibus dan terutamanya ialah fasilitas. Tak kurang juga dengan ana, selalu juga bengang dengan fasilitas-fasilitas kat sini. Memang tak di nafikan, kemudahan-kemudahan kat Malaysia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini. Namun, ana berfikir kembali, ini bukannya negara ana. Jadi apa hak ana untuk memprotes itu dan ini sedangkan tujuan ana datang ke bumi Medan ini semata-mata hanya ingin menuntut ilmu?

Tapi, setidak-tidaknya perkara seperti ini bukanlah suatu masalah yang sangat sukar sehingga pembelajaran ana terganggu. Ia cuma sedikit kecacatan yang terdapat di sebalik kelemahan penyediaan fasilitas di Universitas ini. Kalau nak rendahkan sikit2 tu perkara biasa, malah ana juga tak nafikan yang ana selalu rasa bengang dengan masalah fasilitas di sini, cuma kalau dah terlalu merendahkan sampai rasa dah tak sayang mulut, ana kurang berpuas hati atas sikap tersebut. Malah, jika dikenangkan kembali apakah niat sebenar kita bersusah payah ingin ke luar negara untuk menuntut ilmu? Untuk ingin menjadi doktor kononnya??? Adakah kerana ingin menjadi doktor semata atau kerana Allah, Pencipta segala ilmu malah Raja segala ilmu? Adakah redha Allah itu yang dicari atau tidakkah mereka mengetahui bahawa segala masalah atau ujian dari sudut fasilitas mahupun apa sahaja adalah berbentuk ujian dari Allah untuk mentarbiyah diri kita supaya lebih menginsafi diri dalam hidup serba kedhaifan?

Lihatlah manusia sekarang. Pelbagai masalah yang dihadapi walaupun sedikit, banyak keluhan. Semuanya susah. Ujian yang ditimpa walaupun tidak seberat ujian yang menimpa Nabi Ayyub sewaktu menderita penyakit yang menjijikkan lalu ditimpa pula kematian kesemua anak-anaknya, bukan setakat itu malah ditinggalkan pula oleh isteri yang tersayang, malah tidak pernah mengeluh walau sedikitpun. Sebaliknya, sentiasa mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan untuknya. Segala puji bagi Allah! Tapi kita? Sedikit sahaja masalah, seolah-olah hanya sebesar kacang sahaja sudah bermacam-macam kata kesat yang terkeluar dari bibir. Jauh sekali untuk bersyukur. Bayangkanlah nikmat yang telah Allah beri sehingga terpaksa meninggalkan tanah air tercinta semata-mata ingin mencapai impian dalam menuntut ilmu. Bukankah itu juga nikmat? Ataukah hanya kesenangan dan keseronokan itu sahaja yang digelar nikmat? Peluang menuntut ilmu itu juga nikmat yang tidak terhitung dari Allah. Bukankah dengan ilmu itu juga mengangkat martabat seseorang di sisi Allah? Setiap yang ingin kita kejar sudah pasti lah ada ujian. Kalau tidak, masakan perit perjuangan Rasulullah untuk mempertahankan Islam? Sudah pasti lah ujian itu membawa kemanisan di sebalik keperitan walaupun terpaksa melalui pelbagai kepahitan. Jadi bukankah kemanisan itu adalah nikmat? Dari mana pula munculnya kemanisan itu kalau bukan melalui kepahitan? Jadi, layaklah jika sekiranya ujian itu merupakan nikmat. "...dan jika kamu mengjitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya." (Surah Ibrahim:34)

Jadi, janganlah antum berfikir dengan title Ijazah yang anda ingin rebut itu menunjukkan kehebatan antum. Jangan berfikir bahawa itu mampu meraih keredhaan Allah jika niat itu telah jauh menyeleweng. Janganlah kononnya menuntut ilmu dalam bidang perubatan itu, antum sangat tinggi dan mudah merendah-rendahkan di sekeliling antum. Kerana "..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang maha Mengetahui.." (Surah Yusuf:76)

Ana menyeru kepada kita semua agar kita lebih bersikap tawadhuk lagi merendah diri. Dalam hadithnya, Nabi SAW bersabda; “Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”.

Tidak kiralah kita major dalam bidang perubatan, engineer, dentistry atau apa sahaja malah major dalam bidang agama sekalipun. Jauhkanlah riak dan takbur biarpun sebesar zarah yang tersembunyi dalam hati kita. Mungkin kita tak sedar bila waktunya kita menjadi riak. Selalu lah memohon kepadaNya supaya riak itu bukanlah tersemai dalam akhlak kita..

"Dia (Allah) berfirman, "Wahai Iblis! Apa sebabnya kamu (tidak ikut) sujud bersama mereka?" (Al-Hijr:32)

"Ia (Iblis) berkata, "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk" (Al-Hijr:33)

Srikandi
20 Ramadhan (20/09/2008)
Sabtu, 15:31 PM
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA

Wednesday, September 10, 2008

Hikmat Puasa


Firman Allah SWT di dalam Al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)

Teringat kata2 ustaz ana dalam kuliah Agama Islam beberapa hari yang lepas tentang puasa. "Kalau orang yang berpuasa dan bersahur, kalau ditanyakan dia sama ada lapar atau tidak pada waktu petang, dia tidak akan menjawab bahawa dia lapar tapi dia akan jawab bahawa dia lemah. Sebaliknya kalau makan pada pukul 7 pagi, kita bertanyakan sama ada dia lapar atau tidak pada waktu petang, pasti dia akan menjawab yang dia sangat lapar kerana tak makan sampai petang.." Kalau di dengar cara ustaz itu bercakap, ada yang tergelak dan tersenyum.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah menyihatkan. Sebagai contoh, pada tahun 1984, Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa ramadhan. Darah mereka diperiksa bagi mengenal pasti kadar cortisol, testosterone, sodium, potassium, urea, glucose, cholesterol dan asid lemak. Pada masa yang sama, berat badan mereka ditimbang di awal dan di akhir ramadhan.

Di Universiti Sains Perubatan Tehran pula, Dr. F. Azizi dan rakan-rakannya membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa ramadhan. Pemeriksaan darah bagi mengukur kadar glucose, bilirubin, calcium, phosphorus, protein, albumin, follicle stimulating hormone (FSH), thyroid stimulating hormone (TSH), testosterone, prolactin, luteinising hormone (LH), thyroxine-4 dan thyroxine-3 dilakukan sebelum Ramadhan dan pada hari kesepuluh, kedua puluh dan kedua puluh sembilan Ramadhan.

Di samping itu, berat badan mereka ditimbang. Ujian-ujian ini menunjukkan puasa menurunkan paras gula di dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Kadar kolesterol yang memudaratkan iaitu kolesterol LDL (low density lipoprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol baik iaitu kolesterol HDL (high density lipoprotein) meningkat.

Paras lemak di dalam darah secara umumnya juga menurun. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa dalam bulan Ramadhan tidak memudaratkan kesihatan. Malah sebaliknya ia memberi kesan yang baik kepada metabolisme badan sekaligus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak. Hal ini disebutkan dalam Islamic Perspectives in Medicine oleh Dr. Shahid Athar terbitan American Trust Publications Indianapolis.

Puasa dan Detoksifikasi

Secara dasarnya, puasa adalah salah satu proses detoksifikasi (detoxification process) yang baik. Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun ataupun toksin. Sebagaimana detoksifikasi itu bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun ataupun toksin, maka layaklah juga ianya diertikan untuk mencuci dan membersihkan hati dari dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil.

Semasa berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kekotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel. Puasa adalah cara rawatan yang tertua di dunia. Ia diamalkan oleh orang-orang terdahulu, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan bagi pesakit-pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering kali berpuasa. Berpandukan kajian serta testimoni pesakit-pesakit, puasa didapati mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit.

Walaubagaimanapun pengecualian daripada berpuasa diberikan kepada penghidap penyakit-penyakit serius lagi kronik seperti sakit jantung, buah pinggang, migrain yang bersangatan, batu karang dalam buah pinggang dan yang seumpamanya. Allah menjelaskan dalam Al-Quran:

"Sesiapa di antara kamu yang sakit atau bermusafir (maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikanlah ia pada hari yang lain." (Al-Baqarah:184)

Sama-sama lah kita manfaatkan ramadhan pada kali ini. Takut-takut sekiranya ramadhan ini adalah ramadhan terakhir buat kita..

Wallahu' alam..

Rujukan : Quran Saintifik - Dr. Danial Zainal Abidin.

Ana,
Srikandi@Teeny,
Rabu - 10/09/2008,
Medan, Sumatera Utara,
INDONESIA

Friday, September 5, 2008

Merantau Di Negara Orang

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan hambaNya ini untuk bernafas serta mengurniakan pelbagai nikmat yang tak terhitung banyaknya. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Besar Muhammad SAW yang tanpa pengorbanan dan perjuangannya bersama para sahabat, tidaklah Islam agama kita yang tercinta ini berdiri dengan megah sekali sehingga zaman sekarang. Maha Suci Allah!

Wah makin panas dan kecoh juga ya kalian apabila membaca posting ana sebelum ni. Semuanya geram dan marah membara bila membayangkan perjalanan orentasi yang terpaksa dilalui oleh ana dengan sangat kejam itu. Hehehe. Jawapan ana ialah : No komen! Hanya itu yang mampu diungkapkan. Teruk memang tak ada siapa yang nafikan. Tapi itulah hakikatnya. Bahkan, cubalah datang ke mari. Tanyalah sesiapa sahaja orang di area Medan ini. Tak kisah dengan pemandu becak, penjual di tepi2 jalan, tauke restoran, penjual di kedai2 runcit, dan siapa sahaja, tanya lah mereka tentang *OSPEK (orentasi). Pasti semuanya akan tahu dan faham kemudian tersenyum. Kerana perkara itu adalah perkara biasa. Maksud biasa di sini ialah program penyambutan mahasiswa baru yang perlu dilatih dan dibuli berupa kejam sebelum memulakan kuliah di universiti. Berbeza dengan Malaysia yang masih ramai lagi tak tahu apa itu orentasi.

Kesimpulannya, orentasi itu adalah adat sesebuah Universitas Sumatera Utara yang wajib dilaksanakan setiap tahun. Masa itu jugalah banyak kedai yang mendapat keuntungan yang banyak kerana barang2 yang diperlukan untuk orentasi sangat banyak. Malah di waktu inilah mereka mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang2 mereka. Pakaian badut kami juga sudah menggunakan kos yang banyak. Di sini, bila sebut duit dan keuntungan, hukum agama langsung di tolak tepi. Di buang jauh2. Penipuan dan rasuah di jadikan sandaran. Tak kira yang beragama apa pun apatah lagi yang tiada agama. Namun, setiap tempat itu mempunyai kelebihan dan keburukan. Di samping kelemahan, ada juga positive nya di Medan ini. Dan ana cukup suka dengan bahasa yang mereka gunakan. Biarpun kadang2 sukar untuk memahami bahasa mereka, tapi pergaulan harian mereka sangat lembut sekali. Contohnya ialah sewaktu orentasi itu, biarpun senior2 selalu menjerit kami, sewaktu kami makan yang hanya diperuntukkan 10 minit, senior mengingatkan kami dengan berkata, "Makan cepat sikit ya dik..". Secara personalnya, hati ana yang terguris oleh jeritan2 mereka tadi akhirnya menjadi lembut oleh sapaan mereka yang lembut itu bila mengatakan "..ya dik..". Tahulah ana biarpun mereka garang namun mereka tetap menganggap kami ini adik mereka. Padahal sebenarnya, kebiasaannya di sini, orang yang lebih muda memang hanya dipanggil adik. Cuma jika dibandingkan dengan Malaysia, lebih2 lagi kalau orentasi, pasti senior2 akan cakap "Makan tu cepat sikit..." berbeza dengan Indonesia iaitu "Makan cepat sikit ya dik.."

Bila di restoran pula, kalau ana ingin memesan makanan, orang itu akan jawab sambil tersenyum, "Bentar ya kak/dik.. Duduk dulu ya..." sedangkan kalau di Malaysia, bila selesai sahaja memesan makanan, mereka hanya tersenyum tanpa mengatakan apa2. Kadang2 tu tak senyum pun. Siap bagi jelingan lagi. Huhu. Dan yang buatkan bahasa mereka itu sedap di dengar ialah mereka selalu menambah "..ya" di akhir ayat mereka. Contoh ayat ialah : "Maaf ya..", "Permisi ya..", "Bentar ya..", "Terima kasih ya..", sambil mengatakan dengan lembut sekali. Seperti seorang ibu bercakap dengan anaknya dengan penuh kasih sayang. Itulah yang buat ana terpikat dengan Indonesia ini. Terpikat dengan bahasa aja ya. Jangan fikir yang lain! Huehuehue..

Di mana2 juga begitu, biarpun agak sulit menjalani kehidupan dan menyesuaikan diri dengan kehidupan dan masalah2 di sini, namun ia lebih banyak mengajar ana untuk lebih bersabar, bersikap matang, profesional, dan always think positive walau apa jua keburukan dan kejelekan yang ada di depan mata ana. Sekaligus dapat mengatasi masalah dengan baik. Insya Allah...

Sebelum mengakhiri posting ini, ana ingin kongsikan sebuah lagu rasmi Minggu Suai Kenal Pelajar Malaysia yang dijalankan pada 23-24 hb yang lalu. Liriknya sangat menyentuh hati ana dan membuatkan ana mengalirkan air mata bila pertama kali membaca dan menyanyikan lagu ini. Dan akan selalu sebak setiap kali menyanyikan lagu ini....

Kami datang
Dari Malaysia
Timba Ilmu
Di negeri orang

Banyak rintangan
Banyak dugaan

Tinggallah ibu
Tinggallah ayah
Tinggal semua
Tinggallah sayang

Jauh di mata
Dekat di hati

Hidup di sini
Terlalu pedih
Mencengkam hati
Membakar jiwa

Namunku tetap
Berhati waja
Walaupun aku
Dalam derita
Dalam derita...

Lagu Rasmi Minggu Suai Kenal Pelajar Malaysia


Ya Allah... tabahkanlah hambaMu ini..
Kuatkanlah hatiku.. Kuatkanlah semangatku...
Jadikanlah dugaan ini menjadikan diriku semakin dekat denganMu...
Sesungguhnya hati ini amat sayu...
Ku rindu padaMu.. hanya Engkau yang tahu...
Dekatkan aku padaMu.. hadiahkan cintaMu padaku...
Hamba ini amat2 memerlukan pertolonganMu..
Hamba ini amat2 menagihkan cintaMu....
Terimalah aku ya Allah...
Tak kira di manapun aku berada...........

Wassalam..

Ana,
Srikandi@Teeny,
05/09/2008 - Juma'at,
Sumatera Utara, Medan,
INDONESIA