Thursday, August 28, 2008

Orentasi Yang Sangat Kejam

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Segala puji bagi Allah yang masih menyayangi diri ini dengan mengurniakan segala nikmat buat ana. Moga riak bukan akhlak yang tersemai dalam diri. Moga takbur bukan pekerti yang tersemat dalam hati. Kerana segalanya adalah kepunyaan Al-Khaliq! Subhanallah..


Seperti yang dijanjikan dalam posting yang lepas, ana akan tunaikan dalam posting kali ini. Ana rasa tak sabar untuk menceritakan pengalaman orentasi ana bersama sahabat2 yang lain. Ana juga ingin para sahabat semua membayangkan bagaimana penderitaan yang terpaksa kami lalui sepanjang orentasi yang berlangsung dalam 5 hari tersebut.


Ini adalah pakaian yang patut kami pakai sepanjang waktu orentasi. Silakan baca di bawah ini:

-Perempuan : kena memakai kemeja putih, seluar slack hitam dan ditutup oleh kain berwarna hitam.

-Lelaki : memakai kemeja putih dengan seluar slack hitam.

-Perempuan & lelaki : kena memakai tali pinggang yang diperbuat daripada tin minuman yang berjumlah 8. (4 tin berwarna hijau & 4 tin berwarna kuning)

-memakai tali leher yang diperbuat daripada petai, tanda nama dan 1 notes (buku kesalahan) ß semua ini untuk digantung dileher.

-memakai stoking berwarna hijau (sebelah kanan) dan berwarna kuning (sebelah kiri)

-seluar harus dimasukkan dalam stoking.

-hendaklah memakai gelang yang diperbuat daripada bawang merah dan bawang putih di kedua2 pergelangan tangan.

-hendaklah memakai beg galas yang diperbuat daripada guni beras yang berwarna coklat. (ikut kretiviti lah)

-hendaklah memakai topi yang diperbuat daripada bola plastic yang dibelah kemudian dijadikan separa bola, ditambah dengan daun pandan untuk ditegakkan di atas topi tersebut.

-hendaklah membawa puting kanak2 untuk dihisap di mulut bila2 sahaja jika ada arahan dari senior.


Jadi, kalau dilihat daripada dressing waktu itu sangat pelik kan? Terus terang ana cakap, orentasi di sini lebih banyak membuang duit student.


Rabu – 13/08/2008

Pukul 6 am (waktu Indonesia) kami serumah telah bersiap untuk menjalani orentasi di Fakultas Kedokteran, Universitas Sumatera Utara. Belum pun masuk kedalam fakultas, kami telah diteriak kerana kami datang lambat. Di pintu gate, kami di suruh jongkok (mencangkung). Kami dimarah habis-habisan. Ramai senior yang berteriak di telinga kami. Segala peralatan kami diperiksa. Nasiblah ana lengkap semuanya. Tapi oleh kerana lambat, terpaksa juga kami di denda untuk berjalan itik dari gate sampailah ke tempat senaman aerobic diadakan. Selesai sahaja senaman, kami berjalan itik lagi langsung pergi ke pendopo (gelanggang). Kami telahpun dibagi kepada beberapa kelompok. Dan ana adalah kelompok 14. Kami sentiasa di teriak, di jerit, di cemuh dan ditengking. Dan para senior haruslah kami panggil dengan gelaran DEWA dan DEWI. Dan harus sentiasa tunduk bila berada di hadapan mereka, juga harus memberikan salam bila bersisi dengan mereka. (Permisi dewa/dewi). Sangat teruk peraturannya dan ana tak boleh terima bila peraturannya adalah mereka menganggap diri mereka adalah DEWA dan DEWI. Seolah2 mereka adalah Tuhan dan kami terpaksa tunduk terhadap mereka. Sampaikan kami tak boleh berdiri lebih tinggi dari mereka. Jadi, kalau mereka dekat dengan kami, kami terpaksa tunduk semahunya sehingga ketinggian kami tidak mengatasi ketinggian mereka. -_-


Hari pertama itu teruk kami dikerjakan oleh para senior. Kami di jemur sepanjang hari. Malah, kami juga di suruh baring serta meniarap sehingga mencium tanah di tengah2 gelanggang tersebut. Mahu atau tidak kami terpaksa turuti. Mahunya kami student dari Malaysia yang tidak pernah merasakan hukuman yang kejam seperti itu. Kami sempat diberikan ceramah oleh seorang dosen (pensyarah) yang bertugas di fakultas kedokteran. Tengahari kami dibiarkan untuk solat dan makan. Makan pun diberikan limit. Hari pertama hanya 15 minit. Kami didesak untuk makan dengan cepat dan sebutir nasi pun tidak dibiarkan untuk tinggal. Kalau tidak, terpaksa dihabiskan atau diberikan kepada kawan yang lain.


Petang itu, sesi ragging tetap diteruskan. Kami sentiasa dimarah tanpa sebab. Kami juga disuruh minta tandatangan setiap panitia (senior) dengan sebanyak2nya. Waktu itulah kami dikerjakan sehabis2nya. Apa sahaja mereka suruh, kami terpaksa buat. Sesudah itu terserah kepada mereka sama ada mereka mahu menandatangan atau tidak. Yang penting kami harus melayani mereka seperti seorang hamba harus melayani tuannya. Tepat pukul 6 ptg, penderitaan hari itu telah berakhir. Serasanya seperti NIGHTMARE. Sangat ngeri sengeri ngerinya. Tapi, apakan daya, mimpi ngeri terpaksa kami jalani lagi 4 hari.. Oh tidakkkkkkkk!!!!


Khamis – 14/08/2008

Hari ini sikap para senior bertambah keras. Mereka semakin garang dan sangat kejam. Peristiwa pada hari pertama lebih kurang sahaja namun banyak advance nya. Kami di teriak lagi sepanjang pagi itu. Mereka sentiasa mencari kesalahan kami padahal kami langsung tak bersalah. Pagi itu ada juga ceramah yang disampaikan. Namun, selesai sahaja ceramah mereka kembali marah kami sehabis2nya. Pening betul. Semua senior nak mengarah. Semua berteriak sampai kami sendiri tak tahu apa sebenarnya arahan mereka terutamanya senior2 Indonesia. Lepas sahaja waktu tengahari, kami dijemur di tengah2 pendopo dibawah matahari yang sangat terik dan membahang habanya. Bukan hanya dijemur dengan posisi berdiri. Bila agak lama berdiri, kami disuruh mencangkung sampailah penat. Kemudian, kami disuruh tidur di atas gelanggang tersebut seperti mayat. Tangan dan kaki mesti diluruskan. Ya Allah, panas teriknya. Allah je yang tahu. Bila agak lama dalam keadaan posisi baring, kami disuruh meniarap sambil mencium tanah. Tangan juga harus diletak disisi badan. Bayangkan keadaan kami waktu itu bagaimana. Di teriak itu sudah menjadi perkara biasa pada hari kedua ini. Waktu itu, teruk ana dimarah kerana tugasan yang disuruh untuk dibawa semalam ana tak bawak. Macam mana nak bawak, tugasan yang disuruh bawak pun ialah 2 ekor nyamuk (seekor jantan dan seekor betina yang masih hidup), 10 jentik2. Itu je yang ana tak bawak. Yang lain bawak. Tapi tetap kena marah kaw-kaw punya. Boleh kata kalau nak jalan je, mesti kena jalan itik. Huhu. 2 hari ni kaki rasa mcm nak patah je.


Petang itu, ada lagi ‘sesi keakraban’ yang ana kira aktiviti yang paling mengerikan di mana kami terpaksa menjadi hamba untuk melayani tuan kami. Di tengah2 itu kami di suruh untuk meminta tandatangan senior seberapa banyak yang boleh. Tengok sahabat2 yang lain terutamanya sahabat dari Indonesia, mereka dibuli dengan sangat teruk sekali. Di suruh panjat pokok, lepas tu disuruh buat gaya sexual. Memang sangat melampau dan menjijikkan. Tapi, ana dimaklumkan di Indonesia pekara sebegitu adalah perkara biasa. Jadi ana tak dapat nak buat dan komen apa2 melainkan hanya beristighfar berkali2. Nasib baik ana tak dibuli sehingga teruk seperti itu. Astaghfirullahalazim. Mujurlah ada seorang senior yang baik hati bawak ana ke pinggir pendopo (di tepi2 gelanggang). Kerana dia kata kalau di tengah2 tu senior dia teruk sangat membuli. Alhamdulillah, sempat juga berkenalan dengan senior2 dan bercerita tentang medicine. Namun nasib ana sangat malang sekali kerana sewaktu kami disuruh untuk pergi ke tengah gelanggang, ada seorang senior lelaki dari Indonesia yang ditangannya membawa sebotol air sirap dan sebotol air jus betik sambil berkata, “Baju kau ni masih bersih lagi ya dik. Mari aku siram kau..” dia terus menyiram ana tanpa belas kasihan. Habis baju ana basah dan berbau sirap dan jus betik. Huhuhuhu. Sabar je lah. Kemudian nasib baik dia tandatangan juga buku ana… Alhamdulillah waktu dah pukul 6 petang. Nightmare hari kedua dah berakhir dan telah dilalui dengan begitu peritnya. Alhamdulillah. Hakikatnya, masih ada 3 hari lagi penderitaan yang terpaksa dilalui.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….


Jumaat – 15/08/2008

Hari ini kaki ana rasa macam nak tercabut. Sepanjang orentasi nie, ana serta kawan2 asyik tak sedap tidur. Tidur pun hanya beberapa jam. Tak sampai pun 5 jam. Apa taknya, sibuk menyiapkan dressing2 kami yang sudah rosak. Topi, name kad yang dah koyak2, dan banyak yang kena beli. Hari ni tugasan yang disuruh untuk bawak ialah kicap, sos, kopi, entah lah apa lagi. Banyak sangat. Seperti biasa, kami akan jalan mencangkung dari pagi lagi untuk ke gelanggang selesai sahaja senaman pagi. 3 hari nie adalah yang paling teruk sekali kami dikerjakan. Pagi itu sahaja, kami di suruh baring kemudian berguling di atas gelanggang itu. Katanya, supaya gelanggang itu kami bersihkan dengan baju2 kami. Dan jika ada masih baju yang belum kotor, kami akan dihukum. Awal2 pagi lagi baju kami sudah kotor dan comot. Tugasan dalam journal yang disuruh buat ana tak sempat buat semalam. Jadi ana bersama beberapa kelompok berjalan mencangkung ke depan, kemudian seorang dewa itu menyiram baju kami dengan air sirap di depan. Bayangkan pagi2 lagi selesai sahaja disuruh berguling, ana disiram pula.

Petang itu, selesai sahaja makan di gelanggang, senior mengira sampai 10, kalau tak kembali ke dalam barisan, kami akan dihukum. Nasib kami sangat malang sekali. Belum pun sempat makanan kami dihadam di dalam perut, kami langsung di suruh melakukan posisi baring dan lihat ke arah matahari. Perempuan lelaki masa tu dah tak kisah. Selagi ada ruang untuk baring, terpaksalah kami rebahkan tubuh kami di ruang itu juga. Yang penting, badan kami tidak dilihat kalau masih ada yang belum rata semuanya gelanggang itu. Agak lama juga berbaring menghadap matahari, kemudian semua kicap, sos dan kopi yang kami bawakan sebagai tugasan kami, mereka gunakan untuk menyiram kami. Petang yang panas terik itu kami seolah2 dipanggang seperti ayam panggang. Habis kotor sekali baju2 kami dengan kicap dan sos. Kemudian di sapukan pula dengan kopi. Huhuhu. Bayangkan lah bagaimana keadaan kami sesudah dipanggang.


Ada lagi sesi keakraban petang itu. Petang itu ana dibuli dan dipermainkan oleh beberapa orang senior lelaki. Entah~ Malas nak cerita apa yang dia permainkan. Yang penting, ana nangis sampai balik masa tu. Sampai bengkak mata. No comment~


Alhamdulillah tak sangka dah 3 hari orentasi. Walaupun bermacam2 penderitaan yang dilalui sepanjang 3 hari, namun ada sikit kelegaan. Tapi bila mengingatkan masih ada 2 hari lagi, fikiran terus jadi kusut dan mimpi ngeri kembali menghantui kami….


Sabtu – 16/08/2008

Hari ini kami ditugaskan untuk membawa 2 ekor katak (seorang jantan, seorang betina) dan 2 ekor cacing (seekor jantan, seekor betina). Kami terpaksa membeli semalam. Hmmm.. sekitar pagi dan tengahari kami di bawa untuk meninjau kawasan2 Fakultas Kedokteran oleh senior jagaan setiap kelompok. Huh. Ringan sikit hari nie sebab tak perlu dengar banyak jeritan2 senior yang garang2 tu. Tapi petang nanti akan ada lagi azab menanti kami. -_-


Waktu petang, kami disuruh keluarkan katak2 dan cacing2 yang telah kami bawa. Kemudian senior mengarahkan kami untuk pegang kedua2 katak tersebut dengan kedua2 tangan kami. Seriously memang sangat menggelikan. Tak biasa dowh pegang katak. Itu first time tu. Waaaaaaaaa. Kejam!!! Sangat kejam!! Kalau tak nak pegang, senior akan desak. Mereka akan teriakkan kami. Suruh pegang katak tu. Ana tetap beranikan diri untuk pegang. Tawakal je lah.. bila tengok ada seorang budak perempuan sebelah ana, dia sampai menjerit takut katak. Katak tu terus melompat dan sambil menjerit budak tu terpaksa pegang katak tersebut. Masa dia dah pegang, dia kelihatan bergetar. Muka dia pucat. Kesian betul budak tu. Hmm. Nasib baik lah bukan TIKUS.. kalau tak, matilahhhhh akuuuuuu..!!!!


Bukan hanya disuruh pegang malah kami disuruh untuk mencium mulut katak. Ish! Sabar je lah!! Mau tak mau terpaksalah kami akur. Ada seorang senior lelaki datang ke arah ana. Dia siap bawak gunting, dia kata “kau kena jadikan mulut katak tu macam kau tengah pakai lipstick! Kalau tak, aku gunting mulut kau!!” macam tu lah dia ugut ana. Ciss!!


Lepas katak, dia suruh kami pegang cacing pulak. Eyh tak tahan eyh. Geli sangat!! Kemudian dia suruh kami semua baring di atas gelanggang. Dan letakkan cacing tersebut di atas dada kami semua sambil pejam mata. Tangan di angkat ke atas. Kemudian seorang senior mengarahkan senior2 yang lain supaya cacing2 tersebut dimasukkan dalam mulut kami. Masa dengar arahan tu, ana rasa cam nak nangis je. Apsal lah kejam sangat sampai nak masukkan cacing ke dalam mulut. Kedengaran ramai dah perempuan yang menangis. Dalam pejamkan mata, terdengar suara seorang senior “bukak mulut kau!!! Makan ni.. telan!!” uih pucat dah. And then senior menjerit pada ana supaya ana buka mulut. Ana tak bukak mulut. Ramai dah senior yang menjerit suruh ana bukak mulut tapi ana tetap tak mau bukak. Gila kah?? Suruh orang telan cacing???!! Pastu dia letak atas mulut ana. Eyh sabar je. Tapi rasa pelik gak. Awat cacing tak gerak2 nie? Rupanya dorang bagi mee kuning. Ampeh je. Ingat cacing betul2. hahaha. Kami dipermainkan..


Hari ni terasa ringan sikit kecuali pegang katak dan cacing. Semuanya biasa sahaja bagi kami yang telah pun menjalani hari ke 4 dalam orentasi ni. Tinggal sehari lagi penderitaan yang harus dilalui…


Ahad – 17/08/2008

Hari ni biasa sahaja. Kami berkumpul dalam kelompok dan senior bagi kelompok kami bertanya akan pendapat kami tentang orentasi sepanjang 5 hari ni. Ramai yang mengatakan bahawa orentasi tersebut sangat kejam dan keterlaluan. Abang senior hanya tersenyum mendengar keluhan kami. Dia kata orentasi batch kami seolah tiada arti dan hanya biasa sahaja. Kerana batch2 terdahulu lagi kejam dan lagi advance. Wah!! Kalau macam tu, orentasi ini ana kira sudah sangat keterlaluan. Apa lagi orentasi zaman senior dulu2..?? Masya Allah… Tak dapek den nak bayangkan…-_-


Kemudian, semua pelajar2 Malaysia berkumpul untuk practice persembahan yang kami sembahkan pada majlis penutupan malam ini. Kami lebih banyak bercerita dengan senior2 dari Malaysia. Banyak nasihat yang mereka berikan kepada kami. Contohnya jangan terlalu sombong dan sentiasa bergaul dengan student2 Indonesia yang lain.


Kami sempat lagi bergambar sesama kelompok. Waktu giliran kelompok ana, muka kami diconteng oleh tepung dan arang yang telah kami bawa dari rumah sebagai tugasan semalam oleh para senior. Habis semua rupa kami ada yang macam kucing, ada yang macam harimau dan ada juga yang macam badut. Hehehe. Hari ni lebih enjoy sedikit sebab kami banyak buat practice untuk persembahan pada malam ini.


Pada waktu petang, masih ada lagi sesi keakraban bersama senior. Nasib baik lah sewaktu berada di tengah2 gelanggang, ada seorang senior lelaki Indonesia yang tarik ana ke tepi gelanggang. Jadi kami banyak bersembang tentang medical dan sebagainya. At least, tak juga ana dijadikan sebagai mangsa buli di tengah2 gelanggang itu. Kemudian, kami dibuli dan disuruh baring, tiarap, mencangkung, duduk berulang2 dengan cepat. Mereka menghukum kami sehabis2nya sebelum kami diminta untuk sesi pembalasan. Yeahhhhhh..


Selepas itu, kami diberi peluang untuk membalas balik apa yang telah mereka lakukan terhadap kami. Waktu ini adalah yang paling seronok. Terasa lega yang amat sangat. Penderitaan kami telah berakhir di sini. Teruk senior dikerjakan oleh kami. Ada setengah yang menyuruh senior menghisap puting sambil berjalan itik. Senior itu ditertawakan. Kami apa lagi, kami pun menyiram air orange di atas kepala mereka. Habis basah baju mereka, ada juga senior yang nampak marah. Aikk?? Pandai pulak marah ye?? J Tapi peluang yang kami diberikan hanya sekejap sahaja. Rasanya masih belum puas untuk membalas segala apa yang telah mereka lakukan terhadap kami. Namun, mereka melakukannya kerana tugasan yang telah diberikan. Orang atasan lah yang menyuruh mereka supaya berkelakuan kejam terhadap kami. Kerana mereka katakan bahawa sebagaimana cabaran sepanjang orentasi ini sangat teruk kami jalankan, begitulah juga perjalanan sepanjang berada dalam bidang perubatan ini. Sejenak ana berfikir. Banyak juga hikmah semua ini berlaku ye tak.. Segala puji Allah yang maha Penyayang lagi maha Pengasih kepada hamba-hambaNya…


Waktu malam, majlis penutupan orentasi diadakan dengan amat meriah sekali. Ramai juga para ibubapa yang datang terutamanya ibubapa student Indonesia. Pelbagai persembahan yang telah disembahkan oleh kami sendiri. Namun, ada juga persembahan khas dari pelajar2 Malaysia. Ana join dikir barat sebagai alat-alat. Huehuehue. So far, memang meriah sangat. Ada lagi pembakaran dilakukan iaitu kami membakar barang2 kami semuanya ditengah2 gelanggang itu. Kononnya kami campakkan segala penderitaan sepanjang orentasi dan penderitaan itupun telah berakhir.. Aiseh! Macam2 lah.. Ada juga bunga api. Wah! Macam bunga api konsert. Memang sangat2 meriah. Rasanya berbaloi lah diadakan majlis penutupan yang semeriah begitu kerana orentasi pun dah cukup teruk. Kemudian barulah para senior mengucapkan dengan menjerit “Selamat datang para mahasiswa dan mahasiswi ke Fakultas Kedokteran, Universitas Sumatera Utara!!!!!” Bayangkan lah. Dah lama sampai, orentasi selama 5 hari lagi. Kini barulah di ucapkan selamat datang. Ish2, sedih betul…


Persembahan diteruskan lagi dan terakhir sekali dari kumpulan band. Masa tu semua senior dan junior sudah siap2 maju ke depan seolah2 seperti menghadiri konsert. Ana tetap berada di belakang langsung tak berganjak. Ada sedikit terkejut kerana mereka betul2 seperti melepaskan beban yang selama ini mereka pikul. Habis semuanya melompat2. Tak kira perempuan lelaki, yang bertudung, yang islam… semua melompat seperti tak sedarkan diri. Ana terpaku. Perlukah lakukan sampai begini kalau ia pun orentasi itu teruk sekali? Kalau ia pun para senior nak release tension?? Astaghfirullahalazim.. Ana bertanya salah seorang senior di belakang juga, apa memang ini adalah perkara biasa?? Dia kata, ya memang perkara biasa. Tiap2 tahun pun macam nie. Kata senior itu sambil menggoyang2kan dan mengangguk2kan kepala dia mengikut rentak muzik yang telah dimainkan di depan. Dia terus ke depan untuk join yang lain yang sedang melompat2 kat depan. Hmm. Parah semuanya. Kok sampai gitu kayak release tension nya???? Masya Allah….. Masa tu semua dah boleh balik ke rumah. Yang ana bengang lagi, ada beberapa member serumah yang tak nak balik sebab masih nak loncat2 kat depan tu. Sampai dah tak sedarkan diri. Ya Allah… Akhirnya, terpaksalah ana dengan seorang member serumah je yang balik dulu. Yang lain balik kemudian.. hmm.. Sampai sekarang ana masih berfikir tentang kejadian tersebut. Kalau pada mulanya ialah Majlis Penutupan Penyambutan Mahasiswa Baru, kini berubah pula menjadi konsert band. Ana teringatkan Malaysia. Kalaulah di Malaysia, ada IPTA yang anjurkan macam tu, tentu dah kena banned.

Sekian itu sahaja cerita dari ana.. Walaupun orentasi dilalui dengan begitu perit sekali, namun banyak pengajaran yang ana dapat. Seperti kata salah seorang senior itu, jangan fikirkan tentang penderitaan2 yang kamu lalui, tapi fikirlah bagaimana kamu menghadapi penderitaan2 tersebut…


Wassalam…


Ana,

Srikandi@Teeny,

Khamis, 21/08/2008,

Sumatera Utara, Medan,

INDONESIA

Cerita Tentang Medan..

Bismillahirrahmanirrahim..


Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. [Surah Saba’:1]


Assalamua’laikum..


Syukur alhamdulillah. Ana masih berpeluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Dengan izinnya, ana masih dapat menghirup oksigen yang cukup dan tak punya cacat cela yang telah di aturkan oleh Nya. Sebagaimana kita semua segar dan selesa dalam kandungan oksigen dan beberapa lagi kandungan bahan kimia yang terdapat di sekeliling. Masya Allah. AturanNya sungguh PERFECT!!! Subhanallah!


Lama tak menghadap laptop dan lama tak posting dalam blog nie. This is the first time I’m typing to be posted in this blog since I were in the medan already. Bersemangat pula rasanya baru lepas sembahyang subuh. Sahabat2 lain sedang tidur. Yang seorang lepas subuh sambung tidur balik.


Alhamdulillah rabu lepas (6/8/08) ana sampai ke medan dengan selamatnya. Ana mintak maaf kepada semua yang ana tak sempat nak inform dan tak sempat nak call. Masa kat airport pun, ana sempat call beberapa orang je. Maaf banyak2, tak sangka pulak jadi kelam kabut masa ana pegi kl ari tu. Ramai yang excited nak tau macam mana agaknya kehidupan di medan nie ya tak? Haha. So far alhamdulillah semuanya ok. Waktu ana sampai dari airport dan kemudian dihantar ke tempat penginapan, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. But, still it can be solved in a good way. Syukur alhamdulillah.


Kami di tempatkan dalam sebuah banglo yang cukup besar. (alhamdulillah). Di lantai bawah ada lebih kurang 3 bilik dan di atas ada 4 bilik. So I chose the room in the ground floor. Dalam setiap bilik punya 3 katil but we’re only two in the room even the bed has three. 1 bilik cukup besar dan sangat selesa itu memang tak dinafikan tapi perbelanjaan untuk sebulan juga cukup besar tak terkata. Kami tak boleh kata apa sebab kami diurus oleh agency yang sememangnya menguruskan kami since kat Malaysia lagi. Everything is complete – rumah, makan (catering), transportation are couldn’t be doubted. But still I feel like I missed something. Hmm. It’s so hard to describe about. I feel like there are still nothing for this such a comfortable things that make me pleased for. Entahlah. I’m not sure.


Dalam rumah nie, semuanya ada 16 orang. But I tell you what? Hanya 5 orang sahaja yang muslim. Yang lain semuanya India. Dan roommate ana of course muslim also. Banglo nie jauh sikit dari universiti. So, ana sendiri tak pasti mampukah ana menjaga iman ana? Mampukah ana hidup dalam kondisi yang langsung tiada tentang dakwah islamiyah? Tapi ana hanya lawan perasaan ana. Ana fikir, insya Allah bila masa register nanti semuanya ok. Dan ada jugak lah yang bakal dijadikan sahabat dari kalangan orang yang baik akhlak dan imej nya berlandaskan agama Islam yang tercinta.


Keesokannya masa medical checkup, ana cukup terkejut sebab sangkaan ana salah. Ana just terbayangkan islam di Indonesia lebih cukup baik kalau dibandingkan dengan Malaysia. Kebanyakan pelajar Indonesia ana kira agak kurang didikan islam dari sudut personaliti. Tapi ana terus lawan prasangka ana. Mungkin syaitan hanya hasut perasaan ana. Ana yakin masih ramai lagi yang kuat agama di luar sana cuma ana masih tak jumpa ataupun pandangan mata ana masih kabur???


Ana di informkan oleh masyarakat Indonesia, di Kota Medan ni lebih kurang 60% muslim, 40% non-muslim. Agaknya lebih kurang seperti Sabah. Tapi Sabah non-muslim lebih ramai dari muslim I think. Jadi, Indonesia lebih baik sedikit berbanding sabah dari sudut ramai penganut islamnya. Tapi kaum hawa masih banyak lagi yang tidak mengikuti perintah Allah yang dalam firmannya:


“..Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya)..” [An-Nur:31]


Ana rasa sebak dan macam nak nangis. Ana terus sms kakak ana. Just have received her reply sms, i feel more comfortable than before. She told me, “anggap itu ujian, jangan gentar.. pertolongan Allah tak kira tempat, masa dan keadaan.” Alhamdulillah. You are really makes me comfortable my sister J

Hanya itu yang mampu disampaikan setakat ini. Nanti ana ceritakan pula tentang orentasi yang sangat kejam..


Wassalam…


Ana,

Srikandi@Teeny,

Selasa, 19/08/2008

Sumatera Utara, Medan

INDONESIA

Monday, August 4, 2008

Aku Rindu Kamu Abangku..

Assalamu'alaikum.. Entah mengapa ana terlalu rindukan dia. Lagu nie ana tak minat pun. tapi rasa sebak bila dengar ayat-ayat dia.. Untukmu abangku...


Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu
Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua
Pagi yang gelapKini sudah terang
Aku adikmu Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu
Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Inginku ulang ke masa dulu

Aku merindukan mu abangku.. Aku rindu kamu yang dulu. Terlalu rindukan dirimu...:(

Wassalam...

Ana,
Srikandi@Teeny,
Kelana Jaya, Selangor,
04/08/2008,
14:00 PM