Wednesday, May 28, 2008

Akademi Fantasia Melanda


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Demam AF kembali lagi. siapa yg x kenal dengan rancangan realiti yang popular ini. siapa yg xtau dengan Akademi Fantasia???? dan sudah pastinya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum especially Melayu begitu bersemangat untuk mengundi pelajar2 kesayangan mereka. dan final utk konsert AF6 yg lepas telah pun berakhir dan juaranya siapa lagi kalau bukan STACY (pelajar dari sabah). bak kata orang "Kalau Stacy x menang, aku xtau lah.." atau pun mereka akan berkata "Stacy je seorang yg aku nampak berbakat, yang lain semuanya hampeh!" Dan yg lain pula, boleh lah anda saksikan di channel @15 di ASTRO RIA. macam2 ada kat situ. huhu..

Tentang AF yg ke6 pada tahun ini, ana ingin berikan sedikit komen hasil daripada rancangan realiti ini. apa yg ana tengok, dengan munculnya rancangan realiti ini (i mean start dari AF1 lagi) ianya mengikis bakat-bakat terpendam (esp in singing, berlakon etc.) khususnya para remaja di seluruh Malaysia. tapi tidakkah anda terfikir mengapa rancangan ini tidak di hentikan sehinggalah wujud Akademia Fantasia 6? apa yg pasti, wujudnya Akademi Fantasia yang pertama tidaklah dapat menampung peminat rancangan ini sehinggalah pihak Astro meneruskannya dengan mewujudkan AF2, AF3 dan akhirnya AF6. dan pastinya ada lagi AF akan datang yang akan melahirkan artis2 yang berbakat. Kononnya! tapi, ntah lah sampai bila AF ini dapat di teruskan. mungkinkah setakat AF8? atau AF10? atau AF20? kalau lah sampai macam tu, i wonder if this world is flooded by new artists. every year happened with the same character. dan tidakkah antum2 memikirkan mengapa sampai begitu sekali pihak astro menampilkan begitu ramai artis through the AF one? tiap tahun nak dekat berbelas2. dan bila keluar je dari AF. adakah semua itu akan kita kenali?? xmungkin wajah2 mereka dapat kita kenal. ana pun dah jadi pening sebab terlalu banyak AF. n dah lupa siapa2 orgnya. n kalau nak cerita album, jangan ckp lah. mungkin student yg keluaran AF nie, adalah dlm 3 4 5 org je yg dah ada album sendiri. yeke?? ntah!

Masa diorang kat AF, kita nie yang berpusu2 undi mereka. sanggup habiskan duit kredit semata2 nak pelajar kesayangan kita tu kononnya bertahan dan xkan keluar dari AF. tapi bila dah keluar AF, album pun tadak. wallahu 'alam. so, what's the point with that? apa tujuan sebenar ana nak post kan tentang isu AF ~ yang sememangnya begitu hangat kat Malaysia skg nie?? maybe antum2 sendiri tau apa motif ana. pada pendapat ana, rancangan AF nie langsung tiada faedahnya di sisi Islam. bermula AF yang pertama, ana dapat rasakan bahawa rancangan ni adalah rancangan maksiat. xkira perempuan lelaki, islam ke x, tanpa segan silu berpeluk-pelukkan. but fortunately, bermula dari AF yang ke2, mereka dah mengubah cara itu. dah xda berpeluk-pelukkan. dan terus terang ana ckp, ana nie dulu mmg minat kat AF2. maklumlah masih budak-budak lagi. baru form 4. masa tu, siap korbankan duit utk budak2 kesayangan tu. kononlah kesayangan. justeru, ana berfikir, kita yang meloncat2 kat rumah. terjerit sana terjerit sini.. gaduh sana gaduh sini.. berpekak sana berpekak sini.... "yeahhh zahid menang!!! yeah zahid juara!! haaa kan aku dah agak dah zahid mesti menang punya.... hahahah.." kalau x pun, masa AF3: "yeah MAWI semestinya akan menang! aku dah agak MAWI akan menang. tgklah peminat dia belambak!" or "aku rasa AF tahun nie gempak sangat! apa lagi kalau bukan ada AURA MAWI.." semua hasil yg telah kita buat tuh, ana berfikir kembali.... depa2 kat AF tuh kenal tak kat aku????? erm, silap hari bulan, bila dia tgk rupa kita rasa jijik kot. huhu. wallahu' alam.

So, what's the point in that?? adakah mereka layak di jadikan idol?? adakah mereka layak untuk di puja2?? hanya kerana mereka pandai menyanyi. mempunyai suara yg mantap, power! adakah cara begitu ada di anjurkan dalam agama kebesaran kita?? in fact, rancangan seperti ini banyak melalaikan kita. kadang2 sanggup menangguh solat semata2 nak tengok depa2 tuh beraksi. rasa rugi yg teramat sangat bila ter'misses' even one scene. tapi xpernah rasa celaka bila ter'missed' solat. in fact, rancangan ni juga telah berjaya memecah-belahkan org islam. ana jamin, yg gaduh2 kat cenel @15 tu majoriti adalah melayu yang beragama islam. justeru, di manakah tanggungjawab kita? adakah kita layak di gelar muslim..?? pernahkah kita terfikir tentang saudara2 kita di negara2 lain?? kita terlalu mementingkan diri sendiri. hanya menginginkan keseronokan dunia. bagaimana pula dengan saudara2 kita di sana yang di jadikan mangsa kekejaman oleh org ISRAEL?? pernah kah kita terfikir dengan kemiskinan mereka? hidup mereka yg tiada makanan, minuman. tapi bagaimana pula kita di sini?? nikmat, harta yg telah di berikan Allah x pernah langsung kita berikan kepada org2 yg memerlukan. tapi dikorbankan untuk mengundi pelajar2 AF yg sebenarnya, kita menjadi buta bahawa astro telah mengaut keuntungan yg berlipat kali ganda! apalah salahnya jika kita memberikan kepada mereka yg memerlukan?? betapa zalimnya kita. Tidak meletakkan sesuatu ke tempatnya!! sedarlah sahabat2 semua. betapa ZALIM nya kita ini!!

Kalau dengan rancangan AF ini di jadikan sasaran, mengapa tidak untuk membangunkan ISLAM sendiri? di manakah janji kita sebelum di lahirkan ke dunia ini? janganlah kerana perkara yg remeh temeh ini menimbulkan dosa besar pada kita. menimbulkan pula kemurkaan Allah kepada kita. tiadalah tujuan ana untuk publish kan post ini kalau ia adalah untuk ana sendiri. untuk menimbulkan keinsafan untuk diri ana bagaimana tahap keimanan ana yang lemah ini. tiadalah ana mengutuk sesiapa melainkan diri ana juga. terus terang ana katakan, sedikit sebanyak ana juga yg terkena. jadi, marilah sahabat. bantulah ana. bantulah umat islam. yang baik itu tentunya datang dari Allah Al-Khaliq. dan yang buruk itu datang dari diri ana yang hina lagi dhaif ini..

Wassalam..

Friday, May 23, 2008

Kucing-kucing kesayanganku...

Assalamualaikum..

Nak share lah sket tentang kucing2 ana kat rumah nie. act dulu time kecik2, ana suka betul ngan kucing. tapi bila ada kucing rumah yg suka buang air kecil + buang air besar merata-rata kat umah, ana jadi xske lak ngan kucing nie.. n then, bila kemunculan kucing kat rumah yg telah pun di beri nama "putih". ana gembira betul. masa tuh, still study kat matrix. nie gamba dia..

nie lah c putih time dia kecik..

act putih nie masa dia kecik, nakal betul. n ngan perangai dia yg manja tuh mmg betul2 menggembirakan. heh :)~ bapa ana yg mmg benci kat kucing teros syg kat kucing. sbb perangainya yg nakal n manja tuh! ada tu, masa ana nak balik g matrix pagi2.. patu c putih nie naik atas beg ana. tetiba lak ana jadi sedih. ana rasa dia cam memahami je. waaa.. sedey time tuh. hehe..

tapi skrg dia dah besar dah. hari tuh, dia dah beranak kira2 dlm 5 anak kucing.tapi malangnya masa ana kat matrix, 3 ekor dah mati. waaaa. sedeynya. yg ana sempat tgk, sorg anak kucing tuh di langgar kereta. dan kakinya patah. pastuh, dia jalan tertempang-tempang. pastu, c putih (ibu dia) cium n jilat2 anak dia. anak dia merengek. waaaaaaaaaaa. sedey.. esoknya, anak kucing tuh dah meninggal. mmg sedey sgt :(~


nie putih dah besar

putih skrg dah besar. dia x nakal dah mcm dulu. time kecik2. beza kan warna bulu dia? dah x putih dah.


nie c kecik. anak c putih. mcm muka putih time kecik rite??

c kecik nie pun nakal. mmg mcm c putih waktu putih kecik2.


nie lak c montot. anak c putih gak.


c kecik and c montot nie mmg nakal. kalau c montot nie, dia suka betul bangunkan ana + adik ana waktu pagi. guna hidung dia tuh. ampeh betul. dia mmg betul2 bangunkan kitorg sampai kitorg bangun. pastuh dorg take over tido atas katil. amboi2~~~


amboi2.. meriah tido nampak -.-

nie gamba2 c kecik yg comel.. hehehe.


sesungguhnya inilah kerja tetap c kecik. tido 24 jam!

erm.. mmg ana syg betul ngan kucing2 nie. comel sgt! tp entah knp setengah org xsuka dgn kucing. sampai di tendang2.. ingatlah. haiwan pun akan tetap menuntut bela nasib dia kat akhirat nnt. haaa.. wassalam.

ana,
srikandi@teeny,
kota kinabalu, sabah
23/05/2008, Jumaat
21:48 PM

Thursday, May 22, 2008

Seminggu Di KL..

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan ana sehingga hari ini. selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarga baginda. lama x bercoret2 dalam blog nie. rindu pulak rasanya. maklum sajalah. sibuk sikit..

sebenarnya, ana baru sahaja balik daripada Kuala Lumpur petang tadi. tujuan untuk ke sana sbb ana terpanggil utk mengambil exam medic ke indonesia. (Universiti Sumatera Utara)

16/05/08 (Jumaat)
ana dah di tempatkan di Kondominium Bistari kat KL. actually tempat tuh dkt ngan Villa Putera, dekat dengan PWTC and The Mall. so sapa yg biasa sgt kat KL, dah tentu tau di mana tempat tuh. masa pegi tuh, ana tawakal je. dah la xda teman2 yg terdekat nak g sana. ana berserah sepenuhnya pada Allah. mohon perlindungan pada Allah di mana sahaja ana berada waktu tuh. mudah2an semua yang di tentukan oleh Allah adalah yg terbaik. dan sangkaan ana tepat sekali. masa datang kat sana, Ibu Lien (kira agen yg uruskan exam utk ana) dia mmg baik sgt. orgnya asal indon. dan alhamdulillah. ada 2 org student dari matrix labuan yg juga sama ngan ana ~ ambil exam tu. alhamdulillah ada kwn. dan ana tidaklah berseorangan. so, kami di tempatkan dlm kondo tuh, sebilik ada dalam 5 org. masya Allah, semuanya pun baik2 belaka. =)

17/05/08(Sabtu)
Sepanjang hari tu, ana n sahabat2 menghadiri kelas. kelas yg di jalankan ialah utk subject kimia and biology. masya Allah ana dah lupa nama guru yg mengajar ana itu. bukan apa. sebab kami mmg xda langsung sesi pekenalan diri. sampai2 je, terus belajar. bincang soklan past year. then, utk satu subject masa yg diperuntukkan adalah 3 jam. full of discussing about the past year exam. kalo soklan past year utk 1 universiti xpa, nie sampai 3 or 4 universiti yg ingin di bincangkan. sbb permohonan medic, dentistry and pharmacy ke indonesia ada banyak universiti. e.g : universiti gadja mada, padjajaran, andalas, brawijaya and sumatera utara.

18/05/08 (Ahad)
Hari itu pula, kelas yg di jalankan ialah math, fizik, dan bahasa indon. wah. waktu fizik, gurunya dari indonesia. mmg rasa janggal sket. and mmg blur habes! sbb dah lah ana dah lama x belajar fizik. itu satu, yg kedua pula, ana mmg x minat langsung subject fizik! dan yg ketiga, ana di beri kejutan pula di ajar fizik dalam bahasa indon. hari tuh, rasanya mmg byk sgt ketawa. sbb bahasa indon mmg sangat pelik. kalau dah belajar tahap yg kira high-level dalam bahasa indon, mmg sangat complicated. waktu kelas bahasa indon, mmg asek ketawa ja. ya Allah. ntah lah. lawak sgt. tapi, trus terang ana katakan bahawa bahasa indonesia adalah lebih luas berbanding dengan bahasa melayu. dan ana mmg kagum dgn bahasa indon yg sgt unik. seriously kagum! guru yg mengajar subject fizik (yg berasal dr indon) mmg boleh kata sangat bijak. bagi ana, perbezaan pemikiran di antara org malaysia dengan org asia
(slain malaysia) e.g indonesian, thailand. mmg byk perbezaan. terus terang ana katakan bahawa pemikiran org melayu masih ketinggalan jika di bandingkan dgn mereka. bukannya org melayu ni lembap atau bodoh, tetapi cara pemikiran mereka jauh lebih kreatif dari kita! itu hanya pendapat ana. dan mmg ana rasa kita perlu utk luaskan daya pemikiran & daya pemahaman kita dengan org luar. berkongsi pendapat dgn mereka. ana rasa hasilnya akan menjadi luar biasa! masya Allah!

20/05/08 (Selasa)
Hari ini exam medic yg berlangsung di UM, petaling jaya. Ntahlah apa nama dewan tu. tapi, ana mmg x sangka lah sbb yg datang mmg sangat ramai! yg memohon bg kursus medical, dentistry and pharmacy (i guess pharmacy have, but i think, there is no pharmacy student there) itu pun dah sampai nak dekat 200++ something. dan yg paling ramai adalah student india. student cina pun ramai. melayu cuma sikit je. dan of coz lah there have a great competition between us. soalan dia pun quite difficult. boleh kata xlah susah sgt and x jugak senang sgt. but, yg menakutkan adalah competition.
so, ana hanya pasrah dan tawakal pada Allah. ana percaya pada rezki Allah. kalau Allah izinkan ana ambil medic, insya Allah ana akan dapat. tapi, kalau tak, mmg ada hikmah di sebaliknya. ana serahkan bulat2 pada Allah. biarlah Allah yg menentukan kejayaan ana di samping ana berusaha utk mendapatkannya. moga Allah memberikan yg terbaik buat ana.. -_-

erm, semalam baru ja dpt result matrix. mula2 dapat result, mmg xda feel. sbb bg ana keputusan ana tuh alhamdulillah rezki dari Allah. ana dah buat yg terbaik. dan ana percaya Allah dah beri setimpal pada usaha ana. ana redha dan bersyukur. sahabat2 ana yg lain byk yg merosot result utk sem 2. ana pula di sebaliknya. walaupun kurang memuaskan, tapi ana tetap bersyukur. ya Allah. terlalu byk nikmat yg di berikan pada ana. tapi jarang sgt ana bersyukur. "Nikmat Tuhan kamu yg manakah lagi yang ingin kamu dustakan?" cukuplah Allah yg menjadi pendengarku dan penolongku.

lepas nie, ana x pasti lagi nak apply cos apa kat ipta. insya Allah nak buat istikharah. moga Allah menunjukkan jalan yg terbaik buat ana..

erm.. penat gak.. insya Allah nnt ana sambung lagi.. assalamualaikum..^_^

ana,
srikandi@teeny
kota kinabalu, sabah
23/05/2008, Jumaat
24:44 AM

Thursday, May 8, 2008

Rindunya......

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari nie ialah 8 mei. tarikh yg sepatutnya ana melangkah ke KML yang telah di amanahkan menjadi salah seorang fasilitator bg pelajar2 baru sesi 2008/2009. tapi dengan dukacitanya ana x dpt menghadirkan diri dan xdpt utk bertanggungjawab atas amanah yg telah di berikan. bukan ku x sudi, tapi Tuhan lebih tahu keperluan ku. sedih rasanya. bukan kerana teringin sgt nak jadi fasi. tapi rindu dengan KML, tapak bermulanya diri ini mengenal zat dan cinta agung Al-Khaliq. teringin rasanya solat berjemaah di surau al-irfan.. seperti dulu. iftar jami'i bersama sahabat2 perjuangan. ntah apa kabar agaknya mereka. teringat dgn sahabat daa', azma, ina, amani, adek anoy yg ana sayang. ingat pulak dgn sahabat2 & adek2 tawau yg ana rindui. adek epi, liza, asma, mj, yanti, fatwa... dan ramai lagi. sedih rasanya bila mengingatkan kesemuanya menangisi kerana dek perpisahan yg akan tiba. ana rasa sebak bila adek mj yg sbnrnya lincah, byk ckp tapi bila bersalam-salaman hati dia lah yg paling tersentuh. sedih rasanya. rindu pada mereka..=( diri ini masih lemah. dan x terdaya tanpa sahabat. sahabat lah penyejuk hati ana. jika tiada jemaah bersama mereka, sudah pasti iman ana semakin hari semakin turun. diri ini menginginkan tarbiyah. ana terbayangkan wajah kak azini yang penyayang. sgt lembut tutur bicaranya. tetapi bila memberikan tazkirah, ana amat mengaguminya. sedihnya hati ini kerana x dpt berjumpa dengan mereka. xdpt berjuang menjadi fasi bersama mereka. kalau lah kalian tahu betapa sedihnya hati ini... kalaulah kalian rasa apa yg ana rasa ketika ini... hanya Allah yg tahu betapa ana teramat rindukan suasana itu.. cukuplah Allah!

Ana,
srikandi@teeny
kota kinabalu, sabah
Khamis, 08/05/2008
22:29 PM

Saturday, May 3, 2008

Islam Itu Positif

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala Puji Bagi Allah yang Maha Agung.. kerana dgn izinnya, ana mampu untuk menulis di blog ini.. Dia-lah Allah.. yg x pernah mati! selawat dan salam buat kekasih Muhammad SAW yg tanpa usaha dan pengorbanannya, tidaklah Islam agamaku berdiri megah sehingga ke hari ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dengan begitu peritnya..

hari ini genaplah hari ke 12 ana meninggalkan KML tercinta.. rindu x terkata pada matrix labuan..=( ntah lah. ana rasa bila dah lama dok rumah, rasa macam iman semakin lemah. susah utk ana katakan apa faktor yg menyebabkan diri ana jadi begini. mungkin kurang tarbiyah. mungkin juga usrah tidak berjalan juga tazkirah tidak di lakukan seperti yg ana sering hadiri waktu di KML.. betul lah pernyataan bhw iman manusia sentiasa turun naik. ilmu juga tidak di tuntut dgn gigihnya sptmana gigihnya ana di KML. dan ana dpt rasakan bhw ilmu jugalah satu2 nya perkara yg boleh mendekatkan kita dgn Allah. betapa manis nya ilmu itu andai benar2 dpt di amalkan dan di aplikasi...

Sebut psl KML tercinta, ana tiba2 teringatkan Minggu Penghayatan Islam. Yang sememangnya satu program yg di adakan di KML, ana sendri salah satu AJK tertinggi bg program tersebut. apa yg ana nak highlightkan (yg berkaitan dgn tajuk di atas) ialah ana rasa pelik pada umat2 islam skrg. lebih2 lg pelajar2 islam. x kira di matrix mahupun di IPT sendiri (apa yg ana di maklumkan dr senior2 yg berada di IPT). apa yg ana pelik sekali ialah, dlm apa jua majlis yg berbentuk agama, mereka seakan2 mogok. dan yg menghadirkan diri hanya segelintir. ke manakah pelajar2 islam skrg? bila di adakan majlis2 yg berupa hiburan2 seperti tarian, nyanyian dan keseronokan, pelajar2 sanggup membanjiri dewan biarpun dlm keadaan yg sesak. dan yg lebih memeranjatkan golongan islam lah yg paling ramai. mengapa keadaan mcm nie berlaku?

Selaku salah seorg AJK Surau KML, ana akui terlalu byk aktiviti2 yg kami anjurkan, tetapi kurang mendapat sambutan. dan yg paling pelik, sewaktu pertandingan nasyid, majoriti yg datang adalah pelajar bukan islam. walaupun ianya hanya pertandingan nasyid, dan ia lebih ke arah hiburan dakwah islamiyah bg yg memikirkan objektif pertandingan itu di adakan. dan nampaknya pelajar bukan islam lebih bersemangat ingin menyaksikan dakwah berbentuk hiburan berbanding dgn pelajar islam itu sendiri. sekali lg ana berasa pelik, mengapa perkara sedemikian berlaku???

Demikian juga kami ada mengadakan wayang2 yg lebih keislaman (spnjg minggu penghayatan islam) tanpa mengenakan bayaran biarpun hanya 1 sen. juga kurang mendapat sambutan. dan apabila ditayangkan movie2 terbaru oleh jawatankuasa yg berlainan, biar pun di kenakan bayaran, berpusu2 yg akan datang. dan yg lebih memeranjatkan ialah yg memenuhinya adalah golongan islam yg mungkin hanya ingin mengambil kesempatan utk duduk berdua dengan kekasih di dalam keadaan yg gelap (ianya seakan2 panggung wayang). wallahu'alam. tetapi ana berani katakan inilah realitinya pelajar islam. mengapa lebih mementingkan keseronokan sedangkan ianya hanya sementara???

Ana masih ingat akan kata2 pengerusi induk surau Al-Irfan (Encik Mishad) sewaktu berucap pada Majlis Penutupan Minggu Penghayatan Islam, di mana dia telah menyatakan maksud Islam itu ialah positif. islam itu semuanya positif. tapi kenapa kita tidak pernah mengaplikasinya positif itu dlm diri kita?? sedangkan kita mengaku bhw islam adalah agama keagungan kita. marah bila di katakan kita adalah kafir mahupun munafiq. tapi mengapa tidak mengaplikasikan islam itu sendiri dlm diri?? adakah islam itu hanya tertumpu pada ibadat??? adakah dengan solat, mengaji, puasa.. barulah nama islam itu wujud??? tidak! bahkan islam itu meliputi kehidupan harian kita. islam itu ada di waktu kita makan, minum, berjalan, tidur, bahkan bangun dr tidur. menuntut ilmu, discuss, berucap. segala2nya kita ada! segala2nya Allah telah sediakan utk kita. jadi mengapa lagi perlu mengikut gejala barat??



Ana juga masih ingat kata2 Encik Mishad iaitu, kita ini ibarat atom. yg mengandungi elektron. di mana elektron itu mempunyai cas negatif dan positif. dengan cas itu lah kita mampu di tarik ataupun di lepaskan oleh dunia ini. sekali kita di tarik, kita mampu menguasai dunia. walaupun dengan satu elektron yg di tarik. jadi, bukankah kita punya kekuatan untuk mengubah dunia?? bagaimana pula utk mengubah diri?? tidak ada yg mustahil kalau kita sendiri inginkan. "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.." dan satu lg kata2 beliau yg ana cukup ingat sampai sekarang iaitu..
"Setiap apa yang membawa kita kepada kepahitan, itu ialah didikan. Dan setiap apa yg membawa kita kepada keseronokan, itu ialah kerosakan"

Fikir2kanlah wahai sahabat2 sekalian. hidup ini hanya tempat persinggahan utk mencari bekalan yg di bawa ke akhirat. dan selagi nafas ini mampu menghirup oksigen, selagi denyut nadi ini belum terhenti, tidak akan ku hentikan dakwah ini walau apa pun yg akan terjadi. ya Allah, tiada lah daya hambaMu ini melainkan dariMu. tiadalah kekuatan ini datang melainkan izinMu. walau macam manapun diri ini, setidak2 nya, Kau pandang lah aku yg kerdil ini.....

Wassalam.

Ana,
srikandi@teeny
kota kinabalu, sabah
Jumaat 03/05/2008
23:59 PM

Thursday, May 1, 2008

Matlamat Utama Menuntut Ilmu (Jihad)

Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih ya Allah kerana masih memberikanku peluang untuk bernafas di alam ini. Tidak ada daya.. tidak ada kekuatan melainkan semuanya adalah dariMu..

Untuk artikel ni, ana hanya paste kan untuk antum2.. semoga mendapat kesedaran dalam diri kita yang sedang menuntut ilmu.. Ya benar, dengan mencari ilmu itu merupakan satu jihad. Tetapi bagaimanakah tahap kesyukuran kita kepada nikmat Allah? Adakah bagi kita dgn ilmu yang ada pada kita sekarang yang sememangnya hanya setitis air di lautan, kita mampu untuk mempertahankan Islam?? Untuk apakah kehidupan kita ini sebenarnya? Adakah hanya untuk menuntut ilmu kerana kepuasan diri sendiri, kerana ingin di julang tinggi.. ataupun kerana nama Islam??? Tepuk dada tanya iman.. Moga dgn membaca artikel ini, timbullah rasa kesedaran dalam diri ana sendiri serta sahabat2 sekalian.......



“…Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-KU yang bersykur.”(Saba’[34]:13)

Mudah-mudahan mulut ini, tangan ini, kaki ini, tubuh ini, seluruh deriaku ini, akan tetap terus kekal dalam keadaan memuji ALLAH Rabbul Izati. Sebagai tanda syukur. Sebagai tanda kehambaan. Sebagai tanda ketergantungan.Mudah-mudahan seorang yang bernama Muhammad B. Abdullah, kita berselawat dan mengucapkan salam kesejahteraan ke atasnya, akan hadir dalam hatiku ini sebagai sang kekasih dan idola abadi. Di atas cinta yang ia curahkan. Atas pengorbanan yang ia lakukan. Atas teladan yang ia berikan.

Buat para sahabatnya, yang telah mencintainya sepenuh hati, yang telah membelanya dengan darah dan air mata, dan telah menemani liku-liku kehidupannya, mudah-mudahan selawat serta salam ini dicurahkan di atas sikap mereka itu, di atas usaha mereka itu, di atas pengorbanan mereka memancarkan cahaya Islam itu. Juga para pengikut mereka, dikalangan tabi’in, tabiit tabi’in, ulama’ wal mujahidin, serta seluruh individu mahupun kelompok yang menyatakan cinta pada ALLAH, dan cinta pada Rasul, dan ungkapan cinta mereka itu, tidak khusus di mulut semata, melainkan terserlah pada amal perbuatan mereka, pada gerak tari karya mereka, pada hati dan nurani mereka. Sehingga ALLAh berkenan memberikan mereka salah satu daripada dua kemenangan: mereka hidup mulia dengan islam itu kembali mulia, seperti mana kata-kata Umar al-Khattab: “kita adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Islam, dan kita tidak akan pernah mulia, ketika mana kita mencari kemuliaan di luar daripada Islam.” Atau, ALLAh memberikan kita alternatif kemenangan kedua, menamatkan kisah kehidupan ini seraya bergelar “syuhada’” di jalan-NYA. Itulah kemenangan yang abadi, yang tak mampu diraih oleh sebarang orang. Itulah seni mati –andainya mati itu pun berseni- yang paling indah sekali.

Tuan-tuan dan puan-puan, sahabat yang kukasihi,
Dalam ayat al-Quran di atas, ALLAH SWT menjelaskan, bahawa tujuan ALLAH ar-Raziq (Satu-satunya Pemberi Rezeki) menganugerahkan kepada kita “kerja” –sama ada kerja itu sebagai engineer, atau doktor, atau cikgu, atau manager, atau operator pengeluaran lain sebagainya- adalah supaya dengannya kita mampu bersyukur seperti mana yang diperintahkan kepada keluarga Daud. Kerana itulah etika dalam kita berakhlak dengan ALLAH; bahkan sesama manusia pun. Bila saja ada pihak yang berbuat baik dan berbakti kepada kita, maka sudah sewajarnya balasan yang setimpal, atau setidak-tidaknya ucapan “terima kasih” kita hadirkan untuknya. Nah, bukankah karier yang sedang kita harungi, atau universiti yang sedang kita telusuri, adalah suatu nikmat pemberian ALLAH? Bahkan semua anugerah di bumi ini, yang kita disuruh untuk mencarinya, untuk memakmurkannya (Surah Hud[11]:61), adalah untuk melahirkan insan-insan yang tahu bersyukur kepada ALLAH. Perhatikanlah ayat ini:“Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal belayar membelah laut supaya kamu dapat mencari kurnia-NYA dan supaya kamu bersyukur.”(al-Fathir[35]:12)

Ya sahabatku, “supaya kamu dapat mencari kurnia-NYA”. Maka laksanakanlah profesion mu itu, apa pun ia, dengan amanah, dedikasi, bersungguh-sungguh dan penuh profesionalisma. Inilah yang diuuatarakan baginda Nabi, ketika menyatakan kerja itu harus dilakukan dengan “itqan”, iaitu dengan berkualiti. Tetapi, ALLAh melanjutkan lagi ayat tadi, seraya mengakhirinya dengan menyebut “supaya kamu bersyukur”. Benarkah kita bersyukur, ketika pembantaian dan penghinaan oleh musuh-musuh terhadap umat Islam, yang kini mereka berani melakukannya secara terangan-terangan -di Bosnia, di Palestin, di Ambon, di Chehnya, di Kashmir (baca surat khabar, seorang remaja wanita akan menyaman sekumpulan Hindu yang merogolnya secara “gang rape”), di Afghan, di Iraq (tidak cukupkah gambar-gambar di akhbar tentang tahanan Abu Gharib), dan kini semakin menghampiri negara ketika, ketika menular pula di Selatan Thai- sedangkan kita duduk berdiam dibuai lena? Sedangkan kita beralasan, perjuangan harus ditangguhkan. Tunggu habis kuliah dulu. Tunggu siap assignment dulu. Tunggu settle test dulu. Tunggu dah berhenti kerja dulu. Bayangkan, kalau andainya yang dirogol oleh musuh-musuh itu adalah isteri kita, atau ibu kita, adakah kita mahu katakan pada mereka “mak, tunggu dulu. Esok saya ada exam. Tunggu saya habis exam, baru saya tolong mak daripada dirogol,” Begitu?? Bayangkan andainya kita di situasi saudara-saudara seIslam itu, agak-agak apa perasaan ketika, ketika umat Islam yang lain tidak mahu membantu, bahkan hidup selesa dengan dunia masing-masing.

Muslimin dan muslimat yang kukasihi,
Maafkan daku, kerana entah mengapa kebelakangan ini, jiwa aku semakin meronta. Hatiku semakin terluka. Fikiranku semakin terganggu. Kerana aku merasakan, ketika aku duduk selesa mengharungi kerjaya ku di pejabat, ada saudara-saudaraku di belahan bumi sana yang meronta-ronta- merintih pertolonganku. Hati aku tersiksa, kerana aku seakan-akan tidak melakukan apa-apa, bahkan memang tak melakukan apa-apa!!! Aku terluka ketika ada sahabat-sahabat yang ingin ku raih simpatinya, sedangkan ia lebih selesa melayani keseronokan dunia. Sayang, kerana urusan dunia, kita sanggup ke mana-mana, melakukan apa sahaja. Tetapi dalam urusan melabur dalam saham Akhirat, kita banyak berdalih lagi banyak beralasan.

Aku engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Fathi Yakan, yang, sungguhpun memegang degree dalam bidang engineering, tetapi mampu menulis puluhan buku-buku yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia. Aku seorang engineer!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seorang Yahya Abasy, yang ilmu engineering yang ia ada, berkat niatnya belajar dulu pun kerana ALLAH, lalu jadilah ia rakyat Palestin pertama tahu membuat bom, lalu diajarkan ilmu kepada rakyat Palestin lain, hingga paling tidak, adalah juga sedikit senjata untuk berdepan kelengkapan tentera rejim Zionis. Aku seorang engineer,!! Tetapi kenapa aku tidak mampu menjadi seperti seorang Tifatul Sembiring, yang dalam kesibukannya sebagai jurutera, ia masih sanggup mentarbiyah masyarakat Indonesia, sehingga gelombang kesedaran dan kebangkitan “berombak” di sana (lihat saja surat khabar. Berapa ratus ribu umat Indonesia yang hadir dalam demonstrasi membantah kekejaman US, kekejaman Zionis, dan sebagainya) sehingga beliau layak dilantik sebagai Presiden Partai Keadilan Sejahtera?

Lalu, untuk apa aku jadi engineer, kalau kiranya ilmu yang aku pelajari, sepanjang tempoh 4 tahun mengharungi alam kemahasiswaan, gagal untuk membantu aku melihat keagungan dan kehebatan “ALLAH engineering” dibandingkan dengan kedhaifan dan kekerdilan “human engineering”. Kenapa perasaan ketergantungan itu tidak hadir di dalam diriku? Sehingga sentiasa ingin meraih, dan merintih belas kasih ALLAH? Kenapa perasaan kekerdilan itu luput dari dalam diriku? Sehingga sentiasa tunduk patuh pada perintah dan ajaran rasul-NYA?

Apalah bezanya aku dengan seorang Ah Chong, atau Ah Chai, atau Rajasamy, atau Hey Raju, atau Funakoshi, kiranya perananku sebagai engineer tidak banyak berbeza dengan mereka? “Dan orang-orang Kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) ALLAH di sisinya, lalu ALLAH memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan ALLAh sangat cepat perhitungan-NYA” (an-Nur[24]:39).

Sahabat, betapa celakanya diriku ini, kerana hidup aku tidak pernah membawa erti! Membawa erti pada perjuangan membela agamanya. Bererti terhadap usaha menyebarkan agamanya. Bererti terhadap liku-liku hidupnya sujud menyembah Ilahi.Sahabat, tolonglah diriku! Betapa lama diriku hidup lalai dibuai keseronokan dunia. Dan betapa ramai kawan-kawan yang aku jerumuskan ke lembah “tahyul” nukilan Syaitan durjana, sedang kini, setelah di”langgar” hidayat, aku gagal membawa mereka ke cahaya keredhaan-NYA!Lalu aku terluka lagi, ketika mana membaca surat saudariku si fatima, yang dikirimkan lewat email oleh 2 orang kanalanku (satu dalam BI, satu dalam BM), yang bunyinya begini:

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." [Qur'an, Surat 112 "al-Ikhlas"]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]”


Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.
Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.
Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis:

"Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku."

Lalu aku bertanya diriku, untuk apa kehidupanku ini? Apalah bezanya dengan sang kafir, kiranya hidup hanya ku layari demi mencari sesuap nasi. Sedang Nabiku dulu rela berlapar demi menjamin kebahagiaan ku di perkampungan Akhirat nan abadi.

Lalu aku bertanya diriku, kiranya aku yang berada di medan Uhud, adakah aku akan menjadi bak para sahabat, yang membela, mempertahankan dan menjadi perisai kepada baginda Nabi dengan jasad dan jiwa mereka, atau aku akan berfikir berkali-kali soal mak ayah, soal kerja, soal motor lain sebagainya???

Wahai sahabat, tolonglah aku!! Betapa aku tidak layak menjadi umat seorang Nabi semulia ini!! Yang ketika sampai di puncak dan kemuncak segala ketenangan, keindahan, kesenangan dan kekayaan, itulah Syurga Firdausi, ketika di mikrajkan oleh ALLAH, lalu tiba-tiba ia mengundur kembali. Mengundur untuk kembali ke bumi. Meninggalkan segala keteduhan nikmat dan rahmat ALLAH itu. Untuk berglumang dengan suatu potret kehidupan yang penuh kedukaan, penghinaan dan penderitaan. Lalu untuk apa baginda turun kembali kebumi? Kerana cinta!!! Ya, kerana cintanya padaku.
Sahabat! Betapa aku tidak layak mendapat rahmat kasih sayang Tuhan ini! Nikmat pancaindera ketika ada yang dilahirkan cacat. Nikmat nyawa ketika ada yang belum lahir sudah mati. Nikmat menjadi engineer ketika ramai yang masih menganggur. Nikmat Islam ketika ramai yang masih Kafir. Kerana dengan berbondongnya nikmat ALLAH ini, aku pula “menggari” tanganku daripada membela agamaNYA sebagai tanda kesyukuran dan kehambaan.

Inikah ertinya ikrarku setiap kali doa iftithah ku bacakan dalam solat “sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ALLAH Rabb segala alam”. Atau, aku bangkit dan melangkah kaki, mencari ruang-ruang sumbangan yang mampu aku hulurkan?



Semaklah kembali syair Abdullah Ibnu Rawahah menjalang kematiannya di medan peperangan:
Hai jiwa!
Kau harus turun berlaga
Atau, kupaksa kau turun
Telah lama kau hidup tenang
Mengapa kau tampak enggan untuk menggapai Syurga
Ingatlah, kau hanya setetes air mani yang hina

Semaklah kembali kata as-Syahid Hassan al-Banna: “Sesungguhnya kita ini mulia kerana ALLAH, dan tidak akan pernah hina selamanya bila adanya kemuliaan daripada ALLAH. Kita kaya kerana ALLAH, dan tidak akan pernah miskin selamanya bila berada di bawah perbendaharaan ALLAH. Kuat kerana ALLAH, dan tidak akan pernah lemah selamanya bila kita berada di sisi ALLAH” Sa Tuhanku, andainya dikau tidak mentakdirkan daku untuk bahkan mencium bau Syurga-MU –dan memang aku bahkan tak layak untuk semua itu- setidak-tidaknya didiklah diriku agar aku dapat menyelamatkan diri dari seksa Nerakamu…..



Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Engineer, JIMAH O & M Sdn. Bhd.


Di petik dari satu tazkirah karya Raridul Farhan Abd Wahab (Engineer)

Ana,
srikandi@teeny
kota kinabalu, sabah
Khamis 01/05/2008
01:13 AM