Wednesday, April 30, 2008

Jiwa Da'ie Otak Fiqh dalam Dakwah



Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood".

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah..."

Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang dia bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

Atas nostalgia peristiwa Hasan al-Banna itu, marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".

Di petik dari satu tazkirah yang berjudul 'Dakwah'.

Setiap titis darah yang tumpah akan menjadi saksi nanti di Akhirat...
Setiap luka yang menganga akan menjadi bukti...
Dan Setiap langkah yang engkau tapaki InsyaALLAH diridhai Illahi Rabbul Izzati
Teruslah berjuang saudaraku...
perjuangan tak pernah berakhir ..
sebelum raga meregang nyawa dan syahid menghampiri kita..
Bukan kah itu tujuan kita...

"Jika da'wah adalah nafas2 yg terhembus setiap saat...maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup karenanya...
Jika da'wah adalah pedang-pedang yang siapa dihunuskan...maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga...
Jika da'wah adalah jalan yg panjang..maka jgn berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yg terang benderang... Jika da'wah adalah bunga....maka serbukkanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangi ke seluruh penjuru dunia..."

Wallahu 'alam.

Ana,
srikandi@teeny
kota kinabalu, sabah
Rabu, 30/04/2008
19:47 PM

Sunday, April 27, 2008

Bermalam di Chalet Togong Soro, Kota Marudu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah.. yang masih memberikan ana nafas untuk hidup.. masih mampu mengisi di ruangan blog ini..=)

Sabtu, 26/04/2008

12:30 PM
Ana bersama family dah pun bertolak ke tempat destinasi..

16:30 PM
Alhamdulillah.. sampai pun ke tmpt destinasi.. biarpun mengambil masa yg agak lama.. jenuh dok tunggu dalam kereta.. dan bila sampai tuh, entah kenapa ana rasa gembira yg x terkata.. even chalet yg di sediakan xlah semewah mana.. tp ana rasa tenang dengan suasana kampung yg nyaman.. dan ana rasa geli hati sbb chalet tuh, kitorg book 5 bilik.. so, salah satu bilik tuh ana kongsi dgn adik.. 4 bilik yg lain semua di isi oleh sedara/mkcik2/pakcik2 yg dah berkeluarga.. wah.. kiranya.. ana dgn adik special la.. yelah.. xde keluarga dah dpt bilik sendiri..:D tp yg ana geli hati sgt remote air-cond kena kongsi2.. sbb ada satu je.. hikhik.. so, kalau nak naikkan or turunkan suhu, kena pinjam kat bilik yg tgh pegang remote tuh.. ahaks.. nak ke x, kena wat gak.. hehe..



19:00 PM
Ana bersama semua family pergi ke kenduri kat Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas. Kenduri arwah kira datuk ana yang dah meninggal dunia. Masa sampai kat tempat tuh, mak oi ramainya yang datang. Baru ana tau sebenarnya banyak lagi sedara mara ana sendiri yang ana belum kenal. Erm.. perkataan biasa yang dorg kata ialah ana skrg dah besar dah.. hehe.. maklumlah dah lama x dtg ke kampung. Ramai sgt org dan ana boleh kata rumah tuh xdpt menampung dengan kehadiran org yg datang. Terpaksalah ana dengan makcik2 yg lain dok kat dapur. Pon ramai dan penuh.. Menyisip je kat tmpt yg ada ruang. hehe.. Bila tgk keadaan rumah2 kampung, timbul rasa kesyukuran menyelinap dalam diri ana bahawa kehidupan ana sebenarnya lebih senang berbanding kehidupan penduduk2 kampung kat ctu.. Cuma, kdg2 ana x berterima kasih dgn nikmat yg di beri. Alhamdulillah, ana gembira sbb dapat melihat suasana seperti itu. Biarpun suasana yg agak panas dan sesak, tapi mampu merasai suasana kampung..=) Dan ada part yg ana geli hati. Masa ngah makan ramai2 kat bwh, beberapa kali current terputus. Bayangkanlah tgh makan dalam keadaan gelap. Masa tuh ana rasa serba salah, nak sambung mkn ke x. Tapi, bila rasa sambal udang yang sememangnya ana ni sgt gemar t'hdp sambal, aaa apa lagi. Dengan ucapkan bismillah tiap suapan, ana makan je. harap2 xde bende lain yang ana makan. hehe. Ntah kenapa ana rasa happy sgt masa tuh. Syukran ya Rabb..=)

22:30 PM
Lepas kenduri, igt ana balik bilik terus tido mcm tuh je ke..?? Heh~ Ana sempat gi menyuluh ketam kat kwsan pantai. Wah.. best sgt! Depan chalet tuh, mmg ada gerai 'Anjung Seri'.. Kira restoran di atas pantai. Memang best dan tenang tmpt tu. So, kitorg menyuluh waktu malam sbb wkatu malam air laut surut. Best sket. Kira2 2 jam menyuluh, kitorg dapat gak tangkap 6 ekor ketam, beberapa ekor ikan dan beberapa tapak sulaiman..=)




Ahad, 27/04/2008
06:00 AM
Awal pagi lagi dah di kejutkan oleh Mak Long (ana panggil mummy:D).. pagi tuh kira2 dah pukul 8 AM, kitorg makan ketam yg dah di kutp semalam.. hehe. mmg sedap coz still fresh. Wah, first rasa makanan laut yang di kutip sendiri.. rasa berbangga jugak. Nasib baik masa menyuluh ketam, x di sepit oleh ketam. Alhamdulillah! =)

09:00 AM
Kitorang dah p laut untuk fishing. Wah, first time dalam hidup ana fishing. Boleh tahan. Best gak. Tapi, bila dah lama sgt tunggu ikan x makan2 umpan ana, ahh.. malas ler nak tunggu. Dok tgk org je. Ana nie bab2 menunggu, kurang kesabaran sket. Erm. N then part yg best, masa naik bot. Wah. masa tuh, semua dak2 kecil (kazen ana) pun join. Xkurang dgn makcik2.. Wah, pon ikut sama gak.. (sbb ana yg beriya2 soh join. ekeke). Masa mula2 naik, susa betul nak balance kan bot tuh. Semua hampir terjatuh ke dlm laut. Apa lagi budak2 tuh, menjerit lah ketakutan. Tapi at last ok gak. Sbb kitorg soh dak2 tuh diam. Eyh.. Wah.. Interesting experienced! =D Lepas je turun dari bot, budak2 tuh g mandi laut. Wah, cambest je. Kalo ikutkan hati, mmg ana nak je belasah mandi laut. Tapi, di sebabkan ana pk yg ana nie muslimah, tak elok lah g mandi laut. Erm.. mampu tgk je lerr...






15:00 PM
Lepas dah solat jamak zuhur dan asar, ana dah bersiap2 utk meninggalkan challet. Act, lepas je balik dari laut, ana tros tido. Tah nape penat sgt rase. Mesti pasni, sunburn dah ketara. Oh owhhh! Huhu.. Tapi, b4 tinggalkan tmpt tuh, Kak Asiah yg sememangnya empunya chalet dan restoran atas laut tuh (kira kakak sepupu ana sendiri).. dia belanja ana dgn family ana (kebetulan kitorg family last yg balik ke kk) hehe.. wah.. sedap gile lah makanan kat sana. Seriously sedap. Ana order nasi goreng kerabu. Dan kebetulan time tuh lapar.. Lepas tuh, Kak Asiah g order mee basah. Ingatkan dia makan. Rupanya dia bg kat kitorg. Xcukup lepas tuh, dia order 1 lagi mee basah. Erm, ana pun tertanye2, nampak sgt ke kitorg lapa kak???? Huhuhu. Emak ana bukan main marah. Hehehe. Yerklah. nyusahkan org je. Cuba cover sket. Lorh. Kak Asiah yg nak belanje. Rezeki tuh. Tapi seriously ana ckp, ana belum jumpa lagi mee basah yg sedap mcm tuh.. HUhuhu.. Jus apple pun sedap. Masya Allah. Banyak nye rezeki yg Allah bg petang tuh. Terima kasih gak pada Kak Asiah.. Insya Allah, next time, ana akan datang lagi ke sana. Mana lah tau ana bwk sahabat2 ana pulak kan.. Eceh.. ye2 je. hehe..




Ada satu ilmu yg ana dpt masa menyuluh ketam, iaitu masa menghidupkan lampu pom. Rupanya kena hidupkan api kat atas tuh dulu baru tarik kat bwh tuh.. Wah.. rasa mcm ajaib je bila api tuh jadi mentol..:D



Ana,
srikandi@teeny
kota kinabalu, sabah
Ahad, 27/04/2008
23:44 PM

Friday, April 25, 2008

Aurat Wanita



1. Bulu kening— Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)—"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian— "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada— "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi— "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher— "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan— "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan— "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata– "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Ana,
srikandi@teeny
kota kinabalu, sabah
25/04/2008
Jumaat 17:13 PM

Thursday, April 24, 2008

Diari Pertamaku

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah yang masih memberikan ana nafas untuk menghirup udara di muka bumi ini. Kalau bukan dengan izinnya, tidak lah mungkin ana masih bernyawa.. mampu melihat, mendengar bahkan berjalan dengan memperolehi kesihatan yang hanya dipinjamkan oleh Al-Khaliq! Dengan izinnya juga, ana mampu menaip setiap inci ayat yang ana taip di blogspot ana yg baru ini. Ana harap dengan kehadiran blogspot ana ini, ana mampu menyampaikan dakwah Islam secara tidak langsung. Dan mampu memberikan perisian kepada antum2 semua terutamanya kepada sahabat2 yg ana amat kasihi kerana Allah.. insya Allah!

Sebenarnya, ana juga ingin berkongsi sedikit dgn nama blog ana. Namanya 'Wardatul Shaukah'.. maksudnya = mawar berduri. Hebat nggak namanya? :p Actually, ana dapat nama nie masa Minggu Penghayatan Islam (MPI) yang telah di adakan di kolej ana, Kolej Matrikulasi Labuan. Ana dengan 2 org sahabat ana, namanya Azma and Masnah. Kira macam bujang lapok la.. 3 orang seh.. ana serta sahabat2 nie sertai pertandingan Kuiz Islam yang di anjurkan oleh AJK MPI itu sendiri. Kumpulan ana telah menjadi naib johan. Nama kumpulan ana iaitu Wardatul Shaukah. Mula dari itu ana mula berminat dengan nama tuh. Sebab rasanya mcm sesuai dgn diri ana.. cewah! Actually ana rindu sgt dengan sahabat2 di KML.. sedihnya bila ingat waktu perpisahan ari tuh~~

Perkara yg buat ana sebak untuk meninggalkan kolej ana ialah SURAU AL-IRFAN -> di sanalah tapak ana mula kenal sekaligus belajar untuk mencintaiMu ya Rabbana.. banyak yg ana belajar terutamanya daripada sahabat2 Al-Irfan.. Masya Allah.. bak kata lagu Mistica (Destinasi Cinta) : "Destinasi cinta yang ku cari.. Sebenarnya terlalu hampir. Hanya kabur kerana dosa di dalam hati..." sebak ana dgr lagu tuh.. betapa beratnya dosa ana. Langsung tidak menyedari bahawa cinta yang selama ini ana dambakan telah ada dlm diri ana.. Dan ana yakin, antum2 juga macam tuh.. ana harap begitulah..-_-"





Ah.. indahnya Surau Al-Irfan.. terima kasih ya Allah.. kerana memberi peluang kepadaku untuk hidup di bumi KML.. terima kasih kerana memberikan ku peluang untuk menjadi AJK Surau di KML. Di sinilah aku mula belajar untuk kenal dengan ZatMu yang Agung.. disinilah aku mula belajar mencintaiMu.. Ya Muhaimin.. Di sinilah juga aku tahu hakikat menuntut ilmu adalah semata2 keranaMu.. semua yang berlaku ke atas diriku adalah dengan keizinanMu. Berkasih sayang keranaMu, berdakwah pada jalanMu.. bagaimana mungkin aku dapat melupakan tempat ini ya Allah..?? segala pahit manis telah ku rasai di sini.. satukan hati2 kami ya Allah.. agar terus bersatu dalam dakwahMu.. menegakkan agamaMu.. menegakkan kebenaran.. rela berjuang walau apa jua yang berlaku sekalipun.. jangan pisahkan hati2 ini ya Allah.. jangan sesekali Kau palingkan kami sesudah Engkau memberikan hidayah kepada kami.. campakkan ke dalam setiap hati2 ini cinta kepadaMu melebihi dari segala makhluk.. perkenankan doaku ya Allah.. perkenankan doaku Ya Allah.. Amin ya Rabbil Alamin...

Ana,
srikandi@teeny
kota kinabalu, sabah
24/04/08
Rabu 02:23 AM